Wednesday, July 17, 2013

Ramadan 5 - Iftar bersama keluarga

Walaupun dah lama.. tp nak citer gak...

Hari ahad yang lalu, saya ajak la keluarga makan beramai-ramai di rumah. Mak, ayah, adik dan abang-abang saya.... kakak saya tak dapat la joint, sebab dia kat Pahang kan?

Jadi sebagai pengubat rindu, saya titipkan gambar makanan kami di FB sahaja....... ehh... untung juga ada FB kan.. senang sungguh, snap, hantar dan papar .....

Dan inilah hasilnya..................................


Ayam paprik, ikan siakap 3 rasa, ikan siakap stim, telur dadar, cekodok, sayur bayam dan tomyam ayam (tiada dalam gambar)

Semua masakan di masak beramai-ramai.. saya sediakan bahan dan lauk... kakak ipar saya yang no 2 dan saya tolong masak kan. Adik saya yang bongsu tolong potong bahan....hahahaha

Anak-anak buah, saya suruh bentang tikar, letak surat khabar dan susun segala pinggan dan cawan....

Dah cakap pinggan plastik tu untuk kanak-kanak, ni g letak keliling lauk...haish... takkan la org dewasa nak makan pinggan plastik lak....hehehe


Dan yang penting, ayah saya suka dengan masakan saya..... IKAN SIAKAP 3 RASA!!!!

Memang lama saya tak masak tuk keluarga saya... itu pasal kali ni saya nak masak juga, kalu orang kata air tangna ibu memang sedap..... air tangan anak pun pasti sedap jugak.........hik3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...