Friday, January 09, 2009

Pelakon Nora Danish Bersalin Dapat Anak Lelaki

Tahniah lah Budiey ucapkan kepada pelakon bermata galak, Nora Danish sebab berjaya melahirkan anak dengan selamatnya. Dapat lak anak lelaki. Mmm mesti comel. Budiey tak sabar nak tengok aje.



Pelakon Nora Danish selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Gleneagles, Ampang, di sini, pagi tadi. Difahamkan, pelakon berusia 26 tahun itu telah ditahan di hospital itu sejak malam tadi.

Nama pelakon ini cukup hangat menjadi bualan ramai berikutan perceraiannya dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 38, pada Ogos lalu. Mahkamah Rendah Syariah memutuskan kes lafaz cerai bekas suaminya pada Februari dan Jun tahun lalu sah yang mana ketika itu Nora sedang mengandung empat bulan. Pasangan itu bercerai dengan talak dua. Nora dan Rizal bernikah pada Jun 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

credit to : Abg Budiey

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...