Wednesday, July 31, 2013

Giveaway by Zurarahman duit raya

Ok.... jom masuk GA dari Zurahman ni.... bukan susah pun nak joint...

Cara-caranya :


1. Follow blog www.zurarahman.com & azura-abdrahman.blogspot.com
2. Buat entry yang bertajuk Giveaway by Zura Rahman duit raya
3. Copy & paste banner . Link kan banner pada entry tersebut.





4. Tag 3 orang kawan untuk join GA ni (dan dorang mesti tau)


5. Dah siap, tinggalkan link entry dalam ruangan komen.

Senang jer kan..

Pemenang di pilih secara random

Tarikh tutup: 6 Ogos 2013 atau Bila peserta mencecah 50 orang (which ever comes last)

Jadi, macam mana? tak nak joint ker??jommmmmmmmmmmmmmmm

Tukar duit sempena Hari Raya

Eh.. lagi 1 minggu dah nak raya??

Dah tukar ker duit raya semua??



Haaa.... saya dah tukar.....

Nampak tak? nampak tak? tinggi tul duir RM1 tu kan? hik3


Ni pula sampul duit raya dari pejabat saya.........

Boleh la kan dari tak ada... tapi kalu nampak sampul ni mesti dah tahu siapa yang bagi kan?? hahahaha

Tak sabar nampaknya nak berhari raya... Ni nak main teka teki tak???

Sapa pandai teka berapa duit raya yang saya tukar tu, saya bagi RM10 duit raya secara bank in!

BERAPAKAH JUMLAH DUIT RAYA YANG SAYA TUKAR?

Macam biasa, sila tinggalkan JAWAPAN di kotak komen yek... siapa peneka yang HAMPIR atau PALING HAMPIR bakal menerima RM10.00 dari saya!

Peraduan ringkas ini bakal berakhir pada pukul 4.00 petang.....

Cepat! Cepat! mana tahu rezeki anda....hik3

Tuesday, July 30, 2013

10 malam terakhir Ramadan kemuncak ibadah



Perbanyak beriktikaf dalam masjid mencari lailatulqadar

Ramadan adalah antara rahmat Allah yang dikurniakan kepada hamba-Nya yang beriman. Malah, Allah menyediakan malam-malam kemuncak yang disebut al-‘Asyar al-Awahir iaitu 10 malam terakhir Ramadan.

Malam ini untuk manusia tunduk memperhambakan diri kepada Allah SWT dengan melakukan qiyam Ramadan. Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang mendirikan (solat malam) pada Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan maka telah diampunkan baginya dosa-dosa yang lampau.” (Hadis Muttafaqun ‘Alaih)

Teladan terbaik yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya ialah dengan menjadikan 10 malam terakhir Ramadan sebagai kemuncak ibadah berbanding malam lain. Nabi SAW akan menghidupkan malam itu dengan ibadah iktikaf, solat dan berzikir kepada Allah SWT.

 Saidatina ‘Aisyah berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila tibanya 10 Ramadan terakhir Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan ahli keluarganya, bersungguh-sungguh dan mengetatkan ikatan kainnya.” (Riwayat Muslim)


Ketatkan ikatan kain

Maksud mengetatkan ikatan kain pada pandangan ulama ialah meninggalkan tempat tidur dengan tidak bersama isteri-isteri Baginda. Manakala pandangan yang lain menyatakan, Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadah dan beriktikaf di masjid pada 10 malam terakhir Ramadan.

Hadis ini juga jelas menceritakan kelebihan 10 malam terakhir Ramadan. Nabi SAW bukan saja menghidupkan malamnya secara berseorangan, tetapi Baginda mengajak ahli keluarga untuk tidak terlepas mengecapi kemanisan ibadah pada malam itu.

Sesungguhnya 10 malam terakhir Ramadan adalah malam mulia, manakala sepuluh hari terawal Zulhijjah adalah sepuluh waktu siang termulia bagi umat Islam.

Dr Yusuf al-Qardhawi menerangkan, 10 malam terakhir Ramadan dianggap mula kerana dua sebab, Nabi SAW akan sentiasa mengharapkan kebaikan pada setiap penghujung sesuatu perkara mahupun urusan.

Nabi SAW bersabda: “Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada pengakhirannya,sebaik-baik amalanku pada penghujungnya dan sebaik-baik hari apabila aku bertemu dengan-Mu.” (Riwayat al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid)

Pengajaran daripada hadis ini ialah sesuatu amalan yang kita lakukan perlulah diakhiri dengan kesempurnaan. Begitulah juga ibadah dilakukan pada malam Ramadan terutama apabila telah memasuki 10 malam terakhir.

Adalah sedikit mendukacitakan apabila seorang hamba memulakan ibadah hanya pada malam awal dan pertengahan Ramadan, tetapi meninggalkan amal ibadah kemuncak pada malam 10 terakhir.


Kemuncak ibadah waktu malam

Perlulah diketahui bahawa inilah kemuncak ibadah pada waktu malam dalam sepanjang tahun yang Allah telah sediakan kepada kita untuk merasai kelazatan beribadah kepada-Nya.

Allah SWT menjelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam lailatulqadar. Adakah kamu mengetahui apakah malam lailatulqadar? Malam lailatulqadar itu lebih baik berbanding seribu bulan. Turunnya malaikat dan juga Jibril padanya dengan izin Tuhan mereka dengan membawa segala urusan. Sejahteralah padanya (malam lailatulqadar) sehingga terbitnya fajar.” (Surah al-Qadr, ayat 1-5)

Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang menghidupkan malam lailatulqadar dengan penuh keimanan dan pengharapan maka diampunkan segala dosanya yang lampau.” (Riwayat Bukhari)

Ulama termasuk salaf al-soleh berbeza pendapat dalam meletakkan malam tertentu bagi lailatulqadar. Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalaniy menjelaskan dalam karyanya Fath al-Bari bahawa terdapat 39 pandangan dalam memperkatakan penetapan malam lailatulqadar.

Sebahagian kecil ulama berpendapat malam lailatulqadar boleh berlaku pada mana-mana malam dalam bulan Ramadan. Namun jumhur ulama Mazhab Maliki, Syafi’i dan Hanbali berpendapat, malam lailatulqadar berlaku pada salah satu malam dalam sepuluh malam terakhir Ramadan.

Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW: “Carilah ia (malam lailatulqadar) pada sepuluh terakhir Ramadan.” (Riwayat Muslim)

Imam al-Nawawi berkata: “Sesungguhnya malam lailatulqadar itu terdapat pada mana-mana malam pada sepuluh terakhir yang tidak jelas waktunya bagi kita. Walaupun begitu ia berada hanya pada satu malam tertentu saja yang telah ditetapkan sehinggalah ke hari Kiamat. Namun malam-malam ganjil adalah yang paling diutamakan dan yang paling hampir dalam malam-malam ganjil itu pada pandangan Imam al-Syafi’i ialah pada malam ke-21.” (Dinukilkan dalam kitab al-Majmu’)

Sebahagian besar ulama berpendapat malam lailatulqadar berlaku pada malam ke-27. Pandangan ini dinyatakan oleh Ibn Abbas dan sebahagian besar sahabat bersandarkan hadis diriwayatkan oleh Mu’awiyah bin Abi Sufya, Nabi SAW bersabda mengenai malam lailatulqadar: “Ianya pada malam ke-27 (Ramadan).” (Riwayat Abu Daud)
Namun terdapat hadis lain juga menerangkan malam lailatulqadar berlaku pada malam ganjil iaitu malam 23, 25 dan 29.
Kesimpulannya malam lailatulqadar tidaklah diketahui bilakah waktunya namun kita disuruh oleh Nabi SAW untuk mencarinya dengan melakukan ibadah pada 10 malam yang terakhir Ramadan. Hal ini bertepatan sunnah Nabi SAW yang memperbanyakkan amal ibadat pada sepuluh malam terakhir.

Aura Hot yang sangat HOT!

Wah... hari ni dah masuk 21 Ramadan kan?? lagi 8 hari kita bakal menyambut hari raya kan?? Tak sabar rasanya...hik3


Ingat tak pasal Aura Hot, minuman kesihatan yang saya bagi tahu tu....??

ala...minuman berbentuk serbuk ni...

Seperti yang korang ketahui... produk ini mempunyai beberapa khasiat.


Antara khasiatnya ialah :
  • Mencerah, anti penuaan dan mengembalikan keanjalan kulit anda
  • Anti oksida untuk mengatasi kesan radikal bebas
  • Membantu menambahkan hormone estrogen
  • Meransang tubuh menghasilkan lebih glutation lebih dari biasa dan secara semulajadi.
  • Menegangkan kembali payudara dan punggung
  • Mengembalikan kehangatan rumahtangga
  • Menaikkan kadar metabolisma dan pembakaran kalori
  • Menurunkan berat badan dengan mudah, berkesan dan terkawal
  • Mengurangkan kolesterol
  • Menambahkan tenaga, menyegarkan badan
  • Merawat masalah kemurungan
  • Diformulasikan berasaskan farmaseutikal
  • Memberi manfaat dari luar dan dalaman tubuh anda
  • Terbukti mampu mengembalikan kesegaran dan keremajaan kulit dalam tempoh dua hingga empat minggu pengambilan yang berterusan.
Haaa.....saya dah pun mencuba produk ini....


Disebabkan saya mengambilnya dalam bulan...adi agak berubah la sikit cara pemgambilan nya..

Selalunya selepas makan atau sebelum saya masuk tidur saya akan bancuh 1 peket serbuk aura hot ini dengan air suam....

Masa memula tu try guna air sejuk.... tapi tak leh masuk pulak tekak ni... jadi saya cuba dengan air suam panas lak. haaa.......selepas tu baru la boleh minum.


Rasa air Aura Hot ni ialah coklat + strawberi dan baunya memang sedap. Anak2 saya dari jauh dah leh bau strawberi ni... baunya sedap sampai derang bertanya apa yang saya minum...hik3

Yang pasti, lepas minum air ni jangan lupa minum air banyak tau... sekurang-kurang nya 8 gelas sehari.....


Setelah 2 minggu saya mencubanya, saya nak juga sampaikan apa yang saya dah rasai melalui pengalaman saya minum air aura hot ni.

Ialah, klau kita tak cuba... mana nak tahu kan adakah khasiatnya berkesan pada badan kita atau tidak.

Tapi apa yang dapat saya rasakan adalah saya kurang rasa mengantuk. Di mana saya merasa segar sepanjang bulan ramadan ini.

Jika tidak, tak sampai tengahari mesti ngantuk la.. dan kawan2 pasti tegur kenapa nampak letih. Tapi selepas saya mengamalkan air aura hot ni, saya semakin bertenaga dan aktif. Tak ada lagi rasa letih sepanjang hari.

Jangan kata mengantuk, perut pun sentiasa kenyang sahaja. Kalu waktu berbuka tu tak terasa nak makan banyak.. sebab perut cepat rasa kenyang....

Bila dah kurang makan... mesti la berat badan turun kan? Jadi secara tak langsung ia mambantu saya mendapatkan berat badan yang ideal. Kiranya saya dapat menurunkan berat badan dengan mudah, berkesan dan terkawal la.......

Kulit saya ni tak derla cerah sangatkan, tapi ada juga yang tegur bila tengok wajah saya semakin cerah sikit dan kulit muka nampak bersih dan licin. hehehe.... kawan-kawan saya tak tahu yang saya mengamalkan minuman aura hot ni.


Jadi pada sesiapa nak cuba produk Aura Hot Bio-Stem Cell Plus Collagen ni, bileh la hubungi :-
Pn Aisyah – 0196690054


Belum cuba belum tahu!!

**Nota: Jangkaan perubahan adalah bergantung pada setiap individu. Kadar perubahan yang dinyatakan adalah berdasarkanpengalaman penguna sendiri. Ada individu yang memperoleh kesan yang cepat serta ada yang sedikit lambat. Namun, kesan dan perubahan ADALAH POSITIF.

Sambut Aidilfitri pada 8 Ogos

Sambut Aidilfitri pada 8 Ogos 

Jakarta: Pengerusi Lembaga Pusat Muhammadiyah Din Syamsuddin semalam berkata, pengikut kumpulan itu akan merayakan Aidilfitri pada 8 Ogos depan.
Ia berpandukan keputusan Majlis Tarjihnya.

“Muhammadiyah memutuskan Aidilfitri jatuh pada 8 Ogos,” katanya.

Menurutnya, Aidilfitri jatuh pada 8 Ogos kerana kedudukan matahari, bumi dan bulan di garisan lurus berlaku pada 7 Ogos.

“Jika ketinggian hilal melebihi 3 darjah kami pasti hilal Syawal jatuh pada 7 Ogos,” katanya.

Ini bermakna pengikut Muhammadiyah berpuasa selama 30 hari selepas memulakan 1 Ramadan 9 Julai lalu. Mengenai perbezaan antara kerajaan dan institusi lain dalam menentukan tarikh Aidilfitri, Din meminta semua pihak memahami pendapat kumpulan itu.

Kerajaan dan kumpulan Islam terbesar, Nahdatul Ulama juga dijangka menetapkan hari raya jatuh pada 8 Ogos. Tetapi mereka berpuasa 29 hari kerana memulakannya pada 10 Julai.
- Agensi

*************************


Tu baru Jakarta keluarkan... Malaysia belum lagi keluarkan...tapi kalu ikut kalendar memang  Raya jatuh 8 Ogos 2013 pun...hik3

Apa-apa pun, sumer dah sedia ker nak menyambut raya?

Monday, July 29, 2013

Selamat Hari Jadi Huzaiman yang ke 2!

Wah..sedar tak sedar, Huzaiman sudah pun berusia 2 tahun!!

Ingat lagi sewaktu melahirkan dia... sepatutnya lewat, tapi tak sabar2 nak jengah dunia pada 29.07.2011 hari Jumaat yang mulia lagi...


Lahirla putera saya yang ke 4 pada hari tersebut... di beri nama Muhammad Huzaiman B Mohd Zaire....


Kemudian membesar dengan begitu semangat, hasil dari minum  air susu ibu....

Alhamdulilah... semakin membesar dengan sihat...

 

Genap 1 tahun, sudah mula pandai berjalan sendiri.... cepat sungguh masa berlalu.... dari merangkak, bertatih.. kini sudah pandai berjalan....


Bila semakin memahami keadaan sekeliling, mula menunjukkan kepandaian sendiri...

Pandai bergelak ketawa, bergurau senda bersama abang2 nya....

Kini..............


Hari ni genap la usianya 2 tahun.

Alhamdulilah, sehingga kini dia la penghibur dia la penawar.... semakin lama semakin aktif dan lasak...

Sekarang dah pandai memilih makanan, minuman dan juga mainan... pandai bila tengok abang-abang nya nak itu, dia pun nak.. abang2 nya nak ini.. dia pun nak...hik3

Apa-apa pun, Ibu harapkan semoga Huzaiman membesar dengan sihat. Di berikan umur yang panjang, menjadi anak yang soleh, dimurahkan rezeki dan juga diberikab kesihatan yang panjang.
Selamat Hari Jadi Huzaiman!











Saturday, July 27, 2013

Barang yang dinanti telah tiba!!

Hari tu Dutch Lady wat peraduan Tebus & Menang....

Peraduan tu berlangsung dari 6 Mei - 30 June 2013, dan saya pun masuk la.. sebab harapan nak menang x derla kan.. jadi harapan tebus jerla...hik3


Bukan susah pun... kumpul point dapat la barang yang dikehendaki...

Tahun  ni punya barang tebusan kurang menarik, tak seperti tahun 2009, dimana ada T-shirt, tuala mandi, frame dan juga bekas kedap udara....

Kali ni hanya ada payung, tuala dan bekas makanan jer... tak der tuala. Saya suka kumpul tuala mandi, sebab senang... boleh tukar2 tuala tiap2 hari.......hahahaha

Setelah 4 tahun berlalu, jadi untuk tahun 2013 dapatlah saya redem...tapi tak banyak la kan.. sebab barang tak menarik...hik3


Dapatlah saya 2 kaki payung, 1 tuala dan 1 set bekas makanan tu....

Saya cuma ambik payung jer 2 unit jer... ingat nak ambik banyak, tapi tak perla..baik saya kumpul untuk tebus baucer Tesco jer nanti...

Ok....itu jerla citer untuk hari ini..hik3

Friday, July 26, 2013

Bulan puasa selera makan menjadi...........

Amboiiiiiiiiiiii.............. tau la bulan puasa kan....

Tak dapat makan cari kedai makan punjadi la.. tengok gambar makanan pun jadila, tengok menu makanan punnnnnnnnnnn jadi la..hahaha

Bila tengok balik statistik kat blog saya.. LINK untuk menu makan paling tinggi di bulan puasa... masing2 mencari tempat berbuka yek???


Nah LINK nya sekali saya sertakan :-

Jadi... sila la baca, entry saya bukan menarik pun.. entah apa2 la yang saya review kan.... banyak pula salah tatabahasa lak tu...hik3

Ohya... hari ni Nuzul Al-Quran, saya keje KL tapi anak2 TASKA dan Sekolah di Selangor, jadi sendiri mau ingatlakan... nak tak nak kene la CUTI hari ni...............

Selamat bercuti pada yang cuti dan selamat bekerja pada yang tidak bercuti!!!

Thursday, July 25, 2013

[REVIEW] Samsung S4 yang mengagumkan!

Tempoh hari pelancaran Samsung S4, ramai yang duk bercerita kehebatan Samsung S4 ni.... Ialah baru keluar Note II dah keluar yang baru lagi...hik3


Antara 3 model telefon Samsung yang terbaru : Samsung S3,Samsung Note II dan terkini Samsung S4


Alhamduliah, saya diberi kesempatan untuk merasai sendiri kehebatan samsung S4 ni....

Pada yang dah beli konpem dah explore habis-habisan, tapi pada yang belum, meh sini saya nak kongsi serba sedikit mengenai Samsung S4 ni.....


Ini lah set lengkap yang saya terima..... 1 unit Samsung S4, cable USB untuk charge atau transfer, earphone dan juga buku manual...ohya..bateri Samsung S4 hanya seberat 170 gram sahaja..... ringan kan??

Errkkk..saya tahu bila dapat jer buku manual tak der pun nak baca, baik la explore sendiri dari baca buku...keh3

Sebelum tu meh baca spek Samsung S4...

Rasanya semua telefon ciri2 nya hampir sama...cuma yang membezakan nya adalah aplikasi dan fungsi yg terdapat di Samsung S4 yang tiada pada telefon bimbit yang lain....

Teruja tak tengok gambar belon tu.. lawa kan kaler nya.. warna warni...

Lihat jerla Display telefon tu : 5inch Full HD Super AMOLED (1920 x 1080) display, 441 ppi
Besar dan senang la nak tengok movie...

Dapat jer telefon ni, perkara pertama mestila tengok aplikasi apa yang ada kan....

Samsung S4 ni di datangi dengan 16 @ 32 @ 64GB memory + microSD slot (up to 64GB), 2GB RAM dan Android 4.2.2 (jelly bean)

Kalu tengok sekali imbas ada semua aplikasi ni semua ada pada telefon yang lain. Cuma perasan tak ada S HEALTH tu?? haaa..... tu sapa yang kaki diet ker, kaki jogging ker memang sesuai la ada aplikasi ni...

Boleh kira berapa kalori kita terbakar, berapa kalori kita bertambah kalu makan..hik3


Kalu dah banyak lagi memori tu, apa lagi..... banyak la game yang saya download....

Yang penting mesti la game Candy crush....... maklumla sekarang dah jadi fenomena CC ko...hahahah. Pas main pasti gian.. macam kunyah gula2 tu lak..hahaha


Ni pula Panel yang terdapat kat S4.

Nampak tak ada Smart Stay, Smart Scroll, Air Gesture.....

Haaa.... Samsung S4 jer ada benda2 ni....  sedangkan Samsung Note II saya pun tak der ok aplikasi ni... jadi memang lain dari yang lain kan?


Nanti saya kasi tunjuk apa yang menarik nya menggunakan Smart Stay, Smart Scroll, Air Gesture ni yek...

Saya ada rakam menggunakan KEEK untuk tunjuk kepada pembaca semua.....

1) Air Gesture, Smart Scroll dan Smart Stay


Dengan adanyaair gesture dan smart stay, saya tak perlu menyentuh pada skrin telefaon...di mana dengan menggunakan fungsi yang dikhaskan.. menyenangkan kerja saya...

Untuk "air gesture" dan "smart scroll" saya hanya perlu melambaikan tangan untuk untuk setiap helaian muka surat atau gambar.... manakala "smart stay" pula, saya hanya perlu melihat pada skrin dan menggunakan mata untuk menggerakan muka surat tersebut ke atas dan kebawah...


Malah, kalu tangan kita basah kotor, tak perlu nak sentuh pada skrin... hanya dekatkan pada gambar dan dah boleh gerakkan gambar tersebut....

Senang bukan?

2) Smart Pause



Haaa.......... saya suka fungsi "smart pause" ni....

Kenapa saya kata suka, ialah.. tengah layan movie tetiba ada panggilan masuk ker, ada benda nak buat ker, ada orang panggil ker...... ishk.. kang terlepas pula kat scene mana kan? haaa........... dengan adanya smart pause ni... movie yang kita tengah pasang tu akan berhenti dan akan sambung kembali pada tempat yang berhenti tu la...

Tengokk......... senang kan kerja lagi kan? tak yah nak tengok dari mula.. boleh tengok balik padat empat yang berhenti tu kan??hik3...

Amacam?? teruja tak?? ishhkkkkkkkkkk........ tu baru sikit.. ada lagi saya nak tunjuk ni... jap yek..


Kalu siapa kaki gambar, mesti nak tengok kelebihan camera pada setiap telefon kan?


Sebab benda ni la saya nak explore sangat!!

Kalu setakat beauty face, best photo,best face, dan yang lelain tu rasanya ramai dah tahu. Tapi ada tambahan baru di Samsung S4 ialah, dual shot, sound & shot, drama...

1) Dual Shot


Dengan fungi "dual shot" ni, anak2 saya tak perlu berebut nak ambik gambar lagi.... kalu tidak gambar adik ada, gambar abang tak ada.. kini kedua2 orang boleh di ambil serentak.


Seronok pula bila boleh rakam dengan "dual shot" pada masa  yang sama... boleh buat macam2 aksi dan gaya lagi...

Macam gambar saya dengan kawan saya tu....hik3


2) Sound & Shot



Jun 18, 2013 | sound & shot S4 by sumijelly on Keek.com

Haaa...benda ni memang sangat baru dan saya sangat teruja ok!

Sound & shot....Ala... macam kita ambik gambar dan tulis kat belakang gambar... lebih kurang la.. cuma di modenkan sikit.. boleh rakam gambar dan bunyi sekaligus kan...lagi pun x lama.. sekejap jer leh rakam.. selama 9 saat jer....

3) Drama


Memang boleh buat drama kan??hahahaha

Lihatla... tanpa perlu edit atau menggunakan apa2 aplikasi tambahan. Tetapi dengan hanya sekali ketip aja... saya berjaya meng'klon'kan diri saya....dan terhasil la drama..hik3

Memang seronok bila dapat ambik gambar macam tu... boleh buat bermacam aksi dan gaya tau...


Setakat ini telefon Samsung S4 ini di datangi dengan 2 kaler, iaitu hitam dan putih....tak tahu la akan datang kalu ada tambahan warna lain lagi kan....

Malah dengan skrin 5.0 inci, serta rekaan empat segi de­ngan sedikit leng­kungan di bucu memang cukup selesa untuk dipegang dan dibawa kemana aja.



Hebat tak hebat Samsung S4 ni? ahh.........terus jatuh cinta dengan fungsi2 yang terdapat pada telefon bimbit ni... harus kah saya bertukar telefon lagi??

Ok... cukupla saya setia dengan Note II... jangan ada sesiapa yang cuba meracuni saya yek....hik3

Cuti peristiwa dan cuti berganti sempena Hari Raya Aidil Fitri Tahun 2013

Untuk makluman semua, pada 05.08.2013 - 06.08.2013 sekolah di tutup!



Pada ibu bapa, selamat menguruskan cuti!
Pada anak-anak, selamat mengganti sekolah!

Pada semua, Selamat Hari Raya!!

Wajah ANAK Putera William dan Kate Middleton

Wah.. sejak semalam ramai wartawan berkampung di depan Hospital untuk menanti kemunculan Putera William dan Kate Middleton untuk menayangkan wajah PUTERA sulung mereka... dan akhirnya hajat mereka tercapai!!

 

Kebanyakkan akhbar di sana telah pun menyiarkan gambar anak Putera William dan Kate Middleton. Jadi muka hadapan....

Lihatlah wajah2 keriangan Putera William dan Kate Middleton............

 


"Kata William bayi itu memiliki wajah seperti Kate."
Kelahiran bayi berkenaan adalah babak baru untuk William dan Kate yang menikmati hidup yang jauh daripada perhatian umum di Anglesey, Wales sejak berkahwin pada April 2011.

 

Putera mereka di namakan "George Alexander Louis". Dia juga akan dikenali sebagai Duli Yang Teramat Mulia Prince George of Cambridge.

Suasana itu lebih santai berbanding detik Puteri Diana dan Charles membawa William untuk sesi fotografi di hospital sama pada 1982.


Dengan mengenakan kot gelap, tali leher dan bunga Charles bercakap kepada wartawan dengan suara yang canggung.

Sebaliknya William muncul dengan seluar jeans dan kemeja biru dengan lengan baju itu dilipat tinggi.

Lihatlah persamaan antara Puteri Diana dan Putera Charles pada tahun 1982 yang lalu.... pakaian Diana dan Kate hampir sama..hik3



Selamat menempuh alam keibubapaan untuk Putera William dan Kate Middleton.....

Wednesday, July 24, 2013

[TOPIK] Menghadapi Masalah Lemah Kawalan Kencing (LUL)

Ramai dah tahu  sejak saya masuk Rancangan Primadona, masih ramai yang keliru dengan masalah lemah kawalan kencing (LUL) ni... ramai ingat saya menghadapinya secara serius. Sebenarnya masalah lemah kawalan kencing ni di alami sebahagian wanita tanpa di sedari....

Nanti yek.. saya kaan kupas lebih lanjut mengenai nya....
 

Amacam?? Comel tak saya? Kali ke dua make tebal macam ni ok! Dulu masa kahwin, kali ni masa masuk TV..ahahaha. Mak dan ayah saya hampir tak kenal saya semasa menonton rancangan ini...hik3

Bila bercakap kat TV tu rasa kekok la sikit kan, dari jenis yang ramah tamah terus jadi pendiam, sopan santun gitu... Saya bersama rakan iaitu Pn. Avelyn berkongsi mengenai LUL ini....

Pest time ok masuk TV, dulu pernah la masuk tp berlakon extra jer.. iklan Globe..hahahaha. Memang nampak sangat gagap, nerbes dan juga gabra.. Tapi ia memberikan saya satu pengalaman bagaimana bila ke udara. Susah ok nak dpt pengalaman ini. entah bila lagi akan melaluinya lagi....

Ok..berbalik pada topik masalah lemah kawan kencing (LUL) ini, mengikut kajian, masalah Lemah Kawalan Kencing (LUL) yang dialami oleh satu dari empat wanita berusia 35 tahun ke atas sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu*, merupakan satu masalah yang diselubungi salah tanggapan, perasaan malu dan cara rawatan yang salah.
*Kajian Malaysia Incontinence Usage and Attitudes 2010; Kimberly-Clark,

“Kita perlu mengakui LUL sebagai satu kenyataan dan menyedari ia boleh ditangani dengan keyakinan dan cara penyelesaian yang betul – saya adalah contoh terbaik!. LUL memang tidak selesa, tidak menyenangkan dan menjejaskan rutin harian anda tapi produk Poise® telah memberikan ketenangan jiwa kepada saya. Pada pendapat saya, LUL adalah satu cabaran tetapi ia juga merupakan satu realiti kepada kebanyakan wanita. Oleh itu, kita sepatutnya menerimanya secara jujur dan menanganinya dengan penuh keyakinan.” 
- kata Raja Azura, Duta Poise® dan hos TV & radio serta pelakon dan pelawak

Macam saya, yang kerap bersalin dan mempunyai anak 4 orang. Selalu mengalaminya semasa kehamilan. Masa anak pertama dan kedua. saya tidak pernah mengalaminya, tetapi bila melalui kehamilan anak ke 3, saya perasan saya mengalaminya.

Saya mengalaminya sewaktu kehamilan mulai membesar, dimana terdapat tekanan dari kandungan yang membesar dan menekan pundi kencing. Jadi masalah LUL ini saya hadapi ketika trimester ke 3 berlaku.

Sewaktu mengandung dulu,bila bayi sedang membesar memberikan bebanan terhadap otot pelvik dan juga mengurangkan kapasiti pundi kencing. tu yang menyebabkan saya rasa ingin ke tandas lebih kerap. Tapi saya selalu gunakan pad wanita untuk mengelakkan terkucil.

Masalah Lemah Kawalan Kencing bukanlah satu penyakit; ia merupakan simptom yang disebabkan oleh masalah kesihatan atau kadangkala merupakan kesan daripada sebarang pengambilan ubatan.



Adalah penting untuk korang tahu jenis masalah lemah kawalan kencing yang di alami dan memahami secara mendalam mengenainya. Hal ini membantu korang mencari langkah yang terbaik untuk mengawal masalah tersebut.

Antara jenis-jenis tekanan adalah seperti berikut :

Jenis Tekanan (Stress).
  • Wanita dengan inkontinen tekanan boleh mengalami kebocoran air kecil ketika batuk, bersin, ketawa, bersenam, mengangkat bebanan dan melakukan aktiviti yang berat. Melahirkan anak dan menjalani sesetengah pembedahan boleh melemahkan otot lantai pelvik (otot di bawah pundi kencing) menyebabkan kebocoran urin ketika bahagian abdomen mengalami tekanan. Kedaan ini selalunya berlaku pada perempuan yang masih muda.
  • Jenis ini selalunya berlaku pada individu yang memiliki sfinkter (otot pencerut) yang lemah. Otot-otot lantai pelvik dan sfinkter tidak dapat memastikan tiub pengaliran keluar pundi kencing (uretra) tertutup ketika melakukan aktiviti yang memberi tekanan pada abdomen.
Jenis Desakan
  • Wanita dengan masalah ini boleh kehilangan air kencing (urin) dalam jumlah yang besar. Wujud perasaan ‘tidak sempat ke bilik air’. Jenis ini selalunya disebabkan oleh pundi kencing yang terlebih aktif, ia berkontraksi sebelum individu betul-betul bersedia.
  • Ramai wanita yang mengalami jenis desakan akibat daripada infeksi yang menyebabkan iritasi kepada pundi kencing atau salur keluar pundi kencing (uretra), atau menyebabkan spasma (pengecutan otot luar kawalan) otot, yang memaksa pengeluaran air kencing dari pundi kencing. Sembelit juga boleh menyebabkan masalah ini akibat daripada kehilangan keupayaan untuk mengawal otot. Strok, kecederaan spinal cord (saraf tunjang), dementia (nyanyuk) atau penyakit-penyakit yang mempunyai kesan terhadap sistem saraf seperti Parkinson dan multiple sclerosis juga boleh menyebabkan kelemahan kawalan kencing jenis ini.
Jenis Campuran
  • Adalah tidak mustahil untuk seseorang itu mengalami simptom kedua-dua jenis inkontinen jenis stres dan desakan pada masa yang sama. Kedua-dua jenis masalah ini mungkin atau tidak mungkin berkaitan dan perlu diteliti secara berasingan.
Jenis Melimpah
  • Sesetengah wanita mengalami keadaan di mana mereka tidak mempunyai rasa/desakan untuk kencing atau mengalami keadaan yang mana uretra (saluran keluar air kencing) tersumbat. Di dalam kedua-dua keadaan ini, pundi kencing tidak dapat dikosongkan dengan sepenuhnya, dan apabila air kencing di dalam pundi berlebihan, air kencing tersebut akan dipaksa keluar. Lemah kawalan kencing jenis ini sering berpunca daripada masalah sistem saraf dan kecederaan pada otot saraf tunjang.
disebabkan Penggunaan Ubat

  • Terdapat setengah ubat yang boleh menjadi punca kepada kegagalan kawalan kencing untuk mengecutkan otot atau menghalang isyarat dari pundi kencing yang telah penuh ke otak. Dalam keadaan ini, doktor mungkin menukar jenis ubat yang diambil bagi mengurangkan kesan sampingan yang dialami. Dengan menggunakan produk Poise®, ia dapat membantu mengurangkan masalah ini sehingga pengambilan ubat di tamatkan.

Dan untuk merawat, korang mungkin boleh cuba dengan langkah berikut :

Senaman Otot Lantai Pelvik
  • Senaman Otot Lantai Pelvik dapat memberikan anda bantuan yang paling efektif dalam mengawal kembali masalah lemah kawalan kencing kerana senaman ini menguatkan kembali otot-otot yang menyokong pundi kencing dan uretra anda.
Diari Pundi Kencing
  • Buatlah diari pundi kencing kerana ia dapat membantu anda berwaspada pada saat-saat anda mengalami inkontinens yang teruk . Hal ini membolehkan anda pelajari cara-cara mengurus masalah kawalan kencing seperti menjalani rawatan dan menggunakan produk yang sesuai dengan diri anda pada ketika anda mengalaminya.
Latihan pundi kencing
  • Latihan pundi kencing berkesan dalam mengurangkan kekerapan seseorang untuk ke tandas. Jika doktor anda mencadangkan anda melakukan latihan ini, anda perlu memulakan dengan mengisi diari pundi kencing supaya program yang berkesan dapat direka untuk anda.

Dan akhir kata, rujukla kepada pakar kesihatan atau doktor anda dengan kerap untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan jenis-jenis masalah lemah kawalan kencing.

Selamat membaca!

Mari membayar Zakat

Semua mesti tahu RUKUN ISLAM ada 5 perkara kan?


Jadi mestila selepas berpuasa di bulan Ramadan, kita menunaikan zakat kan?

Pengertian Zakat Fitrah
  • Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Pengertian Zakat

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.



Alhamdulilah, my IR dah melaksanakan tanggugnjawabnya......

Anda bagaimana? Sudah kah belum?? Pada yang belum masih sempat untuk melakukan nya.


 Jangan lupa semak kadar zakat di tempat masing-masing yek!

Selamat menunaikan zakat semua...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...