Wednesday, February 17, 2010

Valentine, Facebook dan arak

NAMAKAN apa sahaja - Ops Cumbu, Ops Valentine atau Operasi Maksiat Hari Kekasih, kesemuanya itu merujuk kepada tindakan operasi besar-besaran yang dijalankan oleh para petugas jabatan agama Islam di negeri-negeri seluruh negara pada malam 14 Februari lalu.

Dalam operasi itu, banyaklah yang ditahan termasuk pelajar, suami dan isteri orang, janda dan duda, pekerja kolar biru dan remaja belasan tahun. Setiap tahun, inilah yang berlaku.

Dalam Ops Valentine pada kira-kira pukul 6 pagi, 14 Februari lalu, seorang anggota tentera dicekup oleh petugas Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kerana berkhalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Kuantan. Hotel-hotel bajet di sekitar Klang, Gombak, Kajang dan Shah Alam di Selangor dan sekitar Putrajaya turut diserbu. Selain hotel, kawasan taman rekreasi dan pusat-pusat hiburan turut menjadi tempat lokasi serbuan.

Menyaksikan apa yang berlaku, tentu sekali maruah seorang suami, isteri, anak- anak atau ibu bapa dan seluruh keluarga tercalar dan terpaksa menanggung malu untuk berhadapan dengan rakan-rakan, guru sekolah, sanak saudara dan jiran tetangga.

Perasaan malu dan marah silih berganti di dalam diri. Namun, ke manakah amarah dan perasaan kesal terhadap apa yang berlaku itu boleh disalurkan? Perihal sambutan Hari Kekasih terus menjadi bual bicara menjelang tarikh 14 Februari setiap tahun.

Pelbagai ingatan dan nasihat dipaparkan di media-media tempatan mengenai sambutan yang bukan sahaja tidak memberi manfaat, malah golongan ulama di negara kita sepakat telah mengharamkannya untuk diraikan oleh umat Islam. Nampaknya, larangan dan nasihat langsung tidak berbekas di dalam hati mereka, sebaliknya ia terus membudaya di dalam masyarakat hari ini.

Lebih memualkan apabila terdapat segelintir pasangan kekasih berbangga memaparkan gambar mereka berpeluk dan 'berkepit' dengan pasangan masing-masing di dalam laman sosial Facebook.

Mungkin sudah tiba masanya, pihak jabatan agama Islam negeri-negeri mengambil pendekatan baru dalam menangani gejala rosak akhlak masyarakat Islam hari ini. Kaedah lama seperti mengintip, menyerbu dan menahan pasangan bukan muhrim dalam operasi-operasi yang dijalankan boleh diteruskan, tetapi tambah satu lagi kaedah iaitu menahan pasangan yang 'berkhalwat' di dalam Facebook.

Bukti yang boleh dikumpul adalah gambar-gambar ghairah mereka yang dipos ke dalam laman sosial itu untuk tatapan ramai. Rasanya, ia sudah cukup untuk mengheret pasangan terbabit ke muka pengadilan di bawah undang-undang syariah.

Selain gambar-gambar berpelukan, terdapat juga gambar-gambar mereka yang sedang menikmati minuman keras. Kenalan penulis tidak terkecuali mengepos gambar-gambar mereka di dalam laman Facebook masing-masing.

Keberanian mereka itu adalah kerana mereka menganggap apa yang dilakukan itu bukanlah satu kesalahan dan memalukan. Lebih merosakkan apabila ada komen-komen yang mengajak rakan-rakan Facebook lain untuk turut sama meneguk arak pada majlis yang bakal diadakan.

Nampaknya, pencipta laman sosial Facebook berjaya dalam misinya untuk merosakkan umat Islam. Seiring dengan perkembangan zaman, pelbagai cara telah dan akan dilakukan oleh pihak Barat untuk melemahkan umat Islam.

Dalam menepis cabaran ummah hari ini, apakah daya kita untuk menyelamatkan ummah agar tidak terus hanyut ke dalam kancah maksiat yang diimport dari Barat. Lebih memburukkan keadaan apabila nasihat dan peringatan yang disampaikan melalui akhbar tidak sampai kepada mereka kerana mereka tidak membaca akhbar!

Nota kaki : Ishk...takut la pulak aku bila baca keratan akhbar ni... menjadi2 lak.. dh la aku ni pengguna Facebook... aku buka akaun pun sekadar nak mencari kawan sekolah..tidak lebih dari itu..huhuhu

4 comments:

  1. huk.. niat kita tu penting.. cam aku ni, mmg aku tak reti ler nak bersoSIAL kat dalam FB tu, semua application tuk give ke apa ker, semua pun aku reject.. aku berFB semata2 nak jumpa kawan2 lama, tu jer

    ReplyDelete
  2. @sWeEtDaRLinG,
    hahaha...sebaik aku x der bg ko gift.. kalu tidak penat jer bagi, sbb ko reject kan?? hahahaa ko pun agak2 la tulih bersoSIAL tu..kahkahkah....

    yup... aku pun tuk mencari kawan sekolah... kalu tidak, x der la aku nak masuk..hehehe

    ReplyDelete
  3. memang cari kawan sekolah tujuan utama register FB... Cari kawan sekolah tu kira sosial jugak... tp sosial yg berpada lah... xyah nak buat maksiat yg mcm article tu kata... kan?
    .-= AdD´s last blog ..Rindu yg membuak buak..... =-.

    ReplyDelete
  4. @AdD,
    tu la pasal... yg derang salah guna tu asal..
    patutnya kita kembali kepada niat asal untuk ber Fb..
    mcm blog gak..kalu terpesong pun leh jadi lain gak.. tul x?? huhuhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...