Wednesday, February 24, 2010

Pejabat NSTP kena 'serbu'








PEMBACA Berita Harian beratur mendapatkan tiket Firefly di Balai Berita, semalam.

Pembaca BH mahu tebus tiket domestik, antarabangsa Firefly

KUALA LUMPUR: Pejabat New Straits Times Press Berhad (NSTP) di seluruh negara, semalam diserbu pembaca Berita Harian untuk menebus tiket penerbangan pergi balik Firefly domestik atau serantau yang ditawarkan dengan harga istimewa.

Di Balai Berita NSTP di sini, ada yang hadir seawal jam 6 pagi walaupun kaunter penebusan dibuka pada jam 10 pagi bagi memastikan tiket penerbangan itu menjadi hak milik mereka.

Pengurus Jenama (Berita Harian) Jabatan Pemasaran NSTP, Ahmad Firdaus, berkata sebanyak 300,000 tiket harga istimewa diperuntukkan selama lima belas minggu untuk pembaca setia Berita Harian.

"Bagi minggu ini, sebanyak 20,000 tiket ditawarkan yang mana pembaca layak menebus satu keping tiket harga istimewa dengan menyerahkan keratan kepala akhbar Berita Harian yang dikumpul bermula dari 16 Februari hingga semalam (kelmarin) dan dikepilkan bersama borang penyertaan," katanya.

Tiket diedarkan atas dasar `siapa cepat dia dapat' dan masih ada 28,000 tiket menanti untuk ditebus iaitu untuk minggu kedua bermula semalam hingga 28 Februari, minggu ke-3 (1 Mac-7 Mac), Minggu ke-4 (8 Mac-14 Mac), minggu ke-5 (15 Mac hingga 21 Mac), minggu ke-6 (22 Mac -28 Mac).

Bagi minggu ke-7 (29 Mac - 4 April), minggu ke-8 (5 April-11 April), minggu ke-9 (12 April-18 April), minggu ke-10 (19 April-25 April), minggu ke-10 (19 April-25 April), minggu ke-11 (26 April-2 Mei), minggu ke-12 (3 Mei-9 Mei), minggu ke-13 (10 Mei-16 Mei), minggu ke-14 (17 Mei-23 Mei) dan minggu ke-15 (24 Mei-30 Mei).

Sementara itu, pembaca Berita Harian, Nor Izzati Abu Hassan, 22, menyambut baik kempen sebegini yang disifatkan memberi keuntungan serta berbaloi untuk pembaca setia akhbar ini.

"Hari ini, saya menebus 13 tiket penerbangan dan merancang untuk pergi bercuti ke Koh Samui bersama keluarga pada hujung tahun ini," katanya.

Seorang lagi pembaca, Chan Yuat Ngoh, 62, dari Petaling Jaya menunggu kaunter penebusan dibuka sejak 6 pagi.

Beliau yang membeli akhbar Berita Harian hanya untuk kempen tebusan ini berkata kempen sebegini amat berbaloi kerana tiket ditawarkan dengan harga murah.

"Saya tertarik dengan kempen ini malah ini adalah pertama kali menyertai sebarang program penebusan yang dianjurkan oleh Berita Harian serta berasa bersemangat mencuba perkhidmatan penerbangan Firefly ini," katanya.

Nota kaki : mak aih..ramai giler ko... bila la aku nak g tebus nie?? kumpul bulan 3 @ 4 la...pas tu jom pepakat kita g MEDAN nak?? hehehe Sapa nak ikut?? meh kumpul sekali..

12 comments:

  1. Kak Sumi,
    Medan ada apa ada danau toba yang cantik tuh jer la. shopping2 ni kurang ar
    tapi selamat la kalu jenjalan kat sana.
    .-= daydeck86´s last blog ..Puaka Niyang Rapik Bersama Fizz Fairuz =-.

    ReplyDelete
  2. Alamak, tak tahu ada offer ni. Sy beli the star ngn metro aje. sbb berita harian xbest. huhu.
    .-= Khairi´s last blog ..Tips beli DVD haram tapi gambar 'OK'. =-.

    ReplyDelete
  3. Tak tau gak ade promotion ni....mmg ketinggalan ketapi..hehehe...

    Ramai nye org......adehh....beli aje la kan.... :)

    http://tallandround.blogspot.com/
    http://tallandroundshop.blogspot.com/
    .-= Aishah Noordin´s last blog ..HMS Appreciation Dinner =-.

    ReplyDelete
  4. @daydeck86,
    Adik ku manis...ehh..silap..tu tuk AUS jer leh pakai..hahah..
    Day deck ko yg comel.. MEDAN tu kak sumi nak g, sbb kawna kak sumi duk sana.. dh alang2 g baik la g jumpa dia.. at least penginapan dh ada..(save cikit) muahahah...

    10 tahun berutus surat sahaja, x pernah bersua muka... huhuhu

    ReplyDelete
  5. Sokonglah kami (BH)..hihihi
    .-= SHARHANAH´s last blog ..GIVEAWAY BABY CUTES COLLECTION =-.

    ReplyDelete
  6. @Khairi,
    la...asal x beli Berita Harian....
    sangat murah tau tiket nya..
    baik g beli..tawaran samapi ujung bulan 5 nie,,

    ReplyDelete
  7. @Aishah Noordin,
    la...dh kuar dlm paper BH la..
    meh..meh.. kita pakat cuti sesama..muahaha......

    ReplyDelete
  8. @SHARHANAH,
    yer...saya peminat setia BH..
    kau ada peraduan bab2 kumpul dn tebus nie..
    mmg saya berminat..hehehe

    ReplyDelete
  9. @sumijelly,
    owh begitu ceghiter nyer
    ate ape pasei tak bagi tau awei awei
    kapan kesono buk.....
    kalau kat medan belah town kak sumi akan dengar lagu siti nurhaliza jer (zapin)
    eheehehehehe
    .-= daydeck86´s last blog ..Puaka Niyang Rapik Bersama Fizz Fairuz =-.

    ReplyDelete
  10. @daydeck86,
    hehehe...tu la..nak sgt g...
    tgh murah tu...
    tp itu tiket memang murah.. TAX Aiport baper wei?? mahal kah?? huhuhu

    ReplyDelete
  11. haii.....bole tlong sy bg jadual pergi mana ke mana nak pergi domestik....ermm

    ReplyDelete
  12. @Nrul,
    Adess..jadual tu ada dlm paper la..
    sumi lupa nak snap..
    emm..nanti sumi cari la.. kalu dpt jumpa dalam paper ...hehehehe

    wah...dh merancang nak kemana tu??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...