Thursday, August 21, 2008

Cerita bermula dari huruf K

Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam, "Kenapa kau ketip kuku kaki kau,Ketam... kenapa?" Ketam kata,
"Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut... kakakku kata, kalau kukuku kelurut, kita kena ketiplah!"

Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan, "Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?"
Ketam ketawa, "Kah..kah..kah. .kah..kih. .kih..kih. .kih.. Kuh..kuh..kuh. .kuh!! Kodok.. Kodok.. kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan? "

Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?"
Ketam kata, "Kelakar."
"Kelakar ke kurang-ajar? " kata Kodok. Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok ketok kepala ketam kuat kadar kilat.

"kelekuk ! kepala Ketam kebengongan kerana kena ketukan Kodok.
Ketam kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau ketok kepalaku? Kan kesakitan." Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepalanya kena ketok.

P/S:
Kalau kiranya korang kerja, kembali KERJA!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...