Friday, March 28, 2008

HATI

Nah, ambil la benda ni. ..Apa ni?
Ini adalah hati...Hati aku.....

Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?
Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku....Kau lebih dari seorang kawan..
Terima kasih... . ianya bererti. Aku terlalu menghargainya.
Oh ye ke... tapi maaf....Untuk apa?
Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya.....Cuma sebahagian saja...

Maksud kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.....Dan aku tak pernah beri kesemuanya. Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.....Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.

Mistik? Kelakar bunyinya...
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya....Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.
Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ianya bukan satu benda yang percuma. Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja. Insan yang istimewa. Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri aku terlalu percayakan kau.

Aku insan terpilih?
Ya, kau yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.

Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada orang yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnya terlalu mistik!

Cuma satu saja yang kau tak mengerti. Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu.....Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika... sehingga hatinya pulih seperti sediakala....Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianya lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu kembali indah........

sumijelly

Aiskrim agen pemujuk paling berkesan

Photobucket

Photobucket

Photobucket




Aiskrim agen pemujuk paling berkesan

“Adik jangan menangis ya, nanti mama bagi aiskrim”. Petikan di atas merupakan salah satu dialog biasa yang kerap digunakan untuk memujuk seorang anak supaya berhenti menangis.

Sedar atau tidak aiskrim sering kali dijadikan objek sejak zaman berzaman untuk menarik perhatian seorang kanak-kanak.

Tidak kira apa jenis aiskrim sekalipun asal rasanya manis, sejuk dan bercirikan ais, ia menjadi satu agen pemujuk yang paling berkesan untuk semua kanak-kanak di seluruh dunia.

Seperti kebanyakan perkara di dunia ini, aiskrim turut mengalami evolusinya sendiri daripada sebagai ‘umpan’ untuk kanak-kanak, kini menjadi sebahagian daripada ‘pemanis’ dalam gaya hidup bagi orang dewasa.

Sebagai contoh, jika dulu bunga dan coklat sering dikaitkan dengan Hari Kekasih, tetapi peredaran masa telah merubah trend tersebut di mana pasangan tidak kira sama ada kekasih mahupun sahabat, menzahirkan perasaan kasih sayang mereka dengan menikmati aiskrim.

Ini kerana keunikan aiskrim itu sendiri yang rasanya manis, warna menarik serta cara ia dihidangkan dengan eksklusif telah menjadikan ia simbol baru pada pesta menyambut Hari Kekasih.

Tambahan pula, terdapat pelbagai perisa aiskrim yang dicipta khas untuk golongan dewasa sesuai dengan cita rasa terkini seperti tiramisu, cappucino, kopi, pudina, teh hijau serta beberapa perasa lain yang menepati selera orang dewasa.

Kenikmatan aiskrim bukan sekadar dapat dirasai dengan lidah, malah ia juga turut dirasai oleh mata.

Ini kerana, pelbagai aiskrim telah banyak digubah daripada konsep asalnya yang dilengkapi dengan hiasan atas atau topping , biskut coklat, kon, coklat bersalut (seperti Smarties dan M&M), perahan pati pekat buah-buahan yang berwarna-warna, cip coklat serta lain-lain lagi aksesori untuk menaikkan lagi seri sesebuah aiskrim tersebut bagi menepati cita rasa penggemarnya yang pelbagai serta mood yang berlainan.

Maka amat sesuai ungkapan dari mata turun ke hati, iaitu menggunakan aiskrim sebagai umpan untuk memikat hati wanita.

Percaya atau tidak, terdapat aiskrim yang mencecah harga puluhan ringgit untuk menikmatinya sekadar tiga atau empat ceduk (scoops).

Ini kerana ia mengandungi khasiat-khasiat tertentu yang berkualiti dan direka untuk golongan-golongan tertentu.

Ada juga aiskrim yang telah diadun khas dengan aroma dan perisa tertentu serta dilengkapi pelbagai aksesori di bawah jenama terkenal dan mempunyai nilai yang tinggi.

Aiskrim bukan sahaja terasa lebih ‘enak’ dinikmati berdua ketika memadu cinta, malah ia juga amat sesuai untuk dinikmati oleh seisi keluarga.

Aiskrim yang didatangkan dalam bentuk mangkuk yang besar serta mudah disimpan dalam peti sejuk sering menjadi pilihan utama untuk dinikmati bersama keluarga terutama ketika waktu senggang.

Penyediaannya yang ringkas, cepat dan mudah sering menjadikan ia menu utama pilihan kaum ibu.

Kenali diri anda.........

Adakah anda cukup mengenali diri anda sendiri? Ikutilah tips yang telah dibuat oleh Dato' Dr. Fadzilah Kamsah melalui kajian beliau.

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 23 Februari 1974 (23 02 1974)

Langkah 1:
Mula-mula lihat kotak pertama, iaitu 23. Tambahkan setiap angka, 2+3=5. Untuk kotak pertama nilainya adalah 5.

Langkah 2:
Kemudian campurkan kesemua angka yang ada,
2+3+0+2+1+9+ 7+4=28
Jika hasil lebih daripada 9, campurkan lagi angka-angkanya sehingga menjadi satu angka sahaja,
2+8=10

Jika hasil masih lebih daripada 9, campurkan lagi angka-angkanya sehingga menjadi satu angka sahaja,

1+0=1

Langkah 3:
Campurkan hasil dari Langkah 1 dan Langkah 3,
5+1=6
Langkah 4:
Selepas itu lihat jawapan di atas, maka jawapannya adalah...

5. Boleh Berbincang
1. Pemimpin
6. Angin

Maka anda sudah mencerminkan diri anda sendiri. Mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda tanpa diketahui dan mana tahu mungkin satu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi orang yang berguna...

tazkirah pagi ini...........

SEKADAR PERINGATAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM....


Ilmu utk dikongsi bersama :
Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang
sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallah
hi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim
salam assalamualaikum pada Anis ye" contoh lerr..
Bukannya : "Kirim salam kat Anis ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun
sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

Subject: "Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Assalamu'alaikum

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan
"A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan
Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan
perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah
kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform
A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk
orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud
'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA
DIAMALKAN.

kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni....

Thursday, March 27, 2008

cube cebut...........

catu cenje, ciput cia-cia came copot
cambil cari cengkerik. ciput
cuke cia-cia came copot cebab copot
cahabat ciput.

cemace ciput came copot cari cengkerik,
ciput cakcikan catu cahye
cerah. cahye cerah ciput cakcikan cangat
cerah campai ciput came
copot
cilau.

cahaye cerah cube culik copot. ciput
cangat cuak. ciput
cepat-cepat camba copot cebelum cehaye
cerah cempat culik copot.
copot
cangat cuak came. ciput came copot
cepat-cepat cari chelter cambil
cepat-cepat cembunyi.ciput came copot
cembunyi cenyap-cenyap cupaye
cahaye cerah cucah cari ciput came copot.

ciput cakap came copot, "chuuu...
chuuu... cenyap... cenyap
copot...". copot cambung cakap, "copot
cudah cenyap... ciput cenyap
camelah...".celepas cejam, cahaye cerah
cudah chow cebab cucah cari
ciput cape copot.

ciput came copot cangat cuke cebab
cahaye cerah cudah chow. copot
cenyum cambil cakap, "copot cayang ciput
cebab ciput celamatkan
copot...". ciput cenyum cambil chow came
copot...
cekian...

LAWAK UNTUK HARI INI

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dg niat nak tarbiyah depa ni.



Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.



Si Alipun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .



Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu kesurau.



Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dg segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.



Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg..



Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.



Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"



Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.



Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...



Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,



"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang.


He heee..."


Tok imam pun terkedu & terpana...










Suami cerewet – lihat dari sudut positif

Sikap cerewet biasanya dikaitkan dengan wanita. Cerewet bab makan, penampilan mahupun kebersihan adalah paling sinonim dengannya. Malah kerana terlalu cerewet suami sendiripun naik rimas dibuatnya. Tapi jangan sangka sikap cerewet ini hanya ada pada wanita. Lelaki juga tidak ketinggalan, malah kadang-kala tahap kecerewetan mereka lebih 'parah' daripada wanita.


Ada lelaki yang cerewet bab berpakaian, sebagai contoh pakaian mestilah sentiasa kemas, semua pakaian termasuk t-shirt perlu digosok. Tak kurang pula yang cerewet mengalahkan wanita tentang makanan. Tak boleh terlebih masin dan tak boleh terlebih manis, hidangan pula tak boleh sama setiap hari. Kalau tak kena dengan selera mulalah dikomen bermacam-macam hingga naik panas telinga dibuatnya.



Situasi ini mungkin dialami oleh sebahagian isteri di luar sana. Ada yang boleh bersabar dan mengikut saja tapi tak kurang juga yang memberontak sendiri dalam hati. Sekiranya inilah yang anda hadapi setiap hari, di sini disertakan tip terbaik buat anda berhadapan dengan kecerewetan sang suami.



Teliti tahap kecerewetannya



Tidak semua kecerewetan suami adalah perkara yang negatif. Sebagai contoh, apabila suami mengomel tentang urusan memasak tapi bersedia membantu anda di dapur. Maka hal ini mungkin tidak menjadi masalah buat anda.



Tetapi sekiranya suami asyik memberi komen tentang masakan anda tidak enak dan tidak kena dengan selera namum tidak pula mahu membantu, sudah pasti anda akan terasa hati. Sebagai isteri, komentar sebegini akan membuatkan anda merasa bahawa anda bukanlah isteri yang baik untuk suami anda.



Anda perlu tenang dan bijak dalam menghadapi sikap suami yang sebegini. Apapun bentuk kecerewetan pasangan, anda telah memilih dan menjadikannya pasangan hidup. Sekiranya sikap cerewet suami anda itu masih dalam tahap normal dan masih boleh anda tangani, maka tidak perlulah dibesarkan. Hadapi saja dengan sikap positif dan hati yang terbuka. Namum jika suami cerewet mula mengomel sesuatu yang pada akhirnya mengganggu kehidupan dan perasaan anda, maka situasi ini perlu dibincangkan sebaik-baiknya melalui jalaan perundingan. Cari jalan penyelesaiannya dengan cara meluahkan kepada suami bahawa anda hanyalah manusia yang tidak lepas dari kesalahan dan kekurangan. Sebagai pasangan, dia perlulah menerima segala kelebihan serta kekurangan anda.



Renungkan kata-kata suami



Sikap cerewet suami yang kadang-kala tentang hal remeh-temeh memang sesuatu yang menyebalkan tapi mahu tak mahu harus anda hadapi. Namun sekiranya anda sudah tidak tertahan menghadapinya dan sakit hati, cubalah untuk berdiam diri seketika dan renungkanlah kata-kata atau komen suami anda.



Mungkin disebalik komentarnya ada aspek positif yang cukup berguna buat anda. Cuma mungkin cara penyampaiannya saja yang kurang halus hingga mebuatkan anda menganggapnya terlalu cerewet.



Selain itu, anda mungkin juga boleh memandang bahawa komen suami itu perlu juga untuk mengingatkan anda terhadap hal-hal yang mungkin anda terlupa. Dalam pada itu, cubalah anda renungkan bahawa seburuk mana pun komen pasangan anda, percayalah bahawa dia sebenarnya tidak bermaksud menyakiti hati anda. Mungkin kadang-kadang anda tidak dapat terima dengan semua komennya.



Jika memang ada sikap cerewet suami yang menyakitkan dan dikomen dengan cara kasar, jelaskan bahawa anda tidak dpat menerima jika diperlakukan sebegitu. Tapi pastikan anda meluahkan perkara tersebut dengan cara yang tenang dan bukannya dalam keadaan marah dan emosi.



Kesan jika terlalu cerewet



Sekali-sekala suami bersikap cerewet mungkin boleh diterima tapi jangan lakukannya terus-menerus atau membabi buta. Ia akan menimbulkan kesan psikologi yang berat buat pasangan.



Isteri terutamanya yang tidak pandai meluahkan perasaan pasti akan makan hati dengan sikap suami begini. Sikap suami cerewet yang asyik dipendamkan dalam hati akan meletup jua, suatu hari nanti. Namun kesannya suami cerewet bukan hanya setakat itu saja, ia juga akan meberi kesan pada aspek lain dalam diri isteri seperti:



1. Hilang nafsu seks : Akibat terlalu sering dikomen, isteri mungkin akan berasa rendah diri hingga menjejaskan hasrat untuk brsama dengan suami di ranjang. Isteri akan hilang ghairah kerana berasa tidak setaraf dengan pasangannya.



2. Tertekan : Kata-kata suami yang merendahkan, sedikit sebanyak akan membuatkan isteri berasa tertekan. Seolah-olah segala apa yang dibuat serba tidak kena di mata suami. Isteri juga akan berasa keliru dan kesal.



3. Hilang keyakinan diri : Perasaan rendah diri sekali gus akan menyebabkan tahap keyakinan diri seseorang mula menghilang. Pasangan yang merasa terus-menerus dipersalahkan, dalam tahap yang lebih ekstrem dia kan merasa rendah diri. Tidak hanya di hadapan pasangannya, tapi juga dengan orang lain di persekitarannya.



4. Cemas dan takut : Sikap cerewet suami juga boleh menyebabkan isteri berasa takut-takut dan tidak tenteram. Sebagai contoh, jika suami cerewet bab kebersihan rumah, isteri mungkin akan berasa cemas tatkala suami berada di rumah. Cercaan, cemuhan dan omelan daripada pasangan seolah-olah nasib yang harus diterimanya.







Satu jenaka yang dipetik dari internet untuk mengatasi masalah suami cerewet:


To deal with the grumpy ones, sometimes this is the best remedy…




He didn't like my pudding, and he didn't like my cake,
My biscuits were too hard, not like his mother used to make.
I didn't perk the coffee, and I didn't make the stew,
I didn't mend his socks like his mother used to do.




As I pondered for an answer, I was looking for a clue.
So I turned and boxed his ears, like his mother used to do.



(author unknown)

Tuesday, March 25, 2008

LAWAK - ANTARA SEBAB GAGAL INTERVIEW

A- Penemuduga
B- Orang yang ditemuduga

SITUASI 1
A : Ada boyfriend?
B : Ada .
A : Dia bekerja dalam negara ke?
B : Oh tidak. Dia bekerja di luar negara.
A : Maaf, syarikat kami tidak boleh terima kamu bekerja di sini.
B : Mengapa ?? (nada terkejut)
A : Emm. kamu mesti tidak akan lama bekerja di sini dan yang paling penting syarikat tidak akan mampu membayar bil panggilan antarabangsa kamu .

SITUASI 2
A : Kamu ada teman wanita?
B : Tiada.
A : Tak cuba untuk dapatkan seorang ke?
B : Pernah mencuba tapi tak berjaya.
A : Pernahkah kamu terfikir untuk mendapatkan kerja terlebih dahulu
dan kemudian barulah mencari teman wanita.
B : Saya mementingkan kerjaya dan buat masa sekarang saya tidak
mahu memikirkan perkara (cinta) tersebut. Itu urusan peribadi.
A : Nampaknya saya tidak dapat menggaji kamu.
B : Tapi kenapa encik?
A : Kamu lemah kemahiran berkomunikasi dan tiada keyakinan diri,
itu saja.

SITUASI 3
A : Kamu nampak cantik dan bergaya. Tentu kamu sudah mempunyai
teman lelaki kan??
B : (Tersenyum bangga). Emm ya saya.
A : Sudah tentu dia seorang yang kaya (sambil mengurut janggut).
B : Tuan memang bijak. Dia antara yang terkaya dalam negara ini dan
memiliki syarikat besar.
A : Oo begitu rupanya. Cik maaflah saya tidak dapat menerima kamu
bekerja di sini kerana teman lelaki kamu sendiri pun tidak menerima
kamu bekerja di syarikatnya. Ini kan pula saya.
B : Tapi..tiada jawatan yang sesuai dengan saya di syarikatnya.
A : Jadi apa jawatan yang sesuai dengan kamu?
B : Setiausaha.
A : Maaf sekali lagi. Kamu tidak layak bekerja di sini kerana
kecantikan kamu akan menjejaskan semangat kerja pengurus kami.
B : Tapi saya bukannya cantik sangat pun encik.
A : Haa.lagi bermasalah sebabnya pengurus saya pasti tidak berminat
dengan kamu
B : Gulp.

SITUASI 4
A : Ada girlfriend?
B : Ada.
A : Cantik tak dia?
B : Biasa je.
A : Hmm.maaflah kamu tidak layak bekerja di sini.
B : Tapi kenapa encik ?
A : Syarikat kami terlibat dalam perniagaan berkaitan seni dan
memerlukan seseorang yang berseni. Tetapi kamu langsung tidak
mempunyai ciri-ci ri tersebut. Teman wanita pun biasa je.
B : Haa.(melopong)

Memori ketika kecil.........


Lokasi : depan TV kat rumah lama
Photobucket


hehe...........sedang aku belek2 album gambar .......
aku terpandang gambar lama........
gambar masa aku kecik-kecik.....
gmbr ketika umur aku 5 tahun (aku rasala.....)

Lokasi : dalam rumah, mengadap tingkap..
Photobucket
(dari kiri : angah, abang mak (aku atas riba mak), ayah dan kak ida)

hehe.....ni gambar masa aku duk rumah setinggan, kg pandan.
masa nie sumer ada..KECUALI adik aku Norfa...
masa nie dia lum muncul..
aku rasa masa nie umur aku dalam 3 tahun kot........
comel x aku..............hehehehe

Lokasi : depan rumah , bawah pokok nangka
Photobucket
(ni gmbr depan rumah lama aku)

ni gmbr masa aku dh besar sikit la.....
rasanya dalam umur 4 or 5 tahun kot..
Norfa masa nie rasanya br lahir la....
dia duk dalam umah...sbb masih kecik......


Lokasi : kat kg, bawah rumah kayu...
Photobucket
(dari kiri : Ayah, kak ida, uka , AKU, akek, apis, mak dan ayu)

masa nie kat kampung aku....
kg Beranang, Jalan Enam Kaki.........
ambik gmbr ramai2 ...
masa nie..seronok sgt.semua sepupu ada.....
rasa cam nak kembali ke zaman lama jek......

Setelah 4 tahun berlalu...........

Photobucket

hehehe.............ni nak citer la cikit kan....
mesti korang pelik.....
asal la aku g tayang tiket wayang nie......hehee........
nak dijadikan citerla kan.....

hari tu aku Emergency Leave.....
ada lah masalah teknikal........
aku ngan suami aku cuti sesama la pulak tu.........
dh settle problem.......x tau nak buat apa.......
anak2 pun dah aku htr kat TASKA......

di sebabkan ada masa terluang......aku pun cadang la.....
ajak g tgk WAYANG.......
lagi pun dh lama x tgk wayang...
rasanya..... aku tgk pun sebelum kawen kot.
huhuhu......punya la lama........
nak pulak anak ada.....lg la x leh tgk........

puas la pikir nak tgk citer apa........
aku pun main redah jek g panggung wayang tu..
sempat la sms kat member aku tanya pasal harga tiket wayang......
dh lama x tgk wayang la katakan.........

cari punya cari...........
aku pilih citer JUMPER.........
yg mana ketika itu...tgh hot diperkatakan.....
okla citer JUMPER.....cuma x pueh hati...
ending nya...habis x best langsung.......
hehehe............

apa-apa pun........dpt la aku kuar berdua ngan suami aku..
lama x berdua.nak pulak tgk wayang...
hehehe......

Friday, March 21, 2008

Kursus Induksi Umum di Bagan Lalang

hehehe............hari tu g kursus kat Bagan Lalang, Sepang.
Selama 9 hari......
memula tu...malu..segan..dan sopan...
dah kenal........kuar sumer perangai memasing...hehehe

seronok beb......maklumla...
lepas dari tekanan kerja.......
aku??biasala.....semua aku layannnnnn............

Photobucket
(ni gambar siri 2..ramaikan...)

ni gmbr masa terakhir kursus........
seramai 68 org.....berbagai jabatan.....
tapi di dalam 1 kementerian.....

Photobucket
(amoi, ina, diana dan aku)

hehehe.........ni group aku la.
sempat tu berposing sementara tunggu Fasilitator muncul.....
masa nie dah rapat sikit dah....
dah mula berkenal-kenalan..........

Photobucket

ni kumpulan aku...
kumpulan A1..heheheeh.
ni idea Amoi la nie..
dia yg terfikir.
yg lain sumer tgh blur.hahahaha
aku? lagi la blur...hahahaha

Photobucket
pergghh.sempat lagi berposing tu.
derang nie kan.
pantang nampak camera.
ada jek gmbr derang...hehehehe


Photobucket
ini acara sukan lak...
penat woo...........
so.masa tuk bergambar la pulak............


Photobucket
mandi time.............
hehehe...time nie memang best giler........
mandi sambil menyelam...
hehehe............masa nie budak pompuan jek concer..
lelaki tidak dibenarkan joint....
hahahaha.......


Photobucket
makan time.............masa last day.
makan BBQ......
sumer tgh lapor.
tunggu makanan.......


Photobucket
hehehehe.......makan pun smpt lagi posing tu......
peace...........

memang best giler la.
dapat kawan sambil menambah ilmu di dada...
kepada kawan2 yg sempat ku kenali.
selamat bekerja dengan bersungguh2..
hehee.......kalu jumpa tgh jalan.
jgn x tegur yek.....

~peace~

Monday, March 17, 2008

Hari Persandingan.........

~ Bersanding ~ 08 Mac 2008 ~ Sabtu ~

Photobucket
(tgh menunggu pihak lelaki sampai)

sayang nya......aku lambat dtg.....
aku suh Norfa tolong ambik kan gmbr.
tu pun guna camera hp.......
tu pun sebaik ada HP..
kalu x......nak ambik ngan apa yek??hehehehe

Photobucket
(tgh tgk org bersilat la tu.......dok senyum2 tu.......)

Photobucket
(ni atas pelamin la.........)

Photobucket
(tukar baju la pulak.....nak potong kek.....)

Photobucket
(amboi...senyum lebar nampak...hehehe)

Photobucket
(bagai pinang dibelah dua...)

semoga akek bahagia ke akhir hayat........
nanti lekas2 timang anak yek......
leh aku g melawat.
hehehhuhuhu...........


Sepupuku Kawen.........

~NIKAH~ 07 Mac 2008 ~ Jumaat~

Hari Jumaat tu hari, sepupu aku kawen......
Hari Jumaat..esoknya lak..HARI MENGUNDI.......
hehehe.......sebaik kat Kg jek......

Photobucket
(Berdebar2 menuggu di akad nikah......)

Lawa sepupu aku setelah dimekapkan........
Jadi Raja sehari..mesti la lawa.......

Photobucket
(acara mebatalkan air sembahyang......dengan seutas rantai tangan......)

selesai juga acara akadnikah.........
selamat.............sah la menjadi suami isteri.......

Photobucket
(acara menyerahkan mas kawen.....)

standard la..mas kawen negeri Selangor RM80 tunai!!.....
heheehe............belila yg pepatut yek...
jgn lak g belanja.......hahahaha......

Photobucket
(ni 3 sepupu.....sama umur......)

ni gmbr kami bertiga......masa memula aku kawen......
masing2 menunding jari.lepas nie siap..lepas tu siapa lak......
akhirnya.......sumer dh kawen........
memula aku, lepas tu koptiah, kendian br la akek.......
cuma ayu jek x der dlm gmbr....sbb dia tgh pantang bersalin......
hehehehe.............



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...