Monday, August 31, 2009

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke - 52

Malaysia



Wah... x sedar, rupanya hari nie kita dh Merdeka selama 52 tahun...
hari nie gak Malaysia di istiharkan CUTI UMUM di mana semua pejabat di tutup..
tapi selalunya pasaraya bukak, kang tutup kat mana lak nak berjalan2 lak..
dan nanti anak2 muda ni nak bersidai muker kat ner lak kan?

tapi bulan nie kan bulan poser...
eleh...bulan poser pun derang kan kesah pun..
janjji ada port nak lepak..
ish...aku nie..ada ker mengumpat di bulan mulia nie..
hahahaha......

kali nie sambutan di adakan ala kadar jer...
x semeriah tahun2 dahulu..
mungkin jatuh pada bulan poser.. x der perbarisan la kot..
aku lak..duk umah jer, nak kuar mcm malas...
baik duk umah, kemas umah..
(kemas ker umah aku wei??) hehehe....

so pada semua aku ucapkan

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 52
dan selamat beristirehat bersama keluarga......


Sunday, August 30, 2009

Alahai...NETKL...

Pagi tadi, aku try bukak website aku nie..
asal la x leh bukak..
salah password ker??
then aku bukak la email dr NETKL..
sekali server down la..
erk...down??
inila 1st time aku menghadapinya..

aku ingat sumer entry aku ilang,
iyer ilang...hanya entry pada 28.08.09 sahaj x di back up..
habis entry ayam golek aku ilang..
err...cam na nak dpt balik yek..
aku dh la x buat back up entry..
waaa.....

ni la emel aku dpt dr NETKL..
ikut pemahaman aku..di aback up hanya pada 28.08.09 jer kan?
tul x??
waa.....tetiba tingat kat En Megat lak..
dia kan pakat IT nie..huhuhu..
tolong! tolong!..sapa yg paham emel ni..
leh terangkan detail x??
waa.........waa...........

EMEL DR NETKL
Subject: Latest & Final Update : IP xxx.xx.xx.xxx : Update terbaru/terakhir IP xxx.xx.xx.xxx

Latest & Final Update : IP xxx.xx.xx.xxx
--------------

All accounts have been fully restored.

If you are still facing any problem (unable to open website, fail to login into cPanel, etc..), kindly contact us ASAP.

Please be informed that the backup restored is the one at early morning of 28/08/2009, whereby there is no backup for today (29/08/2009), due to hard disc failure this morning itself.

Sorry for inconveniences caused, and thanks so much for your patience & understanding.

---------------

Update terbaru/terakhir IP : xxx.xx.xx.xxx
--------------

Semua akaun sudah siap direstore

Jika anda masih menghadapi masalah (website tak boleh buka, tak boleh login cPanel, etc..) sila hubungi kami dengan semula.

Harap maklum bahawa backup yang direstore ialah awal pagi 28/08/2009, yang mana hari ini, 29/08/2009 tidak ada backup sebab hard disk fail pada pagi ini juga.

Mohon maaf diatas kesulitan dan terimakasih kerana memahami.

NetKL Networkl
http://www.netkl.com

Friday, August 28, 2009

Sibuk sangat ke??

busy



ha'ah la..busy..
sampai hari nie punya entry x sempat nak wat..
esok jerla aku update yek..
teeeeeeeeerrrrrrrlalu busy la pulak..
banyak citer nak kongsi nie..
huhuhuuhu........

x per busy kerja..
jgn busy body dah yek... :love:

gambar credit to : Pak Cik Google...

Thursday, August 27, 2009

Pasar Ramadhan @ PKNS Bangi

wah...hari nie dah masuk hari ke 6 berposer...
aku?? alhamdulilah..berjaya melepasi sehingga hari ini..
memasak ker aku?? hahahaha...
idok la masak...sumer pakat beli jer..
x larat la...hanya larat masak nasi jer... hahaha

bangi



dan untuk julung kalinya masa hari yang ke 4 tu
aku menjejakkan kaki ku ke pasar ramadhan..
eh..eh..mcm x pernah g jer kan bunyi nya..
x la.... selalunya my IR belikan lauk pauk nya..
aku di galakkan duk umah keranaaaaaaa...........
untuk mengelakkan pembaziran pembelian,....
hahahaha...
maunya x bazir..lain di niat, lain di beli..

bangi



ramai giler ko org nak g sana...
jalanraya penuh sesak...tolong..tolong bagi laluan..
Pn sumijelly nak lalu...muahahah.......
cheh...mcm aku jer sorang nak lalu citu kan?
poyos jer.....

bangi



tgk..tgk...dh standby dlm kete bertopeng dah...
inilah dia manusia bertopeng..hahahaha....
k..k....dh melalut jer aku ni...
berbalik tajuk yg nak ku ulas..chewahh!
aku g la kat Bangi PKNS tu..
pasar situ pannnnnnnnnnnnnnnnnnjang ko.. (sebut pun panjang la!)
aku nak tawaf pun x larat... g sekitar berhampiran aku jer..

Giliran Zulfdhli pulak x sihat...

alahai...cian tul anak aku yang bongsu nie??
bongsu...?? iyerla bongsu..
dah aku lom nak bersalin lagi..kira dia bongsu la..
memula si Danial yang x sihat, kendian si Iskandar lak kena..
sekarang nie Si Zulfadhli...

zul 1



memula mcm panas2 suam...lepas tu start batuk..
sekali malam ahad panas giler...
tp sebaik masa tu dh g klinik...
doc Shamsiah bekalkan ubat demam + batuk..

zul



selalunya anak2 aku suhu panas nya naik waktu malam..
siang sumer sihat dan cergas...
cuma malam jer aku kene lebih take care..
x perla cayang...skrg ibu jaga kamu..
esok ibu dh tua, kamu pula jaga ibu dan ayah yek..
hhuhuhuh.......
sayang anak ibu!

Wednesday, August 26, 2009

Nak cari tempat berbuka ker?? meh baca entry ni

Banner

wah...mungkin ramai yang mencari2 tempat tuk berbuka poser..
aku lebih suker buak kat umah dr kat luar...
sebab...anak-anak jer..
mana nak jaga makan, nak jaga anak..nak jaga my IR..hahahaha

aku ada 1 laman web yg mudah korang nak refer tempat berbuka
siap dibahagi kan 2 kategori..
- berbudget
- over budget (yg mahal la....)

dari semuae negeri derang senaraikan tuk korang nak rujuk...

ni ringkasan nya :

Luxurious Buffet

If you desire something more for your Ramadan buffet, there are plenty of luxurious buffet spreads to indulge in. These venues will ensure a memorable experience for you, and the hefty price tag is only supplanted by the best in all food, beverages and ambience. Can you say extravagance? These eating establishments will take it to the nines this Ramadan, so prepare yourselves for rows and rows of delicious delights tempting you as you arrive!

Affordable Buffet

If you're on a budget or simply feel like you should be saving some money, there are plenty of affordable choices for Ramadan buffets. After all, isn't Ramadan the period of abstinence? So go ahead, ensure a memorable Ramadan by breaking fast with your family, friends and colleagues with scrumptious buffet spreads that will tantalise your taste buds and satiate your hunger - without breaking the bank this month!


so...jangan tunggu lagi...
sila lah jenguk ker laman web Special Ramadhan Buffet
banyak gak pilihan tempat yg boleh korang cuba, try, dan rasa...

selamat berbuka puasa yek!

Check up 6 bulan

semalam genap la 6 bulan Zulfadhli...
cepat jer rasa masa berlalu...
cam biasa... check up bulanan..
aku selalu wat kat Klinik Kesihatan Semenyih
sebab dari Danial hingga ZUlfadhli kat situ aja..
senang...tempat dh biasa..
tau dek misi situ aku dh pindah, sure kene g Bangi..
huhuhuhuh........

zul



ni muker yang nak kene check up..hehehe... terpinga-pinga tgk aku snap gambar...hehehe.... asal Zul? pelik ker? hehehe

klinik



memula kene ambik nombor pas tu letak kat kat sini... hehehe... skrg musim H1N1 lagi.. maka sumer misi kat citu pakai MASK.. mencegak lebih baik dr mengubati.. tul x?

klimik



pas tu.. derang panggil nama.. pergi sini lak..

kat sini kene bukak segala baju, suar ngan pampers... nak timbang berat badan la.. disebabkan masih kecil lagi.. maka timbang baring la.. sok dh leh duduk..timbang duduk lak..

timbang



tu dia...setelah di bogelka... sencored cikit... kang malu lak..

punya la susah nak suh dia duk diam.. oegang sana.. pegang sini... geram aku wei!

timbang



hohoho... 6.9 kg?? emmm... tul ker.. dh gerak sana.. gerak sini..

x pueh hati aku ko.. meh timbang lagi sekali..

timbang



ha... 7.03 kg... baru betull...

mentang.mentang misi tu aku kenal.. 2-3 kali sku suh timbang lagi...

tu la untung nya kalu g klinik kalu dh kenal mengenali.. senang nak borak2 ko..

zulfadhli



setelah di timbang... haus la pulak kan.. maka ku suh mak su nya suapkan..

air putih jer... susu jap lagi yek sayang! hehehe

Manusia bertopeng???

Muahahaha.............manusia bertopeng??
topeng mulut la..
kan ker sekarang nie gejala H1N1..
so..harusla pakai kan.....
ko ingat aku x pakai ker??
pakai la..
aku g pasar ramadhan semalam...
kene la pakai... kan tempat awam..

aku



bapak besau gambar aku tempek..
khas tuk korang yang tercayang...
mana la tau korang pernah jumpa manusia ni kan..
nanti calling2 la yek...

mcm mana la nak berinteraksi ngan org bila pakai topeng nie..
susah tol nak bercakap..
dh la tu, x leh tau reaksi muker org bila pakai..
kan??kan??kan??
korang agak2 la kan..
masa aku tgh snap nie kan....
mulut aku tu tgk senyum ker, mencebik ker atau ternganga??
korang teka arr???

Tips Berpuasa Untuk Ibu Menyusu dan Mengandung

Di petik dari laman web My Super Kid
untuk lebih info, sila rujuk laman web beliau...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dah mula puasa, bagaimana ya keadaan ibu2 di luar sana?

Ramai yang berkongsi dengan saya kebimbagan susu akan kering dan menjadi sedikit di bulan puasa ini. Ya, ini pun memang jadi kebimbangan saya juga.

Walau bagaimanapun, puasa sebenarnya tidak memberi kesan negatif pada penyusuan. Malah terdapat teori yang mengatakan dengan berpuasa, air susu akan menjadi lebih banyak/tidak berkurang kerana kurangnya kita kehilangan air badan melaui kencing, jadi air dalam badan akan dibekalkan kepada kilang susu.

Sebenarnya, seorang ibu menyusu tetap boleh menyusukan seperti biasa, selagi dia tidak mengalami dehidrasi. Kerana itu, amatlah disarankan ibu menyusu dan mengandung agar mengambil air yang cukup pada sebelah malam (dan waktu sahur) untuk memastikan keperluan cecair badan dipenuhi, dan menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa.

Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku. Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk:-

* Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
* Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
* Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
* Terasa loya dan ingin muntah.
* Rasa menggigil.
* Berasa lemah dan sakit otot.
* Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.

Bagi ibu mengandung pula, selain di atas:

* Pergerakan bayi yang tidak normal.
* Berlakunya kontraksi.

Untuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, amatlah penting untuk kita mengambil makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak. Bagi ibu menyusu dan mengandung, sekurang-kurangnya 2liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan.

Antara langkah untuk mengelakkan dehidrasi:-

* Banyakkan pengambilan cecair.
* Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan yang berkuah dan mengandungi air.
* Kurangkan mengambil terlalu banyak gula dan garam kerana ia boleh menarik keluar air dari sel.
* Mengambil vitamin C.
* Berehat secukupnya.
* Mengambil minuman Isotonic seperti Performance Drink.

Tuesday, August 25, 2009

29 Syaaban 1430 menjelang Ramadhan

jamuan



wah...gah nyer tajuk aku wat..
29 Syaaban 1430 menjelang Ramadhan...
betul la..sebelum Ramadhan bulan Syaaban kan?
x caya, tgk kalendar Islam..
tul x??

Exclusive Online Deals from Ogawa just for You

kalu korang tgh baca entry akuk nie...
ha...aku nak bagi tau..ni bukan penipuan yek..
ni betul2 punya promosi tau...

seperti yang korang tau...
sekarang nie OGAWA buat jualan tuk Hari Raya sehingga 50% ko..
tapi cuba korang teka apa lagi OGAWA tawarkan?
haa.....jgn x tahu..derang bagi KUPON SECARA ONLINE lagik...
dengan tawaran istimewa tuk 4 barangan terpilih sehingga potongan 70% ko....

Ogawa



nampak x 4 barang kat atas tu??
ada 4 barang yang perlu korang rebut dan beli...
antaranya Vakum, eye touch, eye tune dan digital termometer..
ialah lagi beberapa minggu lagi nak raya kan..
barang2 nie amat perlu tuk korang tau...

Iskandar pula dilanda demam + selsema...

Iskandar



emmm...nampaknya makin menjadi2 lak musim penyakit yek..
hari tu Danial yang x sihat...sekarang nie si adiknya la pulak..
Jumaat lepas aku MC, pun sebab demam...
kebetulan MC, Iskandar lak demam..x htr ke TASKA
ialah..tkt anak org lain lak demam..
baik cegah dari merawatinya huhuhu...

Iskandar



demam si Iskandar nie on off on off...
dan ahad lepas naik balik demam ditambah pula batuk + selsema..
yang x tahan tu, selsema la... sian lak aku nengok..
asyik meleleh jer hingus nya..
nak pulak time bersin..perghh....
kuar cendol pekat ko.. hahaha

Klinik



ahad tu hari aku yg bawa Iskandar g klinik..
kebetulan aku pun demam balik.. dan di tambah pula selsema..
nak g klinik ambik ubat selsema jer..

Monday, August 24, 2009

I Don’t Want to Rest in Pieces like Final Destination

FD 4



I Don’t Want to Rest in Pieces like Final Destination
maksudnya, aku x moh mati dalam berkecai seperti citer Final Destination...

FINAL DESTINATION ??? wah..dah nak kuar la citer nie..
dalam bentuk 3D dan 2D lagi (tp hanya pawagam terpilih jerla)
dari Episod 1 - 3 aku tengok.. antaranya
- Kemalangan melibatkan Kapal Terbang terhempas
- Kemalangan di Lebuhraya
- Kemalangan di Roller Coaster

sumer cerita tu amat menggerikan aku..
aku kalu tgk sure tutp mata, tutup telinga..
tp....tgk kat celah2 jari aku jer..

aku la



mcm nie la aku kalu aku tgk cerita2 yang menggerikan..
x kira la citer hantu ker, seram ker, ganas ker...
confirm..wat mcm nie..
nak pulak dengan adanya sound effect yg kuat...
lagi mendebarkan ko...

korang lak mcm mana??
x kan la x der perasaan bila tgk citer2 mcm tu?
eee......ngeri arr bila bayangkan cerita FINAL DESTINATION yang lalu..
mesti kali nie lagi ngeri siot..
eee....x sabar la pulak aku nak tgk citer yang terbaru nie..
harap2 kali nie lagi mengerikan......... :beurk:

Aksiden di Ramdhan pertama

Eksiden



huhuhu......aksiden?? ala...adik beradik accident la...
masa ni hari pertama poser tu..
dalam kul 5 ptg.. kat selekoh Masjid Saujana Impian
nak menuju ke Tesco Kajang..

mcm mana lak aku leh kat cini??
emm...jap tengah recall balik memori aku..
aku jadi lupa lak...
oh ya.....baru tingat..
aku g Maydin Kajang kat depan Metro Point tu la..
pas tu lalu citu..

Saturday, August 22, 2009

Wanita Menyusukan Anak Berpuasa (Breastfeeding)

Soalan : Assalamu’alaikum, Saya nak bertanya tentang rukhsah untuk wanita berpuasa. Sesetengah orang seolah tidak bersetuju jika wanita yang menyusukan anak berbuka puasa kerana supply susu badan (yang diperah) tidak mencukupi untuk bayi kerana letih berpuasa.

Satu lagi, apakah yang dikatakan mudarat bagi wanita menyusukan anak ini? Adakah BP rendah, tak cukup susu, letih yg teramat, menggigil dikira sebagai mudarat yang membolehkan rukhsah? Adakah benar tindakan ibu-ibu ini dari segi hukum rukhsahnya?

Terima kasih.

Jawapan oleh Abul Harith:

Wassalam & terima kasih

Mengenai rukhsah untuk wanita hamil yang menyusukan anak berbuka puasa, ianya telah pun jelas melalui hadith artikel di sini.

Ia dibenarkan andai dikhuatiri kesihatan ibu dan bayi terjejas kerana itu. Dari pengamatan saya, terdapat beberapa keadaan di mana puasa memberi kesan kepada wanita tersebut.

Pertama ialah dehidrasi. Antara komplikasi utama yang membolehkan wanita menyusukan anak berbuka puasa adalah dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Tanda-tanda yang puan nyatakan seperti tekanan darah rendah, letih, menggigil, rasa loya, pening-pening dan rasa haus yang teruk adalah berpunca dari dehidrasi. Apabila terdapat gejala sebegini, maka dibenarkan berbuka.

Kekurangan susu pula adalah akibat dari dehidrasi yang teruk. Namun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan puasa di bulan Ramadhan tidak membawa kepada dehidrasi kepada ibu yang menyusukan anak. Kecuali apabila si ibu kurang menitik beratkan amalan sahur dan tidak meminum air yang cukup dalam selang waktu yang lama sebelum berpuasa.

Kedua ialah si ibu pengidap diabetes. Puasa boleh menjadi risiko kepada golongan ini. Diabetes mellitus menyebabkan kandungan gula dalam darah tinggi (hypeglycemia) sehingga menyebabkan rasa haus yang teruk dan kehilangan air melalui kencing yang kerap. Ia akan membawa kepada dehidrasi seperti yang telah diterangkan. Maka diharuskan baginya berbuka.

Kemudahan Dan Keringanan Ketika Berpuasa

1. Bagi Mereka Yang Bermusafir

Terdapat beberapa hadis sahih yang menjelaskan bahawa dibolehkan bagi para musafir untuk memilih tidak berpuasa. Malah perlu kita ketahui bahawa rahmat Allah dan keringan ini turut disebutkan di dalam kitab yang mulia. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: (yang ertinya): “Barangsiapa yang sakit atau dalam keadaan bermusafir maka gantilah (puasanya) pada hari yang lain sebanyak jumlah yang ditinggalkannya itu. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu sekalian dan tidak menginginkan kesulitan.” (al-Baqarah, 2: 185)

Hamzah bin Amr al-Aslami pernah bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam: “Adakah boleh aku berpuasa ketika dalam safar?” (dia adalah termasuk dalam kalangan yang banyak mengerjakan ibadah puasa) Maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda (yang ertinya): “Puasalah jika kamu mahu dan berbukalah jika mahu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/156), Muslim (1121))

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘Anhu berkata: “Aku pernah melakukan safar bersama Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam di bulan Ramaadhan, orang yang berpuasa tidak mencela yang berbuka dan yang berbuka tidak mencela yang puasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/163), Muslim (1118))

Hadis-hadis ini menunjukkan bahawa bolehnya memilih, tidak menentukan mana yang afdhal, namun mungkin kita akan menyatakan juga bahawa yang afdhal adalah berbuka dengan berdaarkan hadis-hadis yang umum. Ini adalah seperti sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam (yang ertinya): “Sesungguhnya Allah senang jika rukhsah yang Ia berikan diambil sebagaimana Dia membenci kemaksiatan yang dilakukan kepada-Nya.” (Hadis Riwayat Ahmad (2/108), Ibnu Hibban (2742) dari Ibnu Umar dengan sanad yang sahih)

Dalam satu riwayat yang lain: “Sebagaimana Dia senang ketentuan hukum-Nya dilaksanakan.” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban (354), al-Bazzar (990), ath-Thabrani di dalam al-Kabir (11881) dari Ibnu Abbas dengan sanad yang sahih)

Tetapi mungkin hal ini dibatasi bagi orang yang tidak merasa berat dalam mengqadha dan menunaikannya, agar rukhshah tersebut tidak bertentangan dari maksudnya. Perkara ini telah dijelaskan sejelasnya tanpa keraguan. Dalam satu riwayat dari Abu Said al-Khudri Radhiallahu ‘anhu: “Para sahabat berpendapat bahawa barangsiapa yang merasa kuat (untuk berpuasa) maka lebih baik baginya untuk berpuasa, manakala bagi yang merasa lemah, berbuka adalah lebih baik.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (713), al-Baghawi (1763) dari Abu Said. Sanadnya sahih)

Mudah-mudahan Allah membimbing kita semua ke jalan petunjuk dan ketaqwaan serta memberikan rezeki berupa pemahaman dalam agama. Sesungguhnya puasa dalam safar jika memberatkan hamba bukanlah suatu kebajikan sedikitpun, tetapi berbuka lebih utama dan lebih disenangi Allah. Dalil yang menjelaskan persoalan ini adalah riwayat dari beberapa orang sahabat, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam pernah bersabda (yang ertinya): “Bukanlah suatu kebajikan melakukan puasa dalam safar.” (Haids Riwayat al-Bukhari (4/161), Muslim (1110) dari Jabir radhiyallahu ‘anhu)

Peringatan

Friday, August 21, 2009

Tema, Logo dan Lagu 1 Malaysia - 2009

Sempena Hari Kemerdekaan yang ke -52 ini, marilah kita menyelami erti - erti Kemerdekaan melalui tema, logo dan lagu 1 Malaysia.

1) Tema hari kemerdekaan ke 52
- 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

2)Logo hari kemerdekaan seperti berikut:

Logo  1 M'sia



Maksud logo:
Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

3) Lagu hari kemerdekaan
- Lagu Satu Malaysia telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.

Berikut adalah lirik lagu tersebut.

SATU MALAYSIA
Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

3) Pelancaran Bulan Kemerdekaan, Tema, Logo dan Lagu Kemerdekaan Ke-52 pada 16 Ogos 2009 di Kraftangan Malaysia, Kuala Lumpur.

4) Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang pada 12 Ogos 2009 di Putrajaya.

5) Perayaan Ambang Merdeka akan diadakan pada 30 Ogos 2009 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

6) Sambutan Hari Kebangsaan Ke – 52 diadakan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

7) Majlis Penutup Perayaan Bulan Kemerdekaan peringkat kebangsaan akan diadakan pada Oktober 2009 di Sarawak.

Tema-tema Hari Kebangsaan 1970 - 2009

Tak lama lagi kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan kali yang ke 52.
Oleh itu apa kata kita mengimbas semula tema-tema hari kemerdekaan pada tahun-tahun lepas.
Sebenarnya hari kemerdekaan hanya mempunyai tema bermula daripada tahun 1970.
Setiap tahun tema ini diubah mengikut situasi semasa kecuali tahun 1988-1989 dan tahun 2000-2006.

1970 Muhibah dan Perpaduan
1971 Masyarakat Progresif
1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 Bersatu
1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kemajuan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Pengerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000-
2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2009 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Thursday, August 20, 2009

Ulasan cerita wayang ORPHAN...

wah....sonoknya dapat tgk wayang...
lepas dapat jemputan dari Nuffanng semalam...
aku ngan my IR g Mid Valley tgk wayang..
lama rasanya x berdua tgk wayang...
anak2 aku tinggalkan ngan mak cu nya.. hehehe
x perla nopa, next time kita g lak yek..

ni aku nak citer cikit pasal ORPHAN nie
best woo...korang nanti tgk la yek..
akan ditayangkan kat pawagam x lama lagi...
kiranya aku dh tgk dahulu dr korang la yek..
hehehe.... :)

orphan


orphan



kisah nie pasal anak yatim piatu bernama Esther..
Esther nie jadi anak angkat kat pasangan John ngan Kate
budak nie memang pelik cikit la...
serba serbi pelik.....dari pakaian sampai la percakapan...

Wednesday, August 19, 2009

Lama sudah x menonton wayang bersama..

wayang



huhuhu....tgk aku... semangat waja tul nak tgk wayang...
x pernah2 aku pakai tali pinggang keledar..
ni la aku pakai.. bukan senang nak tgk aku pakai..
selalu x pernah pakai..
ni berlenggang jer.. leh la sarung..
ada si Zulfadhli...x de rmaknaya nak pakai..
kang nak menyusu lagi, nak berkelek lagi..hehehe

wayang



aku ngan my IR berdua jer malam tu..
nak nonton wayan gmana leh angkt sau family..
baik aku beli CD tgk kat umah jer..
ni la masa nak berdua..
lama gak aku tak nonton wayang..
hari tu nyaris2 nak tgk, tp klau dah bawa anak...
cam ner nak tgk..silap hari bulan dgr sore budak dr sore wayang jer..
hehehe..leh spoil ko..

wayang



sempat lagi nak berposing ko..
padahal dah terkejar2 masa nie..
kene collect tiket sebelum kul 9 mlm..
konon nak kuar awal..tp pepaham la klau dh sampai umah..
malas ko nak kuar, nak pulak hujan ..lagi malas..hehehe

Wayang



sampai gak aku kat GSC...hehehe...
macam beruk lak tetiba..
lama dh x dtg mid valley..
rasanya kali terakhir aku jejak kaki kat mid valley
tahun lepas kot masa aku ngandung anak ke-3
pas tu x der dh dtg lagi...

wayang



sampai kat GCS, mak aih..ramainya..
bukan Nuffnang jer, GSC, FlyFM dan ada lagi 1 kaunter...
x pasna la pulak..apanya..
yang penting, tiket aku mesti ada..hehehe

wayang



yeha...dapat gak tiket nya..
so...masa tuk menonton wayang..
nanti aku bagi ulasan citer Orphan nie yek..
korang tunggu tuk next entry lak..
so...pada korang yang nak tgk citer nie..
tunggu yek...akan kuar panggung nanti..

Danial tidak sihat!!

Isnin lepas aku terpaksa ambik cuti kecemasan...
sian mila...x der kawan...
tapi ada juga hikmahnya x kerja hari tu..
opis aku x der air cond..
sumer berpeluh kat opis..
aku ?? berpeluh kat klinik.. lagi haru..

Danial x sihat..
malam sabtu dh panas..
aku bagi ubat, then kebah..
malam ahad panas balik..
pagi tu g la juga klinik..
takut benda lain kan..
kan ker skrg nie musim H1N1...

Klinik 1


punya la ramai kat klinik kerajaan...
aku sampai dari kul 8.00 pg habisnya kul 1.00 ptg...
siap leh g makan minum kat kedai mamak kat luar tau..
sebaik la aku bawa note book adik aku..
leh gak main tenet sambil tunggu giliran..
Klinik 2

Your Mummy Tummy Box Is Ready!!!! From Baiboo

Dear Mom.

Your Mummy’s Tummy Box is ready for you. We’re happy to invite you to your selected Guardian store to collect the box.

You can collect your box from 14th August 2009 until 23rd August 2009. Please collect the box within this period or your box will be forfeited.

You just need to bring along your IC upon collection. If you are unable to go and collect the box, you can send a representative to collect it on your behalf providing that they have a photocopy of your IC.

If you have any inquiries, please feel free to contact us at 03-2300 1618 or email us at service@baiboo.com.my

Warmest Regards,

The BaiBoo Team.

huhuhu...sekali dapat emel & sms dr Baiboo daa...
suh ambik tummy box...
korang tau..aku apply Tummy Box nie masa pregnant anak ke 3..
umur anak aku nak masuk 6 bulan baru dapat...
huhuhuh....

Baiboo 1



dengan sepantas kilatnya, aku terus g collect kat Gurdian kajang..
masa apply tu umah aku kat kajang, so g collect kat citu jerla..

Baiboo 2



korang nak tau apa isi dalamnya...
huhuhu...jangan x tau... ada macam2 isi tau...

Tuesday, August 18, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan 1430

Ini adalah sticky post, sempena bulan Ramadhan yang nak menjelma..kene la bagi laluan tuk ucapan sempena Bulan Ramadhan... entry terbaru, seperti biasa, scroll kat bawah yek....


Salam Ramdhan



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sabtu ni umat Islam di Malaysia akan memulakan puasa di Bulan Ramdhan. Dengan itu, aku mengambil kesempatan mengucapkan “Selamat menyambut bulan Ramadhan untuk tahun 1430H” dan juga ucapan “Selamat menjalankan ibadah puasa” kepada semua pengunjung sumijelly weblog ini.

Tahniah dan syukur kerana kita semua masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk bertemu sekali lagi pada Ramadhan kali ini. Semoga ibadah kita pada Ramadhan ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Allah yataqabbal soleh a’malana. Ramadhan Kariem...

Niat

Niat puasa itu wajib dilakukan pada tiap-tiap malam di dalam hati dan sunat dilafazkan, kerana ibadat puasa itu adalah ibadat berasingan yang masuk waktunya dengan terbit fajar shadiq dan keluar waktunya dengan terbenam matahari. Ia dikira sehari sehari. Apabila rosak satu hari puasa itu, ia tidak merosakkan puasa yang terdahulu dan yang terkemudian.

Semoga kita tabah menjalani ibadah ini, selamat berpuasa yek!....

Wassalam.

Invitation to Premiere Screening of Orphan by Nuffnang

Orphan



wah...bestnya...
dapat invitation dari Nuffnang la...
dapat tiket free...
huhuhuhuh....
esok leh tgk wayang... nak ker IR aku g yek??
x dpt g ngan dia, ajak la adik aku...apa susah...
huhuhu...pat pat siku lipat..
siapa cepat dia dapat....

nuffnang



aku dapat tiket ni sempena aku memberi komen kat blog Nuffnang la..
derang adakan peraduan kecil2 lan yg sumer leh dapat...
ala..hanya komen kat blog derang..
pas tu tunggu la reply dr derang..
kalu untung, leh dapat tiket...
kalu tidak..g la beli tiket sendiri...hahahaha

thanks to Nuffnang...
akan ku munculkan diriku esok...
huhuhu........ :love:

Sunday, August 16, 2009

3D2N Mahkota Hotel Contest

wah korang lajus jerkan bila nampak contest...
hehehe...mau x laju..bend afree...sapa x moh kan..
aku pun x moh gak..x moh ketinggalan la..
rugi arr kalu x moh hadiah kan..
korang kalu x moh hadiah, bak mai bagi kat aku nie..
hahahahaha.....

sinisini



3D2N Mahkota Hotel Contest dianjurkan oleh laman web Sinisini
korang g jer kat sana nanti...mesti pelik kan nama blog tu..
hehehehe.....

Saturday, August 15, 2009

Pasu apa lak nie???

Pasu 1



P.A.S.U... (dalam nada mengeja yek!) pasu...
hehehe.... pasu nie aku beli kat TESCO kajang...
korang cuba teka baper??
aku beli dengan harga murah..
aku x tau la murah atau sebenarnya boleh dpt murah lagi..

Pasu 2



memula mat bangla tu jinjing 2 biji pasu nie..
aku saja jer usha..boleh lak dia berhenti..
dia kasi tawar menawar, tp guna calculator la..
x reti berbahasa melayu yek..

letak 2 biji pasu RM90.00..
pas tu aku saja letak RM50.00...
my IR terus grab calculator tu tekan harga RM40.00
hehehe...kiranya 1 biji jadi harga RM20.00

aku latak pasu nie kat almari TV
letak kiri kanan..
agak2 korang la..
nak biarkan ada bunger ker @ bior macam tu jer??
huhuu........

Friday, August 14, 2009

Meh Follower aku.....

dari sehari..ke sehari aku nak wat entry nie...
x berbuat..buat...
akhirnya dapat jua aku wat benda alah ni

ni pasal FOLLOWER jer..
kan apa ke benda nya...
nak bagi tau kat korang...
leh x tolong add kat aku nyer follower....
sapa dah add tu, bagus..bagus...
sapa yang lom...di persilakan yek...

Follower



korang nak wat gak ker mcm aku ??
korang g ler blog sweetdarling aku nie...
dia siap ajor cam ner kakedahnya...
aku nak wat cam malas...
nak copy paste pun malas...
korang g jerla entry Tutorial Follower.com dia.......

thanks yek sweetdarling... i lap u... :love:

Lampu Kristal Garam (Rock Salt Lamp)

Garam Bukit Longok



RAHSIA / KELEBIHAN MENGGUNAKANLAMPU KRISTAL GARAM ( ROCK SALT LAMP )

LAMPU KRISTAL GARAM BUKIT - bertindak sebagai natural nature ionizer.

Lampu Garam Bukit merupakan satu langkah altenatif untuk membersihkan udara pada masa kini. Penggunaannya telah begitu meluas diseluruh dunia.

Ia adalah sebuah lampu yang diperbuat dari garam bukit,yang mempunyai fungsi- fungsi tertentu.

Kebanyakan kita sekarang hidup dan bekerja dalam tempat yang dikelilingi oleh TV,komputer,copy machine,printer, microwave,air cond dan macam macam lagi..alat alat ini semua mengeluarkan ion ion +ve yang berlebihan kedalam udara yang kita sedut hari hari...

Dari sudut kesihatan, menyedut berlebihan ion +ve boleh menyebabkan gangguan mental dan fizikal terutama paru-paru. Kita mungkin perasan yang kita lebih nyaman dan selesa pada tempat tempat seperti kawasan pergunungan,air terjun,tepi pantai atau pun selepas hujan lebat.

Ini adalah kerana ditempat tersebut dan ketika selepas hujan lebat, kandungan ion -ve adalah lebih tinggi pada ketika itu yang menghasilkan elektrikal balance atau dipanggil ionic balance.

Fungsi-fungsi lampu garam ;

* Meneutral dan meningkatkan kualiti udara (udara bersih).
* Mengurangkan pencemaran udara.
* Mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asma.
* Menyembuhkan luka akibat terbakar.
* Memberikan kesan positif keatas tindakan kita terhadap perangsang deria.
* Mengurangkan sebahagian besar bakteria yang terkandung didalam udara dirumah.
*Digunakan sebagai bahan terapi penyinaran untuk meningkatkan sistem imunisasi kita.
*Melegakan resdung,migrain,pening kepala,demam panas dan serangan selsema.
*Meningkatkan tahap produktiviti kerja/kosenterasi.
*Meningkatkan kapasiti denyutan jantung.
*Mengurangkan perasaan cemas/berdebar-debar.
*Mempengaruhi tahap serotomin dalam aliran darah.
Lampu kristal garam ini sangat sesuai digunakan dimana-mana ruang dalam rumah atau pun pejabat (jika dibenarkan) untuk mengurangkan kesan-kesan radiasi.

Lampu kristal garam ini jauh lebih baik daripada mana-mana buatan ionizer lain sebab ianya tak mengeluarkan bunyi bising dan tidak memberi/menghasilkan ozone yang tidak baik.

Promosi RM25.00 sahaja!


Dikatakan juga bolih membuang/menghindari dari tenaga negative/ masaalah gangguan halus ditempat dimana sinaran cahaya lampu garam berada...., menenangkan fikiran...sekitaran udara bersih....

Garam Bukit



** Lampu boleh di hantar terus kerumah untuk sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang. (Sekitar lembah kelang akan dikenakan [sekali sahaja] RM6.00 sebagai kos penghantaran)

lampu



oh ya...lampu nie sekali ngan mentol dan tapak dia..
tapak dia x bercantum jadi berhati2 ketika mengalihkan pasu nie yek..
takut terjatuh, pecah la pulak.... Mentol lampu nie leh beli kat kedai, dlm harga RM2.00 ke bawah tuk sebiji.


Sila buat temujanjji dahulu sebelum order dan penghantaran. Penghantaran hanya di lakukan pada hari Sabtu dan Ahad mengikut pesanan dan lokasi pembeli, kerana penghantaran akan dibuat sekali gus dengan pelanggan yang lain juga.

agak-agak korang nak beli...sila la PM aku yek...


Got X, Got Friends Promotion

wah...siapa pelanggan CELCOM terutamanya XPAX..
ada peraduan untuk korang yang menjadi pelanggan setia XPAX

Got X, Got Friends yang berlangsung dari 27 July 2009 - 8 November 2009
hadiah lak terbahagi pada 2 peringkat, mingguan dan utama....
yang penting hadiah utamanya RM15,000.00 ko....
x moh ker?? mana tau ada tuah ker...
kot terpilih, jgn la pulak lupa kat aku nie..

so...dari aku membebel..meh sini aku tunjuk cara nak masuk..
aku pun masuk tau...mana tau tuah anak2 la katakan...
aku pulak pelanggan setia celom dari tahun 1998 tau..
no hanpdhone pun masih kekal sehingga ke hari ini...
tengok..tengok... bertapa setia nya aku tau....

k... memula korang masuk la laman web XPAX dulu..
kalau x macam mana nak sertai peraduan ni...
kendian korang baca la syarat2nya...
tapi aku suggest korang register dulu sebelum masuk..
kalu register lagi bagus tau, sebab mana la tau ada peluang nak berparty
berparty ngan POP SHUVIT tau......
ala bukan lama pun nak register...
sekejap jerrrr.........

xpax 1



Tuesday, August 11, 2009

Korang nak menang iPHONE 3G tak?

Ni aku dapat penangan dari Sweetdarling arr nie...
kalu aku x bukak web ko, sure aku x masuk contest tu..
tapi x perla kan...demi kerana iPhone 3G ....aku sanggup menyertai...
mana tau leh menang ker, ada luck ker...
korang x nak try ker??
meh arr try, test, cuba kat Ezabytes





Prize
Prize Description

Grand Prize

Apple iPhone 3GS (worth RM2500) x 2 winners


Consolation

Western Digital My Passport Essential 320GB x 10 winner



iLoveMalaysia


Tahun ini Malaysia akan menyambut 52tahun Kemerdekaan! Yeah! Seperti biasalah mesti ada peraduan yang istimewa sempena Hari Kemerdekaan kan... so apa kata korang ikut serta peraduan nie...

Meletakkan bendera di depan rumah,.. emmm lom buat lagi!.
Meletakkan bendera di atas kereta,.. pun aku lom buat lagi!.
Meletakkan iLoveMalaysia logo kat blog sendiri tuk memenangi iPhone 3GS,.. eh..betul ker?ni memang kene buat....dan aku dah pun buat!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...