Friday, July 05, 2013

Niat Puasa Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa dan Selepas Berbuka

Salam kengkawan,  

Ramadhan hampir tiba, mungkin ramai yang sedang mempersiapkan diri untuk berpuasa.

Yang dah ganti puasa, alhamdulilah.. Ada juga yang berpuasa sunat sempen bulan Syaaban. Tapi rasanya minggu ni dah tak leh la berpuasa lagi.. sbb kita lagi seminggu dh nak puasa kan....…semoga bertambah lah pahala kalian… Ok..di sini saya sertakan Niat puasa ramadhan, doa berbuka dan selepas berbuka puasa. Seperti tahun-tahun yang lepas, ramai gak yang mencari Niat puasa ni...

Semoga mendapat manfaat dari kengkawan….  

Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa 
 niatsebulanpuasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
  
 Lafaz niat puasa (harian)
 niatharianpuasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Doa Berbuka Puasa

doaberbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang. allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Doa Selepas Berbuka Puasa

  doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
  Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1434 Hijrah!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...