Saturday, October 31, 2009

Koleksi Majalah Karangkraf

Korang pernah dengar karangkraf??Aku rasa korang mesti biasa dengar... sebab karangkraf nie populer mengeluarkan berbagai2 majalah kan? korang mesti ingat.. mak aih..rajin nyer aku membaca majalah.. hahaha... korang jangan terpedaya... sebelum kawen YA! tapi pas kawen TIDAK! :)

Majalah yang rajin aku baca adalah majalah keibubapaan la yek... aku sudah lama tinggalkan majalah REMAJA, URTV, HAI dan macam2 lagi... (rindu lak nak baca urtv) hehehe

Sekarang nie more pada PA&MA atau majalah yang ke arah ibubapaan la yek..

karangkraf



sekali 5 buah buku aku dah ada tuk wat koleksi... koleksi ni kuar tiap tahun bermula pada tahun 2005 yek...

Aku kawen 2004, anak pertama lahir pun ujung tahun 2004 kiranya pass aku bersalin baru aku dapat kumpul buku mini pertama dari karangkraf.. :)

karangkraf



Buku 40 MINGGU NAN INDAH ini memamaparkan kisah kehamilan dan kelahiran. Kat dalam majalah nie memacam petua yang diturunkan.

Petua cam ner nak tahu waktu subur, macmamana nak dpt jantina anak apa kakedah nya. Tp aku x der la ikut.. pasal tahu2 dh pregnant jer.. :)

Tapi kat dalam nie pun ada gambar ibu bersalin normal dan pembedahan. Pada yang x tahu mcm mana bayi tu dilahirkan.. haa.. kat dalam ni ada gambar rajah yek.. yang fresh tau.. maksudnya snap dari perut ibu tau..

Majalah aku nie dh teruk dah..hampir nak koyak dh muker depan nie.. pasal tiap kali mengandung, baru aku g cari dan dalam masa 8 bulan duk pegang jerr buku ni..

Buku ni pun ada panduan dari awal kehamilan hingga la kelahiran. kira lengakp la 40 minggu kehamilan. Bayi besar mana, berat ibu pulak macam mana.. dan apa simptom2 nya..

Tapi buku ini bukan lah 100% apa yang di alami oleh ibu2 yang hamil. Ada sebahagian mungkin YA ada yang mingkin TIDAK.. ini adalah panduan sahaja... pepandai la korang menilainya yek!

karangkraf



Buku ini diterbitkan pada tahun 2006. kira selepas 40 minggu nan indah kuar pulak edisi PANDUAN PEMAKANAN ANAN SIHAT & PINTAR.

Dalam buku ini sumer resepi makanan ada kat dalam nie. Dari yg korang rasa remeh hingga yg simple. Sumer ada..

Lebih kurang dalam 70++ resepi dalam nie khas untuk anak2 yang berumur 6 tahun kebawah. kira kalu rajin leh la cuba.

Aku??emmm... ada lah cuba beberapa resepi.. nak cuba sumer hehehe.. x reti.. tapi aku tetap simpan majalah nie..

Korang nak wat tuk makanan korang sekali pun boleh.. at least apa korang makan, sure anak2 pun makan kan?

Buku nie kiranya mengajar kita makanan yang sesuai tuk anak2 kita la.. x derla more pada kolestrol.. tapi banyak kepada sayur, kaborhidrat, vitamin dam memacam lagi la..

karangkraf.



ini pulak buku yang ke-3 Majalah RAHSIA ANAK CERDAS & CERGAS. yang dikeluarkan pada tahun 2007 selepas pemakanan tu kan..Masa ni aku dah bersalin anak yang ke -2, Iskandar.... hehehe

Buku ini menerangkan mengenai anak yang berumur dari 0-6 tahun. Kiranya selepas kelahiran mesti kita nak tahu perkembangan anak2 pulak kan. Dah 40 minggu dalam perut, bila kuar kene tahu langkah demi langkah anak2 pulak.

Dari menangis, mengensot, merangkak, memanjat dan mula belajar sesuatu yang baru. Buku ini amat sesuai pada ibu2 yang baru mempunyai anak pertama dalam ahli keluarga.

Buku ni x menerangkan 100% yek.. tapi boleh dijadikan panduan. Ada sesetengah bayi tumbuh gigi dahulu baru boleh berjalan, ada sesetengah bayi pulak berjalan dulu baru tumbuh gigi.

Sebenarnya ikut pada perkembangan bayi... kalu x sama. jangan gusar.. ia akan mengambil masa jugak.

karangkraf



Ini buku yang ke 4. dikeluarkan pada tahun 2008. Selepas majalah RAHSIA ANAK CERDAS & CERGAS kuar pula SEDIA MELANGKAH KE ALAM BARU.

Buku ini adalah pelengkap kepada 40 minggu yang indah. kira para ibu sudah bersedia menuju ke alam baru di mana antara ibu dan anak yang dikandung.

Maka tercipta la SEDIA MELANGKAH KE ALAM BARU. kandungan ini amat sesuai pada para ibu yang ingin mencari penjagaan diri sendiri sepanjang kehamilan.

karangkraf



dan buku yang terakhir buku yang ke-5 (buat masa ini la) yang diterbitkan pada tahun 2009. PENJAGAAN IBU & BAYI. Masa ni aku sudah melahirkan anak yang ke 3..Zulfadhli. :love:

Yer..selepas si ibu melahirkan anak. sure nak tahu penjagaan ibu dan anak nya kan? Buku ini memberikan panduan korang nak jaga bayi yang sekecil tu. Mesti pada ibu2 yang baru mendapat anak pertama pasti terpinga2.. sebab masih baru

kat dalam buku ini ada cara nak bedung, mandi, pegang dan tidurkan sekali. so.. rasa2 nak buat simpanan buku ini. aku rasa amatlah digalakakan.

Ok..setelah menceceh pasal buku ni (entah korang baca @ tidak..hehehe) kat mana yek nak dapatkan?

Aku selalu order melalui KARANGKRAF ONLINE aja. Kalu ada kat kedai buku yang berhampiran, baik korang beli jer.. setiap bukku berharga RM 11.90 sahaja.

Selalu buku ini aku suker hadiahkan pada pengantin baru. buku ini pun persediaan bagi mereka yang ingin menimang cahayamata gak.

So..pada korang yang x tahu nak bagi hadiah apa.. apa kat akorang hadiah kan buku ini. Pasti kengkawan korang suker.. sekurang2nya kita memberi ilmu yang x ternilai pada kawan kita. Betul x?

Have a good day!

Penonton setia yang cukup setia!

Wah..hari ni hari sabtu.. emm.. entry hari nie pun x berat sangat.. kisah anak2 jer.. lama dah x citer pasal 2 beradik nie.. nak tahu apa aktiviti derang waktu malam...

Ini acara kalu x buat setiap malam mau meroyan si Danial..

game



Selalu aku suh ngaji dulu baru leh dapat main.. kla tidak.. x der la nak bergerak iqra nya..

Kalu dapat komputer, memang susah la nak berganjak.. aku yg nak guna internet pun terpaksa mengalah la.. nak pulak dapat main game kereta.. 2-3 kali raound dia tibai....

Sebaik si Iskandar x ngaco kalu time abang dia main game. Dia leh duk panjat kusi kat tepi tu.. pas tu bertenggek la tengok abg dia main.. cukup setia samapi la abg dia habis main..

game



kekadang siap bawa botol susu, bawa bantal dan tido bagai kat atas kerusi tu.. tau..tau dah lelap..

emm...mungkin sekarang dia x kaco.. nanti bila dia dh teruja nak main.. mana tahu dia akan kaco..

game



emm...nampaknya kene standby mainan lain ni.. kalu tidak.. ibu pun x dapat guna komputer tu.. :)

The Balm Roadshow

sexy mama fashion show

Friday, October 30, 2009

Pameran Jenayah Perang di PWTC

Yer...lupa lak nak citer. Sekarang nie kat PWTC skrg tgh berlangsung Pameran Jenayah Perang bermula dari 28.10.2009 - 31.10.2009 yang telah di rasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 28.10.2009
Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad

Pameran ini dapat mendidik masyarakat dunia mengenai erti peperangan serta menanamkan sifat sukakan keamanan, kasih sayang dan belas kasihan.

Persidangan ini akan sampai ke kemuncak apabila Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur mendengar keterangan saksi-saksi yang menjadi mangsa kekejaman dan jenayah perang di Iraq selepas pencerobohan oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya pada 20 Mac 2003.

Seramai lapan saksi dari Iraq akan memberi keterangan berhubung apa yang dilalui oleh mereka sepanjang menjadi tahanan di bawah tentera penceroboh di negara tersebut.

Bahan-bahan bukti yang diperoleh semasa keterangan pada suruhanjaya tersebut akan dibawa untuk pendengaran kes di Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada hari terakhir persidangan Sabtu ini.

Walau apa pun hasil akhir yang diperoleh daripada persidangan ini, ia telah pun mencipta satu sejarah. Sekurang-kurangnya terdapat usaha yang bersungguh-sungguh daripada pihak dan tokoh-tokoh yang cintakan keamanan untuk menghapuskan peperangan.

Apa yang telah dilalui oleh negara-negara yang menjadi mangsa peperangan seharusnya menjadi pengajaran. Peperangan tidak menjanjikan masa depan. Baik kepada pihak yang memulakan peperangan apatah lagi pihak yang menjadi mangsa.

Jadi pada yang x tahu nak kemana2 hari sabtu ini. Mari kita beramai2 pergi melihat PAMERAN ini sebagai tanda sokongan ANTI JENAYAH!

poster




Ayuh semua datang melihat pameran ini!


Thursday, October 29, 2009

Check-up 8 bulan

Oh ya... semalam aku pulang awal dari biasa.. hehehe... kul 1.00 ptg aku dah balik yer... sebabnya nak bawa si kecik g check up... Anak yek check u... bukan ibunya yek! sila paham dengan betul...

Maaf kali nie x der gambar lak... sebbnya.. terlampau banyak barang nak di pegang.. maka beg aku tinggalkan pada adik aku..

Berat masa 8 bulan : 7.4kg..

Berat masa 6 bulan : 6.74kg..

oh..makin naik lagu rupanya... alhamdulilah.. makin sihat dan cergas anak aku nie...

zul


hehehe...gambar lama jer aku tempek.. sbb malas nak upload gmbr baru...

Tips to new and old bloggers dari REDMUMMY

More tips dari REDMUMMY yek... aku nak kongsi bersama korang. Amat..amat..amat... berguna pada sumer blogger2 kat luar.. apa salah nya berkongsi kan... untung pun dapat kat memasing punya blog gak.. hehehe..

Meh..meh..kita baca tips dari kak Red kita lagi....

1. Jangan kedekut letak link bloggers lain.

tak tau camne nak letak? belajor ler. nak duit riban2 tapi simple thing letak link pun tak nak belajar. jangan tamak kalau ko dah gemer ke dah sedang2 naik or langsung tak gemer tp tak nak letak link bloggers yang ko sebutkan dalam entry ko tuh.


Those link RM in your entry, aku leh detect. sometimes aku baca leave comment lah kat blog ko tu, biasanya aku diam seribu bahasa. ataupun aku tepek kat RM as a featured blogger.


so all in all, janganlah kedekut link, wpun diorg tak ckp gini:


eh malulah,janganlah letak link saya


segannya, saya bagi ikhlas tuh


alah, kang ramai datang blog saya


percayalah….if they dont want people to know their link, awal-awal diorang dah set kan blog diorang Private. bayangkan kalo aku cover event, abih sume link blog tu aku carik, wpun diorg tak letak pun link blog aku kat blog depa, but i ve done my part. at least in that entry, aku dah buat keje aku to please the others. if they dont please me, back to the nature, orang tolong ko, ko tolong orang. orang tu tak nak tolong, bloggers lain bley tolong.


2. Jangan kedekut bersedekah jariah


ni bukan sedekah yang kat fakir2 miskin tu, ni sedekah sket dari duit blogging ko tuh kat readers ko. i mean kalau takdak duit blogging pun, tapi kalau asik menerima jer adiah dari readers/bloggers lain, ulur2 lah gak. I always treat my readers nicely by giving them lots of stuff. aku bukan bragging kay, tapi aku sangat2 menjaga hati readers aku, aku buat contest dah berpuluh, aku bagi ole2 kat readers/bloggers di setiap tempat aku travel, 3 suku je adiah2 untuk orang (sampai kena tahan ngan kastam!). sapa datang support aku, memang akan mendapat. when u give,u will get it back, dalam cara yang berbeza.


i have heard some bloggers asyiklah dapat adiah sana sini, ada yang siap lah letak kat komen kat blog orang sana sini cakap ‘aku penah bg dia adiah, tapi dah 2 tahun 5 adiah aku bagi dia tp takde satu pun dia balas’. mouth spread up and it comes to me. katanya Ratu Advertorials kan, lajulah orang report kat aku.


memanglah orang melayu kita ni sokmo je cakap alah janganlah gitu, tak yah lah, saya bagi ikhlas.


tapi orang melayu pun geti berbudi bahasa…balaslah wei. So pikir balik napa rezeki ko asik tersekat jer, ko asik lah nyalak2 nak adiah itu ini, but untuk orang ko buat dek jer.


saya mungkin tak show off yang saya memberi to my readers, but apa saja barang yang berlebih2 kat umah aku tuh, baik dr personal stuff, things yang saya beli sendiri, from the sponsors, semua aku campak kat korang. alo kalo dak takkanlah buy shoes one free 1 deyy!



that s bout me lah, but for the rest, panjang-panjangkanlah rezeki yang ada.



2 simple tips for today.


Dari Red Mummy Blog


nak lagi tips dari Redmummy... korang g jer jenguk kat sideabar dia.. ada satu entry khas mengenai Tips-tps to be a blogger...

Wednesday, October 28, 2009

Congrats to my SIS for ur KONVO!

konvo



wah...punya la lama adik aku dh g KONVO dia... baru hari nie aku nak wat entry khas.... hahahaha... apa punya kakak la ni kan??

kira ok la tu.... ada gak entry khas tuk adik aku... aku punya?? ada ker entry khas kat blog dia.. hahaha... maka... seperti biasa lah.. kalu x der gmbr x best arr nak bercerita kan.. di sebab kan aku menunggu gmbr la yg menyebabkan aku lewat nak wat entry ini..

Oh ya... adik aku baru jer lepas menghabiskan pengajian kat UiTM, Shah Alam dalam bidang Seni Persembahan.. rasanya dia baru habiskan Ijazah kott...hahaha... ada ker kot aku cakap.. tapi tul la.. Ijazah.. saja jer ngetest otak jap..

Parents aku x g, maka di gantinya kengkawan sahaja sebagai wakil. korang tau kenapa mak ngan ayah aku x moh g.. sebb boring lama duk dalam... tgk anak naik sekejap jer... dan ada satu jawapan dr ayah aku ... korang nak tahu apa...

"ala...dah pernah tgk masa diploma..sama jer baju tu..." hikhikhik... pemikiran org tua x sama ngan pemikiran org muda yek... maka biarkan aja..

maka..meh kita layan gambar sambil aku mengomen di setiap gambar yek!! ayuh kita bergumbira sedikit... hahahaha

konvo



bersama Atiela kawan baik nya semasa belajar... sebaik sama-sama ambik Ijazah... leh la menumpang DSLR dia..maklum la baru beli ko..hahahaha

sebelum masuk Dewan..diwajibkan memakai MASK..ko nampak belakang adik aku tu... still gak yg lom bukak mask kan?hahaha dh mcm MASK RIDER lak..

konvo



ni suasana sebelum masuk dewan kot... maka aku pun x tahu di mana.. maka aku terpaksa mencipta sendiri ayat la yek..hehehe

konvo



Ni no giliran nak ambik Ijazah... Atiela no 14, adik aku no.15.. kira sebelah menyebelah jer la... dah la duk deeeepan sekali..

konvo



bersama rakan2 sekuliah @ rakan2 duk menumpang nak bergambar... itu aku x tahu la kan.. (tafsir sendiri jer aku nie)

konvo



oh... ini budak aku selit sikit la.. Terima Kasih jerla datang yek...konon wakil la tu.. tp wakil x rasmi la yek.. sbb lom ada ikatan kan.. maka harusla gambar letak cikit jer... hahaha.. tunggu rasmi baru leh tempek banyak cikit gmbr yek!...

Ni BF adik aku la... namanya AKI... bukan anjang AKI yek... dia ngah belajar lagi... kata kat Sarawak.. emmm... ko turun ke KL semata2 nak tgk nopa Konvo je ker?? rugi jer... lain kali x yah turun.. suh jer nopa kirim gambar by emel.. hahahaha

konvo



ni bersama Julie dan Atiela... kawan kemana2 aja bersama.. tapi julie still tgh sambung study.. dia hari tu ter'break' kejap.. maka lewat la konvo nya..

emm..agak2 ada x Julie ajak masa dia g Konvo nanti?? hehehe

konvo



dari tadi duk ke hulur-hilir bunga tu.. dh la dalam bunger tu ada teddy bear. memang gitu ker derang bungkus? maap la yek.. aku x pernah terima apa2 aijil or ijazah..

yang aku terima adalah Sijil Kursus Kahwin jer.. hahaha...

konvo



huhuhu...atas gelongsor pun leh ambik gambar yek?? dh x der tempat ker??

konvo



oh ya... pada pembaca diluar..sila jgn buat mcm nie... kesian adik 2 org tu.. terpaksa mengalah kat 2 org kakak ini semata2 nak ambik gmbr atas jongkang jongkit...

aku rasa.. confirm budak tu bengang.. dia tgh syok main kene kacau ini 2 org kakak... layan jerla dik oit.......

konvo


konvo



sebenarnya banyak derang posing depan UiTM signboard nie.. tapi aku tempek 2 jerla..kalu ku tempek sumer... mau lambat loading kang..

mak aku ada tanya kat adik aku..

"ko x pernah ke bergambar depan signboard nie?"

yup...selalu aku perhatikan peljar kat citu mcm tu.. asal habis konvo..confirm ambik gmbr depan UiTM la, depan isgnboardla.. tepi jalan la.. mungkin masa belajar ngan dah habis belajar ada beza kot..

sentimental value yg sebenarnya pada gambar yg di ambil selepas belajar la..hehehehe... pendapat memasing mesti berbezakan??

konvo



yer...sebagai penutup gambar.. ku sajikan kegembiraan adik aku setelah mendapat segulung ijazah kan..

maka..pas nie.. bila dapat gaji jgn lupa bayar itu..ini..itu..ini yek! hahahaha

sekian sahaja entry aku... selamat membaca!

KL Sunday 1Malaysia Family Fair

KL 2



Mana korang nak g pada hujun gminggu ini?? meh cini aku nak bagi tahu. Ada satu tempat baru di buka ko, kat Jalan Ampang. KL Sunday 1Malaysia Family Fair. Pernah dengar x?? emm...korang mesti x pernah dengar kan?

haaa..... g la hari ahad ni. Acara ni dah bermula pada 25 Oktober yang lepas. Kiranya, ahad nie korang sempat la g lagi...ala..bukan jauh pun, kat MaTiC je Acara ini akan diadakan pada setiap hari Ahad pada jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang.

Terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai jenis barangan kraftangan. (chewah....mcm wat iklan promosi lak..hahahaha) So..kalu korang nak dapatkan barangan cenderamata... leh lah g ke sana.. leh dapat dengna harga yang berpatutan yek!

Nak ke sana mcm mana??

Wei..kete leh park sana... bas pun leh berhenti depan MATIC tu.. ada MONORAIL lagi.. so... x kan tu pun susah gak nak g kan?? bawa la keluarga, ajak la kawan... sebarkan sekali kepada jiran tetangga...

KL 1



ni aku attach sekali peta tempat tu.. x tahu gak.. memang la korang..

nama jer duk KL.. hahaha...

ingat...sepanjang 25.10.2009 - 27.12.2009...setiap hari Ahad pukul 8.30pg - 3.00 ptg...

K..selamat berhibur bersama keluarga di hujung minggu yek!

Tuesday, October 27, 2009

40 Tips mudah untuk dapat 3K

Ingin berkongsi 40 tip mudah untuk mendapatkan kebahagiaan, ketenangan dan kedamaian.

KESIHATAN

1 Minum banyak air; sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

2 Bersarapan bagaikan seorang Raja, makan tengah hari seperti seorang Putera dan makan malam umpama seorang pengemis. Maskudnya, utamakan sarapan, berserdehana ketika  makan tengah hari dan makan sedikit ketika makan malam.

3 Lebihkan makanan daripada tumbuh-tumbuhan dan kurangkan ambil makanan yang diproses.

4 Hidup dengan prinsip 3E (energy, enthusiasm dan empthy)

5 Peruntukan masa untuk bersolat.

6 Lebihkan permainan yang membina minda.

7 Banyak membaca (lebih banyak berbanding tahun lalu)

8 Duduk diam dan bertenang sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari

9 Ambil masa 10 sehingg 30 minit untuk berjalan setiap hari. Pastikan anda tersenyum ketika berjalan.

10 Tidur selama 7 jam.
PERSONALITI

11 Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Anda sebenarnya tidak tahu mengenai kehidupan orang lain.

12 Jangan buat anggapan negatif mengenai perkara yang berada di luar kawalan. Sebaliknya jana tenaga dalam kehidupan sekarang.

13 Jangan melakukan sesuatu berlebih-lebihan; ketahui had anda.

14 Jangan terlalu memberikan tekanan pada diri sendiri.

15 Jangan bazirkan masa berharga anda untuk bergosip.

16 Bina impian ketika anda sedang berjaga; maka anda akan berusaha untuk merealisasikannya.

17Cemburu adalah perbuatan buang masa. Sedarlah bahawa anda sudah ada apa yang anda perlukan.

18 Lupakan kisah silam yang menyakitkan. Jangan ungkit kesilapan yang telah dilakukan oleh pasangan. Itu akan memusnahkan kebahagian anda sekarang.

19 Hidup ini terlalu singkat untuk anda bazirkan dengan menyakitkan hati orang lain. Jadi jangan membenci sesiapapun.

20 Berdamailah dengan masa lalu anda, jadi anda tidak merosakkan masa sekarang anda.

21Tidak ada orang yang boleh menggugat kebahagian anda kecuali diri anda sendiri.

22 Ingatlah bahawa kehidupan ini adalah ‘sekolah’ untuk anda dan di sini anda harus belajar. Masalah adalah sebahagian daripada kurikulum pembelajaran yang akan datang dan pergi, tetapi proses pembelajarannya berlangsung sepanjang hayat.

23 Banyakkan senyuman dan tertawa.

24 Anda tidak perlu memenangi semua perdebatan. Bersetujulah untuk tidak bersetuju.

KOMUNITI

25 Selalulah berhubungan dengan keluarga anda.

26 Berikan sesuatu yang baik pada orang lain setiap hari.

27 Maafkan semua orang di atas segala kesalahan.

28 Luangkan masa bersama orang yang berusia lebih 70 tahun dan  yang berusia bawah enam tahun (ibu bapa, orang tua dan anak-anak yang masih kecil)

29 Setiap hari cubalah untuk membuatkan sekurang-kurangnya tiga orang tersenyum.

30 Apa yang orang lain fikirkan mengenai anda, itu bukan masalah anda.

31 Kerjaya anda tidak akan menjaga anda ketika anda sakit. Sebaliknya keluarga dan rakan-rakan yang akan menjaga anda. Oleh itu, selalunya ingat mereka.

HIDUP

32 Lakukan perkara yang betul.

33 Singkirkan semua yang tidak berguna, yang tidak cantik dan yang tidak mengembirakan.

34 Ingatlah bahawa Allah akan menyembuhkan segala-galanya.

35 Apa pun, sama ada perkara baik atau jahat ia akan berubah.

36 Tidak kira apapun perasaan anda bagunlah, bersiap dan bersedia.

37 Yakinlah perkara yang baik pasti akan datang.

38 Apabila anda bangun pagi dan anda masih hidup, maka ungkapkanlah

Alhamdullilah (bersyukur kepada Allah).

39 Suara hati anda sentiasa inginkan kegembiraan, kebahagian dan kedamaian. Maka bergembiralah, carilah kebahagiaan dan ungkaplah kedamaian.

40 Akhir sekali; Sampaikan kebaikan (termasuk tip yang anda perolehi ini) kepada orang yang anda sayang).

Monday, October 26, 2009

‘Bayi AirAsia’ bersama ibu dapat terbang percuma sepanjang hayat

SEBUAH kapal terbang AirAsia yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuching terpaksa berpatah balik dan melakukan pendaratan kecemasan pada hari Rabu lalu apabila salah seorang daripada penumpangnya menunjukkan tanda-tanda sakit hendak bersalin.


Tetapi, penumpang tersebut, Liew Siaw Hsia melahirkan seorang bayi lelaki sebelum kapal terbang itu sempat mendarat dengan bantuan seorang doktor yang turut berada dalam kapal terbang dengan dibantu oleh beberapa orang pramugari.

"Bayi lelaki serta ibunya yang berumur 31 tahun itu boleh terbang secara percuma untuk sepanjang hayat mereka," menurut Pengarah Operasi AirAsia Moses Devanayagam selepas menziarahi mereka di hospital hari ini.

"Bayi itu dilahirkan pada ketinggian 2000 kaki di udara ketika kapal terbang AK 6506 berada di sekitar Kuala Lumpur," tambahnya lagi.

Dua beranak itu dikejarkan ke hospital yang berhampiran sejurus mendarat.

"Untuk meraikan peristiwa yang bersejarah ini, kami memutuskan untuk menghadiahkan mereka penerbangan percuma untuk seumur hidup," jelas Moses lagi.

Di petik dari Mstar Online pada 23.10.2009

ishk..ishk... bertuah tul ibu dan anaknya tu yek.. leh la setiap hari naik kapal terbang free yek... tp..dia berdua jerla kan? yg lain kene bayor yek?? emmm....



Aku adalah Redmummy Fan!

Aku adalah REDMUMMY Fan!! wah...poyos jerkan bunyi nya... sibuk tul aku.. habis satu blog ni aku nak canang kan?? macam la aku sorang jer...padahal Redmummy tu dh beribu-ribu yang menjadi pengikut setia nya... aku ni baru jer... baru?? emm...dalam sekitar tahun 2008 bulanOgos kot...aku baru kenal kak Red...

Aku kenal Redmummy Blog nie pun setelah aku ter'tengok' di blog org... memula aku jadi pelik...sebab nya..habis setiap blog org mesti ada REDMUMMY...apa la yang menariknya blog Redmummy ni yek! aku pun g la terjah....

wah...ko.. bila dh terjah... makin menjadi2 lak aku menerjah... mcm pepatah melayu tu...x kenal maka x cinta, bila dah kenal..maka dah cinta.. bila dh cinta..hari2 aku jadi perindu... hahahaha...

Bila dia ada Blog.. aku jadi member dia, bila dia ada FB Redmummy aku add jadi member dia, pastu bila ada FB Fan Redmummy, aku add jadi Fan dia.. ada Twitter pun aku add gak... aku rasa apa yang Redmummy bukak..sumer aku add... pasni apa yek...hahahah...giler ah aku kan??

tapi aku bukan nak citer tu... aku nak citer lain...yg ini la.. masa aku tengah syok melayari blog kak Red nie.. aku terpandang kat bahagian sidebar dia.. ala...yang BECOME A FAN tu... faham x?.

img



ha..ingat x paham.. letak gmbr baru korang paham yek...

Sekali pandang ...eh..eh...muker aku la..hahahaha... seyes ko... cam malu lak.. tetiba gmbr aku terpampang di blog org pemes lak tu... hahahaha... siapa lah aku nie kan??

img 2



ni aku kasi print screen tunjuk kat korang...hahahaha... bapak besau aku tempek kat blog aku... mesti korang kata "ee...poyo jer sumijelly...tu pun nak heboh sekampung" hahahaha... bukan aku punya gambar jer... sepupu aku si Ayu pun ada...selang sebelah jer ngan aku...

"Ayu.... ko ni mcm x leh berpisah ngan aku yek.. dimana ada aku, disitu pun ko ada walaupun dalam blog kak Red yek!! hahahaha"

pedulik apa aku...janjji muker aku terpampang kat citu...poyo x poyo... aku memang poyo pun... hahahah!!

maka...sila la jangan muak tgk blog aku yek! hehehehe

Sunday, October 25, 2009

Kandungan Budget 2010

Berikut ialah kandungan Bajet 2010 ‘1Malaysia, Kemakmuran Bersama’:

1. Peruntukan wang berjumlah RM191.5 bilion yang meliputi RM138.3 bilion (72.2 peratus) untuk belanja mengurus dan RM53.2 bilion (27.8 peratus) untuk belanja pembangunan.

2. Bayaran khas RM500 kepada penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada bulan Disember ini.

3. Peningkatan pengecualian cukai pendapatan kepada penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus sebagai galakan untuk menarik lebih ramai pelancong kesihatan.

4. Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

5. Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.

6. Subsidi, insentif dan bantuan hampir RM2 bilion untuk membela nasib golongan petani dan nelayan.

7. Peruntukan lebih RM9 bilion untuk projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut serta projek lapangan terbang.

8. Peruntukan tambahan RM20 juta di bawah Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk usahawan kecil kaum India (Peruntukan sedia ada RM15 juta).

9. Peruntukan RM3 juta sebagai geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian.

10. Peruntukan tambahan RM20 juta untuk memberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan sasaran 20 buah sekolah pada 2010.

11. Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.

12. Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.

13. Diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar bermula 1 Jan, 2010.

14. Pakej “netbook”, termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.

15. Peruntukan RM100 juta bagi pelaksanaan Program PERMATA, yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara bersepadu dan terancang.

16. Perlindungan insurans dan takaful mikro untuk peniaga kecil-kecilan mendapat manfaat perlindungan dalam lingkungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

17. Menubuhkan 14 lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah.

18. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010.

19. Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya.

20. Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa tahun taksiran 2010.

21. Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.

22. Hampir 50,000 isi rumah miskin tegar yang berdaftar di bawah program eKasih dan 4,000 isi rumah Orang Asli yang telah dikenal pasti akan dibantu untuk mencapai matlamat sifar kemiskinan tegar. Peruntukan RM41 juta untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.

23. Peruntukan RM48 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan bandar meliputi bantuan kebajikan dan program bayaran sewa rumah dan Kementerian Wilayah Persekutuan ditukarkan nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
24. Penyediaan 74,000 rumah kos rendah oleh Jabatan Perumahan Negara untuk disewa pada tahun 2010.

25. Pelancaran skim KWSP pada Januari 2010 bagi membolehkan pencarum mendapatkan jumlah pembiayaan lebih besar bagi pembelian rumah yang bernilai lebih tinggi atau bagi pembelian rumah tambahan.

26. Peruntukan RM224 juta kepada OKU untuk bantuan, melaksanakan Program Pemulihan Dalam Komuniti dan peruntukan RM174 juta untuk warga emas.

27. Kadar elaun kanak-kanak OKU di sekolah pendidikan khas kelolaan NGO dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap orang mulai 1 Jan 2010.

28. Penubuhan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diuruskan oleh KWSP.

29. Potongan caruman pekerja KWSP dinaikkan semula ke kadar 11 peratus secara sukarela berkuat kuasa serta-merta.

30. Membina jalan luar bandar sepanjang 510km dan jalan kampung sepanjang 316km dengan peruntukan RM857 juta termasuk jalan di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah.

Di petik dari : BERNAMA

Saturday, October 24, 2009

Tips Ringkas Menulis Blog dari REDMUMMY

Ini adalah petikan dari blog Redmummy. Aku buat entry ni tuk semangat aku memblog yek... semoga leh jadi iktibar pada bloger2 kat luar tu yek...

pls pls pls

to bloggers out there

tak kira tua muda, freshies or seniors…

when u write an entry in your blog

plsssssssssssssssssss

janganlah pakai Allign center in your writing, seperti contoh begini..

aku suka redmummy


redmummy suka aku


aku nak jumpa redmummy


tapi macamana nak jumpa


susah la nak jumpa dia


sebab dia sangat busy, nak jumpa jugak, tapi kat mana, macamana, oklah jumpa dia petang ni kol 4 kat midvalley ek. so datang ramai2 tauuuu


kalau gambar ko nak letak Center takper gak, but pls not to your writing. dapat kat aku, aku tak baca blog ko dah. elok2 nak bertenggek, blog hop from the list yang lam RM nih, terus tak jadi…


Pakailah allign left or justify is better.


aku hanya buat center bila buat caption di gambar, coz gambar center


aku type entry aku semua pakai justify.


dan satu lagi


a BIG NO colourful font in your entry againnnnnnnnnnnnn! jap kaler merah ijau biru kuning. perkh…kelas mewarnakah? itupun kompem aku takkan baca gak. lainlah ko ngajar kat Gegirl, ha yang tu memang budak2 suka lah warna warni ceria nih.


bercerita di dalam blog memang untuk kita nya diary


tapi apabila kamu memberi ruang untuk orang luar membaca hasil diary kamu itu, izinkanlah benak pala mereka menjadi ringan, bukan bertambah berat sakit mata memandang.


Saya naik sebagai the top blogger bukan mendadak, dikit2 dan sangat bermula dari zero. So cedoklah sedikit pengalaman yang saya ada ini untuk korang pakai dalam blog sendiri. Tips yang bukan hanya sesuai for parenting as a mother, tapi tips as a Blogger from Project Alpha.


Spread it out, biar sume orang senang hati.


Di petik dari Redmummy Blog


Kalu korang nak banyak tips dari REDMUMMy, korang leh g jenguk web site dia. Kat citu ada Blogging Tips dari hati REDMUMMY yek...


*pstt...kak red.. sumi pinjam entry kak red yek..sebb opis sumi x leh view kak Red nya blog..maka kene tempek tuk tatapan kawan2 ku...

Friday, October 23, 2009

Bersantai di The Mall

Ohw...hari ni hari jumaat... maka rehat aku pun panjang... mana lagi aku nak g yek?? emmm...nak makan McD ker?? hahaha..... lagipun GLASS LIME COOL dah kuar... x per..next week la g makan.

Kali ni aku kuar ngan akak-akak opis aku lak.. emm.. ngan kak Az, ka Li, kak Mash, Zaity, dan Surya. hehehe.... actually.. aku x kisha pun ngan sesiapa nak joint.. asal ada ruang aku ikut sekali..hahahah..

Pas makan.. kitaorang menuju ke Watson. Akak-aka ku ini nak memperabihkan duit kat Watson lak... membeli eyeshadowla, lipstik la, blusher la... hehehe.. aku?? ikut jer... lagipun masa banyak lagikan? apa salahnya..

img



jom ikut aku g Watson!

img



kak mash tgk belek2...mana satu la yang berkenan... suraya ngan kak az dok perhatikan. derang la nanti akan jadi jururunding kat kak mash sat lagi..hahahaha

img


img


img



Sempat lagi meng'test' make up kat Watson.

img



si zaity duk boring.. sampai dh x tahu nak belek apa lagi...

img



aku?? hahahah.... sempat la sambar compact powder.. ala.. ambik silky girl punya RM7.50.. x tahu la.. akan pakai atau akan terperap.. hahahah aku kan jenis bermake up pun... x kan ko nampak muker aku berconteng2 yek!!

img


img



dah habis eyeshadow powder.. guna lak pencil eyeshadow.. kak az kata nak wat SMOKE.. errkkk apa kebenda SMOKE tu?? aku kan reti.. memacam nama lak derang letak yek...hahahaha

img



tu dia... dah make up make up.. dok gelak2 kat citu.. mcm watson tu kitaorg yang punya.. habis depan make up tu kitaorg concer.. hahaha...

img



sempat ambik gmbr depan cermin ni.. agak-nya mcm nie kot Redmummy rajin snap gambar kan?? depan fitting room, depan cermin besar.. memacam gaya aku nengok.. aku?? snap gitu jer.. x reti wei nak bergaya.. bukan nya aku bawa beg PRADA pun.. beg plastik adalah.. hahahaha

img



tu dia mata aku.. telah di eye shadow kan ..warna HIJAU.. sempena baju kau berwarna ijau.. hahaha.. x nampak la wei.. x pekat aku wat.. light-light jer.. ala ngetest jer.. sat lagi sure padam.. hahaha

img


img



hahaha... nak turun escalator pun aku sompek lagi snap gambar... hahaha...

img



sebelum balik sempat lagi g kedai Aunti .. beli pizza..

sampai jer opis.. aku dh keletihan..

letih berjalan.......

letih bercakap.....

letih tergelak.......

maka... nak merehatkan diri... k.. enjoy my entry yek!

daa........

Join! Reffer! Earn! Win!

Refferal Campaign kembali lagi! Yer kali nie NETONBOARD lak wat.

Peraduan ini berlangsung dari 06.10.2009 - 06.11.2009. Masih ada masa lagi... Mari sertainya...!!!





Semudah ABC sahaja!

Meh..meh... mana tau leh menang kan! kita hanya mencuba.. kalu ada rezeki, alhamdulilah..

x perlu nak beli pun..hanya tolong menjadi tukang sampai jer...

X kan korang x moh try... giler ko..hadiah nya NINTENDO SET ko! Dapat dek Danial..mau sampai lebam dia main nie!






















Referral Campaign Prize Details
PrizeDescription
Grand PrizeNintendo Wii
Nintendo Wii (worth RM1,350) x 1 Winner
Special PrizeBackpack
Backpack x 2 Winners
Consolation PrizeUSB Speaker Hub
USB Speaker Hub x 2 Winners

Macam mana kah kekdah nya ? Alahai senang jer


































Sertai Net Onboard Referral ClubKlik SINI untuk mendaftar Ahli Member Net Onboard Referral.
Untuk keterangan lanjut. Sila dapatkan di Apa itu Kelab Net Onboard Referral Club? / Macam mana nak sertainya?
Menjadi Perujuk ke Net OnboardSelepas korang jadi Ahli Kelab Net Onboard Referral, korang kenela letakkan BANNER kat BLOG korang dan mulakan mempromosi kepada kawan-kawan, adik beradik, bf/gf/, @ sesiapa sahaja yang boleh menyertai Produk/ Perkhidmatan Net Onboard ni lah.
Dapat Komisen atas Komisen PerujukKorang boleh mendapat sehingga RM400 setiap kali mendapat jualan perujuk & dapat bonus RM50 selepas mendaftar lagi. Nak menyemak Skim Komisen ni, korang klik kat SINI.
Menangi set baru Nintendo WiiLebih banyak korang mengajak member korang SERTAI, lagi berpeluangla koranak menang! Netonboard pun ada sesuatu yang menarik & hadaih lain untuk di menangi!.

Korang tunggu apa lagi! JOM sertainya!

Aku dah ada perujuk dah..

Korang bila lagi? Jom... mudah jer wei...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...