Thursday, July 11, 2013

Bubur Lambuk Kg Baru!

Bila Ramadan tiba, yang pasti bubur lambuk Kg. Baru menjadi rebutan orang ramai dan terkenal di Asia Tenggara.......

Tak kira di mana mereka berada walaupun jauh, tetap berusaha ingin merasai bubur lambuk Kg. Baru...
"MUNGKIN berkat sedekah dan pemberian ikhlas bahan mentah daripada orang ramai menjadikan Bubur Lambuk Agung Kampung Baru ini masih sedap sekalipun juadah ini sudah dikomersialkan"
 - Penyelia dan Ketua Jurumasak Bubur Lambuk Agung Masjid Jamek Kampung Baru, Shueb Mohd Tahir, 75. 
Ramai yang cuba mencari resepi untuk memasak bubur lambuk ini sama seperti rasa bubur lambuk di Kg. Baru tersebut. Tapi manakan sama.... walaupun di buat dan di cuba.. hasilnya tidak sama seperti Bubur Lambuk di Kg Baru...

“Hendak masak bubur lambuk mesti sentiasa berjaga-jaga. Api mesti sederhana dan bubur mesti dikacau selalu, kalau tidak bubur tidak rata masaknya atau hangit di permukaan periuk.

Antara bahan yang digunakan dalam proses penyediaan Bubur Lambuk Agung adalah minyak sapi, beras dan ramuan dikenali ‘rempah tumis empat beradik. Rempah ini merangkumi kayu manis; bunga cengkih; buah pelaga dan bunga lawang. Selain itu, halba; jintan; bawang besar; bawang putih; halia; daun pandan; daging lembu; udang kering; daun sup; daun kucai; serbuk lada hitam dan bawang goreng turut digunakan."
- Penyelia dan Ketua Jurumasak Bubur Lambuk Agung Masjid Jamek Kampung Baru, Shueb Mohd Tahir, 75.
Alhamdulilah, mungkin rezeki saya... teringin  nak makan, tapi apakan daya hendak beratur di sana pun dengar cerita hampir 4 jam baru boleh dapat sebungkus bubur lambuk...


Yeaaaaaahhhhhhh!! Balik ni dapat la saya anak beranak merasa keenakan bubur lambuk Kg Baru ni.....

Baunya yang semerbak ni membuatkan lagi tak sabar nak merasa nya... Sempena pelancaran bazaar ramadan yang di lancarkan oleh opis saya, dapat la merasakan.. kalu tidak entah bila dapat makan...

****************************************************

INFO: Bubur lambuk Kampung Baru
  • Bubur Lambuk Agung Kampung Baru dijadikan ikon Kampung Baru sempena ketibaan Ramadan oleh Kementerian Pelancongan.
  • Ada kisah seorang rakyat Brunei yang kepingin merasai keenakan Bubur Lambuk Agung meminta saudaranya yang bermastautin di Kuala Lumpur menerbangkan juadah istimewa itu ke Brunei dengan perkhidmatan kurier supaya tidak kempunan.
  • Juadah sarat khasiat dan mudah dicerna sistem penghadaman selepas seharian berpuasa ini turut menjadi kegemaran kenamaan membuktikan populariti Bubur Lambuk Agung benteng status.
  • Setiap pagi pada bulan Ramadan, pengurusan Masjid Jamek Kampung Baru menerima sumbangan sedekah berkampit-kampit beras daripada individu dan syarikat.
  • Keaslian rasa Bubur Lambuk Agung dengan resipi diwarisi hanya dari mulut ke mulut sejak 52 tahun lalu masih mampu dikecapi sehingga ke saat ini.
  • Bubur Lambuk Agung Kampung Baru kekal sebagai Raja Bubur Lambuk biarpun juadah itu sudah dikomersialkan malah tumbuh bak cendawan selepas hujan dengan pelbagai cita rasa dan keunikan tersendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...