Friday, December 20, 2013

Purata mula akil baligh 12 tahun

Bila memiliki anak lelaki... dan semuanya lelaki... beginilah jadinya... akan mencari, membaca dan memahami setiap perkembangna anak lelaki..

Walaupun Danial baru berusia 9 tahun, tapi kene la bersedia dari segala sudutkan... sebab dia pasti akan melaluinya cuma tak tahu cepat atau lambat kan??

Ahad lepas terbaca artikel mengenai akil baligh kanak-kanak lelaki.... tertarik pula.. jadi saya copy paste aja dari Harian Metro untuk rujukan saya akan datang....hik3


Sempena cuti persekolahan, ramai ibu bapa bertanya mengenai proses berkhatan untuk anak-anak mereka. Namun, apa yang menarik minat saya ialah pertanyaan demi pertanyaan berkisarkan mengenai tempoh baligh kanak- kanak lelaki.

Malah, saya juga pasti ramai ibu bapa turut tidak jelas mengenai isu ini. Di sini, ingin saya terangkan bahawa kanak-kanak lelaki dan perempuan mula menunjukkan perubahan keseluruhan fizikal ke ke peringkat dewasa seawal usia lapan tahun untuk perempuan dan 10 tahun untuk lelaki.

Purata fenomena akil baligh bermula dari usia 12 tahun dan mula mantap pada umur 18 tahun. Fenomena ini lebih awal bagi kanak-kanak perempuan jika dibandingkan dengan lelaki. Perbezaannya dua hingga tiga tahun.

Kemunculan akil baligh bermula dengan tumbesaran badan yang serentak dengan tumbesaran anggota reproduktif yang mana untuk lelaki akan berlaku tumbesaran buah zakar, kerandut dan zakar.

Bagi remaja lelaki yang kerap melakukan onani, air mani mula menjadi dan keluar dengan banyak dan kepada mereka yang jarang atau tidak melakukan onani, akan mengalami mimpi basah.

Kemunculan pertama air mani itu dikenali sebagai ‘spermache’ dan ini antara petanda mutlak pencapaian akil baligh untuk kanak-kanak lelaki. Secara serentak terjadi perubahan akil baligh yang lain seperti kemunculan bulu roma di bahagian ketiak, tundun zakar, kerandut buah zakar, dada, betis, tangan, dagu dan atas bibir.

Bulu roma ini ada kaitan dengan baka dan bukan petanda mutlak akil baligh. Selain itu tumbesaran otot dan struktur badan mengikut bentuk badan lelaki dewasa dan ketinggian mula bertambah. Pundi Apokrin di bahagian muka dan badan mula aktif dengan kemunculan jerawat selain penghasilan bau badan.

Sesetengah individu yang sedang menjalani perubahan akil baligh mendapati perubahan itu agak ‘kurang’ atau tidak lancar seperti kawan mereka.

Sebenarnya mereka tidak sedar yang perubahan itu sedang berlaku kerana mereka tidak melihatnya sendiri seperti yang mereka lihat pada kawan. Malah ibu bapa juga boleh nampak perubahan yang berlaku pada anak mereka.

Jika tidak berlaku, saya pasti ibu bapa akan membawa anak mereka berjumpa doktor. Inilah tanda akil baligh bagi kanak-kanak lelaki dan ibu bapa boleh melihat perubahan itu sendiri terhadap anak mereka.

Sumber : Harian Metro

*************************************
Ada lagi masa untuk memahami setiap perubahan itu.. tetapi biasanya si ayah lebih peka dari si ibu kan??

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...