Sunday, January 31, 2010

Aku yang kerdil

Bukan aku yang kerdil..tapi anak aku nampak kecil dr TIN MINUMAN itu...hehehehe



Sungguh jakun aku melihatnya...lagi jakun anak aku kot..hahahaha :)

sempat la bergmbr kejap.. tin ni kat Damansara PJ hari tu..

img



Wah..posing sakan Danial..heheheh

aku yang suh dia dakap itu tin..

nak menampakkan..tin tu besor dari dia..hahaha :)

img



Ok..cukup2 la..bergambar...

kang derang jeles lak tgk danial dpt dakap tin tu..hahahaha

Selamat berhujung minggu...

esok aku cuti lagi yek!hehehehe

Setelah sekian lama, baru nak beli..

Akhrinya...sekian lama dapat juga aku membeli..

patutnya beli masa memula..tp x pernah terpikir nak beli...

nila satu ketika aku dalam kesesakan jalan raya...br terfikir pasal benda ini...

Yer..benda yang aku sibuk2 tu adalah......................

img



Reusable Ice Pack.....

untuk susu badan aku....kan selalu bawa balik dari opis ke rumah..

kalu lambat, leh cair..jadi bila ada ice pack nie.. suhu sejuk beku tetap kekal..

img



yang nie aku beli besar sikit.. x der la pulak yang kecik..

x perla..ambik jerla dr x der kan..

img



3 bag sekali....

siap ngan cover dia..tp cover tu aku x pakai pun.. ada kat umah..hahaha

setiap hari aku bawa..dh jadi berat la pulak beg susu aku..hehehe

img



Kalu korang nak beli, leh masuk ke laman web Susuibu.com..

kalu nak. leh terus ke Bandar Baru Bangi, Seksyen 8 lagi senang...

Maka pas nie x perlu risau kalu susu aku cepat cair bila dah ada ini..hehehe

Saturday, January 30, 2010

Selamat Hari Thaipusam 2010

Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.

hari thaipusam



Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.

Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.

Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.

Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.

Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.

Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belalang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.

Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar kerana telah menggunakan bahan-bahan tertentu .

Lokasi Sambutan Thaipusam di Malaysia
Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut secara besar-besaran dan meriah di Malaysia.

Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves
, Selangor merupakan kuil tumpuan utama penganut India . Sambutan perayaan Thaipusam bermula dengan perarakan arca Dewa Murugan dan dua isterinya Dewi Valli serta Devi Theivanai di atas pedati perak setinggi 7 meter dari Kuil Mahamariaman di Jalan Tun Hs Lee. Susu abishegam disiram kepada Dewa Murugan.

Di Ipoh, Perak, perayaan Thaipusam disambut di Kuil Sri Subramaniar Gunung Cheroh . Ia bermula dengan perarakan pedati termasuk pedati mini mini ratham untuk Dewa Murugan dari Kuil Maha Mahamariaman di Buntong , Ipoh.

Di Kuching , Sarawak ia disambut di Kuil Nivasagar , bandar Kuching.

Di Pulau Pinang, ia disambut di Kuil Arulmigu Balathandayuthabani , Georgetown.

Di Johor, ia disambut di Kuil Sri Muniswarar di Tampoi serta Kuil Sri Bubramaniar di Jalan Kolam Air dan Kuil Arulmigu Thendayuthapani di Jalan Kuel.

Di Malaysia, hari Thaipusam merupakan cuti umum di beberapa buah negeri seperti di Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Pulau Pinang. Pada 20 Januari 2008, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bercuti umum sempena hari Thaipusam. Negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah , Sarawak dan Melaka belum menjadikan Thaipusam sebagau cuti umum.

Pada yang menyambut terutama Kaum India, Selamat Hari Thaipusam!


Friday, January 29, 2010

FBI (Hot FM) kena tangkap?

Yer...betul FBI yang kerja kat HOT FM tu kena tangkap...

kornag x percaya ker?? baik korang percaya...sbb yang tangkap tu aku gak tau...

Ishk..ishk...cian dia..kene tangkap...............

kena tangkap

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

GAMBAR LA!!!!!!!!!! wakakakaka...............jgn marah daa.........

Ingat x entry yg aku kata aku dapat tgk wayang ngan FBI...

FBI



Ala, citer Adnan Sempit tu... errkk..dh habis ker @ masih lagi ada kat pawagam yek?? aku dgr org kata akan tamat ujung bulan nie.. tul ker???

Bestkan citer tu?? Tiket kat atas tu di sponsor oleh FBI tau...perghh...rezeki tul aku..

aku book 4 tiket ko..kalu aku tau FBI betul2 nak banjer.....aku book satu panggung tu, leh panggil satu kampung tgk.....hahahahaa

FBI



Sampai jer kat Cineleisure, Damansara PJ..FBI dah sedia menanti.. dia suh wat satu barisan..

ala-ala mcm budak masuk kelas jer kan?? hahahah..

x la..tu barisan tuk ambik booking online nyer tiket daa....

FBI



Perghh.... ko tgk tu... akauntan dah bersedia ngan duit di kaunter,...

kita orang just bagi nombor booking jer...

yang bayar tentu la FBI...heheheh

FBI



Sementara ayahnya sedang membayar tiket wayang tu..

sempat la anak daranya jadi model jap..

tu dia... macam pasangan bahagia...ehh..silap macam adik beradik..

di sebbkan anak FBI lebih tua dr anak aku..jadi x dapat la nak berbesan ngan FBI..

x per..x per..tunggu anak seterusnya (aku harap pompuan gak la...) hahahaha

FBI



eceh...eceh..... mana leh x ambik gmbr ngan FBI..

chet...rugi la nanti... penant tau dari bangi aku g, x ambik gmbr..

kan x pepasal..dh kene TANGKAP gmbr ngan aku..

tgk..yg pemes aku gak...dn yg terlebih pemes..mesti la FBI..hahaha

x pasan la pulak anak aku pun ada terselit..hehehehe

FBI



antara wajah-wajah yang hadi menonton bersama FBI..

inilah dia...ada yang book kemain dalam FB tu..

tp x dtg pun... mungkin dernag ingat FBI memain kot...hehehe

tu pun sempat lagi FBI wat status "anda baru sahaja terkena panggilan.....eh..x..x...gurau aja."

perghhh....sebaik sebut gurau..kalu tidak, aku serbu Hot FM..hahaha

FBI



sebelum berpisah...eh silap...wayang pun lom start dh berpisah..

sebelum tgk wayang, ambik gmbr beramai2...

sebenarnya ada lagi..tp dernag segan la pulak..

maka yang ini ajalah ada yek..

rugi derang... tgk dh masuk dlm blog aku...leh pemes tau...hehehe

FBI



perghh......dah la di belanja tgk wayang..

di belanja la pulak makan tengahari...ades...rezeki datang bergolek lak tu..

dh la perut kau tgh lapar... maka harusla pergi makan bersama kan..

itu kak Lina isteri FBI..peramah ko.. mesti kak Lina bosan layan aku..

dr tempat tiket kaunter sampai kat tempat makan..asyik bercakap jer...hahahaha

FBI



yer...aku duk mengadap FBI..

ko nampak x sebelah FBI siapa?? haa.....tu la Danial..

leh la pulak menyorok...siap x moh bergmbr...

dia x kenal lagi tu penyampai radiao populer tu...

apa da Danial... ingat senang ker nak duk sebelah abang FBI..hahahaha (erkk..abang ker..bukan FIL yg akan datang ker??hahahaha)

FBI



ha..pas makan..kene la bayar....

memang lapar giler la aku..siap mintak nasi tambah..mensti mengeleng kepala FBI tgk aku makan..

mentedarah ker apa budak nie...kopak aku...hahahaha

FBI



yer...wayang dh nak mula...

perghh....aksi depan pintu masuk wayang kene la ambik kan...

Zulfadhli kena la bawa..kang sapa nak jaga lak...

FBI



Perghh....memang best giler la citer Adnan sempit nie...

tergelak2 ko...x kering gusi...

mesti TONTON tau...amat seronok menonton sambil bergelak..

FBI



Yer..lepas menonton...sempat lagi jumpa FBI sebelum beransur pulanh...

cian adik aku..nak bergmbr..

ku abadikan la gmbr dia bersama FBI tu..

kang x caya lak org kampung kang..hahahaha

apa-apap pun...terima kasih pada FBI kerana sudi belanja menonton wayang bersama..


nanti kalu teras nak makan kat Restoran Saba' tu..meh roger2 kat status saya yek..


nanti saya banjer lak FBI sekelurga...di tanggung FREE punya.. jgn risau..


tp FBI sekelurga jerla.. kornag yang baca nie x der la yek..hahaha


Thursday, January 28, 2010

Berkongsi statitik yang x berapa banyak

yer..kali nie nak share sikit pasal aku nyer visitor tuk minggu ini..

x la seramai yang korang fikirkan..

huhuhu....tp sebelum tu..meh tgk blog yg pemes famous dulu..mcm Cik epal dan En Eyriq..hahaha


ini dari blog Cik Epal



Korang tgk blog dia baper ramai yang masuk??

Cik epal yang bujang sorang nie pun ramai peminat ko..

tu belum lagi wat blog walking katanya..kalu buat..pergh??mesti lagi banyakkan??ishk..ishk..ishk..

Ni dari blog Eyriqq....

Perghh....ko tgk Eyriq punya...

memula dapat cikit jer..setelah dia mendapat kuasa yang amat kuat..

tetiba blog dia makin ramai pulak visitor muncul...tgk..tgk..aku dh promote la pulak blog dia...

img



Ini pulak tentula dari aku punya...

huhuh........ sikit kan?? bila la nak tinggi2 mcam mereka ini...

nak macam redmummy..lagi la..x akan dapat la..

huhu...x per.. x per..sikit2..lama2 jadi bukit gak kan?hehehe

Selamat Hari Jadi Iskandar yang ke 3!

img



Yer...sedar x sedar... dh 3 tahun rupanya anak aku yang ke dua ni. X sangka tul....

Cepat tul anak ibu membesar....

img


(Gambar ketika berumur 3.5 bulan...)



Dia aja la yang ku lahirkan secara normal. Terasa juga aku nikmat allah ketika melahirkan Iskandar... Syukur..

Walaupun sakit, tp alhamdulilah..selamat juga.. dengan berat nya 3.54kg.. anak yang berat di kalangan adik beradiknya..hehehe (penat tu ko aku push..push...hahah)

Iskandar 3 tahun



Semoga anak ibu cepat membersar dan menjadi anak yang berjaya dan membanggakan ibu dan ayah yek..

Bila la nak cakap betul2 ni...kekadang ibu paham..kekadang x paham..hahahaha... (sekali cakap jerman daaa...........)

Selamat membesar Muhammad Iskandar.. Ibu sayang Iskandar...

img

Wednesday, January 27, 2010

Fahrin Menangis

Fahrin bengang!

Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my
2010/01/26



SERI KEMBANGAN: “Apa perasaan anda apabila orang bertanyakan pada ibu anda yang sedang sakit, adakah anak anda kaki pukul?” keluh pelakon popular, Fahrin Ahmad yang tidak dapat menyembunyi perasaan sedih sehingga menitiskan air mata ketika mengumumkan tindakan undang-undang yang diambilnya pada sidang media di sini, semalam.

Kejadian itu, kata Fahrin, 30, mendorongnya mengambil tindakan undang-undang terhadap penyampai radio, Linda Onn selepas bekas kekasihnya itu mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, menerusi laporan dua akhbar, baru-baru ini.

Menerusi firma guaman, Tengku Naufal & Co, pelakon berkenaan mengemukakan notis tuntutan yang mengandungi empat perkara iaitu kenyataan maaf terbuka Linda menerusi akhbar, penarikan balik kenyataan penyampai radio itu terhadap Fahrin yang dibuat sebelum ini, surat aku janji secara bertulis agar dia tidak mengulangi perbuatan itu dan surat tuntutan ganti rugi.

Fahrin yang ditemani peguam Tengku Naufal Tengku Mansor dan Ahmad Hafez Zaidi, menyatakan kenyataan yang dikeluarkan Linda menerusi dua akhbar berlainan pada 19 Januari dan 20 Januari lalu, mendakwa dirinya seorang kaki pukul dan tidak menghormati wanita.

“Ini bukan keputusan mudah dan saya ambil masa panjang untuk ambil tindakan undang-undang ini. Sebelum ini, saya hanya berdiam diri tetapi kini keadaan tidak terkawal, menyebabkan saya tertekan dari aspek psikologi dan mencalar maruah saya.

“Biarpun pada mula saya anggap perkara sebegini remeh, sebaliknya apa yang dilaporkan menerusi dua akhbar ini menjadi bukti kukuh untuk saya ambil tindakan undang-undang. Kedua-dua artikel ini mewujudkan keraguan yang menjurus persoalan saya berperangai macam itu.

“Sebelum ini, saya terima banyak panggilan (telefon) yang bertanya sama ada benar saya ini kaki pukul. Saya sedih dengar perkara ini kerana sikap sebenar saya bukan macam itu. Saya seorang yang ceria dan suka senyum pada orang lain,” katanya.

Fahrin berkata, tindakan undang-undang diambil bukan kerana marah, tetapi terlalu kecewa dengan sikap Linda yang melemparkan tohmahan terhadapnya.

Pelakon filem baru, 2 Hati 1 Jiwa ini juga mengakui pernah menjalinkan hubungan cinta dua tahun dengan penyampai radio berkenaan walaupun mereka menafikan hubungan sebenar dan sekadar menyatakan status ‘teman tapi mesra’. “Cinta saya ikhlas dan ia tidak seharusnya berakhir begini. Bila habis bercinta, saya bercakap perkara yang baik dan tidak reka sesuatu yang boleh membuat orang lain berprasangka buruk.

“Sebelum ini, apabila saya putus cinta dengan Linda dan Scha Al-Yahya, saya cuma berdiam diri. Saya tahu risiko bercinta dengan selebriti, tetapi saya bersyukur dan tidak kesal dengan mereka,” katanya.

Fahrin juga menyatakan ketika kenyataan Linda hangat diperkatakan banyak pihak, dia bimbang kariernya terjejas apatah lagi dirinya mewakili tiga jenama produk ‘besar’. Bagaimanapun, katanya dia bersyukur kerana masih mendapat kepercayaan pihak yang melantiknya sebagai duta produk manakala anggota keluarganya turut memberikan sokongan.

Pun begitu, sejak kedua-dua artikel berkenaan disiarkan akhbar, dia tidak pernah berhubung dengan Linda.

Pelakon itu menegaskan, walau apapun yang berlaku, dia tidak berdendam dengan Linda, malah mendoakan kejayaannya.

“Saya bukan berkomplot dengannya untuk mengadakan cerita sebegini. Apa yang saya lihat, perkara ini boleh merugikan kedua-dua pihak dan memecahbelahkan peminat,” katanya.

Tengku Naufal pula menyatakan, notis tuntutan itu menjelaskan Fahrin memberi masa tujuh hari sehingga Isnin depan untuk mendapatkan maklum balas daripada Linda.

Katanya, analisis terhadap laporan kedua-dua akhbar memberi maksud jelas berita berkenaan bertujuan menghasut masyarakat agar memberi persepsi buruk pada Fahrin.

Notis bertarikh 22 Januari lalu dihantar kepada Linda dan kedua-dua akhbar berkenaan.

“Jika Linda gagal memberi respons kepada notis tuntutan ini, writ saman dan permohonan sewajarnya akan dibuat di mahkamah tinggi pada minggu depan. Bagaimanapun, jika sebaliknya, saman ini tidak dibuat,” katanya.

Mengenai jumlah writ saman yang ingin dikemukakan, Tengku Naufal berkata, ia akan ditetapkan kemudian selepas notis tuntutan selama tujuh hari itu berakhir.

Tuesday, January 26, 2010

1st Gathering MBP - Dessert dulu

Yer..semalam aku menghadiri Gathering MBP bertempat di Taman Tasik Shah Alam......Wau..memang seronok....semalam dari kul 8.00pg - 12.00 tgh hari... letih seh...

Aku pergi bersama anak aku dan adik aku..., my IR x ikut.. sbb ada hal kat umah..hehehehe

mbp



Ni gmbr aku sekelurga tnpa my IR tp di ganti dgn mak sunya..hahahah

Aku x dapat nak upload gmbr lagi... sbb lom edit lagi..ni aku kasi pencuci mulut jer..nanti baru bg yang berat yek..hahaha

img



ni gmbr aku menang lucky draw....hahahaha

sila jangan jeles... sedap ko biskut..eh...biskut ker?? hahaha

img



ni lah jadi nya..kalu suh anak yang ambikkan.. x penuh yek..hahahaha

rasanya nanti maybe akan ku culik gmbr yg chantik dr blog org lain..hahaha

so...sapa nya gmbr dalam ni , leh kasi link x?? hahaha sumi lupa catat la..

Saya nak cuti!

Yer..pernah dgr ker perkataan itu?? SAYA NAK CUTI? hehehehe...confirm tetbia tingat MAS la kan... ala..aku tau sgt la korang..leh baca apa pemikirna korang..hikhikhik

Tp kali nie aku bukan pergi bersama MAS la..aku pergi bersama my IR la..hikhikhik.... 3 hari 2 malam yek.. (sila jgn jeles!)

my IR aku ada kerja luar kawasan bahasa omputihnya dia out station daa.... jadi disebabkan my IR bawa kerete sekali... amatlah rugi jika sang isteri duduk di rumah seorang diri kan?? kan??

Maka..mengikutlah si isteri bersama suami nya.. menuju ke JOHOR BAHRU! yehaa............ orang2 JB..tunggu sumijelly datang...hikihikhik...

Taaaaaaaaaaapppppppppiiiiiiiiiiiiiii..............
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Anak sulung ku x ikut serta.........huk..huk..huk =(

Dia tinggal bersama mak su nya..sbb dia kan sekolah..cam sayang jer kalu ponteng...2 hari ko... tp rugi arr kalu aku x ikut kan??

Hotel dh confirm bayar memahal kan?? kete dh confirm kosong kan?? ishk....ishk..ishk... jadi ikutlah aku bersama 2 org anak ku yang lain..

sob...sob..boleh ker aku tinggalkan anak aku tu?? 3 hari 2 malam tu... kiranya hari Rabu baru balik...huhuhuhuuh...... x pernah berjauhan ko..ini kira 1st time... =(


danial



x per.. x per..sudah ku tinggalkan Tiket Wayang Free tuk anak aku g menonton malam ni bersama mak sunya.. citer Tooth Fairy tu... so..harap anak aku x terasa kesunyian bila balik dr wayang nanti...

Jadi... bertolak la aku malam ini.. doakan aku selamat sampai pergi dan balik....

Insya allah..kalu sempat berblog kat JB aku wat yek..hahahaha.....

pstt.....agak2 kalu aku x update blog selama 2 hari.. ada ker yg kisah?? mesti korg x kisah kan kalu aku x update blog..muahahahaha.......


Monday, January 25, 2010

Email Yg Mengejutkan

Aku dapat emel dr kengkawan...jadi suka lah aku nak berkongsi cerita bersama rakan2 lain..hikhikhik

Ada kisah dari teman nih:
Setelah check in di hotel di Bali, si suami mendapati ada komputer siap dgn internet telah terpasang di bilik. Dengan gembira ia menulis e-mail mesra kepada isterinya. Tetapi lain jadinya, dia sudah salah mengetik alamat e-mail isterinya. Tanpa menyedari kesalahannya, e-mail tersebut terus dikirimkan.

Di lain tempat, seorang wanita baru pulang dari pengebumian suaminya yang baru saja meninggal. Setibanya di rumah, dia terus menyemak e-mail untuk membaca sejumlah ucapan takziah bagi yg tidak dpt hadirkan diri.

Baru saja selesai membaca e-mail pertama, dia terus jatuh PENGSAN. Anak sulungnya terkejut kemudian membaca e-mail itu, dan jatuh PENGSAN juga....

Bunyinya e-mail itu:
------------ --------- ---
To: Isteriku tercinta
Subject: Papa sudah sampai Syg.... !!!
Date: 22 Okt 2009

Aku tahu pasti kamu terkejut tapi gembira dapat kabar dariku. Ternyata di sini mereka sudah siap pasang internet. katanya biar mudah berkirim khabar buat orang-orang tercinta di rumah.

Aku baru sampai dan sudah check-in.

Katanya mereka juga sudah mempersiapkan segalanya untuk kedatanganmu besok. Tak sabar rasanya menunggu kamu. Semoga perjalanan kamu ke sini juga mengasyikkan seperti perjalananku kelmarin. Aku menunggumu syg... Cepat sampai ya...

Love you Mom,
Papa

PS : Di sini cuaca panas.. Paaaanaaaasssss saaangaaatttttt. .!!. Kalau nak, ajakla anak-anak kita sekali. :D

Bagaimana online dengan Tuhan

AKIBAT laju mengetuk papan kekunci, maka kesilapan ejaan sering terjadi. Pada mulanya kita hendak mengakses "Online" (Utusan Online misalnya) yang terjadi: "Onlie", sedang menipu!

Justeru tajuk ini buku terus memberikan sedikit tamparan; jangan sesekali "onlie" ketika ber -'online' dengan tuhan, tuhan tidak bisa dibohongi, berterus terang sahaja malah sebenarnya tuhan lebih tahu apa yang terjadi!









Tajuk Buku: Online Dengan Tuhan - Berhubung Dengan Tuhan Melalui Talian Tanpa Wayar
Penulis: Zulkifli Khair
Penerbit: PTS Islamika Sdn. Bhd.
Halaman: 114 muka surat
Harga: RM13.00



Penulis buku ini merupakan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang juga merupakan seorang jurulatih sambilan penulisan kreatif.

Mungkin nama beliau kurang dikenali selain pernah juga menghasilkan buku, 501 Soal Jawab Tentang Haji dan Umrah dan Yang OK dan KO Dalam Ibadah Haji bersama PTS.

Namun beliau mempunyai pendekatan penulis yang ternyata berbeza namun sangat menarik.

Tanpa perlu ulasan dan hujahan fakta yang panjang lebar, seolah-olah menyedari bahawa pembaca hari ini sudah tidak mempunyai masa untuk itu semua. Kecuali mahukan bacaan yang santai dan straight to the point maka buku ini sangat memenuhi cita rasa itu.

Jika secara mudahnya online dengan Tuhan itu boleh dimaknakan sebagai satu kaedah komunikasi antara seorang hamba dengan Maha Pencipta tanpa sebarang halangan, tanpa perantaraan, tanpa wakil; sangat bersemuka antara satu sama lain.

Walaupun ada yang menyifatkan hubungan atau komunikasi dengan tuhan itu bersifat komunikasi sepihak (sehala) namun yang jelas secanggih manapun ciptaan manusia untuk berkomunikasi dengan segala macam peralatan dan teknologi tetapi sedarilah sejak zaman nabi Adam, online bersama tuhan itu telah berlaku sehingga tiada titik tamatnya.

Zulkifli berjaya membuka satu ruang lingkup yang luas, yang tidak tertumpu kepada kupasan hubungan tersebut tetapi beliau kaitkan dengan pelbagai situasi dan fenomena. Dari topik wahyu (tanpa wayar), Al-Quran merupakan browser, bukan semua yahudi adalah jahat, kejahatan zionis melancarkan perang siber, apa yang patut diterima (accept) dan patut ditolak (delete), blog dan laman web yang mengeratkan lagu hubungan manusia dan tuhannya sehinggalah klik connect untuk cinta. Iaitu terdapat 33 bab yang kesemua mempunyai huraian dalam bahasa yang naratif, mudah dan penuh dengan motivasi. Di tambah lagi dengan pelbagai kutipan kata-kata dan kotak-kotak fakta menjadikan keseluruhan buku ini sangat menarik dan begitu meninggalkan kesan kepada pembaca!

Sementelah dengan harga yang sangat kompetitif murah, berbanding apa yang anda bakal peroleh, maka penulis ini bukanlah seorang yang hendak meraih untung.

"Sembahyang dan doa adalah contoh komunikasi dengan tuhan tanpa wayar, malah jauh lebih hebat berbanding jalur lebar (broadband). Manusia tidak perlu mempunyai modem dan router serta tidak perlu membayar bil untuk berkomunikasi dengan tuhan.

"Hanya dengan mendirikan sembahyang dan memanjatkan doa di mana sahaja di muka bumi ini, kita dapat berhubung terus dengan Tuhan," (M/S 80)

Walaupun ada menyifatkan komunikasi yang berlaku merupakan sehala (one way communication) iaitu kononnya tidak mendapat sebarang tindak balas dan jawapan daripada tuhan secara mutlak namun saya percaya keberadaan Allah itu dapat kita rasakan berada di sisi dan itu sudah cukup bermakna kepada seorang hamba-NYA.

Tidak sahaja percaya bahawa Allah sedia mendengarkan, namun yang jelas Allah tidak akan pernah jemu, berbanding andai kita berkomunikasi dengan manusia!

Di petik dari Utusan Malaysia

Sunday, January 24, 2010

Bersuka ria bersama rakan

Yer..semalam aku sempat berjumpangan rakan2 sekolah menengah aku...



Walaupun sekejap dan x ramai seperti yg di jangka....tp amat seronok...

aku x sempat lagi nak edit gmbr...jadi aku upload dulu gmbr ini yek..nanti aku update full version yek...

img
Seramai 11orang yg hadir memeriahkan perjumpaan ini.... Terima kasih ku ucapkan kerana sudi juga untuk mejayakan nya...

Dari ke Bora Ombak,aku tukar tempat ke Restoran Seri Ratu, jalan Ampang...

img



Dan rezeki Allah juga...makanan kami di belanja oleh Datu yang berpengaruh di kawasan Ampang itu..

Thank juga pada Frans kerana telah memberikan tempat makanan yang belumpernah di cuba...

Best ko..try la makan kat citu yek...

Bersuka ria bersama rakan

Yer..semalam aku sempat berjumpangan rakan2 sekolah menengah aku...



Walaupun sekejap dan x ramai seperti yg di jangka....tp amat seronok...

aku x sempat lagi nak edit gmbr...jadi aku upload dulu gmbr ini yek..nanti aku update full version yek...

img
Seramai 11orang yg hadir memeriahkan perjumpaan ini.... Terima kasih ku ucapkan kerana sudi juga untuk mejayakan nya...

Dari ke Bora Ombak,aku tukar tempat ke Restoran Seri Ratu, jalan Ampang...

img



Dan rezeki Allah juga...makanan kami di belanja oleh Datu yang berpengaruh di kawasan Ampang itu..

Thank juga pada Frans kerana telah memberikan tempat makanan yang belumpernah di cuba...

Best ko..try la makan kat citu yek...

Senyum Kambing yang lepas

um


Ishk...macam2 dah sekarang nie kan?


Mak buang anak, anak halau mak


Ayah buang anak...emm..ada ker ayah yg buang anak?? selalu mak jer kan...tp anak buang ayah adalah...


emm...harap2 kita di jauhi la dari benda2 begini.............



Macam-macamkan sekarang nie......

Senyum Kambing yang lepas

um


Ishk...macam2 dah sekarang nie kan?


Mak buang anak, anak halau mak


Ayah buang anak...emm..ada ker ayah yg buang anak?? selalu mak jer kan...tp anak buang ayah adalah...


emm...harap2 kita di jauhi la dari benda2 begini.............



Macam-macamkan sekarang nie......

Saturday, January 23, 2010

Anda kagum dgn diri sendiri? Tunjukkan...

zul


zul


zul


zul




Ibu...muker Zulfadhli masuk blog la...


Terima kasih la pada sumer uncle2 ngan auntie2 kat luar sana, sbb sudi jengah blog Ibu Zul dan terima kasih juga sbb sudi tgk gambar Zul tgh tersengih... :)


Anda kagum dgn diri sendiri? Tunjukkan...

zul


zul


zul


zul




Ibu...muker Zulfadhli masuk blog la...


Terima kasih la pada sumer uncle2 ngan auntie2 kat luar sana, sbb sudi jengah blog Ibu Zul dan terima kasih juga sbb sudi tgk gambar Zul tgh tersengih... :)


Ada apa dengan cinta?

aadc



Selamat hari sabtu!

hehehe....hari nie aku ada acara berjumpa ngan rakan- rakan bekas sekolah menengah di Bora Ombak.. itu pun kalu sumer datang...

Kalu tidak..tukar plan g tempat lain... hahaha

My IR x ikut, dia bab2 nak gperjumpaan mesti malas...esok pun x tahu dia ikut @ tak...hehehehe. Nampknya, Cik Norfa gak la yg jadi peneman...hahahaha

Esok pun ada perjumpaan gak, ngan mmumy2 MBP kat Tasek Shah Alam..

emmm....letih lak sebulan nie..ada jer program... betul2 nak jadi blogger tegar aku nie..hahaha

Okla..x der apa2 yg menarik nk di cerita...

Motif letak gmbr tu?? hahaha... x der apa2 pun..sesaja jer...

Selamat berhujung minggu yek!

Friday, January 22, 2010

Mengurut badan secara terbuka

Sejak bebrulan2...badan aku sangat x selesa...macam rasa sakit belakang badan...mungkin juga penangan aku menyusukan si Zulfadhli.

Lama sudah aku x mengurut badan... rasanya masa pantang jerla.. pas tu x pernah dah....

Tiba2 aku nampak tempat mengurut... perghhh.... memang yang ku nantikan... tapiiiiiiiiiii.............................. kene mengurut depan org ramai la pulak...

Adess.........mcm segan la pulak..tp duli apa aku.. aku nk gak mengurut.. dapat skejap pun jadi lah.... janjji URUT!

urut

Yer...ini lah.... tempat yang aku g berurut tu...

open giler ko...hahahah.... malu seh..tgh urut org pandang..hahaha

urut



pergghhhhhhhh......sedap tul bila dapat berurut nie...

Zulfadhli aku pangku sambil aku mengurut..

tu pun x duduk senang aku..sbb dia bergerak2 ko...

img



Aku rasa, banyak dh kat Shopping Kompleks kerusi urut nie..

RM1 - 3  minit..

tp..kalu rasa nak urut lama tu..ko letak la banyak sikit..x der la pututs2 urut mengurut tu..dia terus sampai habis duit ko..

Nak lagi..tmbah jer... apa susah.. ada duit..sumer senang..hahaha

img



Yer..posing atas kerusi urut mesti ada..

dulik apa aku org pandang aku asyik snap gmbr jer..

tu pun muker x malu, aku suh org snap kan tuk aku..

begitula sikap blogger tegar... hahahaha :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...