Thursday, May 26, 2016

Hei Sushi Menu Istimewa Ramadhan 2016

Selalunya bulan puasa orang akan makan nasi .. kali ni apa kata sesekali makan pula makanan ala jepun... SUSHI....


Hei Sushi di Alamanda Putrajaya ini adalah cawangna yang pertama di Malaysia

Lokasinya di aras bawah.. berdepan dengan pusat bowling dan berdekatan dengan escalator...




Walaupun kawasan nya kecil.. tapi jangan risau...

Tempat tetap ada.... ruang yang bersih teratur serta santai sahaja...

Yang penting tempat memasak nya terbuka.. boleh nampak terus bagaimana penyediaan makanan dari dapur kan?



Di Hei Sushi, untuk menu hidangan kali ini telah menawarkan sesuatu yang berbeza dan pastinya memenuhi citarasa masyarakat Malaysia amnya.


Bermula dari 23 May sehingga 31 Julai 2016 seawal jam 6 petang sehingga 9.30 malam, Hei Sushi menawarkan pelbagai jenis hidangan berbuka dengan gaya Jepun.

Terdapat 3 set hidangan untuk menu istimewa dari Hei Sushi kali ini....


Set A...

Sesuai untuk seorang...


Ramadhan Set A (Harga RM19.90)

Hidangan utama boleh pilih;

  • Katsu Jyu (pilihan sos samada kari, teriyaki atau kuah kacang pedas) atau
  • Tori Jyu (pilihan sos samada kari, teriyaki atau kuah kacang pedas) atau
  • Tenzaru Inaniwa Udon (mee udon bersama udanng dan sayur digoreng ranggup) atau
  • Tori Inaniwa Udon (mee udon bersama hirisan ayam panggang)

bersama

  • Buah kurma
  • Salad atau sup miso
  • 1 minuman sejuk red passion


Set B....

Seusai untuk seorang tapi nak makan banyak...hahahaha


Ramadhan Set B (Harga RM25.90)

Hidangan utama boleh pilih;

  • Katsu Jyu (pilihan sos samada kari, teriyaki atau kuah kacang pedas) atau
  • Tori Jyu (pilihan sos samada kari, teriyaki atau kuah kacang pedas) atau
  • Tenzaru Inaniwa Udon (mee udon bersama udanng dan sayur digoreng ranggup) atau
  • Tori Inaniwa Udon (mee udon bersama hirisan ayam panggang) atau
  • Kaisen Inaniwa Udon (mee udon bersama seafood)

Side dish boleh pilih ;

  • Spider Maki atau
  • Otak-otak harumaki atau
  • Sunshine maki atau
  • Ebi tempura

bersama

  • Buah kurma
  • Salad atau sup miso
  • 1 minuman sejuk red passion

Set C....

Untuk 4 orang... eh.. sesuai gak untuk makan seorang..tu kalau rasa lapar sangat ni... tapi macam banyak jer.. apa salah makan ber 4 kan.. boleh borak2 sambil makan...hehehe



Ramadhan Set C (RM129.90)

Hidangan utama boleh pilih 4 antara;

  • Heri Tori Specialty atau
  • Tori Chicken atau
  • Shake Kara + White Rice
  • Ika Kara + White Rice
  • Tenzaru Inaniwa Udon (mee udon bersama udanng dan sayur digoreng ranggup) atau
  • Tori Inaniwa Udon (mee udon bersama hirisan ayam panggang) atau
  • Kaisen Inaniwa Udon (mee udon bersama seafood) atau
  • Saba Kara + White Rice

+
Side dish boleh pilih antara 2;

  • Spider Maki atau
  • Hei maiki atau
  • Sunshine maki atau
  • Hana neta
  • Tempura Moriowase
  • Temari combo
  • Sashimi platter (3 jenis)

bersama

  • Buah kurma x 4
  • Salad atau sup miso x 4
  • minuman sejuk red passion x 4

Menu semua dah tengokkan...

Jom tengok secara close up....






Jadi pada yang kene makan nasi juga berbuka... jangan risau..

Menu nasi ada..  makan dengan Shake Kara @ Ika Kara @ Saba Kara... sedap sambal nya.. pedas-pedas manis....hehehehe

Jadi pada yang ingin kan kelainan untuk berbuka puasa ramadhan kali ini..

Waktu menu untuk berbuka puasa di buka dari :

6.30 petang - 9.00 malam
(23 Mei 2016 sehingga 31 Julai 2016)


Boleh la cuba makan di Hei Sushi

Hei Sushi 
P03A Plaza Alamanda
Putrajaya

No Telefon : 03-88931066

2 comments:

  1. Since HeiSushi ada halal certificate,mmg ini lah favorite kami...bestttt

    ReplyDelete
  2. Since HeiSushi ada halal certificate,mmg ini lah favorite kami...bestttt

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...