Friday, January 15, 2010

Restoran Saba' @ Cyberjaya

Yer...hari ni nak citer Restoran Saba'...

Aku rasa kebanyakkan ada yg pernah dengar nama Restoran ini.. Terletak di Cyberjaya, di miliki oleh orang Arab tp menetap di Malaysia.

Antara menu2 nya ialah :




peta



Alamatnya :

Suite 4800, 0-2, Tingkat Bawah, Blok A1,
Jalan Perdana, CBD Perdana
City : Cyberjaya
State : Selangor


Tel : 03-8320 2544

Waktu beroperasi : Tengahari hingga larut malam

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seperti yang di paparkan di dalam Merto Ahad 30.08.2009

Sulaiman bersama hidangan asli Arab


Sulaiman bersama hidangan asli Arab



AOUKDH, fasolya, mogalgal, tebsi, shawerma, kabsah atau hanith. Mungkin ada tertanya-tanya apakah makna perkataan terbabit, namun bagi yang biasa pasti mahu menikmatinya lagi manakala bagi masyarakat Arab pula ia tidak perlu diperkenalkan.

Sebenarnya, menu yang dikatakan pelik dan sukar ditemui itu antara senarai makanan orang Arab yang boleh dinikmati di Restoran Saba, Cyberjaya.

Bukan itu saja yang ada di restoran milik seorang warga Yaman itu kerana deretan atau puluhan menu lain turut disediakan.

Hampir 50 menu asli boleh didapati di situ dan yang pasti seperti diberitahu pemiliknya, Sulaiman Hamid, rasa atau keenakan menu disediakan saling tidak tumpah di Timur Tengah.

Ini diakui bekas graduan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu yang mengatakan, chef terlatih dibawa dari Timur Tengah untuk menyediakan pelbagai juadah istimewa itu.

Jika ke Restoran Saba, antara menu yang seharusnya dicuba ialah daging kambing kabsah (Lamb Kabsah) atau hanith.

Untuk kabsah, daging kambing dimasak bersama nasi dan pelbagai campuran herba manakala hanith pula, daging kambing dibalut dengan kertas aluminium.

Rasanya hampir sama seperti nasi beriani tetapi daging kambingnya lembut dan tidak berbau kerana diadun bersama rempah ratus seperti jintan, kayu manis dan lada hitam.

Selain itu, pengunjung boleh mencuba ayam shawerma yang mengandungi isi ayam seolah-olah disiat kecil dengan campuran kentang goreng, roti, salad dan mayonis.

Tidak ketinggalan ada menu menarik seperti ayam atau daging kambing aoukdh. Pelik bunyinya, begitu juga makanan. Sama ada ayam atau kambing, dagingnya dihancurkan dan dicampur dengan kentang serta lada atau cili hijau. Biasanya menu ini dinikmati bersama roti seperti mana kita menjamah roti canai dengan kari.

Ada pelbagai menu lain seperti kebab sama ada ayam atau daging kambing, ikan dan ayam panggang, barbeku campur seperti sate mengandungi isi ayam atau daging kambing.

Sulaiman berkata, sejak beroperasi Jun 2007, masyarakat Malaysia antara pelanggan setianya selain warga Arab.

"Meskipun tidak sampai tiga tahun, ramai rakyat negara ini menyukai menu Arab, malah kami ada pelanggan tetap.

"Jika tiada halangan, kami akan membuka cawangan di Setiawangsa tidak lama lagi," katanya yang mengahwini rakyat negara ini.

Tarikan utama restorannya ialah makanan dan rasa yang sama seperti di Timur Tengah.

Beliau menggaji empat chef berpengalaman dan kerana itu rasanya tetap sama. Mengenai bahan, semuanya ada di sini dan tidak sukar memperoleh, terutama rempah ratus.

Mengenai idea membuka restoran makanan Timur Tengah di negara ini, Sulaiman berkata, ia tercetus sejak 2001 selepas melihat ramai masyarakat Arab mengunjungi negara ini sama ada menyambung pelajaran atau melancong.

"Selepas tamat pengajian di UIA saya pulang ke Yaman dan bekerja selama enam tahun. Namun pada 2007 saya kembali dan melihat ramai orang Arab di Malaysia. Saya terfikir mengapa tidak membuka restoran di sini," katanya.

[Metro Ahad]

3 comments:

  1. ada lagi satu restoran yang best hidangkan masakan Arab ni.. Al-Rawsha kat area Jalan Tun Razak..
    .-= sayahappyslalu´s last blog ..Operasi Besar-Besaran… =-.

    ReplyDelete
  2. @sayahappyslalu,
    hehehe...skrg ni restoran arab bagaikan tumbuh mcm cendawan..hahaha
    merata2 ada...

    ReplyDelete
  3. [...] Di mana lagi kalu bukan Restoran Saba, Cyberjaya.. [...]

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...