Tuesday, December 31, 2013

Menonton wayang bersama keluarga : FROZEN

Selalu hujung tahun mesti akan isi waktu bersama dengan anak-anak.....

Hujung-hujung tahun ni macam-macam cerita kuar... sumer best-best belaka.. cuma nak pilih untun tontonan bersama keluarga tu yang kene pilih betul...betul...


Walaupun tiket telah di beli terlebih awal..... nak wat cam ner kalu Iskandar kene chicken pox kan?hik3

Saya bawa la juga kan... sebab takkan nak tinggalkan Iskandar ngan my IR tapi yang lain2 pergi tengok kan? tak best la... Jadi saya kata x per.. g jer..hik3




Filem arahan Cris Buck ini menceritakan tentang penggambaran penuh epik Puteri Anna bersama sahabatnya, Kristoff dan seekor kuda, Sven, dalam proses untuk mencari kakaknya, Puteri Elsa.

Puteri Elsa dikatakan mempunyai kuasa sihir luar biasa dan kuasa tersebut telah menyebabkan seluruh negara Arrendell bertukar menjadi musim sejuk buat selama-lamanya.

Perubahan cuaca tersebut telah menyebabkan Puteri Anna dan Kristoff terpaksa mengharungi pelbagai cabaran sehinggalah mereka bertemu degan Olaf, iaitu orang salji yang sangat lucu dan mempunyai kuasa untuk memendam musim panas.

Dengan adanya Olaf, mampukah Puteri Anna mengembalikan negaranya kepada musim asal? Untuk ketahui kesudahannya, jangan lupa untuk menyaksikan filem Frozen: Anna & Permaisuri Salji sendiri tau!!


Citer ini memang best... dan sangat berbaloi untuk membawa anak-anak menonton bersama.....

Nak pula patung orang salji si Olaf yang sentiasa menceriakan suasana sepanjang pengembaraan Puteri Anna dan Kristoff mencari Puteri Elsa....

Sapa yang belum tonton.. wajib tonton.. atau tunggu dalam masa terdekat mesti akan kuar dalam ASTRO FIRST... jadi tak yah g panggung wayang.. tgk kat rumah pun best tau!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...