Friday, September 25, 2015
Jom raikan sambutan bulan Play-Doh!
Selama lebih 50 tahun, PLAY-DOH® telah memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta, eksperimen dan mengukir ciptaan unik tersendiri.
Kanak-kanak suka menghasilkan sesuatu yang menarik jika di berikan pendedahan lebih awal seusia 2 tahun.....
Jadi saya ajak Zulfadhli dan Huzaiman untuk mencipta sesuatu dari Doh dengan melambangkan kita sebagai rakyat Malaysia...
Terdapat pelbagai warna untuk menghasilkan kerya mereka
Di sebabkan mereka masih kanak-kanak, saya ajarkan mereka yang mudah dan senang sahaja...
Kalau setakat mencantum dan meletakkan doh tu, Zulfadhli sudah boleh lakukan sendiri..
cuma Huzaiman saya perlu bimbing untuk menghasilkan sesuatu....
Akhirnya.... siap sudah hasil kreativiti Zulfadhli dan Huzaiman iaitu Bunga Raya, Muka Harimau dan juga kuih karipap.
Boleh la hasilnya dari kanak-kanak bawah 6 tahun kan?
Ohya... untuk semua, sebenarnya bermula 21 ke 27 September di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, kanak-kanak dan orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH® – menurut apa sahaja yang dipilih, samada ukiran, nombor ataupun huruf.
Korang boleh mencipta sesuatu yang baru atau buat kembali apa yang sedia ada untuk turut berpeluang menyertai cubaan The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH® paling banyak dalam satu hari pada 26 September (Sabtu).
Untuk mereka yang berjaya mencipta ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH® yang menarik! dan ukiran tersebut akan dipamerkan untuk tontotnan semua rakyat Malaysia.
Jadi ayuh semua untuk hadir di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama pada 26.09.2015 hari Sabtu ini untuk mencipta rekod Malaysia!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
errr... kalau dapat kat anak saya, mungkin jadi bahan makanan. hahahah
ReplyDelete