Thursday, March 29, 2018

Cabaran 14 hari bebas jerawat menggunakan Eucerin



Alhamdulilahhhhhh........ sudah melepasi 14 hari menggunakan Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment ....

Sebenarnya, wajah saya ni tidak la mengalami masalah kulit. Tapi biasalah perempuan, mana lepas dari masalah jerawat yang suka-suka hati muncul kan?

Masa zaman sekolah... lagi la, jerawat penuh 1 muka... hahahaha. Kemudian bila sudah bekerja tahu penjagaan wajah semasa bekerja. Kemudian bila berkahwin, tak der masa pula nak jaga muka.

Mujur muka jenis tak der masalah sangat.... cuma bila dah meningkat usia ni ... biasalah.. wajah tak la selicin seperti zaman muda -muda kan?

Jadi saya di beri peluang untuk menggunakan Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment ni.


Masa menerima Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment ni , terfikir juga... betul ke boleh mengatasi masalah jerawat di muka kan?  Ialah perempuan ni mana tak lari dari masalah jerawat.

Kalau period berjerawat, masalah pun berjerawat.. kadang-kadang tak der masalah pun boleh berjerawat..bila masanya tak berjerawat kan? hik3

Jadi bila saya terima jer Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment ni.. tak sabar ok nak pakai. Jadi sebelum tidur, saya cuci muka bersih-bersih-bersih dan sapu krim ini di muka sebelum tidur.

Krim nya tidak berbau malah lembut... menjadikan wajah saya tidak kering. Sentiasa lembab je.... seronok rasa.

Maka saya pakai selama 14 hari setiap malam....

Hasilnyaaaaaaa......................


Seperti yang tertera di kotak Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment ini... menyatakan membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat, P. acnes, dan menanggalkan sel kulit mati.

Jadi betul la.. ia berkesan di wajah saya di mana kurang pori-pori dah di muka.... jerawat memang susah nak timbul selepas pakai Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment .... nampak ketara la.. bila di tegur oleh kawan pejabat... tetiba terasa.. berkesan juga produk ni yek...

Malah formula yang di hasilkan juga mengekalkan kandugan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.

Kesimpulan bagi saya selepas menggunakan produk ini, wajah saya kini bebas jerawat, malah kulit muka saya juga dapat membersikan pori-pori di wajah.. yang itu lah menjadikan wajah kita ada perubahan...secara tak langsung dapat juga menanggalkan sel kulit mati di wajah kita kan?

Kalau menggunakan produk Eucerin yang lain mungkin lebih baik dan dapat menjaga dan merawat muka dengan lebih baik.


Produk ini boleh didapati di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62. Jadi pada mereka yang ingin mencuba, boleh beli di farmasi ya.

Selamat mencuba!

Tuesday, March 20, 2018

Harga Tiket Kidzania 2018

*20.03.2018*

Sekarang dah tahun 2018 kot.. makin lama makin berubah semua harga, bukan kata makanan dan minuman harga tiket permainan pun naik gak..hik

Tanpa banyak citer, meh leh kita update harga tiket KIDZANIA ok...

HARGA TIKET KIDZANIA 2018


Wah.. harga nya dah berubah... saya pernah update untuk TAHUN 2016, boleh la search nanti jumpa...

Tahun 2016 harga bagi kanak-kanak 4 - 17 tahun : RM 80.00
Tahun 2018 harga bagi kanak-kanak 4 - 17 tahun : RM 89.00

kenaikan dalam RM9.00 tuuuuuuu.........hehehhe.. jadi sila campur la kalu anak 4 orang wei.. semua jer dah RM 356.00  lom masuk tiket ibubapa lagi... boleh tahan ko..


WAKTU OPERASI


Waktu operasi masih tidak berubah.. seperti tahun 2016 juga..

Hari Ahad - Jumaat : 10 pagi - 5 petang
Hari Sabtu, Cuti sekolah dan cuti umum : 10 pagi - 7 malam
Bulan Ramadan : 9 pagi - 4 petang

Kidzania di tutup setiap hari ISNIN

Tapi baru minggu lepas MATTA FAIR 2018 bagi bulan Mac ada promosi KIDZANIA buat


Harga bagi 2 kanak-kanak + 1 dewasa = RM 129.00 (NP : RM 225.00)

Pakej di Matta Fair ada 2 tarikh yang berbeza untuk tiket tamabahan. Mungkin bulan Ramadan tak ramai orang... suram je.. maklum la bulan puasa... yang datang mungkin bukan orang Islam la.. kalau orang Islam pergi tu.. kemungkinan anak-anak tu tak puasa.. hahaha

Jadi pakej ini pun berubah juga.. pada tahun 2016 pakej nya berharga RM 119.00, kiranya beza RM 10.00 la... jadi agak tahun 2019 naik lagi tak?

Terlepas promosi di Matta Fair ke? Jangan risau



Yang terlepas ke MATTA FAIR minggu lepas.. boleh jer g beli lagi secara online... tapi kene masukkan

PROMO KODE : KTF318 
Offer valid : 19.03.2018 - 30.03.2018

Jadi.. sempat la lagi kalau nak g cuti sekolah ni... tinggal berbaki 5 hari jer...

Tapi kalau terlepas yang ni.. tunggu MATTA FAIR bulan September 2018 pula.. harga sama je.. pada tahun yang sama.. tahun berikutnya yer baru berubah...

Wednesday, March 14, 2018

Kulit bebas jerawat dalam masa dua minggu


Apabila berdepan masalah jerawat dan radang kulit, pengguna kebiasaannya akan mencuba pelbagai produk untuk menghapuskannya. Namun, sesetengah produk boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan mengakibatkan kerengsaan.


Bagi menangani masalah ini, Eucerin®, salah satu jenama dermo-kosmetik paling dipercayai di seluruh dunia telah menghasilkan produk penjagaan kulit anti jerawat yang bukan saja menyuburkan kulit malah membantu menghapuskan jerawat dengan lembut iaitu Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment. 

Pelembap untuk kulit berminyak dan berjerawat ini direka dan diuji khas untuk membersihkan pori yang tersumbat, mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat, di samping mengekalkan kelembapan kulit.

Diformulasikan dengan bahan-bahan aktif yang terbukti berkesan, Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment mengurangkan jerawat komedon* dalam masa hanya DUA minggu tanpa mengeringkan kulit. Formulanya yang mengawal kerengsaan untuk kulit lebih licin dan sihat terdiri daripada:

  • Sepuluh peratus  Hydroxy Complex, kombinasi tiga ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu  AHA (asid glikolik), BHA (asid salisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat, P. acnes, dan menanggalkan sel kulit mati;
  • Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah;
  • Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin B5 adalah pelembap yang mengekalkan kandugan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.

Apabila digunakan sebagai sebahagian daripada regim lengkap penjagaan kulit pada waktu malam**, pengguna melaporkan terdapat perubahan selepas dua minggu dan dalam masa lapan minggu, kulit wajah menjadi lebih mulus. Sebanyak 94 peratus pengguna bersetuju yang Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment menghalang pertumbuhan jerawat baharu dan mengurangkan bekas jerawat hitam sementara 80 peratus pengguna bersetuju produk ini mengurangkan bintik putih, bintik hitam, dan mengurangkan jerawat yang bengkak.***


Produk ini sudah boleh didapati di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62.

Nota kaki : Jerawat komedon merujuk kepada bintik hitam, bintik putih dan bintik kecil (papul) yang biasanya terdapat di dahi dan dagu pengguna yang mengalami masalah jerawat.

Monday, March 05, 2018

Surat pertama dari Google Adsense - Nombor Pin

Salam, agak lama tak berupdate blog... rindu lak nak menulis... banyak cerita.. tapi tak ada masa.. kekadang tak terkeluar ideanya..

Bulan lepas, saya ada menerima sekeping surat dari Google Adsense


Masa terima ni tak tahu apa benda...

Dah terima try juga google surat ni..


Ada nombor pin....

Nanti la cari cara-caranya... puas baca tak paham kat mana nak buh nombor pin nya..

Dah dapat nanti saya share yek,.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...