Monday, October 26, 2009

‘Bayi AirAsia’ bersama ibu dapat terbang percuma sepanjang hayat

SEBUAH kapal terbang AirAsia yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuching terpaksa berpatah balik dan melakukan pendaratan kecemasan pada hari Rabu lalu apabila salah seorang daripada penumpangnya menunjukkan tanda-tanda sakit hendak bersalin.


Tetapi, penumpang tersebut, Liew Siaw Hsia melahirkan seorang bayi lelaki sebelum kapal terbang itu sempat mendarat dengan bantuan seorang doktor yang turut berada dalam kapal terbang dengan dibantu oleh beberapa orang pramugari.

"Bayi lelaki serta ibunya yang berumur 31 tahun itu boleh terbang secara percuma untuk sepanjang hayat mereka," menurut Pengarah Operasi AirAsia Moses Devanayagam selepas menziarahi mereka di hospital hari ini.

"Bayi itu dilahirkan pada ketinggian 2000 kaki di udara ketika kapal terbang AK 6506 berada di sekitar Kuala Lumpur," tambahnya lagi.

Dua beranak itu dikejarkan ke hospital yang berhampiran sejurus mendarat.

"Untuk meraikan peristiwa yang bersejarah ini, kami memutuskan untuk menghadiahkan mereka penerbangan percuma untuk seumur hidup," jelas Moses lagi.

Di petik dari Mstar Online pada 23.10.2009

ishk..ishk... bertuah tul ibu dan anaknya tu yek.. leh la setiap hari naik kapal terbang free yek... tp..dia berdua jerla kan? yg lain kene bayor yek?? emmm....



6 comments:

  1. eh bukan org yg dah sarat tak bleh naik flight ke?

    ReplyDelete
  2. Itu lah yg pertama..
    Lepas tu jgn hrp dia nak bg preggy mommy naik..
    kalu tak mau lingkup airasia..
    >_<

    ReplyDelete
  3. sumijelly10:42 PM

    @Nizaa,
    rasanya yer kalu sarat x leh naik unless ada kebenaran dr DOC..
    emm..dh rezeki dia... cam nie leh la kak sumi beranak tuk yg ke 4 kat citu..hahahaha
    untung dpt free naik flight...

    ReplyDelete
  4. sumijelly10:49 PM

    @ayu,
    ala..ye ker.. aku baru berangan nak try naik kalu pregnant anak ke 4...
    hahahaha................ :)

    ReplyDelete
  5. Wah,bestnyaa dpt tiket free...

    Nang ur post...Nang mine if u like it:

    http://innit.nuffnang.com/view.php?id=139615
    .-= eyriqazz´s last blog ..Project Alpha - BeautifulNara Terlampau =-.

    ReplyDelete
  6. sumijelly4:05 PM

    @eyriqazz,
    thanks eyriqazz...sumi dh view blog eyriazz...
    untung dpt hadiah dr nuffnang gak yek...
    entry dlm blog eyriqazz pun best gak...
    good luck for next entry for project alpha..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...