Monday, December 12, 2011

Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)




Masuk Laman WEB JPA kuar ini
.
.
.
.
.
tapi sebenarnya ramai nak cari yang ini
.
.
.
.
.

Friday, December 09, 2011

Bila blog Sumijelly.com kene Suspend!

Sedih arrr.... sejak dari 7 Disember 2011 (Rabu) blog Sumijelly.com dah tak boleh buka...
Link

Ni sumer gara-gara entry 'PANAS' adik aku pasal komplen mengenai Studio Photographer.... sengal tul...

Sehingga saat ini... pun susah nak buka.. udah la hari ni hari jadi aku.. sedih woooo..keh3.

Cik Norfa!! Ko ganti balik bandwith aku tu!! tak pepasal bandwith pun LIMIT!! huhuhu


Sebaik ada blogspot.. ada gak chance nak mengomel..keh3.. so.. nanti2 ada masa aku citer la..hahaha

chow!!

Friday, November 18, 2011

Hari terakhir persekolahan Tahun 2011

Yeahhhhhhhh………….. hari ni adalah hari terakhir untuk sesi persekolahan tahun 2011, tahun depan Danial akan memasuki darjah 2. Hah?? Darjah 2?? ishk….. dah besar dah Danial yek… cepat jer masa berlalu….

buku
14.11.2011 hari tu adalah hari pemulangan buku teks sekolah. Dah pinjam maka kene la pulangkan semuanya… tahun depan budak Darjah 1 tahun 2012 pula nak guna kan…

Kalu tak pulangkan semua buku sekolah tu, tahun depan dia senarai hitamkan untuk menerima bantuan bukuk teks.. hehehe.. tak pepasal la pulak kene beli…

buku
Semua buku teks sekolah Danial aku balut cecantik… ialah paham jerla kalu budak darjah 1 yang membawa nya… mau lunyai kalu tak berbalut.

Puas cakap ngan Danial, kalu rosak nanti ibu marah yek.. dan alhamdulilah, kebanyakkan buku tak rosak dan koyak cuma ada kesan lipat jerla.. sebab dia main masuk jer buku teks dalam beg bukan nak susun betul.. penat tau aku cakap..huhuhu

buku
Sebanyak 17 buah (- buku pendidikan moral) @ 18 buah (+ buku pendidikan moral) buku kene pulangkan.. iaitu buku teks dan buku aktiviti mereka sekali…

Aku hengat buku AKTIVIT tu tak yah pulang kan sebab mereka buat kerja sekolah dalam buku tu. Rupanya itu adalah buku pinjaman, kene pulangkan. Tak pulang nanti kene bayar..hehehe

Sebaik semua buku aktivit tu ada so tak derla yang kene bayar.. cuma buku aktivit tu dah x serupa buku la.. dah macam belacan aku nengok. sebab banyak conteng dari buat kerja sekolah..hehehe
tak perla janjji buku tu telah selamat pun di pulangkan…

bantuan khas
Dan juga semalam adalah pengambilan BANTUAN KHAS RM100 untuk Awal Persekolahan 2012 seperti yang di bentangkan dalam Budget 2011.

Alhamdulilah… dah ada RM100 tu leh la beli pakaian sekolah Danial nanti. Dan semalam juga lah UPSR di umumkan. Tak pepasal aku kene bawa balik Danial balik umah, sebab cikgu kata x der aktiviti pun kat sekolah…hahaha…

Tapi hari ini kene datang sekolah macam biasa sebab nak bagi tahu kelas untuk Darjah 2 bagi tahun 2012.

Jadi mulai 19.11.2011 – 01.01.2012 bermula la cuti persekolah akhir tahun. Dan tahun 2012 bermula la Darjah 2 bagi Danial dan Tadika PASTI untuk Iskandar pula…

Nota kaki : 2 orang anak aku dah mula bersekolah, maka acara mencuci baju sekolah akan bertambah la tahun depan..hehehe

Tuesday, November 15, 2011

Gigi susu pertama Danial tertanggal

Masa jemput Danial dari sekolah, aku macam perasan sesuatu bila lihat wajahnya... tapi tak perasan la apa benda... Tetiba Danial pun cakap ngan aku....
Danial : Ibu, Danial tak boleh sebut huruf F, sebab ada angin
Ibu : hah? ada angin??
Danial : Ialah, gigi Danial dah patah. pagi tadi.
Ibu : hah? dah patah? mana giginya?
Danial : Dah buang..........
Ibu : ala....... (cis.. x dapat nak ambik gambar gigi dia nak buat blog)

 
Tapi masa dalam kereta dia sempat citer pasal pari-pari nak ambik gigi.

Dia cakap, kengkawan dia suruh simpan gigi bawah bantal, nanti ada pari-pari nak ambik. hehehe........ masih ada juga yang bercertia pasal pari2 gigi yek...hehehe

Sebaik gigi Danial tertanggal sendiri, kalu g klinik mau dia tak moh sebab nak g cabut....sebab dulu dia pernah dengar ada budak nangis kuat sebab nak cabut gigi....hehehe

So, tak dapat la nak bagi gigi susu Danial kat pari-pari, sebab Danial dah buang gigi dia entah kemana.....

Monday, June 20, 2011

Hanya duduk dan dengar, dapat BUAH TANGAN TUPPERWARE!



Ohw... bestnya... pertama kali dapat barangan TUPPERWARE ni.......

Tak sangka pula hanya datang dan perlu menghabiskan masa selama 3 jam di Tupperware HQ dan sebelum pulang menerima barangan bernilai RM300 dari Tupperware..

Submerryn, aku, Karen, Ruth Liew dan Azwa (Wife Eyriqq)

Sebelum tu nak ucap terima kasih Submerryn sebab dia yang mengajak aku ke Acara Tupperware ni.... sebenarnya ini adalah sesi memberi pandangan dan ulasan mengenai produk terbaru yang akan di lancarkan..

Tapi aku tak tahu la bila produk ni di lancarkan.. jadi mereka memerlukan sekurang2 10 orang para ibu yang memiliki anak dari umur 1- 5 tahun untuk memberi serba sedikit pandangan.

Jadi aku pun ingin turut serta la, sebab ada anak umur 1-5 tahun dan kebetulan leh baw alagi sorang partner dan aku ajak la wife eyriqazz.

So... tunggu saja la produk baru yang akan di lancarkan yek..hehehe


Okey...bergambar depan Pejabat Tupperware....

Kenapakah perut aku nampak kecik pula yek?? hahahaha.............. dah 8 bulan pun nampak kecik lagi..hehehehe


Balik jer rumah, apa lagi buka plastik dan tengok apakah yang aku terima.....

Wow.... bestnya, leh la pas ni isi susu anak, biskut, keropok...... eh memacam la leh isi dalam ni...

Tapi Bekas letak susu tu hanya bekas jer.. 'botol susu' tak der pun......emm.. yang dulu punya pun ada tak pernah pakai.... ni dapat lagi baru..hehehe tak per, sok leh bagi kat adik aku jerla...hahaha

Memang murah tul rezeki sejak aku pregnant anak ke 4 ni yek....... heheheeh.... agak2 pas bersalin ni nak pregnant lagi tak?? wakakaka...........

Nota kaki : Emm... aktif tul aku ni.. mentang2 sok pantang tak leh kuar..hahaha

Saturday, June 11, 2011

Kerat, kumpul dan tebus!


Beli jer memana PEK MILO, kumpul hingga cukup point pas tu tebus!!!

Yeaahhhhhhh............. aku nak kumpul VAN MINI ni..... nampak sangat comel.. tak perla.. walaupun aku tak akan guna... nanti nak jual la kat e-bay..

Mana tahu leh untung ratus-ratus.......wakakaakak........

untuk maklumat lanjut sila layari Laman Web Milo : http://www.milo.com.my/redemptions

Minum Milo anda jadi sihat dan kuat!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...