Nanti yek.. saya kaan kupas lebih lanjut mengenai nya....
Amacam?? Comel tak saya? Kali ke dua make tebal macam ni ok! Dulu masa kahwin, kali ni masa masuk TV..ahahaha. Mak dan ayah saya hampir tak kenal saya semasa menonton rancangan ini...hik3
Bila bercakap kat TV tu rasa kekok la sikit kan, dari jenis yang ramah tamah terus jadi pendiam, sopan santun gitu... Saya bersama rakan iaitu Pn. Avelyn berkongsi mengenai LUL ini....
Pest time ok masuk TV, dulu pernah la masuk tp berlakon extra jer.. iklan Globe..hahahaha. Memang nampak sangat gagap, nerbes dan juga gabra.. Tapi ia memberikan saya satu pengalaman bagaimana bila ke udara. Susah ok nak dpt pengalaman ini. entah bila lagi akan melaluinya lagi....
Ok..berbalik pada topik masalah lemah kawan kencing (LUL) ini, mengikut kajian, masalah Lemah Kawalan Kencing (LUL) yang dialami oleh satu dari empat wanita berusia 35 tahun ke atas sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu*, merupakan satu masalah yang diselubungi salah tanggapan, perasaan malu dan cara rawatan yang salah.
*Kajian Malaysia Incontinence Usage and Attitudes 2010; Kimberly-Clark,
“Kita perlu mengakui LUL sebagai satu kenyataan dan menyedari ia boleh ditangani dengan keyakinan dan cara penyelesaian yang betul – saya adalah contoh terbaik!. LUL memang tidak selesa, tidak menyenangkan dan menjejaskan rutin harian anda tapi produk Poise® telah memberikan ketenangan jiwa kepada saya. Pada pendapat saya, LUL adalah satu cabaran tetapi ia juga merupakan satu realiti kepada kebanyakan wanita. Oleh itu, kita sepatutnya menerimanya secara jujur dan menanganinya dengan penuh keyakinan.”
- kata Raja Azura, Duta Poise® dan hos TV & radio serta pelakon dan pelawak
Macam saya, yang kerap bersalin dan mempunyai anak 4 orang. Selalu mengalaminya semasa kehamilan. Masa anak pertama dan kedua. saya tidak pernah mengalaminya, tetapi bila melalui kehamilan anak ke 3, saya perasan saya mengalaminya.
Saya mengalaminya sewaktu kehamilan mulai membesar, dimana terdapat tekanan dari kandungan yang membesar dan menekan pundi kencing. Jadi masalah LUL ini saya hadapi ketika trimester ke 3 berlaku.
Sewaktu mengandung dulu,bila bayi sedang membesar memberikan bebanan terhadap otot pelvik dan juga mengurangkan kapasiti pundi kencing. tu yang menyebabkan saya rasa ingin ke tandas lebih kerap. Tapi saya selalu gunakan pad wanita untuk mengelakkan terkucil.
Masalah Lemah Kawalan Kencing bukanlah satu penyakit; ia merupakan simptom yang disebabkan oleh masalah kesihatan atau kadangkala merupakan kesan daripada sebarang pengambilan ubatan.
Adalah penting untuk korang tahu jenis masalah lemah kawalan kencing yang di alami dan memahami secara mendalam mengenainya. Hal ini membantu korang mencari langkah yang terbaik untuk mengawal masalah tersebut.
Antara jenis-jenis tekanan adalah seperti berikut :
Jenis Tekanan (Stress).
- Wanita dengan inkontinen tekanan boleh mengalami kebocoran air kecil ketika batuk, bersin, ketawa, bersenam, mengangkat bebanan dan melakukan aktiviti yang berat. Melahirkan anak dan menjalani sesetengah pembedahan boleh melemahkan otot lantai pelvik (otot di bawah pundi kencing) menyebabkan kebocoran urin ketika bahagian abdomen mengalami tekanan. Kedaan ini selalunya berlaku pada perempuan yang masih muda.
- Jenis ini selalunya berlaku pada individu yang memiliki sfinkter (otot pencerut) yang lemah. Otot-otot lantai pelvik dan sfinkter tidak dapat memastikan tiub pengaliran keluar pundi kencing (uretra) tertutup ketika melakukan aktiviti yang memberi tekanan pada abdomen.
- Wanita dengan masalah ini boleh kehilangan air kencing (urin) dalam jumlah yang besar. Wujud perasaan ‘tidak sempat ke bilik air’. Jenis ini selalunya disebabkan oleh pundi kencing yang terlebih aktif, ia berkontraksi sebelum individu betul-betul bersedia.
- Ramai wanita yang mengalami jenis desakan akibat daripada infeksi yang menyebabkan iritasi kepada pundi kencing atau salur keluar pundi kencing (uretra), atau menyebabkan spasma (pengecutan otot luar kawalan) otot, yang memaksa pengeluaran air kencing dari pundi kencing. Sembelit juga boleh menyebabkan masalah ini akibat daripada kehilangan keupayaan untuk mengawal otot. Strok, kecederaan spinal cord (saraf tunjang), dementia (nyanyuk) atau penyakit-penyakit yang mempunyai kesan terhadap sistem saraf seperti Parkinson dan multiple sclerosis juga boleh menyebabkan kelemahan kawalan kencing jenis ini.
- Adalah tidak mustahil untuk seseorang itu mengalami simptom kedua-dua jenis inkontinen jenis stres dan desakan pada masa yang sama. Kedua-dua jenis masalah ini mungkin atau tidak mungkin berkaitan dan perlu diteliti secara berasingan.
- Sesetengah wanita mengalami keadaan di mana mereka tidak mempunyai rasa/desakan untuk kencing atau mengalami keadaan yang mana uretra (saluran keluar air kencing) tersumbat. Di dalam kedua-dua keadaan ini, pundi kencing tidak dapat dikosongkan dengan sepenuhnya, dan apabila air kencing di dalam pundi berlebihan, air kencing tersebut akan dipaksa keluar. Lemah kawalan kencing jenis ini sering berpunca daripada masalah sistem saraf dan kecederaan pada otot saraf tunjang.
- Terdapat setengah ubat yang boleh menjadi punca kepada kegagalan kawalan kencing untuk mengecutkan otot atau menghalang isyarat dari pundi kencing yang telah penuh ke otak. Dalam keadaan ini, doktor mungkin menukar jenis ubat yang diambil bagi mengurangkan kesan sampingan yang dialami. Dengan menggunakan produk Poise®, ia dapat membantu mengurangkan masalah ini sehingga pengambilan ubat di tamatkan.
Dan untuk merawat, korang mungkin boleh cuba dengan langkah berikut :
Senaman Otot Lantai Pelvik
- Senaman Otot Lantai Pelvik dapat memberikan anda bantuan yang paling efektif dalam mengawal kembali masalah lemah kawalan kencing kerana senaman ini menguatkan kembali otot-otot yang menyokong pundi kencing dan uretra anda.
- Buatlah diari pundi kencing kerana ia dapat membantu anda berwaspada pada saat-saat anda mengalami inkontinens yang teruk . Hal ini membolehkan anda pelajari cara-cara mengurus masalah kawalan kencing seperti menjalani rawatan dan menggunakan produk yang sesuai dengan diri anda pada ketika anda mengalaminya.
- Latihan pundi kencing berkesan dalam mengurangkan kekerapan seseorang untuk ke tandas. Jika doktor anda mencadangkan anda melakukan latihan ini, anda perlu memulakan dengan mengisi diari pundi kencing supaya program yang berkesan dapat direka untuk anda.
Dan akhir kata, rujukla kepada pakar kesihatan atau doktor anda dengan kerap untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan jenis-jenis masalah lemah kawalan kencing.
Selamat membaca!
No comments:
Post a Comment