Sunday, February 28, 2010

Penipuan utama dalam internet

Banyak terdapat unsur dan kejadian penipuan dalam Internet. Seperti mana di dunia nyata ini, dunia siber dalam internet juga mempunyai penjahat-penjahat yang bersedia menipu sesiapa sahaja. Malah penipuan dalam internet nampaknya lebih licik lagi. Di sini disenaraikan beberapa teknik penipuan yang sedang berleluasa dalam internet. Saya kira, sebagai pengguna internet yang aktif, kemungkinan ada antara kita yang menjumpai e-mel atau jemputan seumpama ini.

Penipuan Barang Antik

- Anda diberitahu bahawa anda telah memenangi lelongan terhadap gitar lama kepunyaan Rolling Stones (khusus kepada peminat kumpulan ini). Apabila and menghantat cek, tetapi gitar entah ke mana. Walaupun gitar mungkin sampai, tetapi yang dihantar adalah gitar rosak!

Capaian Internet

- Penyedia perkhidmatan internet semalam sahaja. Ia menawarkan lebar jalur yang amat perlahan atau tiada sambungan langsung. Anda bayar yuran pendaftaran, tetapi tiada akaun yang dihantar. Kalau hantarpun, akaun tidak sah. Sudah ramai pengguna yang tertipu dengan cara ini.

Penipuan Jualan Komputer

- Banyak kategori di sini. Namun yang paling popular ialah penawaran peralatan komputer canggih seperti PC multimedia, alat pengimbas dan sebagainya secara percuma. Akhirnya andapun tidak memperolehi apa-apa.

Lain-lain Penipuan Jualan

- Laman web e-dagang yang menawarkan pelbagai penjimatan pembelian dari set televisyen, pemain cakera padat hingga kepada rekod-rekod lama, tetapi tidak pernah ada penghantaran.

Pembangunan Laman Web

- Anda baru memutuskan untuk memulakan laman web di Internet. Atau anda sudah mempunyai laman web, tetapi tidak berapa menarik, mungkin anda lakukan sebegini sebagai permulaan. Berhati-hati dengan pihak-pihak yang ingin 'membantu' anda membaiki atau mendirikan laman web yang menarik kepada anda. Jangan terkejut jika ianya diberikan secara percuma. Jangan percaya!

Laman Lucah

- Mungkin anda secara tidak sengaja meluncuri laman-laman yang digolongkan sebagai laman web untuk orang dewasa, berunsur lucah atau menyediakan bahan-bahan yang memualkan. Jangan anda terkejut bila mana kemungkinan bil telefon anda dibilkan tanpa pengetahuan anda untuk panggilan jauh yang tidak dibuat.

Skim Cepat Kaya

- Aha… paling menarik untuk golongan yang ingin cepat kaya tanpa usaha lebih. Bukan setakat dalam dunia nyata sahaja, kemajuan teknologi juga boleh digunakan dalam menjalankan aktiviti ini dalam dunia siber. Pelbagai skim dari berbentuk piramid, mencari ahli, rujukan e-mel malah sampai kepada pujukan memasukkan sejumlah wang dalam akaun tertentu. Siap dengan nombor akaun bank sekali. Jangan percaya. Sekali terkena, menyesal tidak sudah. Dalam internet, lagi sukar untuk dikesan.

Bekerja Di Rumah

- Banyak tawaran menambah pendapatan dengan melaksanakan kerja di rumah. Nampak mudah dan menarik. Memang anda lakukan kerja tersebut dengan siap, tetapi bayaran hanyalah dalam bentuk e-mel atau cek siber. Tidak laku di mana-mana pun.

Pelancongan Dan Percutian

- Anda dikatakan akan memenangi atau telah memenangi pakej percutian menarik. Selalunya di tempat-tempat yang menjadi idaman anda, sepert kawasan pulau peranginan eksklusif. Anda dibayangkan dengan fantasi menyeronokkan. Akhirnya anda membayar melalui kad kredit sebagai yuran pendaftaran, tetapi itulah sahaja yang anda dapat. Angan-angan fantasi umpama mimpi.

E-mel Rujukan

- Skim ini berbentuk rantaian rujukan e-mel. Dikatakan apabila anda panjangkan kandungan yang mengandungi laman web tertentu, anda akan diberikan wang setiap kali rakan-rakan anda pergi ke laman tersebut. Siap dengan kenyataan orang-orang yang telah memperoleh wang dengan cara ini. Suka dinasihatkan, jangan hiraukan e-mel sebegini. Anda akan berakhir dengan sia-sia. Pihak yang untung ialah tuan empunya laman tersebut kerana semakin ramai orang akan melawat ke situ, dan mereka akan mengatakan kepada pengiklan bahawa laman web mereka dikunjungi berjuta orang dalam seminggu. Apa yang anda dapat? Iklan percuma kepada laman tersebut.

Nota kaki : Maka berhati2 la dgn dunia INTERNET...ada yang benar ada yang palsu... sebelum melakukan apa2..sila rujuk pada org yang lebih arif dan mahir...

Cara-cara sembunyikan password anda!

Step 1: No one can see your passwords or whatever you're typing



Step 2: No one can see whatever you're typing or which website you're surfing




And the Ultimate is...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





No one knows who you are......


[]

Nota kaki : Sekadar suka-suka di hari ahad...hehehehe. Selamat berhujung minggu yek!

Saturday, February 27, 2010

Tips menjaga kesuburan

Wanita berada dalam masa kesuburan terbaik di usia 23 hingga 25 tahun.Setelah usia 35 tahun,wanita akan mengalami penurunan tingkat kesuburan.Tidak salah dan tidak terlalu lambat mula memerhatikan kesuburan sekali pun jika anda tidak memiliki rancangan memiliki anak 10 tahun kemudian,berikut tip bagaimana memelihara dan menjaga kesuburan... ...

Menangani Stress

- Stress akan membuatkan adrenalin anda terkawal,ini akan menghalang progesterone melakukan pekerjaannya menunda ovulasi atau lebih buruk,menghentikan sirkulasi secara menyeluruh.

Kafein

- Penelitian menunjukkan wanita yang minum lebih dari empat cawan kopi atau enam cawan teh per hari memiliki risiko tiga kali lebih lama mengurangkan kehamilan berbanding mereka yang tidak meminumnya.Keadaan ini disebabkan kafein boleh memperlambat penyerapan nutrisi yang diperlukan dan menghasilkan adrenalin yang dapat mempengaruhi sirkulasi menstruasi dan ovulasi.

Gunakan kondom sebagai alat cegah hamil

- Pil dan Intra Devices(IUD) dapat membentuk ketidakseimbangan mineral dalam tubuh yang dapat mempengaruhi kesuburan.Kondom adalah alat kontrasepsi bebas kimia dan melindungi dari STD sebagai penyebab lain menurunnya kesuburan.

Lakukan Rawatan Berkala

- Mengesan gejala-gejala STD seperti Chlamydia,penyebab utama ketidaksuburan dengan smear secara berkala.Dapatkan rawatan daripada pakar sakit puan sekali gus untuk mengungkap masalah lain saperti Pelvic Inflammatory Disease atau Polycystics Ovaries.

Berhenti Merokok

- Penelitian menunjukkan perokok memiliki risiko tiga kali keguguran berbanding bukan perokok dan mereka sukar mengalami kehamilan melalui bantuan teknik reproduktif. Anak-anak yang dilahirkan pula memiliki kemungkinan menopaus awal.

Perhatikan berat badan.

- Obesiti sebenarnya boleh memberikan tekanan pada ovari dan tiub falopio yang membuatkan sukar melahirkan.Obesiti juga dapat mengubah keseimbangan hormon dalam tubuh...

Nota kaki : Jadi jagalah kesihatan wahai kaum Wanita sebelum usia meningkat...hehehee

Print kaki di Nuffnang

Apa punya ayat la... print kaki di Nuffnang...hahahaha



Kepada sumer Nuffnangers di luar sana!.......

Pejabar Nuffnang ada DINDING kosong! Derang nak mintak gambar untuk di tempek di dinding mereka yang di panggil Nuffnang Footprints Wall. hahahahaha

Nuffnang Footprints



Tgk la dua gadis jelita itu..

sedang menanti gambar dari korang yek...apa kata g la bagi gmbr korang sama ada bersama Nuffnang atau sesiapa untuk di abadikan di dinding mereka...

Mereka nak menatap gambar ahli2 Nuffnang setiap hari, setiap masa hingga termimipi2 tu... (dah tampal kat dinding opis mereka..mestila kene pandang kan? hahaha)

So teringin ker nak hantar...

Hantar jer kat Nuffnang KL office, dengan alamat yg tertera di bawah:

The Nuffnang Footprints Guardian
Nuffnang Sdn Bhd
12B-5 & 12B-6, Heritage House,
33 Jalan Yap Ah Shak,
50300 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Atau pun dengan usaha yang lebih cun...korang dtg jer kat Pejabat derang hantar sendiri la...... lagi best..

Boleh gak korang tgk opis derang kan?? Leh berkenalan dgn staff yg ramah tamah tu kan?? hehehe

Emel tidak akan di layan yek..sbb sapa lak nak print gmbr korang tu? so..bagi la gmbr yg telah siap di cuci @ di print untuk di tampal kat dinding mereka...

Apa lagi.. cepat... sementara stok masih ada.....eh silap..sementara tempat masih ada....




Update: We got our first contribution from Nuffnanger Christy today! Check this out:

I heart Nuffnang




More Info refer to : Nuffnang Blog

Musibah matinya hati




KEHADIRAN bulan Safar al-Khair mengimbau kembali kisah kegeringan Rasulullah SAW sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 12 Rabiulawal. Jika Rasulullah SAW itu adalah kekasih dan keutamaan kita, maka sudah tentu saat-saat yang memilukan itu menarik perhatian dan perasaan kita.

Sesungguhnya kewafatan Rasulullah SAW adalah musibah terbesar bagi umat Islam sehingga terdapat ulama yang menulis buku khusus mengenai musibah kewafatan Rasulullah. Setelah kewafatan Baginda, ada yang masih lemah imannya menjadi murtad, tidak mahu menunaikan zakat dan berpecah belah. Sesungguhnya inilah musibah terbesar yang pernah menimpa sahabat-sahabat Baginda. Hanya kekentalan iman menjadi penyelamat ketika itu.

Hari ini, umat Islam ditimpa musibah yang tidak kurang besarnya iaitu matinya hati. Pelbagai peringatan yang diberikan tetapi bak mencurah air di daun keladi. Inilah penyakit hati yang dikhuatiri oleh Rasulullah akan berlaku ke atas umatnya. Inilah kematian yang paling sukar untuk dipastikan kerana tidak ditandai dengan kain kapan putih ataupun batu nisan.

Apa pun, selaku insan yang sentiasa menginsafi diri, kita masih boleh menghisab diri, apakah musibah ini telah mengenai diri kita atau kita termasuk di kalangan mereka yang terselamat. Terdapat tiga tanda yang digariskan oleh ulama iaitu, tidak merasa sedih apabila tidak berkesempatan melakukan amal ketaatan, tidak menyesal apabila terlanjur melakukan dosa dan suka bersahabat dengan orang-orang yang lalai dan telah mati hatinya. Inilah alamat ringkas yang diletakkan oleh Syeikh Ibnu ‘Atoillah dalam kalam hikmahnya.

Maka dapat difahami bahawa keriangan dan kegembiraan seseorang kerana ketaatan yang dilakukannya dan kesedihan seseorang disebabkan maksiat yang dilakukannya merupakan tanda hidupnya hati seseorang. Rasulullah SAW telah bersabda:
“Sesiapa yang digembirakan oleh kebaikannya dan disedihkan oleh kejahatannya, maka dia adalah orang mukmin.” (riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan al-Hakim)

Namun, ini bukanlah kegembiraan yang bercampur dengan perasaan ‘ujub. Orang yang bersifat ‘ujub hanya memandang kepada daya dan kekuatannya dan lupa tentang anugerah Allah dalam mengurniakan taufik dan hidayah kepadanya. Hendaklah kita menjauhi sifat ‘ujub kerana ia boleh menghapuskan pahala amal-amal yang dilakukan. Begitu juga perasaan riak.

Amal kebaikan merupakan tanda keredaan Allah dan keredaan-Nya membawa kepada kegembiraan. Manakala amal kejahatan merupakan tanda kemurkaan Allah dan kemurkaan-Nya membawa kepada kesedihan. Sesiapa yang diredai oleh Allah, maka Allah mengizinkannya untuk melakukan amal soleh. Sesiapa yang dimurkai oleh Allah, maka Allah meninggalkannya dan membiarkannya berada dalam kelalaian dan kehinaan.

Abdullah ibn Mas’ud RA berkata:
“Orang mukmin melihat dosa-dosanya seolah-olah dia sedang berada di kaki gunung; dia takut kalau gunung itu akan menghempapnya. Manakala ahli maksiat melihat dosanya hanya seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya maka mudah untuk menghalaunya.”

Namun demikian, tidak sepatutnya pula seseorang hamba yang apabila telah melakukan dosa, dikalahkan oleh kesalahan yang dilakukannya. Dikalahkan dalam bentuk bersikap pesimis, tidak lagi mengharap keampunan Tuhannya dan berprasangka buruk terhadap Tuhannya. Bagi orang yang benar-benar beriman dan hidup hatinya, rasa khawf dan raja‘ (takut dan harap kepada Allah) mesti ada pada dirinya. Allah telah menyifatkan para nabi dan rasul-Nya serta pengikut mereka dari kalangan kaum mukminin yang solehin dengan kedua-dua sifat ini, sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Israa’ ayat 57.
“Orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan kepada Tuhannya, siapakah yang lebih dekat serta mereka mengharapkan rahmat-Nya dan gerun takut akan azab-Nya; sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah ditakuti.”

Syeikh Ibnu ‘Atoillah RA menyatakan dalam Hikamnya: “Janganlah kerana besarnya dosa di sisi kamu, menghalang kamu daripada berprasangka baik dengan Allah kerana orang yang telah kenal Tuhannya, nescaya akan menganggap dosanya kecil di sisi kemurahan Allah yang luas.”

Manakala sebab yang membawa kepada matinya hati ialah :

  1. Cintakan dunia

  2. Lalai daripada mengingati Allah

  3. Menggunakan anggota untuk melakukan maksiat.


Di antara perosak yang terbesar ialah kasih terhadap dunia, berkeinginan kepadanya, sangat tamak terhadapnya, berminat dengannya, kasihkan pangkat dan harta dunia dan tamak terhadap keduanya, kikir dan bakhil dengan harta dunia. Firman Allah dalam surah Hud ayat 15-16.
“Sesiapa yang berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya, maka Kami penuhi usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan daripadanya. Mereka tidak beroleh di akhirat kelak selain daripada neraka, dan gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batallah apa yang mereka telah kerjakan.”

Kecintaan kepada dunia adalah kepala segala kejahatan. Ia akan menghalang seseorang daripada melakukan kebaikan akibat hati yang telah digelapi oleh perkara-perkara keduniaan. Justeru, Syeikh Ibnu ‘Atoillah menyatakan
“Bagaimana hati dapat bercahaya, sedangkan gambaran-gambaran alam maya termeteri di cermin hati?”

Allah SWT menjadikan hati manusia itu seperti cermin yang memaparkan dan memantulkan imej setiap benda yang dihadapkan kepadanya. Cermin itu pula hanya mempunyai satu muka. Apabila Allah SWT hendak memberikan inayah-Nya kepada seseorang hamba, maka Dia menyibukkan fikiran hamba tersebut dengan cahaya-cahaya- Nya dan pelbagai kebaikan dan Dia tidak membelenggu atau menambat hati hamba tersebut dengan suatu perkara dari alam yang gelap dan khayalan yang meragukan. Maka terpaparlah di cermin hatinya cahaya-cahaya iman dan ihsan, dan terpancarlah padanya cahaya tauhid dan makrifah.

Begitulah sebaliknya, jika Allah mahu membiarkan seseorang hamba (mengeluarkannya daripada inayah-Nya) dengan keadilan dan kebijaksanaan- Nya, maka Dia akan menyibukkan pemikiran hamba tersebut dengan kegelapan dunia dan syahwat. Maka kegelapan dunia ini akan terpapar di cermin hatinya. Lalu hatinya akan terhijab daripada sinar makrifah dan cahaya keimanan.

Semakin banyak gambaran dunia bertindih-tindih di cermin hatinya, maka semakin pudar cahayanya dan semakin tebal hijabnya. Maka dia tidak akan dapat melihat melainkan apa yang zahir sahaja dan dia tidak dapat berfikir melainkan perkara lahiriah sahaja.

Ada di antara hijabnya sangat dahsyat hingga menutup seluruh hati dan seluruh cahaya terpadam hingga dia menafikan terus kewujudan cahaya dari asalnya. Semoga dilindungi oleh Allah.

Ada di antaranya pula, hanya sedikit karatnya dan nipis hijabnya, maka dia mengakui kewujudan cahaya tersebut tetapi tidak dapat melihatnya. Ini ialah makam (kedudukan) kaum Muslimin awam.

Dalam hadis Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya hati itu akan berkarat sepertimana karatnya besi, dan sesungguhnya iman itu akan lusuh seperti lusuhnya baju yang baru.”

Namun dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda:
“Setiap sesuatu itu ada penggilapnya dan penggilap hati ialah zikrullah.”

Sabda Rasulullah SAW juga:
“Sesungguhnya seseorang hamba itu apabila melakukan kesalahan, digores di dalam hatinya dengan bintik hitam. Sekiranya dia menanggalkannya dan memohon keampunan, maka ia akan berkilau. Sekiranya dia kembali melakukan kesalahan, ditambah pada hatinya bintik hitam tersebut sehingga menyelubungi hatinya.”

Maka itulah selaput kegelapan yang telah difirmankan oleh Allah dalam surah al-Mutoffifin ayat 14.
“Sekali-kali tidak! Bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab apa yang mereka kerjakan.”

Cahaya iman dan ihsan

Ketahui bahawa hati itu hanya mempunyai satu wajah, apabila kamu hadapkan cahaya kepadanya maka ia akan bersinar, dan apabila kamu hadapkan kegelapan kepadanya maka ia akan menggelap, kegelapan dan cahaya itu tidak pernah bersatu, maka fahamilah pula kata-kata Syeikh Ibnu ‘Atoillah yang menyebut:
“Bagaimanakah hati itu boleh bersinar dengan cahaya iman dan ihsan, sedangkan gambaran alam dan dunia yang gelap terpapar di cermin hati?”

Sesungguhnya dua perkara yang berlawanan tidak mungkin akan bersatu sebagaimana firman Allah SWT pada surah al Ahzaab ayat 4.
“Allah tidak menjadikan seorang lelaki mempunyai dua hati dalam rongga dadanya…”

Sedarlah wahai insan! Kamu tidak memiliki dua hati tetapi hanya satu. Apabila kamu hadapkan hati kamu itu kepada makhluk dan dunia ini, maka ia akan membelakangkan Allah. Apabila kamu hadapkannya kepada Allah, maka ia akan membelakangkan makhluk dan kamu akan mampu berjalan kepada Allah. Selama kamu tertambat dengan syahwat dan keduniaan kamu di dalam alam ini, maka kamu tidak akan mungkin dapat berjalan kepada Tuhan kamu, tidak juga kepada apa yang diisyaratkan oleh Syeikh Ibnu ‘Atoillah al Sakandari RA.

Selama hati masih tertawan atau terpenjara di dalam penjara kecenderungan atau keinginan kepada sesuatu yang akan binasa, dia masih terikat dengannya. Orang yang mempunyai hati sedemikian, tidak akan dapat berjalan menuju kepada keredaan Allah. Bahkan, tidak akan terpancar ke atasnya cahaya makrifat. Keterikatan hatinya dengan syahwat merupakan penghalang yang akan menegah dan menghalangnya daripada menuju kepada Allah disebabkan kesibukan dan keasyikannya dengan perkara-perkara yang memalingkannya daripada berjalan menuju kepada Allah.

Sekalipun tidak dinafikan dia mungkin dapat berjalan bersama nafsu syahwatnya, nafsunya akan melemahkan dan menghalangnya daripada dapat berjalan dengan cepat kerana kecenderungannya terhadap nafsu syahwatnya. Sekalipun dia mungkin dapat berjalan dengan cepat, dia tetap tidak akan aman daripada perkara-perkara yang akan menggelincirkannya kerana keseronokan dan kesenangannya dengan syahwat tersebut.

Sebab itu, para pembesar Sufi meninggalkan kelazatannya, sehingga berkata sebahagian daripada mereka: “Sengatan tebuan atas badan yang luka itu lebih ringan daripada sengatan syahwat atas hati orang yang sedang bertawajjuh kepada Allah.” (Ibnu ‘Ajibah, Iqaz al-Himam, H: 44)

Justeru, wahai saudaraku! Putuskanlah dan lepaskanlah dirimu dari perkara yang menghalang perjalanan kamu. Berjalan dan berhijrahlah kamu kerana hijrah adalah merupakan sunnah Rasulullah SAW. Semenjak Nabi SAW berhijrah, Baginda SAW tidak pernah menikmati masa untuk berehat melainkan di dalam musafir untuk berjihad sehingga Allah membuka sebuah negara untuknya.

Begitu juga para sahabat, hanya segelintir sahaja daripada mereka yang tinggal tetap di negara mereka sehingga dengan tangan-tangan mereka Allah membuka negara-negara yang lain dan memberikan petunjuk kepada hamba-hamba Allah yang lain. Semoga Allah memanfaatkan kita dengan keberkatan mereka, Amin.

Hidupkanlah hati kita dengan meninggalkan terlebih dahulu perkara-perkara yang boleh menggelapkan dan mematikan hati. Selanjutnya sinarilah ia dengan cahaya-cahaya ketaatan dan keikhlasan. Sesungguhnya hati yang hidup akan sentiasa mendorong pemiliknya melakukan amal dan ketaatan dan meninggalkan dosa dan kejahatan dengan hati yang gembira tanpa rasa penat dan payah. Wallahu a’lam.

Friday, February 26, 2010

[CONTEST] Aku & Kancilbiru2

waa.........waa... aku kene masuk gak contest nie... sbb aku gatal2 duk bising ckp cepat tul tarikh tutup contest...

Perghh..x pepasal aku di PAKSA nyah! hahahahaha

Tugasan pertama :

1) Buat satu entry bagaimana dan sejauhmana korang mengenali Kancilbiru. Melalui event ke? blogwalking ke, tersepak tengah jalan ke..bantai ajo sebab wa momantai korang nak buat camna pun...

Siapa Kancil biru nie??
- Eleh....poyos jer kan letak Kancil Biru... letak la Kuda belang ker? Gajah Berbisa ker?? hahahaha
- Nama penuh dia Norhasniza Sabaruddin
- Seorang isteri dn pekerja kat UiTM yek...
- Ada blog yg bernama Ini Belog Saya ---> korang jgn tertipu dgn Hanis Zulaika.. mereka bkn adik beradik yek..hahaha
- Kecil kenit dn comel ko...hahahaha

Berbuka



Korang pernah tgk gmbr ini?? ha....ni gmbr kami berbuka puasa bersama Nuffnang kat The Apartment tau..

Nizaa, adakah ko lupa saat kita mentedarah hari tu?? hahahaha

Aku tertipu masa ini..aku hingat dia lom kawen..ghupanya dh kawen ko... Mak tertipu.....waaa..........

Dia amat aktif bersama Nuffnang sejak 07.08.2008 hahaha... sbb selalu nampak dok update pasal nuffnang... betul.. x caya meh baca

Tapi dia juga ada menurunkan beberapa tips mengenai

Ishk..banyak la..kang aku list kang..dh serupa lak Blog Kancil Biru lak.. dh bukan Blog Sumijelly lak..muahahahah

Ke...kembali kepada Tugasan ke dua :

2) Berapakah jumlah post yang ada dalam blog Kancilbiru ini setakat hari ini, sebelum entri contest ini dibuat.

Jumlah nya : 341 post (main teka jer.. x tau pun..)

Tarih tutup penyertaan adalah : 11.03.2010 (keputusan akan di umumkan selepas seminggu)

Hadiah nya ialah :




Sapa nak turut serta meh..meh.. dtg Blog Kancil Biru nie dn memeriahkan lagi.. leh berebut hadiah tu ngan aku...

Bukan susah pun nak masuk.. wat mcm aku.. pas tu ko cr jer jawapan dlm Blog dia gak.., klau x jumpa memang saja la kan...

So..good luck untuk diri ku...muahahaha

Salam Maulidur Rasul 1431H


Salam Maulidur Rasul 1431H kepada sumer pembaca dan kengkawan sumijelly.com



Selamat berhujung minggu yek.... hari ni hari jumaat...seok sabtu kendian ahad..

senin kerja la balik yek..hehehehe,..........

Definasi Mulidur Rasul

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

sumber dari : Wikipedia Malaysia

Thursday, February 25, 2010

Panggilan Khas untuk Bean Moreno

Ku seru nama mu wahai Bean Moreno....... mari ke mari dikau membaca.... huhu

Wah...aku tetiba jer ada wat entry tuk Bean Moreno..

Sapa Bean nie? Tu hari Aus.. skrg Bean la pulak...hehehe

Bean nie la yg tolong aku g redeem tiket wayang hari tu..kalu tidak x dpt aku g tgk tau..hehehehe

Sedang aku duk baca blog dia.. aku pasan ada sesuatu yg mencacatkan blog dia la...

ewah..ewah..pepandai jer kau cakap cacat... mesti Bean marah aku..miahahaha...... eh..tergelak lak cara Mel lagi..marah Mel kat aku..hehehe

img



Aku pasan TAJUK ENTRY nya terlindung sikit la.

aku punya pandangn jer yg mcm tu ker @ sebenarnya mcm biasa jer??

tp..kalu entry yg ini........

img



x der la pulak ketara?? kenapa yek Bean??

Nampak sgt la entry tu mcm pilih kasih jer.. kat Nuffnang tetiba jer chantik ...hahahaha

adakah salah PC aku yg selalu bengong nie?? huhuu...

sila perjelaskan sebelum serangan bertubi2 berlaku...muahahaha...

Nota kaki : ini adalah dr pandangan kaca mata aku yg kian rabun..kalu korang x der nampak apa2 masa melawat blog dia..sila abaikan pandangan aku...muahahaha

Setahun sudah anak ku!

img



Hari ni 25.02.2010 genap la usia Zulfadhli SETAHUN!

Yer..sudah setahun rupanya... cepat sungguh masa berlalu.. sudah membesar si kecik ini yek..

img



Gamba rini ketikaberusia 9 hari.. masa ni aku dh pulan g ke rumah.. my IR yang mandi kan dia.. aku tukang jirus jer..hehehe

Ingat lagi aku ketika ia di lahirkan.. kecil jer... comel jer. dan masih kemerah-merahan lagi..

Oh ya..anak aku di lahirkan secara pemedahan, sbb di asongsang dalam kandungan.. kiranya 25.02.2009 tu, aku dtg ke Hospital Kajang menyerah diri la..hehehe

img



Gambar ni pula ketika berusia 2 bulan 14 hari..

Masa nie dia dh celik dn mula lasak... comel jer bila di bedung..tp sekejap jer..pas tu meronta2 nak bebaskan tangan..hehehe

sebaik aku menyambung cuti lagi 30 hari kerana nak bersama lebih lama ngan Zulfadhli..hehehe

img



Gambar ni ketika berusia 11 bulan...

tgk..tgk..cepatkan dia membesar.. x sangka betul..

geram aku nengok gelagat nya.. dan alhamdulilah..sehingga sekarang.. masih lagi menyusu badan.. aku harap dapat teruskan penyusuan untuk anak aku nie..

img



Semoga anak aku akan membesar...membesar dan memebsesar serta menjadi anak yang dapat membantu ibu dan ayahnya ketika dewasa kelak.

Semoga menjadi anak yang berguna dan di sayangi oleh semua org...

Ibu sentiasa mendoakan yan gterbaik untuk anak2 ibu... semoga ceria dan sihat selalu serta di panjang kan usia wahai anak aku..

img




Selamat Hari Jadi Zulfadhli yang Pertama!



p/s : Oh ya..hari ni aku bercuti, sbb bawa Zulfadhli Check Up SETAHUN. Hadiah di hari jadi adalah SUNTIKAN SETAHUN...hehehehe

Keindahan Putrajaya di waktu petang

Yer..ini kisah masa CNY yg lepas...

punya la lupa nak citer... maklum la.. terlupa nak transfer gmbr hehehe... dh lapuk la cite rnie...

Aku x kira..nak gak citer...kan cuti pepanjang ms CNY..aku ajak la keluarga aku duk melepak kat umah aku

img



Bawa g jenjalan ke Putrajaya..

saja jer..sbb masa tu mak aku bawa sekali anak buah aku tu..

Anak2 abang aku yg duk kat Cheras tu...

img



Sebaik masa g sana cuaca redup jer..

x panas..dn x hujan... best jer..

tp yg x bestnya..di kelilingi rombongan org luar..aku rasa cam nepal @ bangla la..

berduyun trn dr bass...huhuhuh...dh mcm aku lak duk negara org..

img



konon ya adik aku nak buat gmbr ala2 dia tgh mengangkat kubah Pejabat PM

tau dek PM mtik ko Nopa..sesuker hati jer ko nak angkat kan?

jadi ker?? tu aku yg snap tu... muahahaha

img



Di sebabkan naik kete waja..mana nak muat sumer kan..

maka aku anak beranak jer la.. my IR duk umah la..duk g siram rumput mutiara dia la...

payah tul si Iskandar nie nak bergmbr.. leh lak dia lari ko...

img



yer..sebelum pulang bergmbr sekali ngan parents aku..

mak aku yg sibuk nak ronda2 g Putrajaya..

dr Putrajaya, g ke Alamanda pas tu g Balakong, pas tu balik ke Bangi..hahaha

ambik ko.. punya la jauh berjalan..hahahaha

Wednesday, February 24, 2010

[Contest ]Terjah Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka

Tuan punya blog Eyriqazz telah menganjurkan Contest Ketiga yang diberi nama :

Maka kene lak aku menyokong rakan sebloggerkan.. untuk memeriahkan lagi acara contest nie... walaupun au terlambat..harap Eyriqq leh menerima peraduan aku nie..

perghhhh...bulan nie jer acara masuk2 contest aku yek..hahahaha.... leh la dpt hadiah bulan depan lak..kehkehkeh

Masuk jer blog dia...korang leh nampak HEADER blog dia yg telah bertukar... dulu wajah lain.. kali nie nampak mcm KOPRAT la pulak..hahahaha

Blog dia pun kemas jugak... putih suci seperti anak perempuan dia Alisya... (bila nak berbesan nie?? muahahaha)

Kalu rasa nak kenal lebih dgn Eyriqq... sila belek kiri blog nya.. ada bahagian ABOUT ME.. korang baca la kat citu yek..hehehe

Eyriqq ni aku kenal lama dah..sbb dia rajin komen kat Blog aku.. aku pun memula pasan dia komen bila mula memberi komen PERTAMA di Entry Bayi AirAsia’ bersama ibu dapat terbang percuma sepanjang hayat.

img



26 October 2009 ko di akomen..heheheh... Masa tu aku hingat dia nie Cikgu...ghupa2 nya bukan...tipah teripu bang! hahaha

Selepas dr tu..memang aku x pernah ketinggalan masuk blog dia sbb dia banyak menang Nuffnang Contest okey, seperti :

dan yang TERBARU!

Wah....JELES x jeles... mesti la JELES,..sbb dpt tgk TV beasu...hikhikhik...

img



Aku pernah jumpa dia setelah berkali2 x dpt jumpa dia.. masa kat Family Day with Friso, aku just sempat berborak ngan Azwa (isterinya) sahaja..

KUTUKAN:

Ada ker agak2 nak mengutuk pasal blog dia.. tp aku memang nak kutuk habis2 la..sbb dia nie selalu dpt BUFFERED, HADIAH dn RAMAI pemgomen hingga VISITOR dia mecanak2 naik ko...

Aku kene la berusaha mcm dia untuk menaikan TRAFFIK aku nie.. hehehe

PUJIAN :

Aku memang puji dia...sebb dia x kedekut ILMU dn sanggup berkognsi TIPS2 yang amat berguna. Sambil2 tu dia rajin wat Blogwalking dn sudi mengomen setiap entry dengan penuh sopan dan bertatasusila..hahaha

Aku nak TAG 3 org :

Aku TAG je.. x buat pun x per.. sbb syarat2 dia suh mcm tu..muahahahha

Tarikh tutup penyertaan ialah 28.02.2010 dengan di hidangkan hadiah2 menarik seperti :

* Hadiah 1 - Wang tunai RMXX + Voucher KFC/Pizza Hut bernilai RM10 + Blog anda akan diterjah Eyriqazz

* Hadiah 2 - Wang tunai RMXY + Voucher KFC/Pizza Hut bernilai RM10 + blog anda akan diterjah Eyriqazz

* Hadiah 3 - Wang tunai RMXZ + blog anda akan diterjah Eyriqazz

* Hadiah Saguhati - Blog anda akan diterjah Eyriqazz (3 hadiah saguhati ataupun lebih bergantung kepada penyertaan, 3 tersebut adalah untuk entry/penyertaan 1@7 (kalau menang hadiah utama,tak dptla hadiah saguhati), cabutan undi melalui http://random.org , dan pilihan penyertaan ke-x daripada Isteri)

Jadi pada sesiapa nak masuk Contest Eyriqq..meh..meh g TERJAH balik kat Blog Eyriqq dia.. mana tahu korang leh dpt hadiah tu..hehehe

Semoga aku berjaya! hehehe

Pejabat NSTP kena 'serbu'








PEMBACA Berita Harian beratur mendapatkan tiket Firefly di Balai Berita, semalam.

Pembaca BH mahu tebus tiket domestik, antarabangsa Firefly

KUALA LUMPUR: Pejabat New Straits Times Press Berhad (NSTP) di seluruh negara, semalam diserbu pembaca Berita Harian untuk menebus tiket penerbangan pergi balik Firefly domestik atau serantau yang ditawarkan dengan harga istimewa.

Di Balai Berita NSTP di sini, ada yang hadir seawal jam 6 pagi walaupun kaunter penebusan dibuka pada jam 10 pagi bagi memastikan tiket penerbangan itu menjadi hak milik mereka.

Pengurus Jenama (Berita Harian) Jabatan Pemasaran NSTP, Ahmad Firdaus, berkata sebanyak 300,000 tiket harga istimewa diperuntukkan selama lima belas minggu untuk pembaca setia Berita Harian.

"Bagi minggu ini, sebanyak 20,000 tiket ditawarkan yang mana pembaca layak menebus satu keping tiket harga istimewa dengan menyerahkan keratan kepala akhbar Berita Harian yang dikumpul bermula dari 16 Februari hingga semalam (kelmarin) dan dikepilkan bersama borang penyertaan," katanya.

Tiket diedarkan atas dasar `siapa cepat dia dapat' dan masih ada 28,000 tiket menanti untuk ditebus iaitu untuk minggu kedua bermula semalam hingga 28 Februari, minggu ke-3 (1 Mac-7 Mac), Minggu ke-4 (8 Mac-14 Mac), minggu ke-5 (15 Mac hingga 21 Mac), minggu ke-6 (22 Mac -28 Mac).

Bagi minggu ke-7 (29 Mac - 4 April), minggu ke-8 (5 April-11 April), minggu ke-9 (12 April-18 April), minggu ke-10 (19 April-25 April), minggu ke-10 (19 April-25 April), minggu ke-11 (26 April-2 Mei), minggu ke-12 (3 Mei-9 Mei), minggu ke-13 (10 Mei-16 Mei), minggu ke-14 (17 Mei-23 Mei) dan minggu ke-15 (24 Mei-30 Mei).

Sementara itu, pembaca Berita Harian, Nor Izzati Abu Hassan, 22, menyambut baik kempen sebegini yang disifatkan memberi keuntungan serta berbaloi untuk pembaca setia akhbar ini.

"Hari ini, saya menebus 13 tiket penerbangan dan merancang untuk pergi bercuti ke Koh Samui bersama keluarga pada hujung tahun ini," katanya.

Seorang lagi pembaca, Chan Yuat Ngoh, 62, dari Petaling Jaya menunggu kaunter penebusan dibuka sejak 6 pagi.

Beliau yang membeli akhbar Berita Harian hanya untuk kempen tebusan ini berkata kempen sebegini amat berbaloi kerana tiket ditawarkan dengan harga murah.

"Saya tertarik dengan kempen ini malah ini adalah pertama kali menyertai sebarang program penebusan yang dianjurkan oleh Berita Harian serta berasa bersemangat mencuba perkhidmatan penerbangan Firefly ini," katanya.

Nota kaki : mak aih..ramai giler ko... bila la aku nak g tebus nie?? kumpul bulan 3 @ 4 la...pas tu jom pepakat kita g MEDAN nak?? hehehe Sapa nak ikut?? meh kumpul sekali..

Bertambah lagi anak ku

er..pada hari ahad yang lepas..aku baru jer menerima anak lelaki yg baru..

seronok sungguh bila dpt dapat anak yg baru lahir...

opsssssss.......... tp bukan aku la yg melahirkan tp aku punya biras (abg ipar aku punya isteri daaa.......) hehehe

suspen jer kan... hehehehe

img



Anak ini dilahirkan pada 21.02.2010 pada pukul 4.00pg di Hospital Pusrawi, Jln Tun Razak.

Secara normal dgn berat kelahiran 3.3 kg..

img



Skrg anak2 zaman moden..

lahir2 jer dh celik mata kan??

tgk la..masa aku dtg..luas ko mata dia..melilau sana melilau sini..hehehee

img



Suka Danial bila aku suh posing..

" apa nama baby tu ibu?"

"namanya ADAM"

"oh...ADAM"

pas tu sekali lagi bila tnya senang jer menjawab..bermakna Danial dh mula pandai mengingati setiap perbualan..hehehehe

img



Iskandar lak..kalu suh ambik gmbr ikut mood dia..

kalu dia nak ambik..berdiri la kat sebelah..

kalu tidak kang.. duk la jejauh..

img



ewah...sangat ringan ko bila mendukung nya..

sbb dh lama dh x dukung bayi sekecil tu..

last sekali pada 25.02.2009...hahaha... tu masa Zulfadhli lahir...

kiranya dia awal 4 hari ngan anak aku la lahirnya..

oh ya..baju tu baru aku beli, korang x pasan ker??... chantik x?? hahaha..saja jer nak tayang kat korang... hahahaha

img



tu dia.. bila dh suh anak yg ambik kan..

kepala ayahnya kene cantas..hahahaha...

Zulfadhli x der perasaan sungguh bila aku tayang bayi tu kat dia..

mungkin belum memahami kot..hahaha.. elok la.. bukan skrg pun aku nak mengandung kan..

lambat lagi la..hahahaha

img



Amboi..senyum lebar Zulhfadli tu..

lagi 1 hari genapla usia anak aku ni 1 tahun..

cepat sungguh dia membesar... rasa x percaya pulak..hikhikhik...

Tuesday, February 23, 2010

Terima kasih aDrini's

Aku rasalakan.. bulan Februray adalah bulan menerima hadiah jer aku nie...

Dari memula dpt Photo book, pas tu dapat lagi dari aDrini's.. ni pun kerana aku menang dalam MBP tempoh hari,...huhuhu

Kali ni aku dpt hadiah dari aDrini's pula...

img



Aku dpt surat dr POS LAJU suh ambik kat PP Kajang...

Hari sabtu..terus aku g ambik..sbb aku dpt teka dr siapa..hehehe

img



besar gak kotaknya... hehehe putih bersih sesuci aku kan?? hahaha

tgk lambang pun dh tahu..

img



dari Adrini's..

Kalu rasa nak g jenguk leh lawat blog shopping nya yek...

img



yer..dapat baju yek...

perghh...br jer lepas membeli 2 helai baju setelah my IR memberi duit untuk membeli..

kali nie dpt lagi baju..perghh..bertambah koleksi aku..hehehehe

img



Ni baju menyusu yek,... bukan sebranga baju..

baju yg amat sesuai di pakai oleh ibu2 yang menyusu seperti aku..

mcm tetahu jer my peberet kaler merah... cun seh...

Dan ini juga la pertama kali aku mendapat pakaian yg bercirikan untuk ibu2 yg menyusukan anak....

Thanks Adrini...

img



yer..sebelum menutup entry nie..

sibuk tul anak akuk nak enterprame sekali...

tu dia.. ambik la gmbr mereka berdua sebagai kenang2an... peace!

Memasang rumput mutiara

Yer...seperti yang ku janjjikan...

meh cini aku nak tunjuk cara2 nak letak rumput Mutiara ker Karpet ker atau apa2 rumput yg korang nak pasnag sendiri la..

Jimat tau pasang sendiri.. klau upah jer dh baper ratus..padahal memasang nya x samapi pun seminit..

tp kalu dh kali ngan beratus2 ruput..jadi la beratus2 minit yek..muahahaha

img



memula..kene la beli beberapa ratus rumptu yek..

kalu order, dernag htr penghantaran jer..dlaam RM100 (tu sbb beli kat sg buluh)

Kalu berdekatan biasanya RM30 la kan..standard la harga tu..

img



memula korang kene la terbalikkan rumput tu..

sbb nya plastik itam tu kat bawha rumput tu..klau korang main letak jer rumput tu x buang plastik..

x sampai 1 hari aku bagi jaminan.. rumput korang mati..hahahaha

img



buka dengan cermat yek..sebb rumput tu bertanah cikit..

jadi ..kalu buka seganas mcm Aus @ Bean.. confirm aku rasa pecah..

sbb dernag mana pernah bersawah masa kecik2 dulu..

x caya korang g tanya Aus ngan Bean.. tul x?? muahahaha

img



Bila korang dah ceraikan ia.. yer cerai tu korang pisahkan plastik ngan tanah tu yek..

bukan g bercerai berai.. tapi kalu menanam secari aku galakkan yek..

at least leh gak masak lemak macam Nizaa buat tu..

mesti sedap kan?? huhuhuhu

img.



korang hanya perlu tampal aja atas tanah yang telah berpasir..

oh ya lupa lak nak cakap..sebelum nak letak rumput karper tu..

kene la tabur pasir dulu serata2 nya...

biar la chantik nanti bila tabur rumput nie..

img



tgk...tgk..kejap jer kan??

dah siap....x samapi seminit jer... ok la... 5 minit la..

tp awas..kalu korang wat masa tghari terpacak..memang cepat pengsan la..

cian IR aku..dia wat time tu ko..sbb nak kejar malam..

kiranya kul 10 pg buat..tolak makan minum dn rehat sekali (dh kata kerja sendiri kan)

dalam kul 7 malam gak la ciap... hehehe.terror x??

padang


Jadi ingin kan perkhidmatan menanam rumput..


Call me! yeha... leh wat kerja sampingan nie..aku charge x mahal..


siap nasi ayam, air Fresh Orange, petang bagi lak Chiken chop + Pizza hut..


kerja sumer settle...........muahahahaha........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...