Tuesday, March 25, 2008

LAWAK - ANTARA SEBAB GAGAL INTERVIEW

A- Penemuduga
B- Orang yang ditemuduga

SITUASI 1
A : Ada boyfriend?
B : Ada .
A : Dia bekerja dalam negara ke?
B : Oh tidak. Dia bekerja di luar negara.
A : Maaf, syarikat kami tidak boleh terima kamu bekerja di sini.
B : Mengapa ?? (nada terkejut)
A : Emm. kamu mesti tidak akan lama bekerja di sini dan yang paling penting syarikat tidak akan mampu membayar bil panggilan antarabangsa kamu .

SITUASI 2
A : Kamu ada teman wanita?
B : Tiada.
A : Tak cuba untuk dapatkan seorang ke?
B : Pernah mencuba tapi tak berjaya.
A : Pernahkah kamu terfikir untuk mendapatkan kerja terlebih dahulu
dan kemudian barulah mencari teman wanita.
B : Saya mementingkan kerjaya dan buat masa sekarang saya tidak
mahu memikirkan perkara (cinta) tersebut. Itu urusan peribadi.
A : Nampaknya saya tidak dapat menggaji kamu.
B : Tapi kenapa encik?
A : Kamu lemah kemahiran berkomunikasi dan tiada keyakinan diri,
itu saja.

SITUASI 3
A : Kamu nampak cantik dan bergaya. Tentu kamu sudah mempunyai
teman lelaki kan??
B : (Tersenyum bangga). Emm ya saya.
A : Sudah tentu dia seorang yang kaya (sambil mengurut janggut).
B : Tuan memang bijak. Dia antara yang terkaya dalam negara ini dan
memiliki syarikat besar.
A : Oo begitu rupanya. Cik maaflah saya tidak dapat menerima kamu
bekerja di sini kerana teman lelaki kamu sendiri pun tidak menerima
kamu bekerja di syarikatnya. Ini kan pula saya.
B : Tapi..tiada jawatan yang sesuai dengan saya di syarikatnya.
A : Jadi apa jawatan yang sesuai dengan kamu?
B : Setiausaha.
A : Maaf sekali lagi. Kamu tidak layak bekerja di sini kerana
kecantikan kamu akan menjejaskan semangat kerja pengurus kami.
B : Tapi saya bukannya cantik sangat pun encik.
A : Haa.lagi bermasalah sebabnya pengurus saya pasti tidak berminat
dengan kamu
B : Gulp.

SITUASI 4
A : Ada girlfriend?
B : Ada.
A : Cantik tak dia?
B : Biasa je.
A : Hmm.maaflah kamu tidak layak bekerja di sini.
B : Tapi kenapa encik ?
A : Syarikat kami terlibat dalam perniagaan berkaitan seni dan
memerlukan seseorang yang berseni. Tetapi kamu langsung tidak
mempunyai ciri-ci ri tersebut. Teman wanita pun biasa je.
B : Haa.(melopong)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...