Wednesday, January 27, 2010

Fahrin Menangis

Fahrin bengang!

Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my
2010/01/26



SERI KEMBANGAN: “Apa perasaan anda apabila orang bertanyakan pada ibu anda yang sedang sakit, adakah anak anda kaki pukul?” keluh pelakon popular, Fahrin Ahmad yang tidak dapat menyembunyi perasaan sedih sehingga menitiskan air mata ketika mengumumkan tindakan undang-undang yang diambilnya pada sidang media di sini, semalam.

Kejadian itu, kata Fahrin, 30, mendorongnya mengambil tindakan undang-undang terhadap penyampai radio, Linda Onn selepas bekas kekasihnya itu mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, menerusi laporan dua akhbar, baru-baru ini.

Menerusi firma guaman, Tengku Naufal & Co, pelakon berkenaan mengemukakan notis tuntutan yang mengandungi empat perkara iaitu kenyataan maaf terbuka Linda menerusi akhbar, penarikan balik kenyataan penyampai radio itu terhadap Fahrin yang dibuat sebelum ini, surat aku janji secara bertulis agar dia tidak mengulangi perbuatan itu dan surat tuntutan ganti rugi.

Fahrin yang ditemani peguam Tengku Naufal Tengku Mansor dan Ahmad Hafez Zaidi, menyatakan kenyataan yang dikeluarkan Linda menerusi dua akhbar berlainan pada 19 Januari dan 20 Januari lalu, mendakwa dirinya seorang kaki pukul dan tidak menghormati wanita.

“Ini bukan keputusan mudah dan saya ambil masa panjang untuk ambil tindakan undang-undang ini. Sebelum ini, saya hanya berdiam diri tetapi kini keadaan tidak terkawal, menyebabkan saya tertekan dari aspek psikologi dan mencalar maruah saya.

“Biarpun pada mula saya anggap perkara sebegini remeh, sebaliknya apa yang dilaporkan menerusi dua akhbar ini menjadi bukti kukuh untuk saya ambil tindakan undang-undang. Kedua-dua artikel ini mewujudkan keraguan yang menjurus persoalan saya berperangai macam itu.

“Sebelum ini, saya terima banyak panggilan (telefon) yang bertanya sama ada benar saya ini kaki pukul. Saya sedih dengar perkara ini kerana sikap sebenar saya bukan macam itu. Saya seorang yang ceria dan suka senyum pada orang lain,” katanya.

Fahrin berkata, tindakan undang-undang diambil bukan kerana marah, tetapi terlalu kecewa dengan sikap Linda yang melemparkan tohmahan terhadapnya.

Pelakon filem baru, 2 Hati 1 Jiwa ini juga mengakui pernah menjalinkan hubungan cinta dua tahun dengan penyampai radio berkenaan walaupun mereka menafikan hubungan sebenar dan sekadar menyatakan status ‘teman tapi mesra’. “Cinta saya ikhlas dan ia tidak seharusnya berakhir begini. Bila habis bercinta, saya bercakap perkara yang baik dan tidak reka sesuatu yang boleh membuat orang lain berprasangka buruk.

“Sebelum ini, apabila saya putus cinta dengan Linda dan Scha Al-Yahya, saya cuma berdiam diri. Saya tahu risiko bercinta dengan selebriti, tetapi saya bersyukur dan tidak kesal dengan mereka,” katanya.

Fahrin juga menyatakan ketika kenyataan Linda hangat diperkatakan banyak pihak, dia bimbang kariernya terjejas apatah lagi dirinya mewakili tiga jenama produk ‘besar’. Bagaimanapun, katanya dia bersyukur kerana masih mendapat kepercayaan pihak yang melantiknya sebagai duta produk manakala anggota keluarganya turut memberikan sokongan.

Pun begitu, sejak kedua-dua artikel berkenaan disiarkan akhbar, dia tidak pernah berhubung dengan Linda.

Pelakon itu menegaskan, walau apapun yang berlaku, dia tidak berdendam dengan Linda, malah mendoakan kejayaannya.

“Saya bukan berkomplot dengannya untuk mengadakan cerita sebegini. Apa yang saya lihat, perkara ini boleh merugikan kedua-dua pihak dan memecahbelahkan peminat,” katanya.

Tengku Naufal pula menyatakan, notis tuntutan itu menjelaskan Fahrin memberi masa tujuh hari sehingga Isnin depan untuk mendapatkan maklum balas daripada Linda.

Katanya, analisis terhadap laporan kedua-dua akhbar memberi maksud jelas berita berkenaan bertujuan menghasut masyarakat agar memberi persepsi buruk pada Fahrin.

Notis bertarikh 22 Januari lalu dihantar kepada Linda dan kedua-dua akhbar berkenaan.

“Jika Linda gagal memberi respons kepada notis tuntutan ini, writ saman dan permohonan sewajarnya akan dibuat di mahkamah tinggi pada minggu depan. Bagaimanapun, jika sebaliknya, saman ini tidak dibuat,” katanya.

Mengenai jumlah writ saman yang ingin dikemukakan, Tengku Naufal berkata, ia akan ditetapkan kemudian selepas notis tuntutan selama tujuh hari itu berakhir.

17 comments:

  1. macam-macam hal..
    .-= aini´s last blog ..Perempuan atau Lelaki Lebih Ego? =-.

    ReplyDelete
  2. rasanya cam tak perlu nangis kot mende2 camtu...cam hampeh ja
    .-= akak su´s last blog ..Update Abang n Siratu =-.

    ReplyDelete
  3. tu la pasal..dia kan lelaki macho...
    isskk...tapi mungkin sedih sgt kot sbb mak dia kan tgh sakit..

    japgi ai pujuk u ye abg fahrin.

    ReplyDelete
  4. ngadala diorang ni...taula byk duit...

    ReplyDelete
  5. over sungguh jantan ni. tah2 tangisan buaya (crocodile tears) haha...

    ini semua ego tinggi. dari dulu cari pasal ngan linda. orang tu tak komen pasal dia ngan scha pun dia perasan orang tu bagi komen. agaknya dia nak linda tu tunduk kat dia cium kaki dia semua kot... *haiihhh*

    ReplyDelete
  6. Salam..
    ....Pelakon itu menegaskan, walau apapun yang berlaku, dia tidak berdendam dengan Linda, malah mendoakan kejayaannya....(petikan kat atas)
    ....muskil, kalau ati dah terluka parah,walaupun sembuh,parutnya tetap nampak,luka zahir nampak jahitannya,luka dihati alamat makan ati ler...

    ReplyDelete
  7. ish.. korang.
    kita manalah tau apa dia rasa, apa family dia rasa.
    kalau kena batang hidung sendiri entah2 meraung..
    bg saya, kalau org lelaki ni dah menangis, maksudnya dah terguris sgt dah tu..

    en fahrin, banyak lagi bunga kat luar tuh..
    banyak2kan berdoa ye!!

    ReplyDelete
  8. @aini,
    tu la...bahaya gak bila dh pemes nie..
    ada jer benda nak di saman2 huhuhu

    ReplyDelete
  9. @akak su,
    hehehe.....maybe FA tersentuh hati kot kak..
    sumi ada gak tetengok dlm melodi hari tu...
    huhuhu,....

    ReplyDelete
  10. @Cik Norfa,
    huhuh......FA tu kenal ker ko?? sumijelly tu dia kenal la kot..muahahah

    ReplyDelete
  11. @bean moreno,
    hehehe...ngaper bean?? marah nampak..hikhik..
    ker dulu ko nak ngorat Linda...wakakaka

    ReplyDelete
  12. @toughcookie,
    haip.......ishk..gossip sungguh tu juan..hahahaha
    ala..biasalah..tu la ganjaran yg harus di tempuhi bila dh pemes nie..
    saman menyaman mcm dh sebati jer dlm idup artis nie...hehehe

    ReplyDelete
  13. @pak long,
    tul tu..kalu betul dia x berdendam..patutnya dia x yah la ambik port bab2 mcm tu...huhu..
    nama pun artis dan suratkhabar..
    artis cakap lain, paper tulis lain..huhuhu...

    ReplyDelete
  14. @ayu,
    hehehe.....tu la..susah nak cakap gak..
    FA patut jadikan ia panduan apabila nak berkasih nanti...
    takut pisang berbuah berpuluh2 kali lak..hahaha

    ReplyDelete
  15. @sumijelly, i rasa dia still sayang kat linda... tu yang tak abih2 nak sakat hehe...
    .-= toughcookie´s last blog ..Mom Bloggers Planet 1st Anniversary Get-2-Gather =-.

    ReplyDelete
  16. tak tau nak kate ape dah biler ramai pulak yang kater fahrin nih kaki pukul..tapi ati saya tetap kate fahrin bukan kaki pukul...maybe niat fahrin menegur..maybe artis pmpuan pikir lain...haih....
    .-= sofia´s last blog ..Apa Menu Anda Harini? =-.

    ReplyDelete
  17. @sofia,
    tu la..x kan la dia nak pukul anak org kan?? kan? (haha...dan dan macma back up FA)
    x perla..biarla mereka yg rapat ngan FA tahu...
    semoga menjadi iktibar pada artis lain...
    (lebey krang mcm kisah Shamsul ngan Diana Danialle tu..)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...