Monday, December 21, 2015

Kegembiraan anak-anak ke Sunway Lagoon yang lalu............

Maaf ler.. lama kot tak update blog...hahahaha

Ni nak cerita pasal g Sunway Lagoon..... tapi ni kisah bulan Oktober 2015.. sekarang dah Disember 2015... maka ketinggalan beberapa bulan la kan.. tapi boleh la kan dari tak der update kan?

G Sunway Lagoon pun sebab dapat tiket percuma... nak beli? emmm.. kene fikir banyak kali kot... hahaha. Maklum la anak ramai.. kos pun mahal...hahaha


  
 
Macam biasa.. sebelum pergi, dah suh anak-anak siap pakai baju renang...

Senang sikit.. tak yah nak tukar2 bagaikan.. smapai2 jer leh terus terjun berirama...wakakaka


 
  Sampai jer Sunway.. terus g cari tempat mandi manda la...

Tempat yang ada mainan slide-slide ni la yang deran gkejar dulu... tak per.. kita layankan aja...

Dengan makpak nya sekali joint main...hahahaha


Pastu g tempat beach lak kan......

Main pasir la konon... gasak la.. main la nak oit.. pasir sini ok la kan.. sebab pasir buatan.. bukan pasir betul2 tepi pantai tu....

 
 
Gigih ibunya bawa kamera tengah air...

Nak ambik gambar punya pasal kan.. ni pasrah jer.. kalau la jatuh kamera ni.. ma nanges ibunya.. wakakaka

 

Dah puas mandi manda.. main permainan situ lak

Tapi nasib tak baik.. hujan pula belah petang kan.. maka dapat naik beberapa mainan jer la kan,.....tu pun anak-anak suh tunggu smapai habis hujan...

Maka sebagai ibubapa.. kita guna kuasa veto.. JOM BALIK!!!!!!!!!! hahahaha

Ingat tak ingat lapar dah....... ingat rupanya...

Kuar jer Sunway.. g ke Mall nya pula.. apa lagi makan ler.. dah puas berjimba2 seharian.. kita pun balik...hahahaha

K.. itu baru 1 kisah.. ada lagi beberapa kisah ni lom sempat nak update.. nanti saya akan cuba update lagi.. sempat ker idok tak tahu la.. dah nak tutup dah  tahun 2015 ni...hahaha







Monday, December 07, 2015

Agak lama menyepi

Salam semua....

Ya allah.. lama nya tak update blog ni.... dekat sebulan rupa-rupanya...

padahal banyak benda nak cerita....

tak perla saya ringkas kan aja kenapa saya sibuk....

Saya berpindah bahagian.. dari aras 5 berpindah ke aras 8.. jadi itu yang menyebabkan sibuk.. kerana perlu selesaikan kerja-kerja yang tertunggak di tempat lama sebelum berpindah ke tempat baru....

lepas tu.. di tempat baru kene pula belajar benda baru la pulak... jadi tu yang menyebabkan sibuk sampai tak dapat nak update blog.. tapi update FB dan Intagram sempat.. cepat ia cepat dan mudah...hahaha

Ok la.. nanti saya cerita pasal tempat baru pula.. seronok jug abila berpindah randah ni.. dapat menimba pengalaman baru kan.. jadi tak derl abosan nak kerja lama kan?

okla.. cau cin cau...hehehe

Friday, November 06, 2015

Ubat RAVIMED

Provera Medroxyprogesterone Acetate
Nama lain : Provera, Depo-Provera

Apa kegunaannya?
  • Medroxyprogesterone asetat digunakan untuk menghentikan pertumbuhan lapisan rahim (rahim) dan menyebabkan rahim untuk mengeluarkan hormon-hormon tertentu. Ia boleh mencegah kehamilan dan menghalang pertumbuhan kanser tertentu.
  • Ia adalah sama dengan hormon seks wanita yang semula jadi iaitu progesteron, dan kadang-kadang dikenali sebagai progestogen. Secara umum ubat ini digunakan untuk merawat keadaan seperti haid tidak hadir atau tidak teratur, atau pendarahan rahim yang tidak normal, untuk melambatkan pertumbuhan tumor tertentu yang sensitif kepada hormon, untuk mengurangkan risiko hiperplasia endometrium (penumbuhan yg terlalu cepat daripada lapisan rahim), satu keadaan yang boleh membawa kepada kanser rahim, dan sebagai perancang untuk mencegah kehamilan. Antara kebaikan penggunaan ubat ini termasuklah penyusutan pendarahan dari faraj atau rahim, menjadikan period normal atau biasa dan melambatkan pertumbuhan tumor.

Disenaraikan di bawah kegunaan lazim medroxyprogesterone asetat:
  • Haid yang banyak
  • Tempoh haid yang menyakitkan
  • Haid tidak teratur atau tempoh-tempoh yang lebih kerap daripada biasa
  • Ketiadaan haid
  • Endometriosis ringan kepada yang bersifat sederhana yang berlaku apabila tisu daripada rahim anda ditemui di luar rahim anda
  • Kanser pada selaput rahim (kanser endometrium)
  • Kanser yang telah merebak ke bahagian badan yang lain (kanser metastatik) di kalangan wanita yang telah berhenti haid mereka (menopaus)
  • Pencegahan jangka panjang kehamilan (perancang keluarga)
  • Perancang keluarga sekali-sekala (sekali atau dua kali) di kalangan wanita yang rakan kongsi sedang menjalani vasektomi, wanita yang sedang imunisasi terhadap rubella, wanita yang sedang menunggu pensterilan.

Atas beberapa perkara, doktor anda mungkin akan menetapkan ubat ini untuk merawat keadaan yang tidak dalam senarai di atas. Syarat-syarat tersebut adalah seperti di bawah:
  • Kanser payudara
  • Kanser buah pinggang
Cara Penggunaan?

Berapa kerap saya mengambilnya?

Mengambil ubat ini secara lisan biasanya setiap hari dalam dos tunggal atau dibahagikan, dengan atau tanpa makanan. Menelan tablet keseluruhan dengan air. Bergantung kepada keadaan perubatan anda, anda mungkin tidak perlu mengambil medroxyprogesterone asetat setiap hari. Pastikan anda tahu bila untuk mengambil ubat anda. Jika anda tidak pasti berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi. Rumusan lain mungkin perlu mengambil lebih atau kurang kerap seperti yang ditunjukkan oleh doktor atau ahli farmasi anda.

Gunakan ubat ini dengan kerap untuk mendapatkan manfaat yang paling daripadanya. Ingat untuk menggunakannya pada masa yang sama setiap hari - kecuali disuruh khusus sebaliknya oleh doktor anda.Keadaan perubatan tertentu mungkin memerlukan arahan dos yang berbeza seperti yang diarahkan oleh doktor anda.

Apa dos?

Dos adalah berdasarkan umur anda, keadaan perubatan, tindak balas kepada terapi, dan penggunaan ubat-ubatan berinteraksi tertentu.

Adakah saya perlu untuk mengelakkan apa-apa?

Medroxyprogesterone asetat tidak diketahui menjejaskan keupayaan untuk memandu atau mengendalikan jentera. Anda boleh memandu dan mengendalikan jentera selagi anda berasa sihat dan mampu untuk berbuat demikian. Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Apabila saya boleh berhenti?

Adalah penting untuk terus mengambil ubat ini walaupun anda berasa sihat, melainkan jika doktor anda memberitahu anda untuk berhenti.

Pesakit perlu dinilai semula secara berkala dengan cara klinikal yang sesuai (contohnya, selang jangka masa 3 - 6 bulan) untuk menentukan keberkesanan rawatan. Bagi wanita yang mempunyai rahim yang, langkah-langkah diagnostik yang mencukupi, seperti pensampelan endometrium, dinyatakan, perlu diambil untuk menolak keganasan dalam kes-kes pendarahan faraj yang tidak normal secara berterusan atau berulang-ulang yang tidak dapat dikenal pasti.

Kesan Sampingan ?
  • Sakit payudara atau kelembutan
  • Pelepasan susu dari payudara apabila tidak mengandung atau menyusukan bayi (galactorrhoea)
  • Sakit kepala
  • Sakit perut atau rasa tidak selesa
  • Cirit-birit
  • Sembelit
  • Kemurungan
  • Rasa pening
  • Keletihan
  • Kesukaran tidur
  • Rasa saraf
  • Bacaan gula diabetis meningkat
  • Perubahan dalam nafsu seks
  • Sakit belakang
  • Kejang kaki
  • Darah beku
  • Pendarahan faraj yang tidak dijangka atau luar biasa atau mengesan
  • Haid berhenti atau anda mempunyai rehat yang lebih panjang antara tempoh
  • Masalah kulit (gatal-gatal, ruam, ruam melukakan hati, jerawat)
  • Pertumbuhan rambut yang berlebihan pada muka dan badan
  • Pembengkakan tangan, pergelangan kaki, muka
  • Pertambahan berat badan
  • Rasa panas
  • Masalah dengan penglihatanKekuningan kulit dan putih mata
  • Penipisan tulang
  • Jangkitan yis pada vagina
  • Kanser payudara
Jika mana-mana berterusan atau anda menganggap mereka teruk kemudian memberitahu doktor atau ahli farmasi anda dengan segera. Maklumat lanjut tentang kesan-kesan sampingan yang lain boleh didapati di dalam risalah maklumat pesakit.

Cara makan : 21 hari makan 2 biji, 2 kali makan... berhenti 7 hari..kemudian sambung balik 21 hari begitula seterusnya... hehehe

Monday, November 02, 2015

Kaunter pembayaran layan diri di Tesco IOI City Mall

Sebenarnya nak citer lama dah.. tapi x sempat nak tulis...

Citer ni dah lama.. bulan 9 2015 hari tu... masa tu g TESCO kat IOI City Mall.. kan dekat jer dari Putrajaya tu... g pun waktu rehat tau...

Masa nak bayar.. tengok la 1 kaunter ni panjang.. pastu tgk pula kat ujung ramai org beratur.. ingatkan bayaran tuk bawah 10 barang jer kan.. maka pergi la saya ke situ...

Ohw... rupanya kaunter pembayaran layan diri...

Patut la ramai kan...

Ada 6 kaunter kat situ... kemudian di tempatkan 1 @ 2 pekerja untuk bantuan

Ada la juga pak guard yek... mana tahu kot2 ada kecurian..hehehe


Dapatla saya mencuba.. sebab tak ramai orang...

Konsepnya macam bayar parking tiket la.. bezanya ni korang bawa barang... scan macam cashier selalu buat tu... selalu tengok jer kan.. kali ni korang buat sendiri...


Scan kat bawah tu la.. nanti kuar harga....

Pastu nak bayar pakai 'cash' atau 'kad' pun boleh.... kalau cash.. nanti masukkan jer duit kertas tu... pastu tunggu la baki..

Alah..... macam tak biasa bayar parking tiket kan.. lebih kurang gitu la konsep nya....

Jika ada masalah.. boleh la rujuk kat pekerja situ atau g jer kat kaunter khidmat pelanggan tu.. habis citer... cuma.. kalau barang korang banyak.. pastu berat2.. baikla g beratur yang ada cashier... sbb situ elok2 nak cepat jadi lambat lak...hahaha

Kang salah harga la.. salah itu ini dah banyak songgeh lak korang...hahaha

Nak cuba? g la ke TESCO IOI CITY MALL ok.......... tempat lain saya tak sure ada ker tak? hehehe

Bulan November sudah datang!


Hari ini dah 2.11.2015.. lagi 18 hari akan berakhirla sesi persekolahan 2015.

Selepas itu bermula 21.11.2015 - 31.12.2015 cuti sekolah bagi penghujung tahun dan hari merdeka untuk anak-anak la... dan menjadikan minggu yang sibuk untuk ibubapa....

Ialah.. kalau yang tinggl di rumah, kene la sediakan makanan pula.. kalau hantar ke rumah pengasuh kene pula bangunkan mereka macam nak g sekolah lagi...hehehe

Tahun depan semua dah bersekolah.. si Danial masuk darjah 6, si Iskandar masuk darjah 3, si Zulfadhli masuk darjah 1 dan si Huzaiman pula masuk Tadika...hehehe

Hai.. semua dah mula sekolah.. jenuhla ibu nak gosok baju sekolah derang tiap2 hujung minggu.. kasut sekolah pun bertambah la.. maka bertambah la tenaga nak mengarah dan mengkerah..hehehe

Kekadang terfikir juga.. nak berhenti kerja menguruskan hal anak-anak.. tapi terasa macam sayang pula.. takut pun ada.. entah la.. bila datang malas nak keje.. macam nak berhenti.. bila dah duk lama kat rumah macam cuti + mc + hujung minggu terasa lama.. maka nak g keje pula...hehehe

Gitu la kita kan.. selagi hidup bekerja jer.. tak kira di rumah mahupun di tempat kerja...

Apa-apa pun.. selamat bekerja untuk semua tak kira tempat dan pekerjaan...........

Friday, October 30, 2015

Pembukaan IKEA CHERAS 19.11.2015


Wah,.......ramai tak sabar ni nak menunggu pembukaan rasmi IKEA CHERAS 19 November 2015 ni....

nah alamat nya

24, Jalan Cochrane, Maluri, 
55100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 
Malaysia

Jadi pada yang selalu merungut jauhhhhhhhhhh nak g IKEA Damansara tu.. leh la terjahhhhhhhhh yang di Cherassssss

Thursday, October 29, 2015

Pledge For Tomorrow – What’s Your Favourite Thing To Do With Your Parents?

Dalam erti kata IKRAR UNTUK ESOK – APA PERKARA KEGEMARAN ANDA LAKUKAN DENGAN IBU BAPA ANDA?

haaa……………. kita mesti pernah berjanjji dengan ibubapa kita yang kita inginkan yang terbaik untuk mereka… jadi AIG Malaysia ingin mendapatkan penyertaan dari orang ramai untuk mengikrarkan masa yang berkualiti dengan ibu bapa mereka.

Jadi mari sertai mereka kerana mereka melancarkan buat julung pertama kalinya  Pledge For Tomorrow bermula dari hari ini sehingga penghujung bulan Novembner 2015. Matlamat mereka  adalah untuk mendapatkan seberapa ramai orang yang mungkin untuk membuat ikrar dan melaksanakannya.

Senang aja……..

Layari http://www.pledgefortomorrow.com/ dan ikuti segala langkah-langkah yang tertera

 

Setelah itu kongsikan di laman sosial dengan rakan-rakan dan keluarga, IKRAR yang anda tulis mana tahu anda berpeluang untuk memenagi beberapa hadiah menarik!

Jadi…. marilah kita berIKRAR dan sebarkan kepada semua… semoga penerima IKRAR kita akan tersenyum dan gembira membacanya…


Membuat ikrar hari ini dan membawa kenangan hebat dengan ibu bapa anda esok.

Friday, October 23, 2015

Kisah J E R E B U

Entah la kenapa... sebenarnya banyak cerita saya nak tulis tau... kisah pergi ke Melaka bersama pejabat... kisah ke sunway lagoon bersama anak-anak, kisah makan sana sini.. kisah beli itu ini... tapi entah la...

Sejak J E R E B U ni.. banyak kisah tertangguh... hahaha seperti kisah jerebu gak la....

Cuba bayangkan ... sepatutnya minggu ini anak-anak selesai menghadapi peperiksaan di Sekolah Rendah.. dan minggu depan akan menghadapi peperiksaan Sekolah Agama sahaja... tapi di sebabkan JEREBU la.. peperiksaan tertangguh... di bawa pula ke minggu depan.. maka minggu depan anak-anak akan menghadapi peperiksaan dari pagi sampai la petang.........

Itu pasal peperiksaan pula.. ini sebab perancangan juga.. sepatutnya minggu depan myIR akan menghadiri Konvokesyen di UUM, Sintok.. tapi sekarang ni.. minggu depan peperiksaan akhir tahun sekolah anak-anak pula.... dah la 3 hari perginya agak lama kan... Maka dengna itu si ibu susah hati sama ada nak pergi menemankan ayahnya atau tak untuk memberi laluan anak-anak menjawab peperiksaan....

Bila minggu ni tertangguh ke minggu depan.. banyak benda-benda lain bersangkut paut.. mujur pergi ke Kedah naik kereta... kalau buatnya booking tiket kapal terbang kan.. haaaaaaa.... pastu minggu depan tetiba JEREBU balik menyerang... kapal terbang tak leh lak meneruskan penerbangan.. jadi makin bertambah2 la kerugian dari segi masa dan kewangan... bertambah pula kos lagi kan...

Entahla... dengan cuaca yang teruk di luar.. secara tak langsung penyakit pun datang menyerang.... saya baru sahaja bercuti skait gara-gara selsema teruk dan batuk sekali... air bergellen-gellen minum dah.. tapi kalau cuaca tak elok pun susah juga nak sembuh kan...

Harap-harap adalah penyelesaian untuk menangani JEREBU yang kian melanda ke Malaysia ni... kalau di ikutkan .. dah macam pesta JEREBU lak setiap tahun kali gini gayannya........

Sekian cerita kali ini tanpa gambar...........

Thursday, October 08, 2015

Jadual Baru Peperiksaan UPKK 2015

Disebabkan JEREBU yang melanda minggu ni.. maka beberapa subjek UPKK terpaksa ditunda...

Akhirnya.. hari ni pelajar Tahun 5 KAFA menduduki Peperiksaan UPKK seperti yang di tetapkan...


Di sertakan sekali surat dari JKM mengenai Peperiksaan UPKK
 

Hari ni Danial akan menjawab pepriksaan nya pada belah petang... semoga Danial berjaya menjawab nya.

Tapi minggu depan adalah hari yang mencabar untuk Danial, sebab sekolah rendah pun ada peperiksaan... ini bermakna dari pagi hingga petang dia akan menjawab peperiksaan sahaja...

Harap2 dia dapat menjawab dengan jayanya.... doa2 kan yek...

Selamat menjawab peperiksaan kepada anak-anak yang mengambil UPKK 2015!

Monday, October 05, 2015

Sekolah dicutikan gara-gara J E R E B U !

Sabtu dan Ahad lepas, IPU memang tak sehat sungguh la.. kelabu jer permandangan

Paling teruk hari Ahad... jam 6 pagi 220, tak sampai 3 jam terus naik ke 238


Maka, semalam KPM terus umumkan cuti sekolah gara2 jerebu. Pelajar sekolah di cutikan selama 2 hari iaitu 05.10.2015 - 06.102.2015.



Semua sekolah di seluruh negara kecuali Kelantan, Sabah, Sarawak dan Labuan diarah tutup dua hari bermula esok ekoran situasi semasa jerebu yang semakin buruk. 

Menyentuh tentang peperiksaan awam, Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang bermula minggu depan, kata Mahdzir, kementerian tidak berhasrat menangguhkannya.

Sekiranya jerebu sampai ke tahap yang perlu diisytiharkan darurat oleh kerajaan, pada waktu itu barulah peperiksaan berkenaan akan ditangguhkan.

Jelas beliau, sebagai langkah persediaan kementerian akan melaksanakan Ops Topeng dengan Jabatan Pendidikan negeri dan sekolah akan mengambil langkah membekalkan penutup hidung dan mulut kepada pelajar yang menduduki peperiksaan di sekolah masing-masing.

Peperiksaan PT3 dijadual berlangsung pada 12 hingga 15 Oktober ini, SPM (2 November hingga 8 Disember), STAM (17 hingga 24 November) dan SPTM (November).

- Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid

Itu sekolah kerajaan...manakala bagi pelajar sekolah agama pula mengalami kesulitan berikutan sekolah di tutup pula.

Sepatutnya hari ini ada Ujian Penilaian Kelas Kafa bagi Tahun 5... dan terpaksa di tangguhkan pula...


PENANGGUHAN PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) DAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (UPSRA)
  1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ingin memaklumkan kepada semua Agensi Bertanggungjawab melaksanakan KAFA seluruh Malaysia berhubung pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) berikutan masalah jerebu yang melanda di kebanyakan negeri di Malaysia dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan kadar bacaan yang tidak sihat (IPU 101-200) serta tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengisytiharkan penutupan sekolah-sekolah di beberapa buah negeri di Malaysia pada Isnin dan Selasa bertarikh 5-6 Oktober 2015.
  2.  Sehubungan itu, pelaksanaan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) kepada 207,343 orang calon yang diselaraskan oleh Jakim seluruh Malaysia bagi subjek  Ulum Syariah (UPKK 02/01) yang dijadualkan pada hari Isnin 5 Oktober 2015 pada jam 2.30 petang dan subjek Sirah (UPKK 03/01) serta subjek Jawi Dan Khat (UPKK 05/01) yang dijadualkan pada hari Selasa 6 Oktober 2015 adalah ditangguhkan. Walaubagaimana pun pelaksanaan peperiksaan pada hari hari Rabu dan Khamis berjalan mengikut jadual.
  3. Penangguhan ini melibatkan semua pusat  peperiksaan seluruh Malaysia. Tarikh baru bagi pelaksanaan peperiksaan bagi 3 subjek berkenaan akan dimaklumkan kemudian berdasarkan kepada suasana dan laporan IPU semasa.
  4. Dipohon kerjasama kepada semua Agensi Bertanggungjawab yang melaksanakan KAFA mengambil tindakan SEGERA memaklumkan arahan penangguhan peperiksaan ini kepada semua pihak yang terlibat.
  5. Pihak Jakim juga menyambut baik keputusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menangguhkan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) pada Isnin dan Selasa (5-6 Oktober 2015) selaras dgn arahan KPM supaya semua sekolah ditutup Isnin dan Selasa.
  6. Peperiksaan UPSRA di semua sekolah kelolaan Jawi iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Labuan  akan ditunda kepada hari Isnin dan Selasa depan (12-13 Oktober 2015). Bagi jadual hari Rabu dan  Khamis  berjalan seperti yang dijadualkan kecuali ada arahan lain daripada KPM.
Sekian
DATO' HAJI OTHMAN MUSTAPHA
4 Oktober 2015

*****************************************
**********************

Agak-agak bila la akan hilang jerebu ni yek?

Sebab segala perancangan terganggu.. jika begini la keadaan nya.. sekolah ditutup, pelajaran tertangguh, peperiksaan di tangguh.. bagaimana kalau mereka yang dah merancang perkara lain... mesti akan berubah juga perancangan nya kan?

Banyak faktor perlu di ambil kira akibat jerebu ni......

emmmmmmmmmmm............................

Tuesday, September 29, 2015

Majlis Resepsi Perkahwinan Hafiz & Farah

 Sabtu lepas kawan opis kawen...heheheheh

Tapi buat kat Kluang Johor la.. maka pergila saya bersama rakan opis jer.. sebab myIR ada hal maka, bawa 2 orang anak jer.. lagi 2 tinggal ngan ayahnya...hehehe

Ohya.. pada hari sabtu tu juga kawan blogger Hazman pun bersanding gak.. emmm.. x dapat g jumpa Hazman.. sebab sampai umah dah malam.. sangat penat sungguh..hehehe

Jom tengok gambar pengantin ......

Sampai jer apa lagi.. ambik gambar kat photobooth derang...

Comel dan manarik ok...hahaha.. tengokla.. apa la si Iskandar nak buat ngan motor tu..hahaha. Nak naik la tuew...

 Ok.. pengantin pun sampai...

Huzaiman sambut pengantin...hahahaha.. sibuk tul ke hulur hilir...

 Meja beradap.....

Panjang dan cantikkkkk kan?

Meja dessert tuk tetamu meja beradab....

Kami duduk di meja beradab ok... esklusif kan?

Kek pengantin,... 3 tingkat ko...

 Menu makanan...

Nasi nya sangat lembut dan seddddaaaaaaappppp... bertambah-tambah la makan..

 Ada gerai air batu campur...

Memang elok sangatla kan.. haus dan panas.. sesuai la makan kan...

Ada gerai goreng-goreng...

Hei.. bukan la Johor kalau tak ada pisang goreng di cicah ngan sambal kicap kan?? hehehehe

Ok.. dah la tu.. kesian pengantin nya gambar tak nampak lak.. jom tengok gambar pengantin sat..hehehe

 
 

Cantik kan pengantin.........

Tempat singah sana pun cantik.. bunga tu kiri kanan bunga hidup tau... memang segar bugar...

Selamat pengantin baru Hafiz dan Farah..

Semoga kekal ke akhir hayat... dan selamat menempuh alam baru ok!

Friday, September 25, 2015

Jom raikan sambutan bulan Play-Doh!


Selama lebih 50 tahun, PLAY-DOH® telah memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta, eksperimen dan mengukir ciptaan unik tersendiri.

Kanak-kanak suka menghasilkan sesuatu yang menarik jika di berikan pendedahan lebih awal seusia 2 tahun.....


Jadi saya ajak Zulfadhli dan Huzaiman untuk mencipta sesuatu dari Doh dengan melambangkan kita sebagai rakyat Malaysia...

Terdapat pelbagai warna untuk menghasilkan kerya mereka

Di sebabkan mereka masih kanak-kanak, saya ajarkan mereka yang mudah dan senang sahaja...

Kalau setakat mencantum dan meletakkan doh tu, Zulfadhli sudah boleh lakukan sendiri..

cuma Huzaiman saya perlu bimbing untuk menghasilkan sesuatu....

Akhirnya.... siap sudah hasil kreativiti Zulfadhli dan Huzaiman iaitu Bunga Raya, Muka Harimau dan juga kuih karipap.

Boleh la hasilnya dari kanak-kanak bawah 6 tahun kan?

Ohya... untuk semua, sebenarnya bermula 21 ke 27 September di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, kanak-kanak dan orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH® – menurut apa sahaja yang dipilih, samada ukiran, nombor ataupun huruf.

Korang boleh mencipta sesuatu yang baru atau buat kembali apa yang sedia ada untuk turut berpeluang menyertai cubaan The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH® paling banyak dalam satu hari pada 26 September (Sabtu).

Untuk mereka yang berjaya mencipta ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH® yang menarik! dan ukiran tersebut akan dipamerkan untuk tontotnan semua rakyat Malaysia.

Jadi ayuh semua untuk hadir di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama pada 26.09.2015 hari Sabtu ini untuk mencipta rekod Malaysia!

Wednesday, September 16, 2015

Tuesday, September 15, 2015

MyIPU aplikasi untuk maklumat terkini IPU

Sekarang ni musim jerebu.... kita nampak macam ok.. tapi sbeenarnya IPU dia tinggi...

Sekarang ni dah zaman teknologi.. apa susah.. muat turun jer myIPU yang di hasilkan oleh JAS tu...


Jadi lepas dah muat turun, senang nak tahu IPU berapa kan.. senang sikit sama ada selamat untuk berada di tempat tersebut atau tidak....

Harap2 jerebu berkurangan la.. mujur esok cuti kan?

Selamat Hari Malaysia semua!!

Pakaian Tradisional masih kekal untuk di pakai tak kira masa

Baju kurung merupakan pakaian tradisi turun temurun masyarakat Melayu. Ciri-ciri tradisinya yang menutup aurat dan fungsi reka ciptanya yang sesuai dengan iklim panas lembab Malaysia, serta potongan yang sesuai dengan semua susuk badan empunya diri, maka tidak hairan lah mengapa baju kurung dan baju Melayu bagi lelaki dominan dan kekal sehingga kini.

Sejarah merakamkan baju kurung adalah nama yang diberikan kepada pakaian tradisional masyarakat Melayu sama ada bagi lelaki mahupun wanita.


Selama ini kita sering kali mengaitkan pemakaian pakaian tradisional wanita dengan majlis-majlis formal dan keagamaan sahaja. Sememangnya, jenis pakaian tradisional yang sering menjadi pilihan kaum wanita adalah baju kurung pesak. Ia juga merupakan pakaian kebangsaan wanita di Malaysia yang dipakai ke majlis-majlis rasmi serta dijadikan pakaian ke sekolah.

Namun, dengan perkembangan fesyen yang semakin berkembang pesat, kita dapat lihat kini terdapat pelbagai rekaan pakaian tradisional yang telah ditambah dengan sentuhan moden. Bermula dengan rekaan baju kurung pesak yang asal, kini terdapat aneka rekaan baju kurung moden yang benar-benar mengikuti trend terkini. Oleh itu, pakaian-pakaian tradisional ini bukan sahaja boleh dipakai ketika menghadiri majlis-majlis tertentu, malah boleh anda gayakan ke apa jua acara.

Sebagai contoh;
Untuk midi kurung seperti berikut, ia sesuai untuk anda gayakan ke pejabat mahupun ketika ingin menghadiri resepsi perkahwinan. Rekaan kurung yang seakan-akan blouse ini dipadankan dengan kain yang mempunyai potongan ala mermaid.
Untuk rekaan baju kurung moden yang seperti ini pula boleh anda gayakan apabila ingin menghadiri majlis-majlis yang berprestij. Atau mungkin anda boleh gayakan ketika majlis makan malam tahunan syarikat anda.


Untuk pakaian tradisional seperti jubah pula, tampil sopan dan bergaya dengan koleksi kubah moden yang kini boleh anda dapati dalam pelbagai pilihan rekaan. Dengan rekaan yang moden dan trendi ini, membuatkan ia sesuai untuk digayakan ke pejabat, keluar bersiar-siar, atau pun ke mana sahaja!

Sekarang ni zaman pun sudah semakin maju, teknologi pun semakin hebat.. semua dihujung jari sahaja. Apa susah.. lagi pun nak raya haji ni.. apa kata beli baju kurung tradisional semua ini secara online, pilih, bayar dan barang sampai depan pintu jimat masa dan kos...

Pastu waktu hari raya haji dah boleh melaram depan sanak saudara .. kan meriah ! Tapi kalu tak smepat pakai waktu raya haji, pakai aja ke pejabat... kan dah ada banyak pilihan untuk bergaya!

Selamat membeli belah semua!! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...