Tuesday, December 24, 2013

'KleenexWall of Softness’ menjalankan kempen membuat ikrar ‘Share the Softness’ kepada tersayang


Tatkala kesibukan kehidupan seharian, kita sering cuba untuk melakukan semua perkara dan berada di setiap tempat pada masa yang sama, mengimbangi kerjaya, kawan-kawan, keluarga dan masa untuk diri sendiri. Tetapi, jika kita sering terlepas peluang untuk duduk bersembang bersama rakan, santai bersama keluarga, memenuhi temujanji menonton wayang dan lain-lain, mungkinkah ia telah menjadi tabiat kami membuat janji kosong?

Untuk memperkayakan hubungan kita dengan yang tersayang, lakukan ikrar pada hari ini di ‘Kleenex® Wall of Softness’ – jadikannya peringatan kepada kita bahawa setiap perlakuan kecil mampu memberi pengertian besar kepada orang tersayang dalam kehidupan kami.   

"Kleenex® sinonim dengan kelembutan, justeru itu kami sentiasa menekan kepentingan perlakuan kelembutan dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia," kata Soo Woon Yee, Pengarah Pemasaran, Kimberly-Clark Malaysia. "’Kleenex® Wall of Softness’ membawa kempen ‘Share the Softness’ ke tahap yang baru, memperluaskan kenyataan bahawa kita perlu memberi keutamaan kepada orang tersayang dengan berikrar untuk melakukan sesuatu yang baik untuk mereka, bukan sekadar berkata-kata tetapi komited untuk menunaikan janji kepada orang yang penting dalam kehidupan kita."



Antara selebriti tempatan yang berganding bahu dengan Kleenex® untuk menyebarkan mesej kelembutan dengan melakukan ikrar-ikrar pertama di ‘Kleenex® Wall of Softness’ adalah Deborah Henry, dermawan dan pejuang Hak Asasi Kanak-kanak World Vision, serta Sharifah Amani, pelakon pemenang anugerah.



Kleenex® juga menjemput orang ramai untuk menunjukkan kasih sayang dengan memberi komitmen perlakuan kelembutan di ‘Kleenex® Softness Store’ yang akan meronda di sekitar Lembah Klang bersama ‘Kleenex® Wall of Softness’ ini. Untuk menggalakkan perlakuan kelembutan, 500 peserta pertama yang berkunjung ke ‘Kleenex® Softness Store’ dan berikrar perlakuan kelembutan mereka akan membawa pulang tisu Kleenex® yang penuh kelembutan.

Kempen ‘Kleenex® Share the Softness’ yang berlangsung dari 20 November 2013 hingga 15 Januari 2014 bertujuan mencapai 5,000 ikrar dan dengan pencapaian ini, Kleenex® akan memberi sumbangan wang tunai RM10,000 kepada kanak-kanak kurang bernasib baik dari Sekolah Fugee. Melalui kempen ini, rakyat Malaysia akan diingatkan untuk mempraktikkan sifat kelembutan dalam kehidupan sesama sendiri, turut kepada kanak-kanak yang memerlukan kelembutan di Sekolah Fugee, sebuah pertubuhan amal yang memberi pendidikan asas kepada kanak-kanak pelarian dari Somalia.


"Sekolah Fugee adalah perjuangan yang amat bermakna untuk saya," kata Deborah Henry. "Saya yakin kita boleh melakukan perubahan positif dalam kehidupan orang lain, dan kempen ‘Kleenex® Share the Softness’ adalah salah satu cara terbaik untuk menunjukkan kasih sayang kita kepada orang lain."

"Pengaruh media digital juga adalah cara efektif untuk menyebarkan mesej dan mempengaruhkan orang ramai untuk sesuatu yang berharga," kata Sharifah Amani. "Perlakuan kelembutan dan kasih sayang membuatkan kita berasa disayangi dan melakukan ikrar menekankan lagi betapa pentingnya perlakuan tersebut."



Mereka yang mahu me–nyertai kempen itu boleh melayari di www.facebook.com/Kleenex.Malaysia, instagram di #kleenexsoftness dan twitter.

Kepada seratus pengikrar pertama setiap hari akan mendapat pek tisu Kleenex dan pemenang bertuah yang berkongsi gambar berpeluang memenangi percutian bernilai RM3,000 serta wang tunai RM2,000.


Saya sudah pun berikrar..............anda bila lagi??

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi di talian bebas tol di 1-800-82-1188 pada hari bekerja dari jam 9 pagi ke 5 petang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...