Monday, December 02, 2013

Hilang semua.......

Alor Setar: “Saya ada tiga anak saja, kini ketiga-tiga mereka sudah pergi meninggalkan saya serentak. Ini dugaan paling hebat yang perlu saya tempuhi.”

Itu rintihan Rusdi Rani, 38, bapa kepada tiga beradik yang ditemui maut dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan dekat sini, semalam dan kelmarin selepas dilaporkan hilang sejak keluar rumah dengan menaiki motosikal petang Jumaat lalu.


 Mayat anak sulung Rusdi, Norsyafika Nadia, 14, dijumpai tertiarap dalam keadaan separuh bogel pada jam 3.45 petang, kelmarin di kawasan sawah padi berhampiran Alor Senibong, di sini oleh orang awam.

Ketika Rusdi berdoa dan berharap dua lagi anaknya yang ketika itu gagal dikesan berada dalam keadaan selamat, dia menerima berita duka apabila polis petang semalam memaklumkan penemuan dua beradik itu.

******************************

Takziah kepada keluarga mangsa kerana kehilangan 3 orang anak serentak... kalu la saya di tempat mereka.. tak dapat di gambarkan.. mungkin akan pengsan berberapa kali kot...

Mau tak pengsan... ketiga2 anak pergi sekali gus.. tak der yang hidup.. dan bermakna mereka akan tinggal berdua sahaja hingga ke akhir hayat....

Harap ibubapa arwah tabah dan redha dengan setiap yang terjadi... semoga dapat tangkap pembunuhnya... sangat..sangat tidak berperikemanusiaan sungguh.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...