Friday, July 13, 2012

Samarinda AMEERA yang PANAS!!


Ishk....semakin sakit hati tengok perangai ZILA yang macam tak kenang di untung... umpama bagi betis nak peha pula.. kesian pula pada AMEERA yang mendiamkan diri sepanjang-panjang di hina oleh IBU MERTUA nya.. dan si AMER pula umpama lembu di cucuk hidung, mengikut segala kata IBU sendiri.....

Sebenarnya cerita ni ada TERSURAT dan TERSIRAT yang boleh di fahami melalui DRAMA BERSIRI ni... memang bagus di adakan drama sebegini.. sekurang-2 nya kita tahu KESAN-KESNA di atas segala perbuatan dan kelakuan kita kan...

Ishk...tak sabar pula nak tahu kesudahan nya pada minggu hadapan... tinggal lagi 2 episod jer... untuk ketahui apa kah yang akan terjadi pada AMERRA, AMER dan ZILA .... pada yang ketinggalan menonton nya.. boleh jer tonton di youtube.. dengan keyword SAMARINDA AMEERA...

 

Drama bersiri 25 episod terbitan Zeel Production yang mendapatkan sentuhan skrip daripada Sharifah Abu Salem menampilkan pelakon handalan Rita Rudaini sebagai Ameera dan Syamsul Dato’ Yusof sebagai Ameer. Turut membintangi drama tersebut ialah Zarina Zainoordin (Zila), Jasmin Hamid (Puan Suraya), Aishah Ilias (Marisha), Hairi Safwan (Faruk), Reza Hasbi (Zarul), Khaty Azean (Mak Som), Maimon Mutalib (May Yah), Faizal Hussein (Jai), Sabrina Ali (Rozi) dan Aman Shah. Ini merupakan penampilan pertama Syamsul Yusof menerusi drama di TV3 selepas kemunculannya di dalam drama Airmata Maria pada tahun 2007.

Sinopsis :
AMEERA mengisahkan kehidupan Ameera dan Ameer yang bahagia melayari bahtera rumah tangga selama 4 tahun walaupun masih belum dikurniakan anak. Mereka menguruskan sebuah syarikat perabot mewah bersama dan hidup dalam keadaan yang mewah. Namun, mereka tertekan apabila ibu Ameer, Puan Suraya selalu mendesak supaya Ameer berkahwin dengan Marisha kerana Ameera tidak dapat melahirkan anak. Ameera mahu Ameer menurut kemahuan ibunya tetapi Ameer masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung pada suatu hari nanti.

Apabila Ameera disahkan mandul, dunia bagaikan sudah berakhir baginya. Ameer masih enggan mengahwini Marisha yang menjadi pilihan ibunya. Ameera mencadangkan mereka mengambil anak angkat tetapi Ameer juga keberatan. Puan Suraya semakin mendesak kerana dia inginkan zuriat Ameer untuk mewarisi perniagaan keluarga.

Ameera buntu memikirkan cara penyelesaian akhirnya dia mencadangkan Ameer supaya mengahwini seseorang untuk mendapatkan anak dan menceraikannya selepas melahirkan anak. Ameer menganggap Ameera bergurau dan tidak mengendahkannya sehingga seorang gadis kampung miskin, Zila muncul dalam kehidupan mereka.

Zila telah mengikut kekasihnya, Faruk yang dikenali sejak zaman sekolah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Ibunya, Mak Yah sakit sementara 3 orang adiknya masih belajar. Zila melarikan diri dan bersembunyi di dalam kereta Ameera kerana Faruk mahu menjualnya kepada sindiket pelacuran. Melihat keadaan Zila yang panik dan wajah Faruk yang bengis dan marah, Ameera segera memandu pergi dan terpaksa membawa pulang Zila.

Selepas mendengar cerita Zila, Ameera menganggap Zila sebagai calon yang paling sesuai untuk menjadi isteri kepada Ameer. Ameera menawarkan upah RM350,000 kepada Zila. Pada mulanya Zila enggan kerana tidak mahu mengandung tetapi akhirnya dia mengalah kerana wang tersebut mampu untuk menampung keperluan keluarganya.

Ameer pada mulanya membantah kerana masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung. Ameera merayu kepada Ameer agar menerima cadangannya untuk berkahwin dengan Zila. Akhirnya Ameer bersetuju.
Ameer dan Zila bernikah secara rahsia. Zila hanya menikmati malam perkahwinannya selama satu malam sahaja kerana itu syarat yang dikenakan Ameera dan atas permintaan Ameer juga. Dalam perjanjian yang ditandatangani oleh Zila, dia akan diceraikan selepas mengandung dan melahirkan anak Ameer.
Zila yang pada mulanya tidak kisah dengan status isteri sementara telah jatuh cinta kepada Ameer. Dia bukan sahaja cemburu terhadap Ameera malah dia juga mahu merampas Ameer daripadanya. Ameer telah memberi perhatian lebih kepada Zila setelah dia disahkan mengandung.

Adakah cadangan Ameera untuk mendapatkan zuriat Ameer daripada perkahwinan tersebut akan memakan diri? Bagaimana pula dengan nasib Zila selepas melahirkan anak? Berjayakah Zila melepaskan diri daripada cengkaman Faruk?

Sekuat mana pun kasih sayang dan ikatan sesebuah perkahwinan, namun tidak dapat menandingi kehebatan zuriat terutamanya pertalian darah dari rahim yang sama. Hayati kepasrahan Ameera, walaupun hidup dalam kemewahan tetapi kebahagiaan yang dinikmati akhirnya terjejas apabila mulai terasa kekosongan kerana masih belum dikurniakan anak. Atas desakan ibu mertua, akhirnya Ameera mencadangkan suaminya mendapatkan isteri kontrak untuk melahirkan anak.

Apakah tindakan Ameera akan membawa kebahagiaan ataupun mencetuskan pelbagai masalah dalam rumah tangganya nanti?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...