Friday, August 22, 2008

Kegilaan di dalam dunia blog

Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati sekalian, kali ini aku ingin berkongsi beberapa kegilaan yang wujud sama ada kita sedar atau pun tidak di dalam dunia blog yang semakin hari semakin mendapat perhatian di kalangan para ahli politik wang, artis, selebriti, personaliti, pelajar dan sesiapa sahaja. Pada pandangan saya, berikut adalah kegilaan yang wujud.

Gila spam - blogger jenis ini memang suka melakukan aktiviti singgah dan pergi, send to all, forward to all dan berbagai-bagai cara lagi untuk mendapatkan perhatian secara paksa.

Gila trafik - blogger jenis ini terbahagi kepada dua iaitu sampah dan kualiti. Ini kerana ada blogger yang sukakan trafik dalam masa yang sama mengambil berat akan isi kandungan yang dihidangkan dan satu jenis lagi tulis je apa yang dia rasa boleh dapat trafik, kualiti posting belakang kira.

Gila duit - blogger jenis ini pula begitu aktif dan tekun menyertai pelbagai skim dan program yang boleh mendatang duit melalui blog. Impiannya cuma satu, mendapatkan seberapa banyak wang. Er..pembaca sila klik iklan di tepi tu ya. (contoh je ni)

Gila promote - blogger jenis ini pula banyak kita lihat berada di shoutbox dan di ruangan-ruangan komen. Ayatnya simple-simple sahaja yang penting ada tinggal jejak di situ dengan harapan ada orang perasan dan ingin menekan link yang ditinggalkan tersebut

Gila theme - blogger jenis ini amat rajin menjelajah ke setiap pelosok website dan blog semata-mata mencari wordpress theme yang diidam-idamkan dan mereka tidak pernah puas dengan theme yang dimiliki. Kesannya dapat dilihat apabila sesebuah blog tu menukar wordpress theme nya setiap 1 jam!

Gila posting - blogger jenis ini juga wujud dikalangan kita. Manakan tidak duduk dihadapan komputer dan menulis menulis dan menulis menulis dan publish. Siapa ada rekod peribadi posting entri blog lebih 50 kali sehari tanpa copy and paste?

Hm..perkataan gila tu rasanya agak kasar la pulak. OK saya tukar bukan gila tetapi Semangat. Er..ada lagi tak semangat-semangat lain yang saya tak sebut?

*dipetik dr http://vangardx.net/blog/kegilaan-di-dalam-dunia-blog/

2 comments:

  1. huhu..blogger tu link ke aku nyer plak..terasa terasa

    ReplyDelete
  2. sumijelly7:06 PM

    adess....sekali tuan dia wat spot check la pulak....
    hehehehe.............

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...