Monday, April 30, 2018

Menginap di The Haven, Ipoh Perak

Ok.. agak lama dah tak update blog ni... emm.. makin malas rupanya dah yek.

Meh la sambung citer.. nanti tak der pula kenangan dalam blog....

Kan hari tu g hari keluarga opis.. alhamdulilah, dapat la merasa duduk di The Haven... selalu tengok dan baca review orang.. kali ni dapat merasa menginap di situ.

Mesti ramai yang dah tahu The Haven ni kan... Sebuah kediaman "condominium luxury" 5 bintang dengan 512 unit dari 3 buah tower setinggi 26 tingkat.. Keluasan setiap unit dari 968 hingga 2,840 kaki pesegi.

Jadi jom kita tengok sekitar dalam apartment ni...


Ruang tamu....

Terdapat ruang makan sekali... besar dan luas...


Pantry...

Ada microwave dan sinki.. peti ais pun ada sekali...


Ada tempat memasak....

Cari juga periuk belanga nya.. emm.. x jumpa.. risau juga bawa sendiri punya.. nanti x leh guna lak...

Tapi bukan nak masak pun.. saja je nak tengok..hik3

Ok.. jom tengok bilik pula... ada 3 bilik dalam apartment ni....


Ni bilik utama...

Katil KING... besar la kan... mestila bilik ni ibu dan ayah tido...


Tapi macam biasa.. ada budak nak numpang tido... hahaha.. tapi tak berjaya la..

Sebab banyak bilik kosong kan....


Ni bilik air nya...

Ada bathtub kan... emm.. anak2 la yang rasmikan...

Mana ada masa nak berendam... sibuk nak mandi kolam lak kan....


Ni bilik no 2 pula

Ada katil QUEEN... jadi Huzaiman dan Iskandar nak tido dalam bilik ni... nak kongsi bilik kan..

Siap pesan.. ko jangan kencing sudah.. ni hotel kot.. jangna buat pasal..hahaha


Ni bilik no 3...

Ada katil SINGLE... suka la Zulfadhli... dia dah pilih siap2 nak tido sini...

Dan kesemua bilik terdapat air cond... apa lagi.. memang lena la tido masing2 kan...

Ni bilik air..

Bilik no 2 dan bilik no 3 kongsi bilik air ni... tapi bilik air ni terletak kat luar la..

Maka kene keluar la kan kalau nak ke bilik air...

Amacam.. lawa kan bilik nya....

Law abilik..harga nya pun lawa juga...


Bermula RM546.00




Jadi rasanya.. bilik yang saya sekeluarga menginap adalah bilik 3 bedroom lakeview executive suite rasanya... berdasarkan keterangan di gambar ada 1 king, 1 queen, 1 single

RM 1,560.00 x 2 malam = RM 3,040.00

Perghh.... RM3K.. mujur la opis sponsor.. kalu g sendiri.. mesti berkira2..hik3

Ok.. jom tengok keliling kolam renang lak...


Kolam renang kanak2

Mujur ada slide situ.. maka berulang2 la main tu jerla...


Ni pula kolam dewasa, besar juga....

Mengadap tasik...

Ingatkan anak-2 x pergi sini.. berani sungguh derang masuk kolam dewasa... adeh... dah la ibunya tak tukar baju...

Terus halau balik masuk ke kolam kanak2



Ini pula sekita taman di situ...

Jalan2 juga la... dah anak2 nak jalan...

Ingatkan besar nak keliling tasik tu.. sekali kecik je.. tak terasa pun...



Memang di kelilingi pokok dan bukit bukau la...

Rasa tenang dan sunyi jer... nyaman tau...


Jadi setelah 3H 2M kami berada di sini.. harusla pulangkan...

Anak2 la paling seronok... kira rezeki anak-2 juga kan...

Sayang nya.. Danial jer tak dapat ikut.. sebab tak dapat pelepasan pulang....

 
Terima kasih atas penginapan yang menarik ini...

Memang sesuai la The Haven ni menjadi antara tempat penginapan yang terbaik di Tambun

Maka tidak hairanlah hotel The Haven tercalon di 2015 World Luxury Hotel Awards Nomination dalam 3 ketegori iaitu :-

a) Luxury Family All-Inclusive Hotel
b) Luxury Hotel – Best Scenic Environment
c) Luxury Suite Hotel1. Best High-Rise Residential Development (Readers’ Choice Malaysian Reserve Property Press Awards 2014)

Dan The Haven Hotel sudah pun berjaya merakul lebih 20 anugerah terbaik di peringkat negara mahu pun antarangbangsa.. Antaranya :-

1. Malaysia's Top 10 Outstanding Property Developers Award 2014
2. Eco Developer Of The Year 2013 (Malaysia)
3. South East Asia Property Awards 2012
4. Best Managed Condo Resort 2014 ( Malaysia)
5. Malaysia's Best High Rise Residential Development 2014
6. Best Green Development 2014 (Malaysia)
7. Quality & Excellence (The Diamond Eye Award 2011, Geneva)
8. Quality & Innovation (International Arch of Europe Gold Award 2011, Frankfurt)
9. Best State Developer - Perak (Editors Choice Malaysian Reserve Property Awards 2012)


Jadi pada mereka yang menuju ke Tambun atau ke Lost World Of Tambun.. boleh la mencuba menginap di sini...

Rasai la sendiri.. baru boleh tahu...hik3

BEST WESTERN PREMIER The Haven Ipoh
Jalan Haven (Persiaran Lembah Perpaduan),
31150 Tambun, Ipoh, Perak, Malaysia
Phone: +605 220 9000
Hotline: +60 1700-8-1700-0
Fax: +605 220 9011
Email: reservations@bestwesternhaven.com.my

Wednesday, April 18, 2018

Hari keluarga di Lost World of Tambun, Ipoh

Minggu lepas pejabat saya menganjurkan hari keluarga di Iph, Perak. Tempat yang di pilih dah tentu sesuai dengan anak-anak kan.. nama pun hari keluarga.... Maka Lost World of Tambun menjadi pilihan.

13.04.2018 | Jumaat


Seawal pagi dah bertolak ke Tambun....

Di sebabkan perginya hari Jumaat, maka terpaksa cutikan anak-anak. Ikutkan Danial pergi.. tapi di sebabkan tak dapat pelepasan dari sekolah nya.. maka anak 3 org jer la ikut...


Sampai di Ipoh terus ke The Haven ... untuk check in..

Saya menginap di sini selama 3 hari 2 malam... Alhamdulilah.. dapat gak merasa menginap di The Haven ni.. biasa baca review orang je..

Nanti, hotel nya saya review yek....

Sampai je hotel, ada cabutan bertuah untuk pendaftaran....



Anak-anak cabut, dapat la RM150.00 parkson baucer

Boleh la beli baju raya kat parkson nanti..hik3  


Anak-anak.. sampai jer.. terus nak masuk kolam kan..

Mana boleh pisahkan kolan dengan kanak-kanak kan...

Malam tu saya pergi makan malam di luar.


Nampak kerang bakar.. order la

Ingatkan tak der yang nak makan ngn ibu... sekali Huzaiman suka pula makan kan. terpaksa kopek siap2..hik3


Menu biasa2 je..... dah lapar.. makan jerla

Ada shell out.. tapi takut anak-anak tak makan.. jadi makan menu yang biasa ambik jerla kan..


Nama kedai ni TOMYAM BATU ENAM, betul2 simpang trafik light nak ke lost world of tambun tu...

Simpang pertama... sebab nak masuk taman tema ni ada 2 simpang..

Pas makan.. balik tidoo.................

14.08.2018 | Sabtu

So.. hari sabtu baru la hari keluarga nya...

Pepagi breakfast kat hotel masing-masing dulu.. kemudian terus ke LWOT lak


Dah siap pakai baju mandi dari hotel.. senan gnanti dah sampai baru buka...

Di sebabkan duduk sampai ptg.. bawa la segala kelengkapan persalinan.. nanti trs tukar baju...




Haa...... malas nak taip...

Tengok jerla gambar.. tapi secara ringkasnya.. ada la game kanak-kanak.. walaupun masuk dan tak menang... hahaha

Pastu acara bebas.. sukatila nak main waer park ke.. wet park ke... janjji dalam tu sudah.. Anak-anak bawa diri sebab ibu nak bergumbira bersama kawan opis..hahaha


Jalan-jalan je.. tak beli pun pelampung..

Tempat nya tak la besar sangat.. di sebabkan dah biasa ke Sunway Lagoon.. rasa x syok lak g sini..hahaha


Dah penat main.. moh la balik..

Malas nak tukar baju.. pakai jerla baju renang tu masuk kereta.. sampai hotel nanti tukarjerla.. senang terus mandi.. lagi pun hotel tak sampai 5 minit pun jaraknya .. kejap je


Tu harga ,asa saya pergi...

Tak tahu la akan berubah ke tidak kan nanti...

Malam nya ada makan malam di LWOT balik.. pas belek2.. rupanya tak ambik gambar waktu makan malam kat situ..hahaha

Gasak.. tak derla kenangan kan...

15.04.2018 | Ahad

Pepagi... macam biasa.. sarapan dulu di hotel... kemudian acara bebas.. iaitu BALIK..hahahaa

Sebelum balik.........


Sempat la berendam dulu sejam 2...

adoi la.. dah kecut2 pun masih mandi.. mujur si Zulfadhli demam.. maka 2 orang jerla yang lenjan masuk air.. hahaha


Bersiap untuk pulang...

Seronok duduk sini.. yang tak seronoknya mahal..hahahaha


Terima kasih atas penginapan di The Haven, Ipoh Perak...

Nanti saya tulis detail sikit yek pasal hotel tu...

Pas check out.. terus ke Kellie Castle.. jalan2 je.. kemudian terus balik ke Bangi


Perghhhhhhhh.......... panas ko ke kellies castle tu... tapi sesuai la untuk bergambar.. gambar nampak lawa je kan? hik3

Itu jerla kisah nya...kene la blog kan.. nak wat kenangan kan...

Tunggu hari keluarga lagi 2..3 tahun.. tgk pada kewangan..ada duit dapat la merasa.. kalau tak tengok company lain buat jerla....hik3

Friday, April 13, 2018

Ayam goreng crispy macam Mc'Donalds

Haaa.. hari tu duk goggle dalam FB.. tengah tengok sana sini.. tetiba nampak ada orang jual tepung goreng ayam.. dia cakap macam McD...

Jadi.. apa lagi terus la order kan...

Tepung Goreng Rangup

Jadi nak tahu rangup ke tak.. kene la cuba kan....

Masa pertama kali beli.. tak baca arahan.. main buh jer.. tak jadi la rangup.. macam goreng ayam biasa..hik3.. bila kali ke 2 baru perasan.. arahan suh salut.. haa.. baru jadi

Arahan nya ialah :


Perap ayam dengan bancuhan tepung tersebut...

Pandai-pandaila agak sendiri.. jadi di perap kan... perap dalam 15 - 30 minit.. nak kasi meresap la kan....

kemudian


Salut ayam tadi dengan tepung....

Salut baik-baik.. biar semua melekat ngan tepung.. buat la satu persatu.. orang kata biar lambat asal cantik.hik3

kemudian


Goreng la dengan minyak yang banyak...

Saya tak der deep fryer.. maka masuk ler dalam periuk.. senang la tenggelam.. tapi minyak memang guna banyak...

kemudian


Jadi la ayamg goreng spicy ala-ala McD ...

anak-anak cakap.. memang sama macam rasa McD... jadi dah tahu la mana nak dapat tepung ni... maka kalau datang rajin goreng la..hik3

Puas hati sebab dah jumpa tepung nya..hik3

Thursday, April 12, 2018

Pilihan Raya Umum ke 14

Ohw.. nampaknya.. tahun 2018 adalah tahun mengundi bagi rakyat Malaysia... Pilihan Raya yang ke 14..

Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan.

Di universiti, ia pula penting untuk memilih wakil persatuan pelajar.

Matapelajaran yang berkaitan dengan pilihan raya adalah dipanggil "psefologi".

Jadi kalau sesiapa yang berminat dengna politik.. boleh la cuba-cuba semasa di U nanti.. lelama mesti boleh meneruskan bidang dalam politik di peringkat lebih tinggi..hik3

Jadi setelah PM mengumumkan 9 Mei 2018 iaitu hari Rabu hari mengundi.. ramai pihak tak berpuas hati...

Sebab?

Hari Rabu!! hari bekerja..  pada 2013 jatuh pada hari Ahad... dan banyak la spekulasi mengatakan nak elakkan orang ramai mengundi di kampuang halaman.. sebab tak leh cuti...

Tapi kalau di ikutkan.. dari tahun 1955 sehingga 2018 rupanya.. tarikh mengundi ada juga yang jatuh pada hari biasa


Ohw ya.. ayat bawah tu.. tak dapat la nak buang.. sebab ambik pun dari goggle.. hahaha.. jadi paste jerla kan...

Yang penting abaikan ayat bawah.. kita nak lihat Tahun dah Hari mengundi je..hik3

Jadi.... jangan lupa la semua mengundi ok... kali ni saya mengundi di Bangi sebab dah tukar alamat.. bukan lagi di Pandan..hik3


Yang penting.. 9 mei juga hari cuti kelepasan am tambahan... so anak-anak pun cuti sekolah.. jadi derang duk rumah sementara ibu dan ayah pergi buang undi..hik3


Hari Mengundi
RABU -  9 MEI 2018

Jalan-jalan naik ERL

Ni cerita dah lama...tapi nak update gak..hahaha..

Kenangan kot... nanti leh tengok dalam blog kalau nak cari info....hik3

Hari tu KLIA Express ada wat promosi... naik ERL secara percuma pada 17.03.2018 - 18.03.2018, masa tu awal-awal cuti sekolah...

Memandangkan tak der plan ke mana-mana dan sempat pula baca... maka saya bawa la anak-anak naik ERL...

Ialah... nak pergi saja-saja .. harga tiket.. perghh.. boleh tahan ko.. mahal tau.


Tu harga tiket... KLIA Express sahaja pun dewasa pergi balik dah RM 100.00, kanak-lamal RM 45.00.. jadi bila ada peluang naik ERL secara percuma ni.. jangan la lepaskan peluang kan....


Kalau dari Bangi.. kami naik ERL Putrajaya... jadi untuk trip pertama.. dari PUTRAJAYA --> KLIA 2...

Memang transit ke KLIA 2... penghujung terus derang suh g... tiket pula valid sebelum pukul 5 petang... tapi dia bagi tiket pergi sahaja.. masa balik kene redeem tiket lagi sekali


Ini adalah pertama kali anak-anak naik ERL Transit... ialah.. nak kemana pula kalau saya nak g kalau naik ERL ni kan... tak der tujuan lak..

Pergi pun dah beratus2.. baik naik kereta je ke KLIA..hahahaha


Sampai KLIA ada pula booth sempena cuti sekolah kat situ...

Jalan-jalan kejap je.. tengok ada gula-gula kapas di berikan percuma.. ambik la sorang satu kan...




Bawa anak-anak pusing jer....

Tunjuk la kat mana kapal terbang.. tempat masuk ke kapal terbang.. ada laluan.. eh.. dah macam cikgu bawa anak sekolah pusing KLIA la...hahahaa

Habis semua tempat derang g jalan....


Siap cakap.. nanti kalau semua belajar luar negara... sini la tempat nya nak naik kapal terbang... jadi kalau nak naik.. belajar la rajin2.. boleh ibu ayah hantar ke KLIA ni..hik3

Dah pusing-pusing.. perut pun lapar....

Mana boleh makan kat KLIA.. mahal kan... maka kami naik ERL menuju ke KL SENTRAL terus... menaiki ERL Express

Maka trip ke-2 pula KLIA 2 --> KL SENTRAL

Sampai je kat KL Sentral.. terus masuk ke NU Sentral mencari tempat makan... NU Sentral pun pest time gak sampai..hahaha. Jadi pusing-pusing sambil tengok apa yang menarik kat situ kan...


Makan kat food court NU Sentral je...

Makan sizzling mee jer anak-anak.. dah itu jer kegemaran masing-masing...

Ibu mana boleh tak makan nasi.. nanti lapar..hik3

Lepas makan.. masa untuk pulang... jadi trip ke 3 KL SENTRAL --> PUTRAJAYa menaiki ERL Transit


Memang ramai la juga keluarga yang naik ERL ni bersama anak-anak...

Yang untung juga.. siapa yang memang otw nak ke KLIA pun dapat tiket percuma dengan syarat.. ada anak kecik...

Sebab perjalanan ni percuma untuk kanak-kanak.. jadi penjaga termasuk sekali la..hik3


Selesai sudah trip menaiki ERL...

Alhamdulilah.. terima kasih ERL kerana buat promosi begini.. yeala.. nak pergi sesaja memang tak la.. pergi balik pun mahal tiket nya... melainkan memang nak naik kapal terbang tak per.. berbaloi..hik3

Anak-anak seronok kerana dapat jalan-jalan naik ERL...


TERIMA KASIH ERL!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...