Friday, August 21, 2009

Tema, Logo dan Lagu 1 Malaysia - 2009

Sempena Hari Kemerdekaan yang ke -52 ini, marilah kita menyelami erti - erti Kemerdekaan melalui tema, logo dan lagu 1 Malaysia.

1) Tema hari kemerdekaan ke 52
- 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

2)Logo hari kemerdekaan seperti berikut:

Logo  1 M'sia



Maksud logo:
Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

3) Lagu hari kemerdekaan
- Lagu Satu Malaysia telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.

Berikut adalah lirik lagu tersebut.

SATU MALAYSIA
Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

3) Pelancaran Bulan Kemerdekaan, Tema, Logo dan Lagu Kemerdekaan Ke-52 pada 16 Ogos 2009 di Kraftangan Malaysia, Kuala Lumpur.

4) Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang pada 12 Ogos 2009 di Putrajaya.

5) Perayaan Ambang Merdeka akan diadakan pada 30 Ogos 2009 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

6) Sambutan Hari Kebangsaan Ke – 52 diadakan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

7) Majlis Penutup Perayaan Bulan Kemerdekaan peringkat kebangsaan akan diadakan pada Oktober 2009 di Sarawak.

24 comments:

  1. Bulan Kemerdekaan? Rasanya Bulan Ramadhan lagi penting kot ^^

    ReplyDelete
  2. pergh! sebbek k.su ada lirik lagu satu mesia neh...i yg dah berhari2 berlatih...xhafal2 agik lagu satu mesia neh...hahahahaadehla

    ReplyDelete
  3. @lala,
    hahahaha.....tgk..tgk..bertapa rajin nya kakak mu ini....
    hinggat mc duk umah x mencari ker??
    hahahahaha :)

    ReplyDelete
  4. bangga lew kununnyew tuh ...cet! aish...satg i nak g amek suar ngan kasut...jgn jeles taw??? hahhaa!

    ReplyDelete
  5. @lala,
    hahaha......jgn jeles yek
    oh ya....samat berposer yek mila.... :)

    ReplyDelete
  6. yerr...slamat berposer jgk :D

    ReplyDelete
  7. admin4:48 AM

    @Jimi,
    Ramadhan untuk agama, Merdeka untuk Negara..
    dua2 pun amat bermakna......
    sebagai umat Islam dan penduduk Malaysia...marilah kita menghayati erti Ramadhan dan kemerdekaan yek...

    ReplyDelete
  8. peMeNaT moSIANG9:59 PM

    wakakakkaka....lai pk mosiang

    ReplyDelete
  9. sumijelly10:09 PM

    @peMeNaT moSIANG,
    erkk...mosiang tu aper??
    x paham la .....

    ReplyDelete
  10. [...] TOP 10 Popular post pulak - Tema, Logo dan Lagu 1 Malaysia – 2009 - Tema-tema Hari Kebangsaan 1970 – [...]

    ReplyDelete
  11. 1 malaysia.. Lagu Satu Malaysia

    siapa penyanyi dia?
    jrg dgr radio.. 8)
    .-= wniizati´s last blog ..Turn on Unicode (UTF-8) text =-.

    ReplyDelete
  12. sumijelly8:38 PM

    @wniizati,
    1 malaysia?? yg Faizal Tahir nyanyi tu ker??
    eee.......x suker la dgr lagu tu..
    mcm merosakkan lagu jer..
    sedap lagi Lah nyanyi tu...:)

    ReplyDelete
  13. lagu satu malaysia

    ReplyDelete
  14. @noza,
    yup..lagu 1 malaysia

    ReplyDelete
  15. sharon chong5:58 AM

    bagus sekali...

    ReplyDelete
  16. ASSALAMUALAIKUM.. bgi sya n bgi umt ISLAM, bln yg pling brmkna skali adlh bln RAMADHAN AL- MUBARAK/PUASA sbb..ianya b'kait rpt dgn kslamtan & kebaikan di DUNIA & di AKHIRAT...!

    ReplyDelete
  17. @LiZdAwATi,
    terima kasih atas peringatan itu.....

    ReplyDelete
  18. oh begitu malasnya kamu zul.

    ReplyDelete
  19. @zul,
    siapa yg malas??hehehe

    ReplyDelete
  20. @sah,
    sian zul...kene marah..hehehe

    ReplyDelete
  21. tp negara malaysia lebihkan negara daripada agama...
    tengok cara pemakain sudahla....macam mana nk jdi contoh masyrakat...
    klu pemakain dan auratny pon xttup..
    (eh2...cilp tmpt plak nk bcramah :)

    ReplyDelete
  22. @citu,
    tak per..luahan itu perlu...hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...