Wednesday, April 04, 2012

PUTRAJAYA TREASURE HUNT 2012 (PTH2012)


PUTRAJAYA TREASURE HUNT 2012 (PTH2012)

Dimaklumkan bahawa Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya akan menganjurkan Acara PUTRAJAYA TREASURE HUNT 2012 (PTH2012) pada Sabtu, 7 April 2012 ini. Acara pelepasan dan penamat akan berlangsung di Dataran Putrajaya, Presint 3 dan melibatkan kawasan-kawasan seluruh Putrajaya.

Acara ini telah dilaksanakan sejak 2006 lagi dan telah diberi wajah baru semenjak tahun 2011 yang lalu di mana telah berjaya mengumpul hampir 200 pasukan dari lembah kelang, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka dan Johor.  PTH2012 dianjurkan bagi mempromosikan produk pelancongan Putrajaya kepada rakyat Malaysia disamping memberi peluang untuk menyumbang bantuan amal kepada fakir miskin melalui bahan 'treasure' yang dikumpulkan serta menawarkan keindahan Putrajaya sebagai destinasi untuk aktiviti berbentuk riadah. Sejumlah RM25,000 hadiah berbentuk wang disamping hadiah berbentuk barangan elektrik dan hand phone yang menarik ditawarkan kepada pemenang-pemenang acara ini.

Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon bantuan pihak tuan untuk menyebarkan maklumat acara ini /menjemput penyertaan pihak tuan.Bagi keterangan lanjut, pihak tuan bolehlah menghubungi saya di talian 03 88877035 atau emel nazt@ppj.gov.my.  

Tarikh tutup penyertaan dilanjutkan kepada 5 April 2012 dan maklumat acara adalah seperti yang dilampirkan.
 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...