Tuesday, November 03, 2009

Tiket Konsesi Negeri Melaka

Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah melancarkan Tiket Konsesi yang bertujuan untuk menggalakkan serta memberikan peluang kepada para pengunjung tempatan dan antarabangsa untuk mengunjungi muzium - muzium serta galeri yang terdapat di Negeri Melaka.

Tiket Konsesi ini boleh didapati di semua kaunter tiket muzium dengan kadar harga RM 3.00 bagi pelajar / kanak - kanak dan RM 10.00 seorang bagi dewasa di mana para pemegang tiket konsesi ini boleh mengunjungi 9 buah muzium dan 3 buah galeri seperti berikut :

a) Kompleks Muzium Stadthuys :

  • Muzium Sejarah dan Ethnografi

  • Muzium Sastera

  • Muzium Pendidikan Melaka

  • Muzium Tuan Yang Terutama Negeri Melaka

  • Muzium Pemerintahan Demokrasi

  • Galeri Laksaman Cheng Ho


b) Kompleks Muzium Samudera :

  • Muzium TLDM

  • Muzium Fasa I (Kapal Flor De La Mar)

  • Muzium Fasa II


c) Muzium Istana Kesultanan Melaka

d) Galeri Melaka

e) Galeri Ketua Menteri Melaka

Bagi memberi kesempatan kepada para pengunjung mengunjungi ke semua muzium dan galeri ini, PERZIM menawarkan kunjungan selama 2 hari bagi membolehkan mereka menghabiskan lawatan ke muzium dan galeri tersebut. Tempoh promosi Tiket Konsesi ini diteruskan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, bolehlah menghubungi Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) di talian 06 - 2827464.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...