Friday, April 13, 2012

Saya kecewa dengan CAVENZI!

Salam Jumaat kepada semua... merujuk pada tajuk di atas mungkin ada yang sudah mengerti mengapa entry ini di tulis. Mungkin cerita nya agak panjang kerana saya perlu jelaskan satu persatu supaya anda semua mengerti...

Mesti ramai sudah kenal siapa bayi comel di atas.. ini anak saya Muhammad Huzaiman. Umurnya sudah 8 bulan, Dari tak tahu apa-apa, sekarang sudah hampir mengerti dengan alam persekitarannya...

Eh.. apa kene mengena dengan anak saya dengan entry ini kan?? untuk pengetahuan semua... sudah hampir 8 bulan juga HADIAH KEMENANGAN saya dari Cavenzi masih tidak dapat...

Nak tahu bagai mana ceritanya... mari baca selanjutnya..

19.07.2011 (Jumaat)

Pada 19.07.2011, Cavenzi menganjurkan PERADUAN di Facebookk mereka. Di mana peserta perlu menghantar gambar perabot Cavenzi yang di miliki untuk mendapatkan undian 'LIKE' yang terbanyak. Tarikh tamat peraduan pula pada 31.07.2011.

Jadi dengan suka nya saya pun menyertai nya. Dan saya pun menyertakan gambar yang di kehendaki. Iaitu perabot yang saya beli dari Cavenzi juga :


Ini lah gambar yang saya gunakan untuk menyertai peraduan ini. Walaupun ketika itu saya tengah menghitung hari untuk bersalin anak ke 4, saya tetap ingin menyertainya. Mana la tahu rezeki anak saya...

Saya pun memohon jasa baik kengkawan di FB untuk 'LIKE' gambar saya...  lagi pun saya memang berkenan sungguh hadiah tempat pertama yang di tawarkan iaitu kerusi Recliner. Maklum la, peraduan ini pun akan berakhir sebelum saya bersalin. Jadi dapatlah saya kumpul undi untuk menang.

01.08.2011 (Isnin)

Selepas peraduan tamat, saya menunggu dengan penuh sabar keputusan peraduan tersebut. Sehingga la pada 01.08.2011 Cavenzi mengumumkan nama pemenang. Dan yerrr.... saya telah menang dengan mendapat 'LIKE' yang banyak.

Tahniah kepada Sumi Jelly kerana mendapat like paling banyak dan paling adil serta memenangi recliner ini = http://www.facebook.com/photo.php?fbid=157158044355504&set=a.157157874355521.40944.113234595414516&type=1
Wah........sukanya.. sebab saya telah pun berjaya memenangi hadiah tempat pertama itu... tak sia-sia saya menyertainya. Kira hadiah sempena kelahiran anak saya yang ke-4 dan juga rezeki Ramadhan masa tu...

Hadiah yang saya patut miliki kalu nak di ikutkan adalah :

 
RECLINER!!!!

wah... saya dah suka la... sebab memang pun teringin sangat nak kerusi macam ni.. boleh la letak di dalam bilik tidur sambil membaca majalah

Jadi saya telah pun emelkan segal butir2 peribadi saya kepada it@cavenzi.com selepas itu.

08.09.2011 (Khamis) 

Jadi.. hari demi hari, bulan demi bulan sehinggala Hari Raya Aidilfitri pun sudah menjelma, bukan kata emel, apa-apa makluman mengenai hadiah peraduan yang saya menangi pun tak ada apa-apa berita... sehingga la saya bertanya di wall Cavenzi tersebut :

To @Sumi Jelly
Sabar ya... Hadiah tetap akan dapat, dalam proses :)
Itu la jawapan yang saya terima... "SABAR" ........
Emm....... masih menanti HADIAH dari peraduan yang tamat 31.07.2011... masih tiada apa2 perkembangan...any respond? :(

banyak kali juga saya bertanya pada Cavenzi, tapi satu jawapan pun saya masih tak terima... :(

Malah bukan saya sahaja yang masih menanti, 2 orang peserta yang mendapat hadiah saguhati pun masih menunggu....


15.11.2011 (Selasa) 

Jadi kami masih la menunggu, hiinggala saya membuat pertanyaan susulan:


Ikutkan FEEDBACK dari Cavenzi2u pada 28 October at 17:28 :
"You prize will get next week due this week our Balakong Showroom have a Furniture Carnival."
Tapi sekarang sudah pun 05.11.2011, sampai sekarang bukan kata EMEL, malah satu berita pun x der. Saya nak tahu apakah STATUS HADIAH kami sebenarnya??
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=205684629502845&id=113234595414516
www.facebook.com
Pun masih tiada apa2 jawapan dari Cavenzi... ohw.. kecewa sungguh saya... hampir 2 bulan dah saya menunggu... tapi bukan sahaja emel, malah tiada apa-apa maklum balas yang saya terima....

Saya tahu dah namanya HADIAH, jadi orang kata benda PERCUMA kene la tunggu kan.. tapi takkan begitu lama. Saya juga bukan pertama kali menyertai peraduan yang melibatkan secara dalam talian ni.. dah banyak kali dan setakat ini tiada masalah pun mengenai pemberian hadiah ini.

Jadi saya hanya ingin mendapatkan HADIAH yang sepatutnya saya menangi...tak salah kan kalu saya bertanya?

11.11.2011 (Jumaat)
 
Sumi Jelly, Dania Jamine, Liya Hamraa’
Sila email ke it@cavenzi.com beserta nama FB anda kerana kami kehilangan data email kerana virus. Sila email secepat mungkin. Sekian terima kasih.
Hah?? setelah hampir 3 bulan, barulah Cavenzi mencari kami melalui wall Cavenzi. Jadii saya pun menghantar lagi sekali emel tersebut... ini bermakna sudah 2 kali saya menghanar butir2 peribadi saya...

Sangat kelakar la... Cavenzi punya data emel kene VIRUS?? tak kan begitu kot?Takkan mereka tak ada backup data kot?? Sapa yang bekerja di bahagian IT mesti tau kan??? emmm... tak perla.. apa susah, emel jerla kan? jadi saya emel jerla...

23.11.2011 (Rabu) 

Pada 23.11.2011, Cavenzi masih lagi mohon 2 orang peserta untuk emelkan butir2 peribadi mereka. Jika tidak hadiah tidak dapat di proses.

Tak dapat di proses? apa maksudnya.. jika orang tu tak balas samapi sekarang.. kiranya mereka tetap tak dapat proses la yek??emmmm.... pelik la pulak... ok.. tak apa.. saya mash boleh menunggu lagi...
Wah.. bersabar juga saya yek..hehehe

28.12.2011 (Rabu) 

Wahai En Cavenzi2u yang hensem lagi comel, boleh saya tahu agak-2 bila yek HADIAH yang saya menang untuk peraduan LIKE yg telah pun tamat pada 31.07.2011 tu yek?
Sekarang dah 28.12.2011 iaitu hampir 5 bulan HADIAH yang patut saya dapat sampai sekarang tak dapat2 lagi....
Bukan sahaj itu, emel, panggilan telefon atau apa2 surat pun saya tak terima. Adakah perlu saya tunggu lagi dan tunggu lagi yek??
Harap dapat maklum balas dari pihak Cavenzi,.... TERIMA KASIH
Setelah hampir 5 bukan dimana penghujung Tahun 2011, satu emel dari Cavenzi pun masih belum di terima. Malah segala maklum balas di FB pun tiada.

13.04.2012 (Jumaat)

8 bulan sudah berlalu.. kini dah masuk tahun 2012... saya masih menunggu HADIAH yang sepatutnya saya terima pada tahun 2011.Ramai kawan-kawan saya bertanya hadiah tersebut dan mungkin antara mereka sangkakan saya telah pun memilikinya. Jangan kata nak miliki , bayang-bayang pun tak ada.

Adakah ini caranya menganjurkan PERADUAN? Di mana, nyatakan di dalam FACEBOOK untuk menganjurkan peraduan kemudian minta pelanggan menyertainya dan janjjikan hadiah, selepas tamat peraduan terus diam bersama-sama dengan hadiah? Begitu kah caranya?

Saya rasa, ramai yang pernah menyertai peraduan secara dalam talian atau luar talian. Rasanya tak pernah pula mengalami situasi seperti saya kan? Selalunya kelewatan hadiah mungkin dalam 3-5 minggu... bukan 3-5 bulan...Saya juga pernah menganjurkan peraduan di Sumijelly.com juga.. tapi tak pernah pula selewat begini untuk urusan penghantaran hadiah. Malah jika tidak ada maklum balas, saya tetap buat emel susulan atau war-warkan di dlam Blog kembali.

Saya tau... walaupun HADIAH nya tidak la sehebat yang anda fikirkan. Ialah.. bukan wang tunai atau pun hadiah yang beribu-ribu... tetapi JANJJI tetap JANJJI.... jika rasa tak dapat tunaikan janjji jangan adakan PERADUAN...jangan buat PERADUAN ini, jadi tiada sesiapa yang kecewa atau di persalahkan.

Lagi pun CAVENZI bukan la nama yang amat asing. Dalam surat khabar dan juga media cetak yang lain, selalu ada keluar promosi dari Cavenzi. Jadi takkan la Cavenzi yang mempunyai nama boleh biarkan perkara ini berlaku?

Saya sudah pun menelefon Cawangan Cavenzi di Balakong, jawapan yang saya terima dari pekerja mereka adalah sangat mengecewakan. Pekerja tersebut berkata, pekerja yang bertanggungjawab mengendalikan peraduan itu sudah berhenti kerja. Jadi mereka tidak tahu mengenai apa-apa peraduan tersebut.

Eh..cop..cop... tak kan tak tahu kot? Habis selama ni Facebook tersebut siapa yang jaga selepas pekerja itu berhenti? Selama ni siapa yang membalas setiap pertanyaan di Facebook tersebut?? HANTU kot????

Saya sudah tinggalkan nombor telefon saya kepada pekerja tersebut. Malah sehingga kini tiada panggilan susulan untuk saya. Malah Cavenzi telah pun 'menyekat' saya di Fanpage mereka di mana saya tidak dapat menulis apa-apa di 'dinding' tersebut.

Wah... macam tu sekali ker mereka sekat saya? ishk..ishk..ishk.. kenapa? Mereka takut ker saya akan bertanya kan pasal HADIAH tersebut banyak kali? Atau mereka sebenarnya tiada HADIAH tersebut... jadi mereka buat-buat diam atau cuba nak melupakan HADIAH tersebut.

Untuk makluman, Cavenzi Balakong itu sangat la hampir dengan rumah saya.. saya boleh aja pergi bila-bila masa.. Bukan saya nak pertahankan HADIAH tersebut.. tapi saya nak pertahankan HAK saya sebagai PEMENANG peraduan. Tapi nampak gayanya saya terpaksa la juga pergi....Sebaik saya berada di Bangi, mungkin boleh la ke sana. Tapi bagiaman dengan peserta yang lain. Mungkin jauhh dari Ibu pejabat Cavenzi tersebut.??

Jadi saya mohon la jasa baik Cavenzi supaya selesaikan segera MASALAH yang hampir2 terkubur ni... jika ingin berhubung dengan saya, boleh la emelkan ke: sumijelly99@yahoo.com
Malah jikalau boleh.. ini juga boleh di jadikan pengajaran kepada orang lain supaya tidak terkena seperti saya. Saya rasakan, FB Cavenzi tu tak ada pun tak apa... sebab rasanya banyak ADUAN dari PUJIAN la...

Jadi saya akhiri luahan rasa dengan ucapan terima kasih kepada pembaca, yang sudi membaca sehingga akhir perenggan.

Jika rasa ingin membantu saya, boleh la 'share' 'retweet' atau sebagai nya untuk menyokong saya. Saya tahu, dengan adanya aduan sebegini, mesti ramai yang akan MEMPERKATAKAN saya. Jika rasa ini hanya la tiada apa2... tak mengapa, abaikan sahaja entry ini.

Sekian, terima kasih.

Dari Peserta yang kecewa,
Sumijelly

2 comments:

  1. Anonymous8:46 PM

    Lapor pada tribunal.. bukti dah ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous2:51 PM

      betul cakap En. Anonymous...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...