Dari minyak, gula, eletrik, tol, monorail, lrt dan kini bas sekolah pula.....
Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) akan menaikkan tambang bas sekolah sebanyak 40% mulai 1 Januari 2014 jika Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak mengumumkan kenaikan kadar baru sehingga hujung tahun ini.
Presiden PPPBSM, Amali Munif Rahmat berkata, ini kerana lebih 10,000 bas sekolah yang berada di bawah persekutuan itu sudah tidak dapat menampung peningkatan kos operasi dan sekiranya perkhidmatan diteruskan mereka akan menanggung rugi.
40% tu.. agak tinggi juga kalu dikira harga terbaru nya. Kalu RM30.00 naik 40% dah jadi RM42.00. Naik dalam RM12.00 seorang,..... kalu anak ramai naik bas sekolah... bukan ke banyak yang perlu di tanggung??
Alhamdulilah... anak-anak saya tidak menaiki bas sekolah. Hanya pada tahun 2009 itu pun kerana saya dalam pantang, kemudian awal tahun 2010 di mana saya berhentikan Danial dari menaiki bas sekolah kerana pulang ke rumah terlalu lewat..
Sekarang saya dan my IR akan bergilir-2 menghantar anak-anak ke sekolah mengikut waktu dan keperluan kerja masing-masing...
Di situ saya mendapat penjimatan dari segi pengangkutan ke sekolah. Di mana sampai di sekolah agama, anak saya hanya perlu berjalan kaki menuju ke sekolah rendah di depan jalan sahaja....
No comments:
Post a Comment