Friday, January 15, 2010

Tunangku isteri orang


Oleh Fuad Hadinata Yaacob, Zulfa Mohamad, Nor Husaini Nor Majid dan Rashidi Karim
am@hmetro.com.my



BUKIT MERTAJAM: “Saya berhabis sebanyak RM25,000 untuk majlis perkahwinan ini, tapi apabila sampai di rumah pengantin perempuan untuk majlis pernikahan, bakal isteri hanya berkain batik dan baju-T menyambut ketibaan rombongan kami.



KESAL...Zainuha (kanan) dan Zainab menunjukkan laporan polis yang mereka buat selepas keluarga berhabis RM25,000.

KESAL...Zainuha (kanan) dan Zainab menunjukkan laporan polis yang mereka buat selepas keluarga berhabis RM25,000.




“Lebih mengejutkan, rumahnya tiada tanda persiapan untuk majlis kenduri dan ahli keluarganya juga tak kelihatan sedangkan saya lengkap berpakaian pengantin dengan rombongan lima kereta membawa hantaran,” kata Nurr Fahmy Abu Samah, 28.

Nurr Fahmy, inspektor polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah dekat sini, mendakwa dia dijadual diakad nikah dengan Lan Koperal Wan Azura Wan Ahmad, 28, di Masjid Jamek Kampung Gial, Arau, Perlis, pada 1 Januari lalu, diikuti majlis persandingan di rumah pengantin perempuan keesokannya.

Majlis kenduri pihak lelaki pula ditetapkan 10 Januari lalu di sebuah hotel di Sungai Petani.

Wan Azura bertugas di sebuah balai polis di Subang Jaya, Selangor.

Nurr Fahmy berkata, anggota rombongannya terpinga-pinga apabila ketibaan mereka tiada disambut sesiapa sama ada di masjid atau rumah bakal pengantin perempuan. “Majlis pernikahan dijadualkan pada jam 10 pagi dan kami tiba di masjid jam 9.45 pagi, tapi mendapati tiada sesiapa di situ. Hampir setengah jam menunggu, bakal isteri menelefon dan meminta saya dan rombongan ke rumahnya.

“Mengejutkan apabila kami dapati tiada persiapan dilakukan, malah hanya dia berseorangan di rumah dengan cuma berkain batik dan baju-T. Apabila ditanya ke mana ibu bapanya, dia kata tak tahu, sebaliknya mengajak saya berkahwin di Thailand.

“Selepas rasa tertipu, saya mengajak rombongan kembali ke hotel sebelum kami pulang ke rumah ibu angkat di Sungai Petani,” kata anak ketiga daripada lima beradik itu.

Kejadian itu menyebabkan keluarga Nurr Fahmy membuat dua laporan di Balai Polis Bukit Mertajam pada 12 Januari lalu selain melaporkannya kepada Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia untuk tindakan susulan.

Nurr Fahmy berkata, dia bingung dan tidak tahu mengapa Wan Azura yang dikenali sejak tiga tahun lalu sanggup bertindak demikian dan lebih mengecewakan tergamak membohonginya.

“Beberapa saudara saya di Perlis yang menyiasat selepas kejadian itu kemudian memberitahu bahawa pernikahan saya tidak dapat dijalankan kerana Wan Azura sebenarnya sudah berkahwin dan masih isteri orang.
“Kenyataan ini amat mengecewakan kerana sebelum ini dia mendakwa masih bujang.

“Tiga tahun berkawan selepas mengenalinya di Kuala Lumpur, dia tidak menunjukkan sebarang tanda atau dokumen bahawa dia isteri orang atau sudah ada kekasih,” katanya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Macam2 sekarang nie kan??

Pelik kan..makin pelik aku tgk keadaan sekeliling.. macam mana dia leh sembunyikan status dia yek?? pandai tul berlakon..

Kalu baca kenyaataan dia :

Wan Azura bertugas di sebuah balai polis di Subang Jaya, Selangor.

xkan la x leh tnya kengkawan dia.. dia berkawan dgn perempuan tu je ker?? ishk..ishk..ishk...

Semoga menjadi iktibar kepada sumer orang.

23 comments:

  1. aiyoyoyo..
    mcm mane leh tetipu..
    agak pelik sikt..
    .-= Aus´s last blog ..MALAM ASTRO BEYOND =-.

    ReplyDelete
  2. mmg pelik la...ade jugak org da kawen sggup mengaku tak bujang ye...ade anak plak tu...klu lelaki yg buat mcm tu tak heran la sgt...mmm...
    .-= nadia´s last blog ..sogo lagi =-.

    ReplyDelete
  3. @Aus,
    itu la yang pelik nya...macammana yek??
    x kan la x der kawan yang lain bagi tau dia dh kawen..
    ishk...ishk..ishk...

    ReplyDelete
  4. @nadia,
    tu la..kalu lelaki tu x perla...leh lagi kawen 4..
    ni perempuan..
    emm..pelik la..
    si suami dia mana yek?? x der pun komen apa2....
    idup lagi kan?? hahaha

    ReplyDelete
  5. macam mana boleh jadi cam tu. 3 tahun berkawan tak kan tak terpecah rahsia si perempuan tu?
    .-= aini´s last blog ..Susah Senang Si Kidal =-.

    ReplyDelete
  6. bahaya juga skrg ni...
    semua kn diselidik...
    xkira walau apa pekerjaan...
    .-= mie´s last blog ..:: seri anggun (chapter 4) :: =-.

    ReplyDelete
  7. Ades. 3 tahun lama tu.
    .-= Dr House´s last blog ..Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL masih boleh disertai =-.

    ReplyDelete
  8. salam sumijelly.

    hairan betul la dengan lelaki tu, kalau dah 3 tahun kenal tak kan tak pernah siasat siapa keluarganya, merisik ke tidak sebelum ni, mereka berbincang dengan siapa untuk majlis pernikahan tu dan kalau dilihat byk dalam proses perkahwinan tu.

    bagimanaaaaalah boleh jadi begitu? hemmmm
    .-= kakchik´s last blog ..The last day I made a Polyvore set was 20 days ago =-.

    ReplyDelete
  9. ms tunang tu takkan mak ayah pompuan takde nk bgtau
    .-= didi´s last blog ..maafkan diriku ini kawan2 andai =-.

    ReplyDelete
  10. Mcm mana ler tak boleh tau dia nie masi isteri org...mcm2 jer kjdian skrg nie..

    ReplyDelete
  11. macam2 hal zaman sekarang kan...
    .-= Kancilbiru´s last blog ..Someone From TV9 Call Aku... =-.

    ReplyDelete
  12. Hayyak! Itu macam pn boleh jadi ka?? Kalu lelaki yg x mengaku laki org, logik la lagi. Huk3!
    .-= Fathiha Zainal´s last blog ..The secrets have been revealed by Nuffnang =-.

    ReplyDelete
  13. @aini,
    tu yang pelik...dah la satu tempat kerja...x kan la dak tmpt kerja x tahu dia dh kawen dan ada anak...
    pelik kan??hehehe

    ReplyDelete
  14. @mie,
    tu la pelik tu.. x kan bercinta membabi buta jer..
    x kenal ker mak pak pompuant ut??
    ishk...ishk..

    ReplyDelete
  15. @Dr House,
    3 tahun x kenal latar belakang?? emmmm......pelikkan...

    ReplyDelete
  16. @kakchik,
    salam kak chik...

    tu yang pelik ....x kan la dalam masa 3 tahun x pernah berusa adik bradik ker, mak cik pak cik ker...
    alih2 kata mau nikah ker?? dulu siapa yg tetapkan tarikh?? x kan mak sedara dia x bg tahu dia dh kawen... pelikkan??

    ReplyDelete
  17. @didi,
    didi...masa di atunang, dia buat kat umah mak sedara dia...
    tp pelikkan...rasa tu bukan mak sedara la..mesti kengkawan dia..x kan mak sedara x tahu dia tu masih bersuami lagi kan??

    ReplyDelete
  18. @Mr Kamikaze,
    tu yg pelik tu?? x kuar lak statement si suami dia yek?? suami dia mana yek??hehehe

    ReplyDelete
  19. @Kancilbiru,
    yer la nizaa..sebaik nizaa cepat2 wat statement nizaa abg hensem yg punya..
    kalu tidak..sampai sudah kak sumi x tahu..hahaha

    ReplyDelete
  20. @Fathiha Zainal,
    tu la..kalu lelaki ok la..ni perempuan..
    leh lak main tipu..tipu...teruk la.

    ReplyDelete
  21. pergh!!sedeyh ar laki tuh.
    .-= aidi-safuan´s last blog ..Yeah, She is hot! Erk, I mean He!!! =-.

    ReplyDelete
  22. @aidi-safuan,
    tula....x pepasal, nama kaum wanita jadi busuk..
    gara2 kes begini....
    adesss....jgn ada yg takut nak kawen sudah la..hahahah
    tp...ada ker??? :)

    ReplyDelete
  23. @sumijelly, eh,ade...nih aidi da takot nak kawen da neh. :p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...