Monday, May 29, 2017

LEGO: Cities Of Wonders


SERTAI pembinaan Cities of Wonder yang mengujakan sempena kempen #BuildAmazingMY LEGO sempena cuti sekolah ini.

Kempen ##BuildAmazingMY LEGO Malaysia ini juga diadakan bertujuan memupuk minda kreatif dalam kalangan kanak-kanak, menjadikan imaginasi mereka ke dalam sesuatu yang boleh disentuh dan masa melalui proses membina LEGO.

Terdapat juga pelbagai acara menarik lain yang boleh dilakukan antaranya meneroka minifigures Cities of Wonder yang cukup mengujakan. Diilhamkan oleh siri LEGO City dan LEGO Friends, Cities of Wonder di Pavilion KL ini direka seperti sebuah bandar LEGO bersaiz kecil dan membolehkan pengunjung menerokainya.

Terdapat juga pelbagai aktiviti lain yang mengujakan menanti pengunjung sepanjang kempen ini berlangsung termasuk mendapatkan semua pelekat di pasport Cities of Wonder. seperti :

Station 1
EMMA’S PHOTO STUDIO
- Sertai 5 LEGO Friends dalam studio gambar Emma dan membina kamera LEGO mini.



Station 2
STEPHANIE’S CUPCAKE KITCHEN
-Stephanie memasak terlalu banyak kek cawan! Bantu dia menghias mereka menggunakan hanya batu-bata LEGO.




Station 3
POLICE STATION
- Kenal pasti penyangak dengan menyiapkan mozek menawan mereka.



Station 4
JUNGLE
- Terokai hutan CITY dan mencari berlian merah sebelum penjahat mendapatinya.


Seronok kan anak2? Ada juga aktiviti sempena cuti sekolah ini walaupun bulan Ramadhan.

Sempena Cities of Wonder, kempen ini juga menampilkan pertandingan #BuildAmazingMY.

Kempen #BuildAmazingMY LEGO Malaysia bermula 25 Mei hingga 4 Jun seluruh negara di Facebook dan Instagram dan juga pelancaran empat LimitedEdition Malaysian Cultural Mini Builds.


Kawasan Permainan #BuildAmazingMY yang hebat!

Kalau ada aktiviti LEGO® mestila ada tempat mainan nya kan? Di Bandaraya Wonder Pavilion KL, anak2 mendapat satu kawasan permainan bebas untuk membina bandar raya impian hebat mereka , dan setiap model siap akan mempamerkan di kawasan pameran kami.


Lihat la.. begitu khusyuk anak-anak semua kalau dapat bermain lego.. leka dan menyeronokkan... Mereka dapat mebina mainan sendiri dengan bebas dan seronok!


Jangan lepas kan peluang untuk mendapatkan 4 LimitedEdition Malaysian Cultural Mini Builds di kedai-kedai terpilih.

Edisi terhad binaan mini budaya Malaysia yang terdiri daripada bunga kebangsaan, rumah kampung tradisional, wau dan ketupat, akan dikeluarkan pada setiap Sabtu mulai 27 Mei hingga 17 Jun.

Ia boleh diperoleh menerusi pembelian produk Lego bernilai RM300 di kedai Toys ‘R’ Us yang terpilih dan kedai Lego yang diperakui





Untuk maklumat lanjut mengenai kempen #BuildAmazingMY LEGO ini, layari LEGO Malaysia’s Facebook, www.facebook. com/LEGOMalaysia. official dan hashtags #BuildAmazingMY #LEGOMY.

Saturday, May 27, 2017

Selamat Menyambut Ramadhan 1438H


Selamat Meyambut Ramadhan Al-Mubarak 1438H

Harap2 bulan puasa ada la juga kan entry nya...hahahaha

Wednesday, May 24, 2017

[DRAMA] Menanti Februari


Sinopsis

Drama yang mengisahkan perjalanan hidup 3 orang kawan iaitu Arie, Fiza dan Edi . Mereka merupakan kawan baik sejak di Universiti. Kemudian Arie berkahwin dengan fiza . Si edi pula terpaksa memendam rasa cintanya terhadap Fiza.

Fiza yang mengidamkan kebahagian hidup bersama Arie se akan-akan tidak mampu mengecapinya. Dengan sikap Arie yang lebih mengutamakan kerjanya menyebabkan Fiza tidak dapat hidup bahagia. Segala yang buruk berlaku dan perkara manis berlaku dalam kehidupan fiza tertumpu pada bulan Februari.

Sehinggalah satu ketika Arie di laporkan hilang di lautan selama 6 bulan dalam satu kemalangan yang berlaku. Dan sepanjang 6 bulan itulah Fiza mula rapat dengan Edi .Akhirnya mereka di satukan sebagai suami dan isteri.

Tetapi apa yang mengejutkan adalah Arie yang dikatakan hilang itu sebenarnya ditemui selamat. Dan akhirnya dia terpaksa berdepan dengan Fiza dan Edi yang sudah berkahwin. Arie mahukan fiza kembali.

Apakah yang akan terjadi kepada pasangan ini

**************************

Ok... malas nak kupas pasa jalan cite.. tp memang best... haha.. errkk.. mcm kene kupas gak ni..kah3

Pelakon best.. semua.. Rahia kan dah berhijab.. memang x der aksi gedik2... sedap mata memandang... tak der aksi manja2.. aksi pegang2.. peluk.2... best tengok...

Menjiwai watak sungguh.. suka tengok Zul Ariffin berlakon.. bersahaja jer... bestttttttttt!!!

Memang plot citer macam tak logik.. tapi mungkin dalam 1000 org ada kot 1 ..2 org macam tu kan.. laki dah hilang .. kawan baik lamar.. terus terima.... mana tahu kan...

Jadi apa2 pun syabas penerbit drama ni... agak2.. ada tak tuk MENANTI FEBRUARI RAYA? hahaha

Thursday, May 11, 2017

[RESEPI] Kuih Keria Gula Putih

Adoiii... lama nya tak update blog..hahahaha

Dah bersawang.. dah la next month nak kene renew hosting..hahahha.. Ok jom buat entry...

Dari hari tu nak try sangat wat kuih keria.. cuma tak sempat nak membeli keledek putih.. akhirnya kawan opis sedekahkan keledek putih... terus buat kuih keria yang diidamkan..hahaha

Senang rupanya buat wei... jom tengok resepinya..hahaha


RESEPI KUIH KERIA

  • Keledek Putih
  • Tepung Gandum
  • Garam
  • Air


CARA-CARANYA

Memula kene rebus keledek putih yang dah di parut kulitnya bersama air dan garam... potong kecik-kecik sikit supaya mudah empuk cepat...

Dah empuk.. toskan kasi sejuk...


Kemudian lenyek-lenyek kan keledek tu.... dah sebati tambah tepung gandum. Jangan banyak sangat... buh sikit jer.. nanti rasa tepung lak dari keledek...hehehe



Dah tu jangan lupa goreng lak.... jangan terlalu besar apinya...

Goreng sampai rasa gelap2 la sikit kan..hehehe. Dah tu boleh la buat gula nya..untuk salut pada kuih keria tersebut

Letak gula 2 sudu + 2 sudu air dalam kuali... kemudian baru pasangkan api... dan kacau sampai berbuih2 dan nak likat sikit...

Terus ambik keria masukkan dalam kuali.. kasi salut.. dan padam api... sambil tu kacau2 supaya gula kering ...


Taraaaaaaaaaaaa.....................

Siap juga kuih keria gula putih ni...  punya la lama nak buat sendiri.. akhirnya tercapai juga... hahahaha

Sebenarnya saya suka lagi gula putih berbanding gula melaka... mungkin dari segi warna kot tu yang menyebabkan suka gula putih...hahaha

Ok.. selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...