Monday, June 08, 2009

Erra tempuh pengalaman berharga

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my













BELUM pernah ada dalam sejarah penerbitan tempatan, kehidupan artis wanita popular yang baru bergelar ibu dirakamkan dan disiarkan untuk tatapan umum.



Apabila Fazira Wan Chek (Erra Fazira), 35, membenarkan kehidupan sehariannya bersama suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin dan anak sulungnya, Engku Aleesya dirakam dan disiarkan dalam rancangan bercorak realiti Gu Gu Gaga Erra, ia pasti menimbulkan pelbagai persepsi.

Gu Gu Gaga Erra akan mula ditayangkan di Astro Ria bermula 9 Jun ini pada jam 9 malam dan ulangannya setiap Ahad jam 1.30 petang

Sebelum ini Engku Emran pernah memberitahu dia tidak membenarkan anaknya berlakon dalam mana-mana drama atau filem. Pembabitan Aleesya dalam Gu Gu Gaga Erra sudah tentu menimbulkan pertikaian.

Pada waktu sama pastinya ada yang membuat andaian pembabitan Erra sekeluarga dalam rancangan diterbitkan Box Lite Film Sdn Bhd itu turut membabitkan bayaran besar. Apatah lagi, ia turut ditaja pengeluar barangan penjagaan bayi Johnson & Johnson Sdn Bhd.

Menjelaskan perkara itu, ketika majlis pelancaran Gu Gu Gaga Erra di Bangsar Village, Kuala Lumpur kelmarin, Erra berkata, dia dan Emran memang tidak membenarkan Aleesya muncul dalam mana-mana drama mahupun filem.

"Bagaimanapun, berbeza dengan rancangan realiti TV ini kerana ia membabitkan kami sekeluarga. Hendak menggunakan anak orang lain rasanya kurang manis kerana konsep Gu Gu Gaga memaparkan pengalaman saya dan Emran pertama kali menjadi ibu serta ayah.

"Dalam menjayakan rancangan ini memang ada sejumlah bayaran diterima, tetapi itu bukanlah soal utamanya. Lebih penting banyak perkara baik yang saya pelajari sepanjang rakaman dijalankan apatah lagi Johnson & Johnson menyediakan pakar penjagaan bayi.

Di petik dari : Metro Online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...