Wednesday, November 29, 2017

KRR Wednesday Treats

Sapa biasa makan kat Kenny Rogers Roasters mesti tau.. setiap hari Rabu ada promosi untuk pemegang kad KRR...


Jadi kalau tengok jadual yang di paparkan...

Hari ni 29.11.2017 - Rabu ada Beli 1 Percuma 1 untuk menu Kenny Chicken & Pasta Meal....

Harga menu tersebut sepinggan RM22.50.. jadi bila pergi hari rabu jadi percuma untuk pinggan ke 2 la kan... ala.. kira 1 pinggan RM11.25 la kiranya...


Jadi pergila kami berempat....

Maka bayar la hanya RM45.00 untuk 4 set menu di atas....

Ok la kan... kalau makan kat luar pun dalam RM10.00 ..ni beza belas2 jer... sesekali boleh la kan...ada promosi kan. x der promosi tengok jerla..kah3

Tuesday, November 21, 2017

Koleksi mainan HAPPY MEAL

Ishk....... tadi citer pasal TUPPERWARE.... sekarang citer mainan happy meal...

Ingat happy meal tak der koleksi ker? ada wei... saja jer nak buh dalam blog... wat kenangan..hahaha


Ni sebahagian la... ada yang dah buang sebab betul2 rosak dan tak der pasangan...

Ni pun ada lagi tak di susun nya... kalau ikutkan banyak lagi.. ada dalam kotak.. ni jer yang sempat nak kemaskan


Simpan dalam ni...

Itu pun tak cukup sebab makin banyak koleksi nya.. maka buh dalam beg ikea aja...

Nanti la.. ada masa kemas lagi.. belum kira yang tak buka plastik lagi tu... konon nak buat hadiah sempena birhtday dia.. tapi tak jadi.. tak perla.. simpan jerla yang lom buka.. ada rezeki boleh jual ke.. kah3

Kisah TUPPERWARE

Ni kes tak der kerja la kan........

Maka tercipta la 1 entry merapu merapan... kah3...

Sebenarnya.. saya ni bukan la pengumpul TUPPERWARE pun... pernah dengar jenama tu tapi tak le mengumpul... tapi nak di jadikan 1 rezeki...

Pada tahun 2011, ada member ajak dengar pasal produk tupperware dan dapat pulang dengna barang tupperware... dalam 2 jam kot kene dengar...

Memula ragu gak wei... yela.. kang kene beli la apa kan... tapi betul la.. memang dapat tupperware free


Maka... jadi la koleksi pertama saya bersama tupperware...

Masa ni dapat 1 set One Touch, beg panas botol susu dan beg set picnic tak silap... sbb barang ni macam tak pernah nampak dalam katalog... maybe dah tak de keluaran lagi kot...

Kemudian.. selepas tu.. tahun demi tahun.. hahaha mula la terjebak ko...


Ni adalah sebahagian yang di beli dan juga ada yang dapat free....

Ada juga yang hilang dek anak-anak.. bagi derang bawa g sekolah.. bagi 3 bekas.. baliknya 2 bekas... pastu dah .. no more tupperware... pakai bekas biasa aja...

Ada yang tak muat masuk almari ni... letak dalam stor.. tu pun my IR dah bising wei... dia kata buat hiasan je ker? beli mahal-mahal... hahahaha

Tapi sekarang dah mula la pakai tupperware tuk kegunaan harian... tapi tak la smuanya.. ada yang guna time buat majlis ke apa kan.. sebab besar sesuai buh makanan banyak2..

Ohya.. saya memang peminat warna unggu... maka apa yang berkaitan unggu saya beli la walaupun tak semuanya....hik3

Ok la.. jom tengok katalog tupperware lagi... apa nak beli... Cuci mata jer.. tak semestinya beli ok.....hahaha

Monday, November 20, 2017

Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet


Prof Hariz Internet Marketing Malaysia




Ridhauddin Hariz  ialah salah satu Internet Marketing Malaysia yang dikenali sebagai Prof Hariz dikalangan rakan-rakannya. Beliau  berasal dari Permatang Pauh Pulau Pinang. Beliau meruapakan anak sulung daripada tiga adik beradik. Beliau adalah anak sulung yang sangat tabah kerana telah kehilangan ayah tercinta ketika umur beliau 3 bulan. 

Prof Hariz merupakan pemegang Diploma Sistem Komputer dari Kolej ADTEC Melaka dan semenjak itulah beliau menceburkan diri dalam bidang komputer dan Internet. Prof Hariz seterusnya melangkah ke alam pekerjaan di dalam bidang online marketing dan pemasaran secara atas talian. Bermula daripada tahun 2014, Prof Hariz menubuhkan syarikat sendiri iaitu PH ProjectBase Resources dan dari situ beliau berkecimpung dengan kaedah pemasaran secara atas talian menggunakan media sosial, strategi pemasaran menggunakan email, Google Analytics, Search Engine Optimization atau SEO, rekabentuk laman web dan juga pemasaran melalui konsep funnel marketing. Sejak dari itu, beliau telah membantu ramai peniaga serta syarikat-syarikat dalam menambahbaik strategi pemasaran diatas talian.

Pengalaman beliau yang mendalam dalam SEO membuatkan Prof Hariz dilamar oleh syarikat Exabytes Group Sendirian Berhad pada dua tahun lalu dan dipertanggungjawab untuk  menjana idea-idea baru serta menerokai strategi-strategi pemasaran yang inovatif menggunakan teknologi internet yang terkini, seperti penghasilan laman web, blog, komuniti media sosial dan juga kaedah-kaedah komunikasi yang lain. 

Selepas berhempas pulas bersama Exabytes, tahun ini pada tahun 2017 beliau sekali lagi dimurahkan rezeki beliau untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi di syarikat As White Global Sdn Bhd sebagai Penasihat SEO. Prof Hariz kali ini memegang jawatan dan tanggngjawab yang besar hinggalah melibatkan diri dengan klien-klien dari Australia, US , UK , Singapore dan Germany. Sebagai Penasihat SEO yang terkemuka di Malaysia, beliau dipertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan SEO kepada klien-klien tidak kira di Malaysia mahupun di luar negara.

Prof Hariz, Online Marketing Specialist atau pakar dalam SEO dan pemasaran atas talian adalah gelaran yang diberikan oleh rakan-rakan serta kenalan kerana pencapaian beliau telah mencapai ke tahap yang sangat membanggakan.  Kini beliau dikenali sebagai Prof Hariz ataupun Tuan Hariz.

Untuk yang tidak mengenali lagi siapa Prof Hariz, berikut adalah pencapaian beliau sepanjang beliau berada di dalam bidang Internet Marketing.



Pencapaian Prof Hariz
  • Menganjurkan program diet bersama Utusan Malaysia pada bulan Ogos 2014 dengan program “Prof Hariz Kongsi Tips Kurus” yang melibatkan seramai 500 peserta di seluruh Malaysia secara online
  • Mendapat pengiktirafan sebagai Top 3 Affiliate Malaysia oleh Infokerjaya pada bulan Disember 2014 kerana beliau telah berjaya menjana jualan sehingga RM100,000 dalam masa 5 bulan melalui penjualan ebook kerjaya, serta membantu calon-calon menduduki peperiksaan online dan temuduga SPA
  • Menganjurkan seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog di Karangkraf pada Disember 2014 di mana beliau berkongsi pengalaman beliau menjejaki dunia perniagaan secara affiliate di mana beliau dapat menjana puluhan ribu ringgit dalam tempoh masa yang singkat
  • Menganjukan pelbagai bengkel-bengkel dan seminar-seminar, antaranya:
          -  Bengkel / Seminar bertajuk: Buat Duit Dengan Blog di Politeknik Seberang Perai, pada                        Mac 2015
          -   Bengkel Affiliate Ninja pada April 2015
          -   Bengkel Email Marketing pada Jun 2015
          -   Private group coaching bersama Shaklee Malaysia pada Disember 2015, untuk membuat                       strategi penjualan sebanyak RM10 juta pada tahun 2016



  • Bekerjasama dengan Irfan Khairi pada Februari 2016 dalam seminar khusus bagi peniaga-peniaga dalam membuat penjualan dengan blog
  • Menganjurkan Private Coaching Group 365 - Bagaimana Jana Pendapatan 4 Angka Dengan Blog pada Ogos 2016 bersama 40 orang suri rumah, hasil daripada itu program ini berjaya membantu 10 orang suri rumah untuk menjana pendapatan sekitar RM10,000 sebulan secara konsisten
  • Ditemuramah oleh Astro Awani pada Disember 2016 dengan memberikan pandangan beliau berkenaan dengan Potensi Digital Ekonomi untuk negara Malaysia pada masa yang sama Jack Ma (pengasas dan tuan punya syarikat gergasi Alibaba Group of Companies) telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital Kerajaan Malaysia.
Servis Yang Ditawarkan Oleh Prof Hariz Sebagai Internet Markting Malaysia

Prof Hariz  menawarkan servis SEO yang mana membantu para usahawan dalam dunia perniagaan terutama membuat servis SEO untuk perniagaan secara atas talian. Bukan itu sahaja, Prof Hariz menawarkan servis review di blog beliau www.profhariz.com kepada usahawan yang ingin memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai. Artikel review itu adalah artikel yang mempunyai unsur-unsur SEO yang mana dapat meningkatkan jualan anda kepada double dan triplle daripada biasa.
  • Marketing di Google
  • Personal coaching Zero Marketing to Hero
  • Funnel Marketing
  • Review
Bagi siapa yang baru sahaja memulakan perniagaan atau sudah lama berkecimpung di dalam dunia perniagaan tetapi tidak tahu untuk membuat marketing, anda oleh menghubungi Prof Hariz sebaga penasihat anda melalui info dibawah.

Info Mengenai Prof Hariz
Whatsapp : 6012-5336713

Prof Hariz Internet Marketing Malaysia by PolicyStreet



Kini beliau berkerja di salah sebuah syarikat Insurans , PolicyStreet . Prof Hariz dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pengurus Internet Marketing disyarikat itu. 


PolicyStreet



PolicyStreet adalah insurans yang mudah, senang dan mampu bayar. PolicyStreet lebih menumpukan kepada mereka yang memerlukan insurans seperti syarikat , universiti, usahawan , kelab kesihatan, dan macam-macam lagi kumpulan.

PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan pelbagai jenis insurans mengikut keperluan seperti berikut :
  • Insurans Perubatan
  • Diabetes
  • Kanser
  • Kehidupan yang mampu
  • Tulang belakang
  • Bantuan jalan raya jangka pendek
  • Peralatan musik
  • Perbehentian kerja
Apa yang lebih membanggakan adalah, PolicyStreet menawarkan servis insurans untuk produk-produk yang lebih kecil antaranya ialah :

  • Keracunan makanan
  • Kerosakan rambut
  • Sewaan
  • Berbasikal
  • Keracunan alkohol
  • Menonton
  • Mendaki
  • Penyewa
  • Perlawanan bolasepak
  • Cinta
  • Peralatan musik
  • Perkahwinan
  • Majlis pengebumian
Sesiapa yang inginkan insurans, boleh hubungi PolicyStreet , syarikat insurans yang mengambil berat tentang keperluan anda. Bersama-samalah mencipta masa depan bersama PolicyStreet.



Info Mengenai PolicyStreet

Senarai Harga Pakaian Baju Sekolah 2017

Macam biasa la.. asal nak hujung tahun jer.. belum cuti sekolah lagi.. ibubapa dah pikir harga baju sekolah anak-anak...

Kalau anak nak masuk darjah 1, lagi la nak mencari tak tahu kat mana murah.. kat mana selesa.. kat mana banyak stok...hehehe .. Ni cerita berdasarkan pengalaman la ni.

Memandangkan Tahun 2018 hanya tinggal anak bongsu jer nak masuk Darjah 1.... maka memang harus mencarila juga kan..hehehe

Moh la tinjau harga baju sekolah yek...


TESCO (15.11.2017 - 06.12.2017)




GIANT (16.11.2017 - 09.01.2018)




AEON BIG (17.11.2017 - 02.01.2018)






Friday, November 17, 2017

Kolam Renang Marina Putrajaya

ok.. update blog jap!!

Citer lama la kan.. x yah tanya la kenapa lambat...

Cuti sekolah yang lalu... Ala.. yang penghujung bulan 8 tu hari.. sempatla bawa anak-anak g mandi kolam... bawa lepas balik kerja la...

Ibu nya cuti kene jimat cermat untuk keperluan la...


Kene beli tiket kat kaunter dahulu


Harganya

Kanak-kanak : RM3.20
Dewasa : RM 5.30

Kat kaunter tu tak letak harga termasuk 6% GST ... mungkin malas nak tukar la tu...

Naik lift... nak ke kolam renang


3 muka budak tak sabar nak mandi manda....

SIbuk ajak bercuti sebab nak mandi kolam... jadi dari pergi tempah hotel memahal.. baik kita gmandi kolam jer.. baru RM20.20 untuk 3 kanak-kanak + 2 dewasa kan..

Jimat sikit duit minyak dan tol...heheheh



Depan opis jer Marina Putrajaya ni....

Sampai dalam jam 5 ptg... ramai juga orang yek.. ingat tak ramai.. tapi ok la kot.. janjji tak penuh kolam nya


Tempat basahkan badan

Ada bilik air ok.. jangna risau....


Mandi la anak-anak ikut sesi yang di tetapkan...

Dah smapai jam 5 ptg.. jadi bumbambumbam... jam 6.30 petang habisla berendam kan...

Ibu tak la mandi.. sebab tak bawa baju.. tapi anak-anak cakap SEJUKKKKKKK ..... maklumla berbumbung kan...

Ingatkan sejuk...sejuk leh la cepat balik.. tak juga... maka layan la sampai kecut jari...

Jadi pada yang tak tahu nak kemana.. g le bawa anak-anak mandi kolam kat putrajaya ni.. berbayar pun tak perla.. janjji terjaga kan

Thursday, November 16, 2017

Pembukaan IKEA TEBRAU

Wah............ tak sangka hari ni 16 November 2017 IKEA TEBRAU telah di bukaaaaaaaa


Nampaknya.... Warga Johor dapat la membeli belah di IKEA... silap-silap, warga Singapore yang ramai berkunjung kan?

Jadi sempena pembukaan IKEA TEBRAU.. ada promosi untuk pemegang kad FAMILY IKEA laa....


Dapatkan IKEA TBRAU MINI BLUE BAG dengan setiap pembelian RM30.00...  untuk 1,500 ahli sahaja...

Mujur jauhhhh.. kalau dekat memang dah sampai dah ni...

Jadi.. lepas ni.. kalau g Johor boleh la singgah IKEA... untuk makan kat foodcourt dia la....

IKEA Johor Terbau
33, Jalan Harmonium 23/13,
Taman Desa Tebrau, 
81100 Johor Bahru, Johor



Friday, November 10, 2017

PerfectCare Steam iron GC3920/20

Tetiba jer tajuk entry pasal iron kan?

Memang niat nak beli iron.... yang steam..steam gitu...

Memula teringgggggiiiiiiinn sangat nak beli IRON ni...

.
.
.
.
.
.
Philips Perfectcare Aqua Iron (GC8625)

RM 1,590.00

Ala... orang panggin iron Amway... sebab amway jual.. padahal Philips punya brand kan...hehehehe

Memang nak beli ni.. kan kata senang nak gosok.. tak payah nak adjust2 suhu bagai kan.. siap seluar jean pun boleh gosok la kannnnnn....

Memang dah nak sangat beli... tapi.. tengok harga dalam RM1,500.00++  kan.. belum campur iron board dia... tu yang jadi dalam RM1,700.00++ rasanya...

Congak punya congak.. masih mahal...hahahaha.. Jadi terkubur la hasratttttttttttt............. sobsobsob

Tetiba ada kuar iklan terbaru.... IRON yang tak perlu laras suhu juga......
.
.
.
.
.
.
.
PerfectCare Steam iron GC3920/20 

RM 499.00



Haaa... siap ada demo la kat iklan tv


Haaa.... tu tak puas hati.. g la survey-survey gak... cari mana murah...

Dalam Lazada ada, 11Stretmy ada... cuma risau jer kang beli-beli dapat lambat...hik3

Jadi yang ni mampu milik... maka boleh la menabung... tinggal nak penuhkan tabung jerla.... kesenangan anak bujang nak gosok baju sekolah dia la.... dan juga ibunya nak gosok baju kerja ayahnya...

Jadi... sabar yek iron... dikau akan ku miliki jugaaaaaaaa.............hahahaha

Thursday, November 02, 2017

Keputusan Rayuan Tahun 1 Sekolah Huzaiman bagi tahun 2018

Ingat tak hari tu saya pernah buat entry pasal status permohonan Huzaiman tak berjaya ke SK Jalan Empat.......

Maka saya pun buat rayuan kan.....

Bagi yang permohonannya gagal, boleh buat rayuan secara online bermula 16/07/2017 hingga 31/08/2017

  • Sahkan dulu penempatan di sekolah asal (yg diputuskan JPN)
  • Ssi borang rayuan secara online. Tempoh hanya 16/07/2017 hingga 31/08/2017
  • cetak maklumat Permohonan Rayuan + sertakan dokumen yang diperlukan, buat Pengesahan Rayuan di sekolah asal yang ditempatkan (guru besar akan memperakukan permohonan rayuan)
  • Semakan keputusan rayuan boleh dilakukan selepas 01 November 2017

Makaaaaaaaaaaaa............. jawapan nya.........
.
.
.
.
.
.
.
Maaf, Permohonan rayuan sekolah anda telah ditolak


waaaaaaaaaaaaaaaa................... nange tepi bucu katil weiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Masak la wei....... macam mana nak bahagi badan hantar SK Jalan Empat ngan SK Seksyen 7.....

Nampak mya saya kene bertindak lagi ........ untuk membuat rayuabn ke SK Jalan Empat... banyak aspek kene fikir... tak boleh.. tak boleh.. stressssss saya wei...

Ok... apa2 pun proceed dulu ke SK Seksyen 7... sambil2 tu kita buat juga rayuan buat kali ke 2......

McD Drive-Thru™ VIP Offer November 2017

Untuk pelanggan McDonalds pandu lalu....

Promosi bagi bulan November 2017 adalah :


Percuma 4ketul Ayam McNuggets & 1 Ketang Goreng (M) untuk pembayaran menggunakan KAD
Percuma 1 kentang goreng (M) untuk pembayaran menggunakan TUNAI

Ok la kan... ada extra makanan kalai beli pandu lalu.... cuma kene pakai KAD jerla.... apa susah.. DEBIT aja......hik3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...