Monday, July 22, 2013

Raya Moments of Closeness with Samsung

Assalamualaikum w.b.t semua........

Wah.sedar tak sedar kita 16 hari sebelum menjelang Hari Raya. Bagaimana dengan persiapa semua? Dah bersedia kah? Jangan terlalu excited sangat la kan.. sebab puas apun lom habis lagi...hik3

Macam biasa, bila nak menyambut Hari Raya ni, sejak dah berkeluarga ni memang kene bergili-gilir la berhari raya kan? Tahun 1 menjadi seorang isteri saya berhari raya bersama keluarga mertua, kemudian tahun berikutnya rumah mak saya, dan begitula tahun seterusnya...

Dari anak 1 hingga kini  anak dah 4, suasana Hari Raya tu akan berubah la kan. Macam keluarga belah saya, anak-anak buah yang dulu 1 orang kini dah ada 13 orang (termasuk anak-anak saya!) Cuba bayangkan meriah tak meriah???
Suasana yang meriah!
Macam TVC dari Samsung ni la....


Seronok tengok bila ahli keluarga dapat pulang berhari raya kan?

Begitu juga dengan kita, kalu boleh Hari Raya ni la masa untuk kita bergembira.......

Ini kisah Hari Raya saya yang lalu..... jadi saya ingin berkongsi kenangan hari raya bersama pembaca...

Di Hari Raya la kami adik beradik dapat berkumpul bersama-sama, dapat jumpa anak-anak buah, dapat bersama ngan mak dan ayah.....


Lihatla anak buah saya.... amboi.. pantang sungguh bila di ajak bergambar, mesti sumer siap beratur.... maklum la nak tayang baju baru kan??hik3

Di pagi Hari Raya, benda pertama yang saya nantikan adalah masakan mak saya... tentulah rendang yang dimasak oleh mak saya.......


Walaupun ringkas dan tak banyak menu makanan nya, yang penting juadah dipagi raya seperti rendang, ketupat, kuah kacang dan lontong mesti ada.....

Makan pula ramai-ramai dengan adik beradik...... perghhhhhh boleh kenyang sampai ke malam tau!!

Selalunya selepas menjamu selera di rumah mak, kami beramai-ramai akan pulang ke kampung halamn di Beranang, Selangor untuk menziarah keluarga di sana...


Saya sangat suka kalu dapat pulang ke kampung.... walaupun tak la jauh sampai berjam-jam... tapi suasana di kampung amat berbeza dengan di bandar....


Suasana kampung berbeza dengan di Bandar.... ialah, kampung sungguh nyaman, sejuk malah kenderaan pun tak banyak kan...

Jadi anak-anak buah saya cukup suka dengan suasana di kampung. Eh.. saya pun rindu tau dengan suasana kampung. Sebab masa kecil-kecil dulu di Kampung ni la saya di lahirkan..


Sambil menziarah keluarga di Kampung, ini juga kesempatan kami adik beradik bertukar-tukar cerita. Maklum la.. masing-masing dah berumahtangga, jadi agak sukar nak bertemu selalu. Sorang kat Pahang, Sorang kat Klang.... dan saya duk di Bangi..hik3

Masa ni la kami dapat berjumpa kan.. jadi memang tak lepaskan peluang la.....


Masa ni juga la anak-anak saya dapat berjumpa dengan sepupu-sepupunya....

Bila sesekali berjumpa, macam-macam keletah la dapat kita lihat.... dengan gaya masing-masing... Mana yang dah besar tu dah mula segan la nak melebih-lebih kan...

Hari Raya juga bukan sahaja kita dapat berkumpul bersama keluarga sahaja, jiran tetangga, kawan-kawan, saudara mara pun turut kita raikan bersama...

Jika di rumah saya, selepas seminggu berhari raya bersama keluarga, saya rajin menjemput jirang tetangga dan kengkawan datang kerumah. Maklum la Hari Raya saya tak adakan rumah terbuka, jadi dengan cara begini jerla dapat saya berjumpa dengan mereka.


Ini jiran saya yang tiap-tiap tahun pasti datang bertandang.... Kalu tak datang, saya akan pastikan mereka tetap juga datang..hik3

Bila sesekali berjumpa, amboiii  macam-macam la cerita kuar. Kisah anak-anak la, kisah-kisah lama semasa kami berjiran dulu la.... ialah susah nak berjumpa kan... Jadi ini lah kesempatna yang ada.

Dan Hari Raya yang lepas juga la kenangan saya bersama arwah makcik sebelah suami saya  yang kini ia menjadi kenangan untuk saya... *innalilahiwainallirajion, al-fathihah*


Arwah makcik suami saya sudah pergi menghadap ilahi pada awal tahun ini.... Arwah mengidap kanser rahim. Dan ini lah satu-satunya kenangan berhari raya yang tak dapat saya lupakan.

Arwah seorang yang baik serta rajin melawat kami sekeluarga tak kira masa dan waktu. Dan kami juga rajin menziarah arwah yang menetap di Pulai Pinang bila berkelapangan.

Kini arwah sudah tiada, mungkin untuk Hari Raya tahun ini tiada lagi kunjungan dari arwah, tapi saya berharap keluarganya tetap sudi berkunjung walaupun arwah tiada....

Inilah kisah kenangan Hari Raya yang lalu.......dan kalu boleh, setiap kenangan bersama keluarga, jiran tetangga dan kawan-kawan dapat terus menjadi kenangan untuk saya sepanjang hari.


Kini dengan pelbagai gadget Samsung yang berada di pasaran. Tidak mustahil setiap kenangan dapat kita abadikan bersama dengan yang tersayang. Kamera dan kenangna memang tak dapat dipisahkan.

Saya berharap dapat miliki kamera Samsung Galaxy yang dapat saya abadikan setiap kenangan di Hari Raya yang bakal menjelma tak lama lagi bersama keluarga, jiran tetangga dan kawan-kawan.

Kerana setiap gambar yang di rakam mempunyai kenangan yang tak mungkin dapat kita lupakan. Adakalanya jika kita merindui seseorang, kita dapat menatap gambarnya walaupun dia tiada di sisi kita. Malah ia akan membangkitkan kenangan yang sukar kita padam dari ingatan.

Semoga Hari Raya tahun ini bakal memberikan saya kenangan terindah bersama kamera Samsung Galaxy ini.


Sebelum saya akhiri entry ini, saya selitkan 1 gambar kenangan bersama adik beradik saya, dimana sehingga kini saya simpan untk kenangan saya.

Agak sukar untuk berkumpul bersama, jadi dengan merakam gambar kenangan dapatlah saya tatapinya pada bila -bila sahaja..



Saya kongsikan dengan korang link mereka2 yang mempunyai saat indah dengan mengunakan Samsung sempena Hari Raya...


Korang boleh layari https://my.campaign.samsung.com/portraitsofraya/ untuk paparan lebih jelas...



Hari Raya Aidilfitri bakal berlangsung,
Hajat tetamu datang beraya jangan dihalang
Abadikan setiap kenangan bersama kamera Galaxy Samsung ,
Bersama Sahabat handai yang datang bertandang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...