Monday, April 30, 2012

Bertemu Penulis Melur Jelita @ Pesta Buku

Semalam saya sempat ke Pesta Buku antarabangsa di PWTC...

Alhamdulilah.. saya sempat berjumpa dengan penulis Novel Awak Suka Saya tak? iaitu Melur Jelita...

Orang nya rendah dan comel aja... besar lagi saya rupanya...hehehe...

Tapi dia seorang yang pemalu.. cuma untuk seketika.. jika dapat berbual dengan nya.. mesti jadi ramah..hehehe..

Selamat bertemu yek kak Melur Jelita!!

Friday, April 27, 2012

9 bulan - Perbezaan 2009 dan 2012




Gambar yang hampir sama, 9 bulan ketika ini usia mereka waktu gambar ini di rakam...

Zulfadhli pada tahun 2009 dan juga Huzaiman pada tahun 2012. 2 gambar yang hampir sama dan bezanya adalah... Zulfadhli dah ada gigi 2 batang ketika itu, mana kala Huzaiman masih belum tumbuh gigi....

Tapi yang nyata ketika ini, masing-masing masih lagi menyusu badan sepenuhnya.. semoga hasrat saya untuk menyusukan Huzaiman sehingga 2 tahun berjaya...

Doakan untuk saya yek!!

Wednesday, April 25, 2012

Tea Party with Trudy & Teddy!!

Apa?? Tea Party with Trudy & Teddy? Oh tidakk!! Haruslah sertai kan?? kan?? emmm… mana leh tak g, sebab pakaian Trudy &Treddy sumer cantik-cantik belaka.

Tak caya?? Lihat la anak bujang saya bergaya dengan baju Trudy &Treddy

Kain nya memang sangat lembut dan sedap bila di pakai. Zulfadhli tak meragam malah suka bila saya pakaikan pakaian ini.Bukan saya pemakai, malah saya selaku ibunya pun sangat suka dengan pakaian ini.

Kebanyakkan pakaian Trudy & Treddy memang sangat mengikut peredaran semsa di mana setiap reka bentuk sertawarna nya memang memenuhi citarasa pembeli. Lagi pun harga amat tidak la terlalu mahal dan boleh di beli oleh sesiapa sahaja.

Jadi saya ingin sekali menyertai acara minum petang bersama Trudy & Teddy pada 20 May 2012 ini…. saya harap dapat berpeluang ke sana!! Yeahhhh….

Saturday, April 21, 2012

Pernah minum susu Anlene??

 

 Hari-hari saya tengok iklan mengenai susu Anlene ni  tiap-tiap hari.... mengenai tulang yang akan reput sedikit demi sedikit mengikut peredaran masa dan usia...

Wah.... takut pula bila tengok iklan macam ni kan? Sudah la saya ni jenis yang kurang minum susu... sejak mengandung susu tepung la saya paling tak suka minum. Minum pun sekadar merasa sahaja tidak la menjadi rutin harian pun....

Kini usia saya sudah pun mencecah 30 an... di mana makin lama makin berusia la saya.. dan untuk itu saya telah pun berjaya membeli sebungkus susu anlene yang kecil...hehehe

Saya beli perisa Coklat dan mengikut usia iaitu 19-50 tahun... huhuhu.... Kalu perisa biasa mesti saya tak lalu minum...baik la saya ambik perisa coklat dahulu..

Kini sekurang2 nya saya kene minum susu Anlene untuk menjaga tulang saya... ewah... baru la nak jaga tulang.. selama ni tak jaga..keh3....

Susu Anlene ni saya biasa bancuh dengan air sejuk sahaja... sebab baru sedap sikit nak minum... tpai memang sedap pun kan.. kalu tidak tak laku la air sample yang kat pasaraya selalu bagi tu.. mereka memang bancuh dengan air sejuk gak kan?? hehehe

So... kini saya akan cuba minum sekurang2 nya sekali sehari walaupun di syorkan 2 kali sehari.. sebab saya takut lupa nak minum. jadi dapa tminum sekali sehari pun ok gak kan??

Jadi nak tahu la.. ada ker sesiapa minum susu macam ni? ialah mungkin selain anlene ker?? hehehe



 

Thursday, April 19, 2012

Maklum Balas dari Cavenzi [Entry Susulan]

Ewah.. mesti ramai tertanya-tanya apa kah yang telah berlaku?? kenapa tetiba ada nama Cavenzi??

Adeh... saya malas nak ulang cerita lagi.. kalu nak tahu gak, leh la rujuk kembali entry saya yang tedahulu :



Gara-gara entry tu gak la blog saya sehari tu mencecah 2K tau.. perghhh........ tak pernah2 terjadi sepanjang berblog...hahahahaha...

Jadi agaknya setelah tersebar luas LUAHAN saya tu sampai la ke pengetahuan Cavenzi, akhirnya barulah Cavengi memberikan saya EMEL untuk tuntutan hadiah tersebut :


Puan Norsuhaila,
 
Merujuk kepada komen serta pengisian blog puan, kami bagi pihak Cavenzi ingin memohon maaf seikhlas hati di atas segala kesulitan yang timbul akibat kelewatan proses hadiah yang telah dijanjikan kepada puan.
 
Sebelum menerangkan dengan lebih lanjut, dengan sukacitanya juga kami ingin memaklumkan bahawa hadiah puan serta 2 pemenang lain kini sedang diproses semula selepas menyemak segala maklumat terdahulu bersama bukti kemenangan. Maklumat tuntutan hadiah puan adalah seperti berikut :
 
Tempat : Cavenzi Cawangan Balakong
Alamat :   Lot 3362, Off Jalan Balakong, Batu 11, Cheras, Selangor.
Tarikh : 1 – 4 Mei 2012 (sila tuntut dalam tempoh yang telah ditetapkan untuk mengelakkan hadiah ditarik balik)
* Kos penghantaran akan dikenakan sekiranya puan memerlukan khidmat penghantaran terus ke rumah
 
Untuk makluman puan, sejurus selepas keputusan peraduan tersebut diumumkan pada bulan Ogos 2011, pihak kami telah menguruskan tempahan hadiah berkenaan untuk penghantaran kepada cawangan Cavenzi Balakong. Bukti pesanan kepada gudang bertarikh 18 Ogos 2011 juga masih dalam simpanan kami. Namun, sepertimana lumrah manusia, pasti tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Ini berkemungkinan terdapat beberapa salah faham di antara kakitangan kami sendiri sama ada di ibu pejabat Cavenzi, gudang ataupun kilang yang menyebabkan maklumat sebenar tidak sampai kepada pemenang. Setelah meneliti isi kandungan blog puan serta maklum balas daripada pemenang-pemenang lain, kami dapati bahawa kesemua pemenang ini tidak pernah dimaklumkan secara terus bahawa hadiah tersebut telahpun dihantar ke Cawangan Cavenzi Balakong dan sedia untuk dituntut. Sebagaimana prosedur biasa Cavenzi, disebabkan ruang yang terhad di setiap premis, barang berkenaan hanya akan disimpan untuk tempoh tertentu sebelum dihantar semula ke gudang oleh Pengurus Cawangan.
 
Kami juga mengakui bahawa selepas kakitangan kami yang dahulunya mengendalikan peraduan serta menyelenggara facebook Cavenzi2u meletakkan jawatan beberapa bulan yang lalu, pihak kami secara tidak sengaja telah terlepas pandang mengenai beberapa perkara yang masih belum diambil tindakan. Sehingga April 2012, seorang kakitangan baru telah dilantik untuk mengambil alih jawatan tersebut dan sedang dalam proses mempelajari selok belok pengurusan perkhidmatan Cavenzi secara atas talian.
 
Walaupun pelbagai tuduhan dan kata-kata yang kurang baik dilemparkan, kami tidak pernah cuba untuk lari dari masalah dan menipu pelanggan. Dalam erti kata lain, kami juga pengguna dan kami memahami masalah puan. Oleh sebab itu, kami cuba untuk  berinteraksi dengan pelanggan melalui Cavenzi2u dengan mengambil kira komen pelanggan untuk rujukan dan cadangan di masa hadapan.
 
Sehubungan ini, sekali lagi kami ingin memohon maaf di atas insiden yang berlaku dan kesulitan ini amatlah kami kesali. Sekiranya masih terdapat sebarang pertanyaan ataupun aduan, sila hubungi kami di 03-90746096 (Marketing Department), 03-90742239 (Pegawai Khidmat Pelanggan) atau email ke it@cavenzi.com.
 
Sekian, terima kasih.
 
 
Warmest regards,

Marketing Department
Cavenzi Design Sdn Bhd

No. 25 Jalan Kasturi3,
Plaza Kasturi Off Jalan Balakong,
Batu 11, Cheras, Selangor D.E.
Tel: 603-9074 6096   Fax: 603-9074 6095
URL:
http://www.cavenzi.com
Email: it@cavenzi.com
Pergh....... gara-gara entry tersebut, secepat kilat iaitu keesokan hari nya Cavenzi terus emel kat saya. Begitu kuat sungguh kuasa media sosial ni. Tapi kenapa perlu macam tu sekali baru cavenzi nak ambil tindakan kan??

Andai la saya masih lagi menunggu... menunggu dan menunggu sehingga la bertahun-tahun, agak2 ada tak Cavenzi akan menghantar emel kepada saya untuk menuntut hadiah tersebut? Mungkin ya atau mungkin tak ada langsung...

Jika tidak kerana saya luahkan dalam blog kemungkinan mereka tak ambil kisah malah mungkin tak ambil pusing mengenai tuntutan hadiah tersebut kot. Ialah.. kalu benar mereka ambik kisah, sepatutnya jika lewat sangat pun mungkin selepas 2-3 bulan baru lah dapat tuntut hadiah.. ni selepas 8 bulan kemudian ada entry luahan baru nak bertindak...

Dan yang lagi saya hangin.. dah la lambat, kene pula KOS PENGANGKUTAN untuk tuntut hadiah. Saya tahu memang la mana-mana T&C ada benda2 macam ni.. tapi selalunya dalam tempoh 2-3 bulan jer.. tapi di sebabkan kelewatan penyerahan hadiah tanpa apa-apa berita, sepatutnya Cavenzi memberikan Hadiah tersebut tanpa KOS...

Dan saya ada juga meluahkan perasaan tak puas hati mengenai KOS PENGANGKUTAN tersebut dan ini pula maklum balas mereka :


Puan,
 
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas serta perbualan telefon di antara puan dan Pegawai Khidmat Pelanggan kami, Pn. Mala pada pagi Isnin, 16 April 2012.
 
Sepertimana yang telah diterangkan oleh Pn. Mala, adalah dimaklumkan bahawa kami tidak dapat menawarkan khidmat penghantaran percuma kepada puan. Oleh yang demikian, sekali lagi kami ingin memohon maaf di atas kesulitan yang puan alami. Daripada aduan-aduan puan sebelum ini, kami akan cuba untuk menilai semula mekanisma penganjuran peraduan di Cavenzi2u dan akan memperbaiki perkhidmatan kami agar ia tidak berulang lagi di masa hadapan.
 
Sekian, terima kasih.
 
Warmest regards,

Marketing Department
Cavenzi Design Sdn Bhd

No. 25 Jalan Kasturi3,
Plaza Kasturi Off Jalan Balakong,
Batu 11, Cheras, Selangor D.E.
Tel: 603-9074 6096   Fax: 603-9074 6095
URL:
http://www.cavenzi.com
Email: it@cavenzi.com

Ok.. nampaknya mereka tetap tidak mahu bertolak ansur.. jadi nak tak nak saya kene la juga pergi mendapatkan HADIAH tersebut dengan membawa sebuah LORI... hahaha.. emm.. agak2 ada tak sesiapa sudi pinjamkan sebuah LORI tuk sumijelly?? hehehe

Emmm.... sekarang saya pula kene memikirkan kenderaan apa yang sesuai untuk mengangkut KERUSI tu yek?? Kalu naik kerete AVANZA muat tak?? Tapi saya macam perasan hari tu siapa yek blogger yang ada STORM.. emm.. agak2 leh pinjam tak?? hik3.. Meh kita g Balakong HQ leh posing2 ambik gambar, pas tu nanti saya leh masuk dalam blog gambar kamu yang sudi pinjamkan STORM tu..hik3

Ada sesiap yang sudi nak membantu sumijelly?? hehehe




My #toshibaultrabook contest dari Denaihati

My #toshibaultrabook lebih ringan daripada kasut tumit tinggi yang berada di pasaran!
tak caya??


Berat kan?? 1.13kg tu……….lagi berat dari Toshiba Ultra Book…hehehehe

So, pada sesiapa nak masuk peraduan yang di anjurkan Toshiba bersama Denaihati boleh la mencuba nasib.

Apa lagi jom ikut serta contest yang akan berakhir pada 11.59pm, 23/4/2012.

toshiba

The Toshiba Portégé Z830 UltrabookTM Inspired by Intel is the world’s lightest 13” UltrabookTM with the most complete set of ports. This post is brought to you by Toshiba and Intel. Join the conversation on the Toshiba Portégé Z830 Ultrabook, Inspired by Intel at www.facebook.com/ToshibaNotebookPC.

Wednesday, April 18, 2012

#28 Wordless Wednesday – JOHAN!

HC Hot FM : Pilihan Sendiri VS Pilihan Keluarga


Hari ni kat radiao HOT FM pasal pilihan sendiri dan pilihan keluarga....

Sebagai ibu bapa memang la ingin memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Jadi mesti ada sebab-sebab tersendiri bila ibubapa memilih untuk anak dan anak pula menentang pilihan ibubapa...

Yang penting kene la berbincang antara kedua pihak. Di kesempatan ini nak juga la saya berkongsi kisah kawan saya yang pernah terjadi....

Pilihan KELUARGA :

Kisah ni berlaku pada tahun 1997 umur masa tu 17 tahun di mana selepas habis sekolah, kawan saya ni sudah mempunyai teman lelaki. Teman lelaki nya tidak la kerja yang tinggi hanya sebagai pemandu sahaja... pemandu apa x perlu la saya ceritakan.. hehehe

Ketika itu rasanya CINTA itu sungguh indah di mana segala nasihat ibu bapa tidak di dengar. Ibu bapanya cukup marah ketika itu kerana mengharapkan si anak dapat menghabiskan sekolahnya dan melanjutkan pelajaran untuk membantu adik-adik serta keluarga.

Lagi pun kawan saya ini anak sulung jadi memang tinggi la harapan ibu bapanya... nak buat macam mana...cinta remaja lagi kuat kot dari nasihat ibu bapa... sehinggala berlakunya sedikit ketegangan antara mereka berdua.

Ketika itu saya juga turut terlibat di mana tentulah saya memihak pada kawan saya hehehe.... Sampai satu tahap kawan saya nak KAHWIN LARI tuuuuu........ hahaha... saya siap nak tolong dengan menghubungi dia setiap waktu serta menanya perancangan nya..

Masa tu kawan saya sudah bekerja bersama saya tapi di sebakan kes ini, ibu bapanya mengurung dia kerana takut dia dapat bertemu dengna teman lelakinya. Apa la dalam fikiran seorang remaja selain merasakan di kongkong dek kerana tidak dapat bertemu teman lelaki.

Ibunya mengurung kawan saya tu kerana merasakan LELAKI itu tiada masa depan dan tidak GENTLEMAN di mana cuba membelakangkan orang tua dalam bab perkahwinan. Jika benar dia seorang yang benar2 ingin berkahwin dengan anak nya kenapa tidak bertemu terus dengan ibu bapa teman wanitanya. Jadi saya sungguh buntu sehingga tak tahu nak buat apa. Saya nak ke rumahnya pun takut juga ... tak pepasal kene halau lak..hahaha

Sehingga la sampai satu tahap, ibubapanya terus mendapatkan JODOH secepat mungkin untuk kawan saya itu. Merana la kawan saya dan meratapi hidupnya dengan merasakan ia akan musnah kerana tidak dapat berkahwin dengan pilihan hatinya. Lelak itu pula tidak dpaat buat apa2 melainkan menelan air liur jerla...hahaha

Ibubapa nya mencarikan LELAKI yang bertanggungjawab untuk dikahwinkan dengan anaknya... walaupun anaknya meronta-ronta tidak mahu. Saya yang mendengarnya cukup marah dan merasakan ibubapanya keterlaluan...eceh...ceh.... saya sendiri pun remaja... mcm la paham kan situasi ketika itu,.....hehehee

Akhirnya tibala masa hari perkahwinan kawan saya itu... dengan muka yang sungguh mencuka kawan saya terpaksa juga kahwin kerana paksaan PILIHAN Keluarga untuk mengelak teman lelakinya terus menerus menggangunya...

Tetapi... kini setelah hampir 14 tahun kawan saya kini amat BAHAGIA sehingga di kurniakan 2 orang anak. Saya secara kebetulan bertemu dengan dia dan pernah bertanya khabar dan nyata PILIHAN KELUARGA tidak salah untuk nya... dan andainya dia berkahwin juga dengan pilihan nya sendiri mungki dia tidak sebahagia yang di kecapi nya kini...

okla.. kisha ni pun dha lama berlalu.. yang penting ada pengajaran di sebalik kisah ini kan?? hehehe

Sehingga kini saya masih merindui kawan saya itu.. ada kala masih teringat tentang dia apabila menatap gambar perkahwinan nya.....dan benarlah bak kata orang CINTA ITU BUTA...

saya berharap kejadian init tidak akan berlaku kepada anak-anak saya.. saya akan cuba menyelami hati mereka apabila dewasa. Ialah.. jiwa remaja ni berlainan dengan jiwa dewasa di mana remaja memikirkan keseronokan bukan memikirkan jangka masa depan dan kesan2 nya...

Jadi ini adalah pengajaran untuk saya juga untuk diri sendiri di mana BERFIKIR dulu sebelum MEMBUAT KEPUTUSAN....

Tuesday, April 17, 2012

Kisah Zulfadhli [Part 5] - Cabut Besi

Wah.. sudah lama tak keluarkan kisah Zulfadhli... eehh.. nanti la.. selagi belum buka simen tangna dia, selagi tu la kisahnya belum habis..hehehehe

Eh..ada ker yang terlepas cerita sebelum ni?? ok.. nak meh baca dulu.. :
Kiranya dah hampir sebulan la tangan dia bersimen.. fuh.. cepat tul masa berlalu... kalu leh nak cepat dia sembuh..senang sikit dia nak ke sana sini tanpa anduh dan simen tu...sebab sekarang ni makin melasak tul anak bujang tu... anduh pun tak pakai lagi....adehhh...

Tak per, sekarang meh citer pasal hari appointment yang lalu... acara cabut besi!! hehehe

02.04.2012 ( Isnin)
Hari isnin tu saya g temujanjji Zulfadhli. Jadi saya minta my IR cuti sekali.. sebab saya kene bawa Huzaiman sekali, malas nak mengepam......kan senang BF terus... hahahaha

Bila bawa Huzaiman kene la kelek dia kan...hahaha.... duk jerla dalam beg kendong tu... sebaik la dia jenis diam jer.. x banyak ragam..yang banyak ragam abang nya.. ngengada tul...nak kesana sini.. macam tak serupa sakit jer.... geram nengok..

Jadi seperti biasa kene g awal-awal tau... kalu lambat nanti nombor giliran pun jauh pula...kang lambat pula nak balik..

 
Kene daftar dulu.. tinggalkan kad temujanjji pas tu nanti mereka panggil nama... pas tu kasi le GL (Guarantee Letter) dan ambik FAIL Pesakit tuk g Bilik X-Ray

Ramai gak yang datang tuk temujanjji tu... ada 2-3 slot la... kene datang ikut masa yang di tetapkan... kalu tak mahu kene 'nasihat' ngan misi kat situ.. ialah.. dah ada masa tu kene la tepati supaya tak derla bertindih ngan temujanjji dengan yang lain kan?



Dah dapat nombor giliran, kene g X-Ray tangan tu dulu... kali ni ayahnya yang g bawa masuk bilik x-ray tu... selalu ibu jer bawa kan..hehehe...

Dah x-ray tunggu pula dapat film nya dapat time t jugak la... jadi tak der la tunggu lama.. dalam 5 minit jer kot...


Ni la gambar X-Ray nya... ada nampak x 'besi' kat dalam tulang tangan dia...huhuh
Korang tengok ngeri? aku yang menatap dekat lagi la ngeri...huhuhu......

Tapi tengok x-ray ni rasanya 'siku' tu nampak dah tak bengkak sangat.... erkk.. bengkak? adeh.. aku tak tahu nak sebut..hahaha Doktor jer paham tengok kot...

Jap...saya nak tunjuk X-Ray yang sebelum di balut ngan simen dan di letak 'besi'tu....


Ini lah x-ray tangan asal masa memula patah tu.... nampak tak belah kanan tu macam bengkak sikit... ha.. yang tu la sikunya lari sikit...

Tu yang doktor kene letak 'besi' kat tulang tangan dia supaya cepat sembuh...huhuhuh

Dah g X-Ray terus jumpa Doktor Tulang... aiseyyyy... kali ni Doktor Lelaki la pulak.. doktor perempuan tu tak der...cuti kot atau g ronda-ronda wad ker... hik3....

Tapi doktor lelaki ni lemah lembut jer.. sopan jer.. dan rajin melayan kerenah anak saya.... tu tengah nak buka balutan nya.. sebab nak bawa g 'dressing room' nak cabut besi dalam nya..

Masa nak tarik 'besi' tu memang rasa sangat la takut.... ialah.. ada baca dalam satu blog kata anak nya meraung2 pas tu darah mencurah2..huhuhu...

Tengah borak2 jer.. pekerja kat situ cakap dah selesai... erkkkkk?? tak sampai 5 minit jer?? macam tu jer?? Zulfadhli pulak tak derla menangis2 yang seperti di gambarkan.. hanya merengek2 jer!! fuhhhhh..... sebaik...... kalu tak mau panik gak..hahaha

So selepas di balut kembali tangannya..selesai sudah temujanjji hari tu.. jadi untuk temujanjji akan datang pula adalah 23.04.2012


Kira kuat juga la si Zulfadhli ni,,,, jenis yang tak susah untuk di jaga dan tahan lasak gak.... jadi temujanjji akan datang, doktor kata kemungkinan akan buka simen dan tak perlu lagi pakai simen tu.. hanya balut biasa jer.. sebab nak kasi tangan tu bergerak sedia kala... tapi kene x-ray la dulu...

Kalu tak elok lagi mungkin akan simen lagi dan kene tunggu lagi seminggu lagi pula baru leh buka... jadi saya harap minggu depan sikunya akan pulih sedia kala... sebab sekarang ni saya tengok dia dah mula meninggalkan anduh nya merata-rata tempat.. dah aktif sedia kala jer..hehehe

Okla.. nanti kita tunggu keputusan minggu depan.. dah boleh buka simen tu ker belum?? hehehe





Monday, April 16, 2012

Friday, April 13, 2012

Saya kecewa dengan CAVENZI!

Salam Jumaat kepada semua... merujuk pada tajuk di atas mungkin ada yang sudah mengerti mengapa entry ini di tulis. Mungkin cerita nya agak panjang kerana saya perlu jelaskan satu persatu supaya anda semua mengerti...

Mesti ramai sudah kenal siapa bayi comel di atas.. ini anak saya Muhammad Huzaiman. Umurnya sudah 8 bulan, Dari tak tahu apa-apa, sekarang sudah hampir mengerti dengan alam persekitarannya...

Eh.. apa kene mengena dengan anak saya dengan entry ini kan?? untuk pengetahuan semua... sudah hampir 8 bulan juga HADIAH KEMENANGAN saya dari Cavenzi masih tidak dapat...

Nak tahu bagai mana ceritanya... mari baca selanjutnya..

19.07.2011 (Jumaat)

Pada 19.07.2011, Cavenzi menganjurkan PERADUAN di Facebookk mereka. Di mana peserta perlu menghantar gambar perabot Cavenzi yang di miliki untuk mendapatkan undian 'LIKE' yang terbanyak. Tarikh tamat peraduan pula pada 31.07.2011.

Jadi dengan suka nya saya pun menyertai nya. Dan saya pun menyertakan gambar yang di kehendaki. Iaitu perabot yang saya beli dari Cavenzi juga :


Ini lah gambar yang saya gunakan untuk menyertai peraduan ini. Walaupun ketika itu saya tengah menghitung hari untuk bersalin anak ke 4, saya tetap ingin menyertainya. Mana la tahu rezeki anak saya...

Saya pun memohon jasa baik kengkawan di FB untuk 'LIKE' gambar saya...  lagi pun saya memang berkenan sungguh hadiah tempat pertama yang di tawarkan iaitu kerusi Recliner. Maklum la, peraduan ini pun akan berakhir sebelum saya bersalin. Jadi dapatlah saya kumpul undi untuk menang.

01.08.2011 (Isnin)

Selepas peraduan tamat, saya menunggu dengan penuh sabar keputusan peraduan tersebut. Sehingga la pada 01.08.2011 Cavenzi mengumumkan nama pemenang. Dan yerrr.... saya telah menang dengan mendapat 'LIKE' yang banyak.

Tahniah kepada Sumi Jelly kerana mendapat like paling banyak dan paling adil serta memenangi recliner ini = http://www.facebook.com/photo.php?fbid=157158044355504&set=a.157157874355521.40944.113234595414516&type=1
Wah........sukanya.. sebab saya telah pun berjaya memenangi hadiah tempat pertama itu... tak sia-sia saya menyertainya. Kira hadiah sempena kelahiran anak saya yang ke-4 dan juga rezeki Ramadhan masa tu...

Hadiah yang saya patut miliki kalu nak di ikutkan adalah :

 
RECLINER!!!!

wah... saya dah suka la... sebab memang pun teringin sangat nak kerusi macam ni.. boleh la letak di dalam bilik tidur sambil membaca majalah

Jadi saya telah pun emelkan segal butir2 peribadi saya kepada it@cavenzi.com selepas itu.

08.09.2011 (Khamis) 

Jadi.. hari demi hari, bulan demi bulan sehinggala Hari Raya Aidilfitri pun sudah menjelma, bukan kata emel, apa-apa makluman mengenai hadiah peraduan yang saya menangi pun tak ada apa-apa berita... sehingga la saya bertanya di wall Cavenzi tersebut :

To @Sumi Jelly
Sabar ya... Hadiah tetap akan dapat, dalam proses :)
Itu la jawapan yang saya terima... "SABAR" ........
Emm....... masih menanti HADIAH dari peraduan yang tamat 31.07.2011... masih tiada apa2 perkembangan...any respond? :(

banyak kali juga saya bertanya pada Cavenzi, tapi satu jawapan pun saya masih tak terima... :(

Malah bukan saya sahaja yang masih menanti, 2 orang peserta yang mendapat hadiah saguhati pun masih menunggu....


15.11.2011 (Selasa) 

Jadi kami masih la menunggu, hiinggala saya membuat pertanyaan susulan:


Ikutkan FEEDBACK dari Cavenzi2u pada 28 October at 17:28 :
"You prize will get next week due this week our Balakong Showroom have a Furniture Carnival."
Tapi sekarang sudah pun 05.11.2011, sampai sekarang bukan kata EMEL, malah satu berita pun x der. Saya nak tahu apakah STATUS HADIAH kami sebenarnya??
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=205684629502845&id=113234595414516
www.facebook.com
Pun masih tiada apa2 jawapan dari Cavenzi... ohw.. kecewa sungguh saya... hampir 2 bulan dah saya menunggu... tapi bukan sahaja emel, malah tiada apa-apa maklum balas yang saya terima....

Saya tahu dah namanya HADIAH, jadi orang kata benda PERCUMA kene la tunggu kan.. tapi takkan begitu lama. Saya juga bukan pertama kali menyertai peraduan yang melibatkan secara dalam talian ni.. dah banyak kali dan setakat ini tiada masalah pun mengenai pemberian hadiah ini.

Jadi saya hanya ingin mendapatkan HADIAH yang sepatutnya saya menangi...tak salah kan kalu saya bertanya?

11.11.2011 (Jumaat)
 
Sumi Jelly, Dania Jamine, Liya Hamraa’
Sila email ke it@cavenzi.com beserta nama FB anda kerana kami kehilangan data email kerana virus. Sila email secepat mungkin. Sekian terima kasih.
Hah?? setelah hampir 3 bulan, barulah Cavenzi mencari kami melalui wall Cavenzi. Jadii saya pun menghantar lagi sekali emel tersebut... ini bermakna sudah 2 kali saya menghanar butir2 peribadi saya...

Sangat kelakar la... Cavenzi punya data emel kene VIRUS?? tak kan begitu kot?Takkan mereka tak ada backup data kot?? Sapa yang bekerja di bahagian IT mesti tau kan??? emmm... tak perla.. apa susah, emel jerla kan? jadi saya emel jerla...

23.11.2011 (Rabu) 

Pada 23.11.2011, Cavenzi masih lagi mohon 2 orang peserta untuk emelkan butir2 peribadi mereka. Jika tidak hadiah tidak dapat di proses.

Tak dapat di proses? apa maksudnya.. jika orang tu tak balas samapi sekarang.. kiranya mereka tetap tak dapat proses la yek??emmmm.... pelik la pulak... ok.. tak apa.. saya mash boleh menunggu lagi...
Wah.. bersabar juga saya yek..hehehe

28.12.2011 (Rabu) 

Wahai En Cavenzi2u yang hensem lagi comel, boleh saya tahu agak-2 bila yek HADIAH yang saya menang untuk peraduan LIKE yg telah pun tamat pada 31.07.2011 tu yek?
Sekarang dah 28.12.2011 iaitu hampir 5 bulan HADIAH yang patut saya dapat sampai sekarang tak dapat2 lagi....
Bukan sahaj itu, emel, panggilan telefon atau apa2 surat pun saya tak terima. Adakah perlu saya tunggu lagi dan tunggu lagi yek??
Harap dapat maklum balas dari pihak Cavenzi,.... TERIMA KASIH
Setelah hampir 5 bukan dimana penghujung Tahun 2011, satu emel dari Cavenzi pun masih belum di terima. Malah segala maklum balas di FB pun tiada.

13.04.2012 (Jumaat)

8 bulan sudah berlalu.. kini dah masuk tahun 2012... saya masih menunggu HADIAH yang sepatutnya saya terima pada tahun 2011.Ramai kawan-kawan saya bertanya hadiah tersebut dan mungkin antara mereka sangkakan saya telah pun memilikinya. Jangan kata nak miliki , bayang-bayang pun tak ada.

Adakah ini caranya menganjurkan PERADUAN? Di mana, nyatakan di dalam FACEBOOK untuk menganjurkan peraduan kemudian minta pelanggan menyertainya dan janjjikan hadiah, selepas tamat peraduan terus diam bersama-sama dengan hadiah? Begitu kah caranya?

Saya rasa, ramai yang pernah menyertai peraduan secara dalam talian atau luar talian. Rasanya tak pernah pula mengalami situasi seperti saya kan? Selalunya kelewatan hadiah mungkin dalam 3-5 minggu... bukan 3-5 bulan...Saya juga pernah menganjurkan peraduan di Sumijelly.com juga.. tapi tak pernah pula selewat begini untuk urusan penghantaran hadiah. Malah jika tidak ada maklum balas, saya tetap buat emel susulan atau war-warkan di dlam Blog kembali.

Saya tau... walaupun HADIAH nya tidak la sehebat yang anda fikirkan. Ialah.. bukan wang tunai atau pun hadiah yang beribu-ribu... tetapi JANJJI tetap JANJJI.... jika rasa tak dapat tunaikan janjji jangan adakan PERADUAN...jangan buat PERADUAN ini, jadi tiada sesiapa yang kecewa atau di persalahkan.

Lagi pun CAVENZI bukan la nama yang amat asing. Dalam surat khabar dan juga media cetak yang lain, selalu ada keluar promosi dari Cavenzi. Jadi takkan la Cavenzi yang mempunyai nama boleh biarkan perkara ini berlaku?

Saya sudah pun menelefon Cawangan Cavenzi di Balakong, jawapan yang saya terima dari pekerja mereka adalah sangat mengecewakan. Pekerja tersebut berkata, pekerja yang bertanggungjawab mengendalikan peraduan itu sudah berhenti kerja. Jadi mereka tidak tahu mengenai apa-apa peraduan tersebut.

Eh..cop..cop... tak kan tak tahu kot? Habis selama ni Facebook tersebut siapa yang jaga selepas pekerja itu berhenti? Selama ni siapa yang membalas setiap pertanyaan di Facebook tersebut?? HANTU kot????

Saya sudah tinggalkan nombor telefon saya kepada pekerja tersebut. Malah sehingga kini tiada panggilan susulan untuk saya. Malah Cavenzi telah pun 'menyekat' saya di Fanpage mereka di mana saya tidak dapat menulis apa-apa di 'dinding' tersebut.

Wah... macam tu sekali ker mereka sekat saya? ishk..ishk..ishk.. kenapa? Mereka takut ker saya akan bertanya kan pasal HADIAH tersebut banyak kali? Atau mereka sebenarnya tiada HADIAH tersebut... jadi mereka buat-buat diam atau cuba nak melupakan HADIAH tersebut.

Untuk makluman, Cavenzi Balakong itu sangat la hampir dengan rumah saya.. saya boleh aja pergi bila-bila masa.. Bukan saya nak pertahankan HADIAH tersebut.. tapi saya nak pertahankan HAK saya sebagai PEMENANG peraduan. Tapi nampak gayanya saya terpaksa la juga pergi....Sebaik saya berada di Bangi, mungkin boleh la ke sana. Tapi bagiaman dengan peserta yang lain. Mungkin jauhh dari Ibu pejabat Cavenzi tersebut.??

Jadi saya mohon la jasa baik Cavenzi supaya selesaikan segera MASALAH yang hampir2 terkubur ni... jika ingin berhubung dengan saya, boleh la emelkan ke: sumijelly99@yahoo.com
Malah jikalau boleh.. ini juga boleh di jadikan pengajaran kepada orang lain supaya tidak terkena seperti saya. Saya rasakan, FB Cavenzi tu tak ada pun tak apa... sebab rasanya banyak ADUAN dari PUJIAN la...

Jadi saya akhiri luahan rasa dengan ucapan terima kasih kepada pembaca, yang sudi membaca sehingga akhir perenggan.

Jika rasa ingin membantu saya, boleh la 'share' 'retweet' atau sebagai nya untuk menyokong saya. Saya tahu, dengan adanya aduan sebegini, mesti ramai yang akan MEMPERKATAKAN saya. Jika rasa ini hanya la tiada apa2... tak mengapa, abaikan sahaja entry ini.

Sekian, terima kasih.

Dari Peserta yang kecewa,
Sumijelly

Tuesday, April 10, 2012

Selamat Bercuti!

 

Esok hari Rabu 11.04.2012...
Esok juga Cuti...
Selamat bercuti untuk semua!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...