Thursday, October 30, 2008
x der kerja, cari kerja.....
Ada ker aku yang chantik, lawa, cerdik, ni kene TAG......??
aku pun x tau mana la datang perkataan TAG nie.....
aku ingat name TAg ker, TAG Touch N Go ker.....
rupanya TAG soklan......
ceh.........hampes......hampes.......
Nah la......aku jawab la......
walaupun ada yang aku tak jawab....
hahahaha...nasibla........
THE SELF
[01] Real name: Norsuhaila Binti Mahdi
[02] Nickname: Sumi, Sue, Suhaila
[03] Married: Dah kawen pun, anak nakmasuk 3 dah
[04] Gender: Perempuan la...dah ada binti.....
[05] High School: SM (P) Bandaraya, Key Ell
[06] College: kalu setakat jejak kaki jer boleh kira x??
[07] Height: 161 cm (had minimun ketinggian peramugari)
[08] Weight: 56kg (sbb aku tgh pregnant la....)
[09] Do you like yourself: definitely yezzz
[10] Piercings: ada, tp masa dolu-dolu skrg lobang dh tutup la.......
[11] Right or left: dua-dua belah la
[12] Are you a freak : iyerla kot......
[13] Hair: kejap keringting, kejap lurus (maklum la guna teknik rebonding)
[14] Skin: sawo matang yg gebu......(kehkehkeh)
[15] Allergic: aku alah pada.......orang.......(hahahaha)
[16] What are you doing now: ni buat menatang nie la...membazir jer masa aku......
[17] What will you doing 1 hour later: lor...baru lepas makan jamuan raya tadi...(raya dah habis ker??)
[18] What will you doing 10 years later: duk umah jaga anak aku yang sedang membesar.......hahahahah
THE FAMILY
[19] Live with mother/father/parents: oit,.........dah kawen, duk ngan laki la...
[20] Siblings(included you): 4
[21] Eldest: adik aku la.....
[22] Youngest: abang aku la.......
[23] Love/hate your family: gila apa kalu benci....meatil asayang oit.........
THE LOVE <----ini soklan aku x reti nak jawab yek.......muahahaha
[24] You found your another half: (^^,)
[25] If yes, who is he/she: (^^,)
[26] If no, who you want he/she to be: (^^,)
[27] Time(s) you in relationship: (^^,)
[28] Ever woo boy/girl: (^^,)
[29] Anyone woo you before: (^^,)
[30] Did anything wrong to your other half: (^^,)
[31] What was/were the wrong you had done: (^^,)
[32] Ever argue with your other half: (^^,)
[33] You with your other half since: (^^,)
[34] Are you straight/Lesbo: (^^,)
[35] Reasons you love your other half: (^^,)
[36] You and your other half in which stage: (^^,)
[37] You woo he/she or he/she woo you: (^^,)
[38] Ever think of marry he/she: (^^,)
THE FRIENDS
[39] Your first best friend: x bley tulis.nanti ada yang kecik hati....muahahaha
[40] Your first enemy: ni pun sama.......nanti susah hati.....muahahahaha
[41] The friends you love the most: pun x leh nak tulih, nanti ramai yg terasa hati.......muahahaha
[42] The enemy you hate the most: ni pun x leh nak tulih...........takut ada yang pedih hati ..muahahaha
[43] Your most beautiful girl friend: chantik ker derang?? chantik lagi aku kot......muahahaha
[44] Your most handsome boy friend: entah la..x pasan lak derang tu hensem ker tidak..........hahahaha
[45] The kind of girl you hate the most: x der jenis la....kalu aku rasa x suker, x suker la......
[46] The kind of boy you hate the most: ni pun sama jer.....kalu rasa x suker, x suker la...hahahaha
[47] You fall in love with your close friend before: emmm.......ada la kot.....(kot jerla.......hahahaha)
[48] Your best friend is your ex-lover: x la, kalu leh nak buang nun jejjjjjaaaaaauuuhhhhh.......hahahaha
[49] If your friend backstabbing you: entah, aku dh lupa..sbb lama x kena tikam....hahahaha
[50] If your friend betray you: nipun dh x ingat, sbb dh lama x kene khianat.....hahahaha
[51] If your friend woo your lover: aku x paham la sok lan nie......
[52] If your friends fall in love with you: ee....mana leh, aku ni bini orang daaaaa..........
[53] If you fall in love with your best friend: x akan dan x mungkin, sbb aku kan isteri solehah......hahaha
THE STUDIES
[54] Are you a good student: baik sangat, samapi chekgu pun x terlayan..hahahah
[55] You always done your homeworks/assignments: mestila siap, sbb aku just copy paste jer.....hahaha
[56] The teacher/tutor you love the most: hahaha....tu kene tanya chekgu aku la......
[57] Always late to school/college: pecah rekod tu..............
58] Your class: 5A5
59] You love your seniors: eeee......x layan
[60] Senior who you love the most: ramai la juga, sbb ramai nak jadi kakak angkat aku kan....
[61] Your classmates good/bad: campur2 la.....mana ada yg baik aja kan??kan??.......
[62] Excellent result classmate: entah..x ingatla..
[63] Laziest classmate: mana la nak ingat......
THE PEOPLE
[64] Smart people: yg pakai kemas2 kot.... hahahaha
[65] Stupid people: yg bodoh la ......
[66] Good looking people: emmmmmmm..........
[67] Ugly people: alien.........hahaha
[68] Funny people: yang tetiba wat lawak la........
[69] Cute people: anak-anak aku la......
[70] Bad people: yang selalu polis kejar tu la.......
[71] Honest people: yang suker tolong menolong sesama manusia.......
[72] Acting people: carila dalam TV tu, berlambak ada.......
[73] You are what kind of people: sumer ada.........hahahaha
THE PREFER
[74] Lip or eyes: emmmmm............
[75] Hugs or kisses: emmmmm............
[76] Shorter or taller: emmmmm............
[77] Hesitant or spontaneous: emmmmm............
[78] Nice stomach or nice arms: emmmmm............
[79] Listener or talker: emmmmm............
[80] Romantic or rich: emmmmm............
[81] Good wife or Good mum: emmmmm............
THE FUTURE
[82] Age to get marry: 4 tahun yang lepas la......
[83] Numbers of kid(s): beranak jerla selagi leh beranak......
[84] Career: yang leh menapung kos kehidupan aku dah la....
[85] Salary: tengok keadaan, kalu kerajaan nak bagi lebey aku ambik jer, janji jgn kurang..hahaha
[86] Retirement age: tengaok la mana yang sempat......
[87] Properties value: sumer pun bernilai.....
[88] Wishes: semoga sapa yg jawab soklan ni dapatla menjawabnya......hahaha
THE VICTIMS
[89] ?Ayu?
[90] ?Tulip?
[91] ?Lily?
[92] ?Cicak?
[93] ?Kantoi?
[93] ?Nuyul?
[93] ?Anis?
dntah apa2 la aku jawab...
lantak pi la....
janjji berisi.......
hahahaha......
Adios .................
P/S : nah ambik arr bali TAG ko nie Mila........x koser u.........
Mewah Bahasa: 'Nak buat report kopek hilang'
Mewah Bahasa: 'Nak buat report kopek hilang'
Lelaki: Cik adik! Kopek jatuh!
Leeya berbisik kepada Zoera: Kurang ajar betoi orang tua tu… gatai! Aku dah pakai saiz yang betoi tadi, baru beli pulak tu.
Mereka berdua terus berjalan laju meninggalkan tempat itu. Lelaki itu juga kelihatan cuba mengekori mereka.
Lelaki: Ooi!, tunggu sat! Kopek ni, …tak mau ka?
Leeya: Jom cepat Zoera, orang gila agaknya tu. Dahlah cakap bukan-bukan, dia kejar kita pulak tu.
Selepas beberapa ketika lelaki terbabit tidak mengekori mereka lagi. Kedua-dua gadis terbabit singgah di sebuah gerai. Di gerai berkenaan, Leeya mendapati dompetnya hilang. Mereka mengambil keputusan untuk membuat laporan di balai polis.
Leeya: Saya nak buat report, beg duit saya hilang, sekali dengan lesen, kad ATM dan MyKad. Tak taulah, kena copet ke? Atau jatuh masa berjalan tadi.
Polis: Nak buat report kopek hilanglah ni ya?! Cik isi borang ni. Lain kali pegang elok-elok, kalau tak pun, bagi orang lain pegang.
Leeya: Maaf encik, encik kata apa tadi?
Polis: Saya kata tadi, kalau tak boleh jaga, bagilah orang lain pegang kopek tu. Biar dia yang simpan.
Leeya berbisik kepada Zoera: Pak Cik Polis ni pun sama. Tak padan dengan dah tua, nak menggatal lagi. Ada yang kena pelempang karang ni.
Zoera: Bagilah pelempang tu, tapi kalau kaumasuk lokap, aku tak nak jamin.
Setelah selesai mengisi borang, Leeya menyerahkannya kepada anggota polis yang bertugas itu dengan diiringi jelingan geram.
Polis: Oo! Ni Cik Leeya binti Azhar ya?! Tadi ada orang dah jumpa dan serah pada kami. Ni ha kopek Cik Leeya. (Sambil mengunjukkan dompet).
Leeya: Laa! Kopek tu dompet ke? Ingatkan benda tu tadi. Patutlah tadi ada orang terjerit-jerit sebut benda tu. Ingatkan orang gatal nak mengurat. Kesian abang bermisai tebal yang kejar kita tu tadi kan Zoera. Menyesal pula rasanya.
Kopek membawa tiga makna mengikut kawasan dan konteks penggunaan. Pertama bermaksud dompet duit atau uncang menyimpan duit. Penggunaan untuk maksud ini meluas di kawasan utara Semenanjung Malaysia yang meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara. Yang kedua pula bermaksud payu dara. Bagi maksud ini, ia digunakan secara meluas di negeri lain terutama Perak (kecuali Perak Utara) dan Kelantan. Dalam situasi formal dan dalam bentuk persuratan formal, perkataan ini tidak digunakan. Perkataan ini juga membawa makna ‘mengupas’, iaitu seperti mengupas kulit buah-buahan.
Nota kaki:
Kolum Mewah Bahasa memperlihatkan adanya beberapa cara untuk menyampaikan sesuatu konsep yang sama dengan perkataan berbeza disebabkan perbezaan slanga, dialek, taraf sosial dan generasi. Dialog menggunakan dialek dan juga bahasa pertuturan yang mungkin tidak sama dengan tatabahasa baku. Prof Madya Dr Nor Hisham Osman adalah Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM).
Dipetik dari Berita Harian : 30 October 2008 (Khamis)
Wednesday, October 29, 2008
Himpunan sembahyang-sembahyang yang telah dilakukan oleh lima orang nabi dan rasul
SUBUH:
Manusia pertama yang mengerjakan sembahyang subuh adalah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke dunia.
Semasa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke dunia kerana kesalahan memakan buah khuldi yang dilarang, yang pertama yang dilihat oleh bagi ialah kegelapan.
Baginda berasa sangat takut. Macam mana pun apabila fajar menjelang Subuh dunia mulai terang dan kerana bersyukur apabila dunia mula menampakkan akan terang dan tidak gelap lagi, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama sembahyang baginda adalah sebagai tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam manakala rakaat kedua adalah bersyukur kerana siang telah menjelma.
Zuhur:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zuhur ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT memerintahkan baginda agar menyembelih anak baginda Nabi Ismail a.s. sebagai melepas nazar baginda.
Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari (bertepatan dengan waktu Zohor), lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama kerana bersyukur bagi penebusan, rakaat kedua tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya, rakaat ketiga: tanda bersyukur dan memohon keredaan Allah SWT manakala rakaat keempat tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun.
Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Sebagai tanda syukur kerana dikeluarkan dari perut ikan Nun, maka Nabi Yunus a.s. bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama tanda syukur dari bebas dari kelam dengan kesalahan, rakaat kedua bersyukur kerana kelam dengan air laut, rakaat ketika kerana kelam malam dan rakaat keempat kerana kelam perut ikan Nun.
Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, yang di kala itu telah terbenamnya matahari.
Kerana tanda bersyukur bagi sembahyang tiga rakaat dengan rakaat tanda bersyukur kerana baginda berjaya menafikan ketuhanan selain dari Allah yang Esa, rakaat tanda bersyukur kerana berjaya menafikan tohmahan ke atas bonda baginda Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang manakala rakaat ketiga tanda bersyukur kerana berjaya menyatakan kepada kaum baginda bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT, tiada dua atau tiganya.
Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat untuk mencari jalan kfeluar dari negeri Madyan.
Sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita kerana sesat ekoran doa seorang alim yang diupah oleh Firaun agar mendoakan supaya Nabi Musa a.s.
Orang alim dan doanya sangat mustajab itu pada mulanya enggan akur kepada arahan Firaun dan enggan menerima upahan dalam bentuk jongkong emas kerana diketahuinya bahawa Nabi Musa a.s. adalah nabi dan rasul.
Hasil siasatan oleh pegawai-pegawai perisikan Firaun mendapati orang alim itu sangat sayangkan isteri dan dia adalah seorang suami yang sering mengalah kepada isteri.
Kelemahan itu diambil kesempatan oleh Firaun dengan memberi upah emas kepada isteri orang alim itu supaya meminta suaminya berdoa supaya Nabi Musa a.s. sesat di padang pasir negeri Madyan.
Bila diminta dan dirayu dan direngek oleh isterinya, orang alim itu tidak dapat menolak. Bagaimanapun, dia memberi syarat akan berdoa dalam kandang kuda.
Orang alim itu menyangka bila berdoa pada tempat yang kotor, doanya tidak akan mustajab. Macam mana pun doanya tetap mustajab dan Nabi Musa a.s. tersesat manakala orang alim itu mati dalam keadaan berdosa kerana mengikut kemahuan Firaun.
Bagaimana Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya Nabi Musa a.s. apabila beliau akhirnya tidak lagi sesat dan ketika itu adalah waktu Isyak yang akhir. Sebagai tanda syukurnya, Nabi Musa bersembahyang empat rakaat dengan rakaat pertama tanda syukur kerana baginda akan dapat kembali ke pangkuan isteri dan kampung halaman. Rakaat kedua tanda bersyukur kerana dapat bersua kembali dan berganding bahu dengan saudara Nabi Harun a.s. bagi menyampaikan seruan Allah.
Rakaat ketiga pula kerana selamat daripada tindakan Firaun manakala rakaat keempat tanda bersyukur selamat daripada pengkhianatan anak Firaun terhadap baginda dan umat baginda yang bertakwa.
Ertinya kesemua waktu sembahyang yang diwajibkan ke atas umat Nabi Muhammad adalah merupakan amalan-amalan tanda ketakwaan terhadap Allah oleh para nabi dan rasul dan nilainya tidak boleh disamakan dengan apa jua bentuk kebendaan.
Kalau nabi dan rasul pun bersembahyang sebagai tanda syukur dan untuk melayakkan diri masuk ke syurga, siapa kita yang bukan nabi dan rasul untuk tidak sembahyang di samping melakukan pelbagai kemungkaran dengan bila mati kita mahukan syurga!
Tuesday, October 28, 2008
Seronoknya bermain buaian........
Disebabkan ada camera digital cantik cikit la kan........
aku pun snap la gambar anak aku.........
dapat la beberapa shoot yg chantik.......
hehehe........
Selamat Hari Jadi Tulip!!
Selamat Hari Jadi Tulip!!!!
Selamat Panjang umur kawan ku..
Selamat menikmati hari-hari bahagia mu.......
Selamat dalam apa jua yang dikau lakukan......
Selamat menemui lelaki yang dapat membimbing mu kawan ku.......
Selamat la segalanya...........
~ AMIN~
Saturday, October 25, 2008
Bercuti ke PD
Kali ni aku bercuti ke PD bersama keluarga.......sempena cuti Deepavali
Kak ida dan anak2 nya, angah dan keluarganya, mak , ayah dan nopa...
aku sure la ngan family aku.......
Seronok nya...sbb bawa anak aku mandi kolam...
mandi kolam jer..x der g mandi laut.......
aku malas nak jaga nanti.....
hahahaha..........
Seronok tgk gelagat anak mandi......
x perla.......aku dan suami hanya perhatikan dari jauh jer....
nak joint malas la......sbb nanti aku yg lebih dr anak.....
hahahahaha
Jamuan Raya Opis aku......
Oh ya.......hari nie opis aku wat jamuan raya.........
setelah sekian lama mengambil kata sepakat.......
maka 24hb la tarikh yang di janjikan......
tapi kami guna catering...
untuk menjimatkan masa dan tenaga semua......
Tepat kul 11.30 pagi [lebey kurang la kot]....
sumer berpakat nak makan....
paginya dah breakfast sandwich...
aku rasa aku bedal dah dekat 3 set sandwich.....
kehkehkeh........
(sumer beratur nak ambil makanan)
ada juga yang x datang hari tu.......
maklum la........kan minggu depan senin hari deepavali...
pakat cuti lama la......
alhamdulilah....makanan sumer mencukupi.....
x lebih dan x kurang.....
orang kata sedang2 elok la.......
so...apa lagi...
makan time!!!!!!!
Tuesday, October 21, 2008
Jamuan di MTC, Jalan Ampang
Hari nie ada Jamuan kat MTC, Jalan Ampang.....
Mak aih.....makanan jgn cakap la....
memandangkan aku dari Pelancongan kan...
maka ada 14 buah negeri yang menyajikan makanan......
ada berbagai2 la jenis.....
sampai dah x larat nak makan dah.......
sumer nya aku rasa......
rugila, datang tapi x merasakan....
memang kenyang giler la aku rasa.......
hehehehe,...........sampai malam aku rasa kekenyangan tu.......
dapatla aku snap gambar penyanyi ni....
aku suker lagu dia, sumer best....
ARIS ARIWATAN.........
tapi dia dah nampak tuwer la......
hehehe.........
Sunday, October 19, 2008
Beraya ke rumah Kubtiah
Akhirnya.............sampai juga aku ke rumah sepupu aku yang satu nie.......
jauh tul...........nuuuuunnnnnnnn di Rawang......
atas lagi Country Home.....
ishk....ishk............
mengenangkan dia sepupu aku yang rapat.....
sampai juga aku ke rumah dia......
Aku g ngan sepupu aku yg satu lagi......Ayu......
dan kami juga la orang pertama yang sampai,
orang pertama juga yang menghabiskan nasi ayam...
orang pertama juga la yang menyepahkan rumah nya.......
kehkehkeh,...........
maklum la...bawa anak memasing........
rumah pun jadi berselerak.......
Thanks kubtiah atas jemputan ke rumah ko.......
kalu nak datang sesaja ke rumah ko tu.....maybe lambatla...
ada hal baru leh datang.........
maklum la....jauh juga umah ko tu....
hehehehe..........
Wednesday, October 15, 2008
Work And Play
Mungkin Anda pernah mendengar pepatah work and play. Maksudnya, di kala Anda bekerja, Anda berseronok.
Tapi, bila bos Anda tahu Anda berseronok, banyak main-main time bekerja, sudah tentu Anda berisiko di buang kerja! Namun bukan itu yang saya maksudkan.
Kita jadi lebih bersemangat bila kita rasa seronok. Untuk menjadikan diri kita seronok, kita perlu lebih banyak ketawa dan bermain. More play!
Kan itu lebih baik dari asyik layan tekanan? Dekatkan diri Anda dengan apa saja yang membolehkan Anda bermain, berseronok dan jadi kurang tertekan.
Jika menyanyi boleh buat anda rasa seronok, maka menyanyilah. Kawal vokal Anda, jangan sampai menganggu orang lain pula. Biar syok sendiri-sendiri saja ya..
Jika bermain games boleh buat Anda jadi seronok, cuba main games ketika time rehat tempat kerja Anda.
Jika membaca membuat Anda rasa dibuai keseronokan, luangkan masa membaca ketika masa renggang Anda. Mungkin novel mahupun manga Jepun menjadi teman baik Anda.
Jika memetik gitar membuat Anda seronok, di waktu rehat cuba main dua atau lima lagu, sehingga Anda rasa seronok. Selepas itu, buat tugasan Anda. Emosi Anda akan bertukar menjadi bersemangat dari biasa!.
Dalam sehari, buat apa yang menjadikan Anda seronok, tetapi jangan tinggalkannya kerana ia ibarat mencabut keseronokan dari diri Anda. Kesannya, Anda akan jadi kurang bersemangat. Kurang syok.
Ini adalah rahsia Google, di mana syarikat gergasi internet tu telah dinobatkan sebagai tempat kerja paling best di seluruh Amerika. Sebab? Google menggalakkan pekerja-pekerja berseronok di tempat kerja dan ketika waktu mereka bekerja.
Tak percaya? Anda boleh baca sendiri di internet dan cari videonya di YouTube. Pekerja Google diberikan makanan percuma, gelanggang bola tampar percuma, games komputer percuma, khidmat massage percuma, rawatan klinik professional percuma dan sudah tentu, pengangkutan percuma ke tempat kerja. Kesannya, mereka kurang rasa tertekan bahkan menjadi cukup seronok, tak sabar tiap kali turun bekerja.
Paling utama, mereka memberikan Google, syarikat tempat mereka bekerja komitmen 100%. Mereka sanggup overtime lama, balik lewat dari tempat dan turun bekerja pada hujung minggu!
Pada wajah mereka terpamer motivasi dan kesungguhan bekerja walau apa jua jenis tugas yang perlu dilakukan. Mahu jadi seperti mereka?
Mahu jadi energetik dan sukakan cabaran? Cari apa yang membuat Anda jadi seronok hari ini juga!
Ada keseronokan, sudah tentu ada motivasi.
Monday, October 13, 2008
Pengemis Buta Dan Rasulullah SAW
Thursday, October 09, 2008
Cinta Syawal
Cinta Syawal "Suatu ketika Syawal terlibat pembicaraan dengan gurunya…. Syawal mempertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab: “Masuklah kedalam hutan, pilih dan ambillah satu batang ranting yg menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang.Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut”. Maka masuklah Syawal ke dalam hutan dan keluarlah Syawal tanpa membawa sebatang ranting pun.Gurunya bertanya, maka jawab syawal: “Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali didepan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yg terbaik. Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa”. Guru itupun berkata: “ Itulah makna Cinta ”. Lalu Syawal pun bertanya apa makna perkawinan. Guru pun menjawab: “ Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pokok yg kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan”.Maka masuklah Syawal ke dalam hutan dan keluarlah Syawal dengan membawa pohon yng tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu indah.Gurunya pun bertanya, maka jawab syawal: “Saya dapati pohon yang indah daunnya, besar batangnya.. Tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan …. Akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya temukan pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini di depan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin bisa merawatnya dan menjadikanya indah”.Lalu sang guru berkata: “ Itulah makna Perkahwinan ”. Begitu banyak pilihan didepan kita seperti pohon pohon beserta rantingnya didalam hutan, tetapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih tidak satu pun akan kita dapati, kerana kesempatan itu hanya sekali dan kita harus terus maju seperti waktu yang bergilir ke depan, yang tidak pernah tersimpan pada hari kelmarin dan bersemayam pada masa lalu kita. Disakitkan-NYA kite sekejap, tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cinta-NYA, disusahkan sedikit agar insaf namun segera di senangkan semula, itulah belaian-NYA. Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang, namun tidak lama kerana kasih-NYA.Dipangil- pangil kepada-NYA, untuk meminta itu dan ini, Tuhan amat melayani hambanya, tapi si hamba tidak peduli langsung!! |
_
Kad Raya dr Teman Tersayang.........
Salam Syawal...........
Puasa Sudah, Raya pun sudah...........
Hehehe.............tradisi menghantar kad raya masih lagi kekal.....
aku ngan teman2 cyber berpakat....
setiap tahun mesti 'melayangkan' sekeping kad dari semua......
kami ber lapan termasuk aku la.......
tp, yg pasti aku akan mendapat 7 keping kad raya.......
tp....setelah habis poser hari tu...hingga saat ini.....
aku hanya terima 5 kad raya aja..........
rasanya lagi 2 x sampai atau pun sangkut dimana2..........
kad raya dari : Mijot, Kak Zua, Tulip, Anis dan Lily
(Kak Chik ngan Nurul x dpt lagi!)
(ni dr dalam kad raya lak......hehehehe)
so....aku ingin mengucapkan Terima Kasih dari teman2 aku ...........
kerana sudi melayangkan sekeping kad walaupun dibeli di kedai untuk ku.........
aku harap, tradisi ini akan kekal sampai bila-bila.......
Selamat Menyambut Hari Raya yek................
Tuesday, October 07, 2008
SMS Raya yang kuterima.........
27/09/08 20:34
Msg berupa MMS.......jadi x dpt la aku nak paparkan.......
Dari Nuyul :
29/09/08 20:15
Kcik2 pNDai brgayE,
Lbh BrgayE jd bUaYe,
sBulaN btpOsEw sKuNk dh rye,
kLw aDe dOsE kirE halah Larh yeRw :-)
caMat aRi rye aidilfitrTi
mAAp zahir & baTin........
Dari Yatt NRE :
29/09/08 21:24
Selamat Hari Raya Aidilftri, Maaf Zahir & Batin
Dari Lina (Indonesia)
30/09/08 00:45
Selamat gari raya idul fitri 1 syawal 1429h.
Minal aidin walfaizin mohon maaf zahir & batin
Dari Lina & keluarga
Dari Syuhaini :
30/09/08 09:03
Slm.......sy mohon maaf ats sgl ktrlnjurn kta&pbuatan scra langsung or
x langsung & mohon hlalkn sgla2nya.jmpt dtg rmh,slmt hr rya maaf zhir btn
-syuhaini-
Dari Mimi (kwn SMPB)
30/09/08 10:00
"kAtAk KeNyAnG lalu TeRtIdur,
gAjAh pitAm lAnTaS tErJaTuh,
aNdAI Tak SaMpAi tAnGaN MeNgHulur,
kUpOhOn KeAmPuNaN dArI jAuH,
SeLaMaT hAri rAyA AidilFiTri."
Dari Farizal (kwn SKJP)
30/09/08 12:48
Dlm rendah hati, ada tinggi budi.
Dlm miskin harta, ada kaya jiwa.
Dlm lembut lidah, ada terlanjur kata.
Dlm gurau & senda, ada khilaf & dosa.
Dlm dugaan ada hikmah + rahmat.
Dlm derita ada bahagia.
Harap dimaafi segalanya.
Slmt Hari Raya & Maaf Zahir Batin dr Farizal
Dari Amat (kwn Forum.Cari)
30/09/08 14:25
Adat Jauh Kata Mengata,
Adat Dekat Puji Memuji,
Andai Ada T'silap Kata,
Maaf Dipinta 10jari
SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRTRI,
MAAF ZAHIR & BATIN
~ Amat ensem @ Mawi
Dari Harwati (kwn NRE) :
30/09/08 15:35
Bertakbir kita d pagi raya.
Bertakbir bersama sanak saudara.
Genap sebuln kita berpuasa.
Mari raikan Syawal yg menjelang tiba.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRTI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
drpd Harwati Rukari
Dari Wai Ching (kwn TALAM) :
30/09/08 17:53
Selamat hari raya aidilfitri.
Maaf zahir dan batin.
Ha ha ha..........
Dari Kak Zua :
30/09/08 18:28
Semarakan kecerian di hari lebaran.
Salam kemaafan di pohon andai ada tersalah laku dan keterlanjuran tutur bicara.
Berhati-hati ketika memandu.
Biar lambat asalkan selamat sampai ke destinasi.
Ingat insan tersayang.
Anda mampu mengubahnya.
Salam sesuci syawal.
Maaf Zahir & Batin.
Bingkisan ikhlas dari Zua sekeluarga.
Dari Farid (kwn TALAM) :
30/09/08 18:34
SELAMAT HARI RAYA DAN MAAP ZAHIR DAN BATIN 2008
Dari Mia (kwn Forum.Cari) :
30/09/08 19:43
Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir & Batin
*sbenarnya message dia beropol2..tp x dpt nak paparkan
Dari RHB Islamic Bank :
30/09/08 19:57
Selamat Menyambut 1 Syawal 1429H.
Maaf Zahir Dan Batin
- Daripada Lembaga Pengarah, Pengurusan & Kakitangan RHB Islamic Bank.
Dari Hadzli (kwn Kursus Induksi) :
30/09/08 20:03
Berlalu ramadan, syawal pun tiba.
Disambut penuh gembira.
Berbagai juadah di atas meja.
Buat ttmu menjamu selera.
10 jari ku tadah, kemaafan ku pohon jua.
SELAAMT MENYAMBUT HARI RAYA DARI DELI & FAMILY....
Dari Iskandar (kwn SKJP) :
30/09/08 20:04
Bl raya line bz giler.
Msa 2 maki pn x gne.
Maxis, Celcom,DG, sumEnya smA.
Org bijak xpyh tgu raya,
ucAp skrg pn blh je.
SLmT haRi RAYA MAAF ZAHIR&BATIN.
Iskandar.
Dari Faizul (kwn SKJP) :
30/09/08 20:05
Ampun dan maaf d pinta jika slma ini ada melakukan kesilapan dan terkasar bhasa dgn ucapan
"SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLFiTri Maaf ZaHiR DaN BaTiN"
- faizul dan isteri-
Dari Izuan (kwn SKJP) :
30/09/08 20:53
Salam lebaran penuh kemaafan
tulus ikhlas drpd,
izuan, yati & baby arissa sofia
Dari Faizah (kwn SKJP) :
30/09/08 20:57
Anak itik blari2,
jatuh tsungkur tsepak tin,
slmt hari raya aidilfitri,
mohon maaf zahir & batin.
Dari Ina (kwn SMPB) :
30/09/08 21:28
Andai tersilap kata,terkasar bahasa harap dimaafi.
Selamat hari raya aidil fitri.
Maaf zahir batin
- nazri & norazalina (ina)
Dari Kak Zu (kwn NRE) :
30/09/08 21:08
WaLaU LaNgKaH TaK BeRTemU,
TaNgAN TaK BeRjAbAT,
UcAp Tak TeRdEnGaR,
MaTa TaK BeRtAtAp,
TapI IzInKaN HaTi MeMoHoN MaAf,ZaHiR & BaTiN..
SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLfITrI..
Dari Nanie (kwn NRE) :
30/09/08 23:12
Berakhir sudah bln Ramadhan,
Kini tiba Syawal yg dinanti,
Salah & Silap hrp dimaafkan,
Moga bergembira di Aidilfitri......
Selamat Hari Raya
-nanie-
Dari Micheal (kwn TALAM) :
01/10/08 00:06
Selamat hari raya maaf zahir dan batin.
Regards Micheal
Dari Shahila :
01/10/08 01:21
Pelita Di pasang penarik seri,
RAMADHAN Diganti Si aidilfitri,
msj pendek pgganti diri,
tanda kawan sentiasa diingati.
SELAMAT HARI RAYA IDILFITRI
maaf zahir *some text missing*
(msg x lengkap...hehehehehe)
Dari Nadia :
01/10/08 02:13
Pejam CeLiK pejam CeLik dh LMa x Jpe,
Pejam CeLiK Dh 30 Ari pOSe,
Makin dPejam CeLiK,
MaKin byK SalAh&dOsA,
SemeNTaRa MasIH CeLiK,
Byk3LaH BuaT PaHaLa,
SbLM pJaM x CeLiK2 HaRaP MaAf jiKA RsLh kAtA..
sLmT HaRi RaYa.
MaaF ZahiR Batin..
From Nadia & family
Dari Tulip :
01/10/08 02:21
Seiring beduk yg bergema
seruan takbir yg berkumandang
ku aturkan salam aidil fitri
jika ada kata serta khilaf ku memberkas lara
mohon bukakan pintu maaf........
Dari Mijot :
01/10/08 07:30
> Bicara kadang2 tak t'jaga..
> Janji kadang2 t'abai..
> Hati kadang2 b'prasangka.....
> Sikap kadang2 menyakitkan.....
Hidup ini m'jadi terlalu indah jika msh ada rasa kemaafan di antara kita..
Selamat Hari Raya Aidil Fitri...
Maaf zahir & batin
Dari Balqis (kwn SMPB) :
01/10/08 09:07
WaLaU LaNgKaH TaK BeRTemU,
TaNgAN TaK BeRjAbAT,
UcAp Tak TeRdEnGaR,
MaTa TaK BeRtAtAp,
TapI IzInKaN HaTi MeMoHoN MaAf,ZaHiR & BaTiN..
SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLfITrI..
-Balqis n family-
Dari Aza (opis Tourism) :
01/10/08 10:32
Selaamt Hari Raya.
Maaf Zahir Batin.
Sorry for everything.
~azahani~
Dari Feeza (kwn Group) :
03/10/08 16:48
Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa.
Dalam kelembutan lidah, ada keterlanjuran kata.
Dalam gurau & senda tentu ada salah dan dosa
Oleh itu mohon dmaafi segalanya.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR&BATIN.
Semoga dirahmati ALLAH SWT sepnjng masa
- feeza,shahril,aqil
____________________________________________________________________________________
Kepada yang sudi menghantar SMS pada aku,
aku ucapkan TERIMA KASIH la bebanyak.........
pada yang x dapat balasna dari SMS aku tu pulak.....
aku memohon kemaafan......
maklum la........bertubi2 msg masuk la.........
sms jer baru 31, belum kira yg wat panggilan telefon......
samapai x larat nak balas........
dan maklum la.....aku ni pakai prepaid.......
credit pun cepat jer surut.....
kehkehkeh................
Terima kasih kerana ada yangmasih mengignati aku,
walaupun aku dh lama x berhubung dengan kalian....
Terima kasih seklai lagi......dan
dikesempatan ini......aku ingin mengucapkan
"Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin untuk semua"
Wednesday, October 01, 2008
Gaya Raya
Seronok tahun nie beraya.......
ialah..anak pun dah besar..
masing-masing dengan gaya tersendiri......
dah pandai melaram dah.......
yang si adik pun dah pandai...
dengan songkok, sampin.......
abang nyer???adesss...sekejap jer..
lepas tu sumer dh ilang.....
hehehe..........
Habis satu kampung g beraya,.....
tapi tula....rasa singkat la raya tahun nie..
macam terkejar2 rasanya........
masih lagi ada rumah yang x dapat datang beraya.....
x perla.......kalu hari lain pun leh datang kan??kan??
Selamat Hari Raya...........
hehehehe