Showing posts with label Hari-hari terpilih. Show all posts
Showing posts with label Hari-hari terpilih. Show all posts

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul 1431H


Salam Maulidur Rasul 1431H kepada sumer pembaca dan kengkawan sumijelly.com



Selamat berhujung minggu yek.... hari ni hari jumaat...seok sabtu kendian ahad..

senin kerja la balik yek..hehehehe,..........

Thursday, February 25, 2010

Setahun sudah anak ku!

img



Hari ni 25.02.2010 genap la usia Zulfadhli SETAHUN!

Yer..sudah setahun rupanya... cepat sungguh masa berlalu.. sudah membesar si kecik ini yek..

img



Gamba rini ketikaberusia 9 hari.. masa ni aku dh pulan g ke rumah.. my IR yang mandi kan dia.. aku tukang jirus jer..hehehe

Ingat lagi aku ketika ia di lahirkan.. kecil jer... comel jer. dan masih kemerah-merahan lagi..

Oh ya..anak aku di lahirkan secara pemedahan, sbb di asongsang dalam kandungan.. kiranya 25.02.2009 tu, aku dtg ke Hospital Kajang menyerah diri la..hehehe

img



Gambar ni pula ketika berusia 2 bulan 14 hari..

Masa nie dia dh celik dn mula lasak... comel jer bila di bedung..tp sekejap jer..pas tu meronta2 nak bebaskan tangan..hehehe

sebaik aku menyambung cuti lagi 30 hari kerana nak bersama lebih lama ngan Zulfadhli..hehehe

img



Gambar ni ketika berusia 11 bulan...

tgk..tgk..cepatkan dia membesar.. x sangka betul..

geram aku nengok gelagat nya.. dan alhamdulilah..sehingga sekarang.. masih lagi menyusu badan.. aku harap dapat teruskan penyusuan untuk anak aku nie..

img



Semoga anak aku akan membesar...membesar dan memebsesar serta menjadi anak yang dapat membantu ibu dan ayahnya ketika dewasa kelak.

Semoga menjadi anak yang berguna dan di sayangi oleh semua org...

Ibu sentiasa mendoakan yan gterbaik untuk anak2 ibu... semoga ceria dan sihat selalu serta di panjang kan usia wahai anak aku..

img




Selamat Hari Jadi Zulfadhli yang Pertama!



p/s : Oh ya..hari ni aku bercuti, sbb bawa Zulfadhli Check Up SETAHUN. Hadiah di hari jadi adalah SUNTIKAN SETAHUN...hehehehe

Sunday, February 14, 2010

Happy Chinese New Year 2010

Yer.. di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada kengkawan aku yang menyambutnya.

Tahun ini adalah tahun HARIMAU

Harimau ialah bintang haiwan yang ketiga dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Bintang harimau dilambangkan oleh dahan duniawi.



CNY

Tahun-tahun dan Lima Unsur

Sesiapa yang lahir dalam mana-mana lingkungan tarikh berikut boleh dikatakan lahir pada "Tahun Harimau," serta juga membawa lambang unsur yang berikut:

  • 8 Februari 1902 - 28 Januari 1903: Harimau Air

  • 26 Januari 1914 - 13 Februari 1915: Harimau Kayu

  • 13 Februari 1926 - 1 Februari 1927: Harimau Api

  • 31 Januari 1938 - 18 Februari 1939: Harimau Tanah

  • 17 Februari 1950 - 5 Februari 1951: Harimau Logam

  • 5 Februari 1962 - 24 Januari 1963: Harimau Air

  • 23 Januari 1974 - 10 Februari 1975: Harimau Kayu

  • 9 Februari 1986 - 28 Januari 1987: Harimau Api

  • 28 Januari 1998 - 15 Februari 1999: Harimau Tanah

  • 15 Februari 2010 - 3 Februari 2011: Harimau Logam

  • 2022 - 2023: Harimau Air


Siapa yang melahirkan anak pada tahun ini , di kategori HARIMAU LOGAM. hehehe...

Cuti selama 3 hari ni akan terasa panjang... maka manfaat kan la cuti dengan sebaiknya... aku juga sudah lama x dpt limau sekotak..dulu masa kerja tempat lama dpt berkotak2.. hehehe

apa2 pun semoga sumer bergembira di hari cuti yg panjang ini.. pada yang berjalan jauh.. utamakan keselamatan.. pada yang lain, selamat bercuti yek.....!!

SELAMAT TAHU BARU CINA!


Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-6


Ulang tahun perkahwinan merupakan ulang tahun yang jatuh pada hari bulan berlakunya perkahwinan yang disambut setiap tahun kecuali mereka yang berkahwin pada 29 Februari. Orang yang berkahwin menganggap hari tersebut penting dengan cara yang tersendiri



img



Yer..seperti jugak aku...hari ini, 14 Februari 2010 genapla usia perkahwinan aku ngan my IR yang berusia 6 tahun. Yer..hampir sama dengan usia si Danial yang akan meninjak 6 tahun pada ujung tahun ini.

Ingat lagi waktu aku di nikahkan oleh ayah ku... Kemudian, aku di sandingkan bersama untuk meraikan perkahwinan kami.. ramai juga yang hadir masa tu... terima kasih semua kerana sudi memeriahkan majlis aku.....

anak



Kemudian pada 15.12.2004 lahirlah anak pertama kami yang di beri nama Muhammad Danial seterusnya pada 28.01.2007 lahirlah anak kedua kami yang di beri nama Muhammad Iskandar dan yang terkini pada 25.02.2009 lahirlah anak ketiga kami yang di beri nama Muhamad Zulfadhli...

img

X sangka sungguh aku...dah 3 orang permata rupanya....semoga anak2 inilah pemyambung ikatan kami bersama...sehingga ahkir hayat...

Aku x mahu apa2 pun dari suami ku...hanya kasih sayang, dan tanggungjawab lagi penting dari kebendaan (tp..kalu nak bagi apa salahnya kan??kan??muahahah)

img

Semoga perkahwinan kami akan kekal selamanya, hanya mati dan maut sahaja pemisah antara kami... terima kasih kepada kengkawan yang x putus mendoakan kesejahteraan keluarga kami.. hanya Allah sahaja yang mampu membalas segalanya...

emmm...walaupun lirik lagu nie ada menyimpang lari sikit...tp sekadar hiburan semata..meh kita menghayati lirik lagu Imran Ajmain ni hehehe

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu


Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa


Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita


Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu


Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan


Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu


Selamat ulangtahun sayang...................



pssstt..........aku x sambut VALENTINE day yek..tp sambut ULANGTAHUN PERKAHWINAN tau... nak wat cam ner..dh jatuh pada hari yang sama..heheheh.. beruntung aku.. lagi rasa romantik la pulak..hahaha

Monday, February 08, 2010

Sambutan yang sederhana sahaja

Lupa nak update... kan 28 Januari yang lepas..

Anak ke -2  ku menyambut ulang tahun kelahiran ke 3...

IMG



Jadi tahun ni aku menyambut dengan penuh kesederhanaan...

aku biasa buat makan2 untuk sambutan pertama sahaja..bila ke 2 ,3 dan seterusnya..hanya kami berlima sahaja...

IMG



Sebenarnya apa yang penting bagi anak2 adalah mengembirakan hatinya..

mereka bukan kisah benda lain...

yg mereka tahu..KEK dan LILIN...tu aja..

ada kek..ada lilin cukupla..janjji dapat tiup.. walaupun kek yg aku beli x mahal..

janjji aku tetap ingat anak aku pada hari kelahiran nya..

IMG



Aku just beli bakso jer...hehe..dh hari tu ada pasar malam..

beli jerla kan..wat pe beli benda x makan kan?? hehehe

IMG



Apa2 pun... selamat panjang umur Muhammad Iskandar...

Semoga menjadi anak yang soleh dan taat pada ibu dan ayah..

semoga dikau membesar bagai johan..hehehe

Thursday, January 28, 2010

Selamat Hari Jadi Iskandar yang ke 3!

img



Yer...sedar x sedar... dh 3 tahun rupanya anak aku yang ke dua ni. X sangka tul....

Cepat tul anak ibu membesar....

img


(Gambar ketika berumur 3.5 bulan...)



Dia aja la yang ku lahirkan secara normal. Terasa juga aku nikmat allah ketika melahirkan Iskandar... Syukur..

Walaupun sakit, tp alhamdulilah..selamat juga.. dengan berat nya 3.54kg.. anak yang berat di kalangan adik beradiknya..hehehe (penat tu ko aku push..push...hahah)

Iskandar 3 tahun



Semoga anak ibu cepat membersar dan menjadi anak yang berjaya dan membanggakan ibu dan ayah yek..

Bila la nak cakap betul2 ni...kekadang ibu paham..kekadang x paham..hahahaha... (sekali cakap jerman daaa...........)

Selamat membesar Muhammad Iskandar.. Ibu sayang Iskandar...

img

Wednesday, January 13, 2010

Berita kematian : Pengasuh lama ku meninggal dunia

Assalamualaikum sumer....



Semalam aku mendapat khabar berita yang mat mengejutkan...

memang seperti tidak percaya khabar yg kawan aku sampaikan melalui telefon..sebaik aku berjaya menghubungi Mimi untuk kepastian.

img



yup...betull...tengahari semalam...perginya ibu tercinta kawan baik ku Mimi Norzaini @Mek ke rahmatullah kerana jatuh dan sesak nafas.

Mak Mimi ni dulunya pengasuh anak aku Danial dahulu. Ingat lagi aku, mak dia la org pertama yg aku hubungi untuk menjaga Danial.

Rasa cepat masa berlalu,walaupun mak dia x menjaga lagi Danial sebb masa tu aku sudah berpindah tempat kerja di Putrajya..hubungan aku tetap erat...

Aku dh anggap dia macam mak aku dan nenek kepada anak aku....

img



Aku x sangaka...cepat sungguh dia pergi menyahut panggilan ilahi..

Kali terakhir aku berjumpa dengan arwah adalah masa  hari raya,di mana SATU family datang ke rumah aku kat bangi.

Itu lah kali pertama dan terakhir dia sampai kerumah aku....

(dalam keadaan sebak aku cuba juga menaip)

img



Lepas nie, x tahu lah aku...sama ada lepas ini aku sanggup lagi pergi bertandang ke rumah dia  atau tidak lagi??

Mampu kah aku??

Pasti aku akan merindui suara nya...

dulu aku juga rajin menelefon arwah bertanya khabar dan berborak kosong.....

img



Kalau anak2 dia x mampu menahan sebak di dada...

apatah lagi aku,apabila mengingati kenangan bersama arwah....

Pasti bercucuran air mata ku....=(

img



Aku harap...anak2 serta suaminya tabah menghadapi dugaan ini..

Semoga Arwah di tempatkan di kalangan orang2 yang soleh...

Aku tak semparnak menatapwajah arwah...kerana ahli keluarganya mahukan segera pengembumian di lakukan. Arwah di semadikan di Kg Cheras Baru, chera.

img 




Kepada Mimi :


Aku ucapkan TAKZIAH di atas kehilangan ibu tercinta..


Setiap yang hidup pasti akan pergi jua, tabahkan hati dan redha dengan pemergian nya..


Al-fatihah


Saturday, January 09, 2010

Flea Market Carboot Sale

Pernah dengar PASAR TEBUKA @ FLA MARKET CARBOOT SALE? Ha..jangan korang x tahu... tahun lepas (mcm la dh bertahun yek..hehehe) aku pernah berniaga kat FLEA MARKET nie tau.

Tapi aku x pernah nak war2kan sangat...sbb aku bukan meniaga besar2 an pun. Sekadar CLOTH DIAPER (CD) dan Kerongsang aja.

PT



Sekarang nie Flea Market dah beroperasi Sabtu dan Ahad lak. Dulu sabtu jer.

Jadi mari ramai2 pergi ker Flea Market........

Kalu nak datang, datang la..tp tuk makluman..walaupun kat Banner tulih samapi kul 2 pagi..tp sebenarnya sampai 11.30 malam jer...

Mereka belum berkuatkuasakan lagi tuk kul 2 pg tu yek...

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.pasarterbuka.com untuk lebih detail.

Monday, November 30, 2009

Menyambut hari jadi pada tahun 1998

Tahun 1998 aku dah start keje... sebenarnya aku ni nak kirakan pekerjaan, sumer dh pernah rasa. Sejak aku tingkatan 4 dh kerja. Tapi kenangan yang paling lama tentu la kat Isetan. Masa tu ramai kawan ko..



Ni salah satu gambar aku kat Isetan. Sebenarnya ada banyak lagi..nanti la aku upload lagi...

1998



Gambar nie di ambil pada tahun 1998, masa bi ramai2 sambut hari jadi pada bulan duabelas...

meriah aku rasa...masa nie aku sangat kebudak-budakan ko.. ingat sonok jer ...

Ha.. masa nie aku junior lagi..lom naik pangkat lagi... tapi kerja kat sini lah aku mengutip seribu satu pengalaman yang amat berharga.

Kat situ gak la aku belajar bahasa inggeris yg x berbayar tu. Dimana aku kene bercakap dgn pelanggan dan juga boss besar kat citu, pasal boss aku org jepun, BM tentu la derang x paham..

1998



Ni muker aku... aku rasa korang pun x cam kan? hahaha..sangat selebet ko..malu sungguh nak tgk gmbr lama...hahahah

Mana yek derang sumer..rindu dengan derang...apa la kahabar..dlm facebook pun aku x jumpa.. mana korang g wei?? Contact2 la... leh gak bertukar citer lagi..:)

Kalu korang pandai la kan.. berapakah umur aku ketika aku menyambut hari jadi ini?? hehehe... 8)

meh..meh.. teka teki jap.. sesaja jer.. x der hadiah2 yek.. memanjang jer adiah korang nie..hahahah :)

Saturday, November 28, 2009

Semoga panjang umur MIL

Yer...hari ahad yang lepas, yang lepas yek... bukan had nie.. kehkekeh... aku sambut hari jadi MIL aku kat umah abg ipar aku. Masa tu mata Iskandar baru baik dari sakit mata, manakala my IR baru nak kene.

MIL

Tahun sudah kami buat makan2 kat Muara Seafood... tp di sebabkan musim ujan...better wat kat rumah la.. kang kuar tahula..nak bawa anak2 waktu malam..

silap2 ada yang demam pulak.. kat umah lagi selesa..anak2 nak berlari, telingkup ke, menangis ke, menjerit pun x per.. hehehehe

img

Kami sekeluarga buat makan2 aja.. x der wat party2 yek..... aku bawa SPAGGETHI aja.. yang lain SIL dan BIL aku sediakan. Sumer ada kecuali adik ipar aku yg last.. kerja..

Sedap ko SPAGETTHI aku tu... siap bertambah2 lagi.. Nak rasa?? meh dtg umah aku.. leh aku masakkan.. hehehehe

makan

Kali nie BIL aku try beli kek jenis CAWAN pulak.. skrg dh ramai yg beli CUP CAKE tuk buat kek hari jadi. Sangat Chantik ko...

1 cawan harga RM2, tp aku x tahu la kedai lain, 1 baper? Atas ising sahaja..bawah hanya la kek span. Anak aku balun tu jer dekat 3-4 cawan ko.. hehehe

makan

Tgk...anak aku over tul... KEK tuk nenek dia, tp dia yg terlebih excited... sampai duk cium2 kek tu, terkene aising kat idung... hahahaha

makan

Yer anak aku kata SEDAP IBU... jadi, pas nie leh la try beli lagi.. tp mahal gak kan kalu ikut ABJAD.. RM2 = 1 abjad.. kalu hitung sumer dh baper abjad... emm ada la RM 60.00 kot...

Bila bab duit besau.. aku pasti akan jadi kedekut..hehehe.. pas tu tukar pikiran..beli jerla kek standard.. lagi murah.. :)

Selamat Panjang Umur tuk MIL aku, semoga dimurahkan rezeki dan perolehi kesihatan yang sihat. AMIN


Wednesday, November 25, 2009

Musim cuti sekolah kembali lagi!

Oh ya...sekarang dh cuti sekolah kan?? bila cuti sekolah ramai yang balik kampung. Aku?? mana ada kampung.. umah mak aku pun kat PI, kampung ker tu?? tu bandar yek.. hehehe :)

Yang rajin 'post' anak kat umah mak aku, selalunya kakak aku yg duk kat PAHANG tu... rajin dia post, selalu post 2,3 org...tapi minggu nie seorang jer la pulak... Anak lelaki dia lak tu...

img



Ni anak lelaki dia yang sulung... korang hingat umur dia baper tahun??

Teka!! Teka!!

teettttttt!!! lambat!!!

ishk..ishk,.... x pandai teka la korang.. baru jer nak bagi hadiah.. hahaha

Umur anak buah aku nie 11 tahun...tahun depan 12 tahun... fuh yooo.... dh nak masuk 12 tahun.. maksudnya.. tahun depan UPSR la kan?? emmm... kene blajar elok2 la pas nie... x leh la leka nak main jer...

Nama penuh dia Tuan Muhammad Adjwad dan sekarang sedang bersekolah di Pahang.. tempat nya aku x tahu.. kehkehkeh... :)

img



Kalu nak dikirakan... hanya 4 orang lelaki sahaja la cucu mak aku.. selebihnya sumer perempuan.. sebelum nie aku baru jer inform korang tentang kehadiran ahli baru kan... tu pun perempuan gak...

maka 12 org - 4 lelaki = 8 orang perempuan la yek..

Nanti kakak aku bersalin..x tahu la lelaki ker perempuan..

oh ya.. mak anak buah aku nie la yg sedang mengandung tu.. dia mengharapkan lelaki.. tapi pas Adjwad lahir.. ke-empat2 sumer perempuan.. hikhikhik :)

Nampaknya mendapat anak lelaki jatuh pada aku jerla.. tp nak dpt perempuan lak aku x dpt.. pas Danial lahir konon nak dapatlah perempuan..x dpt gak.. tp kali ke 3 pun lelaki gak.... emm.. kene cuba cara lain nampaknya aku nie..

Adakah 'mencuri' senduk umah SIL aku ngan Kakak aku tu, aku kan dapat anak perempuan... bak kata su@mamasyaza tu la kan.. hehehe :)

img

Si Danial cukup suker kalu anak buah yg sorang nie dtg..sebab dia suker main dengan dia.. dh dia jer lelaki..yg lain pompuan.. pompuan standard la.. main mak-mak la... masak-masak la...

Tp Adjwad x berapa suker nak main ngan anak aku nie.. sbb anak aku nie kasar main nya.. hahaha.. Dah Adjwad melayan adik2 perempuan dia, mesti lemah lembut kan? .. kene kat adik lelaki, mcm anak aku.... kasar la jadinya

Maka... di rumah mak aku sekurang2 nya ada la cucu yg satu nie ... pas raya haji kot akak aku dtg balik.. dh nama nya cuti sekolah.. berjalan la dia..

K.. kepada sumer pelajar yg sedang belajar la.. selamat bercuti yek.. jgn main air banjir semasa hujan..bahaya tau!

Monday, November 16, 2009

Selamat Pengantin Baru Iskandar!

Yer...Selamat Pengantin Baru Iskandar.. hehehe..bukan anak aku la..tapi kawan aku la.. Kawan masa sekolah rendah dulu... pergh...tgk..punya la lama..tp still berhubung lagi.. korang masih berhubung x ngan kengkawan sekolah rendah?? Tak...?? ishk,,ishk...dh, g cari kat Fb tu, sure ramai kan??

K..kawan aku nie wat Majlis kat Bandar Saujana Putra...aku pun x pernah sampai kat citu..kawasan perumahan baru gak la. Masih kuar masuk lori tanah. Kiranya masih dalam pembangunan la tu.

wedding



Aku g hari sabtu hari tu kul 12.30 tgh hari, tapi di sebabkan g berkonvoi..menjadi la kul 1 ptg baru bertolak dari rumah.. biasala, ada jer masalah.. baru balik kerja la, nak mandi la.. nak itu la.. nak ini la... :)  (jangan marah keyrul...)

wedding



Sampai sana dah ada yang sampai dulu. Raja la yang aku nampak..Naz sampai kemudian nya. Bila sesekali berjumpa, macam2 la bercerita. Kisah A la, kisah B la.. ada yang duk citer pasal kerja, pasal rumah, pasal anak..

Skrg kawan aku nya wife, Shahril sedang mengandung anak petama.. rasanya lagi 1 sebulan akan bergelar bapa pulak. hehehehe...bertambah lagi anak2 buah aku nie yek.. walaupun anak kawan aku, tetap gak anak2 buah aku...:)

wedding



Rajin si Raja melayan si kecik nie.. habis dia main muker.. dan kebetulan baju derang sama lak.. apa lagi, aku pass la anak aku kat raja.. dah macam bapa ngan anak lak..

Ok apa...ada ciri2 nak timang anak tu?? bila lagi?? hehehehe

wedding



Kitaorang layan makan dulu sambil Pengantin ronda2 jumpa ahli keluarga dia.. sampai kat meja kitaorang..wah..bercerita sampai x ingat diri tu sebagai Pengantin..hahaha...

Sebaik majlis dia.. kalu majlis org...habis.. x per.. x per... bila lagi nak mengusik pengantin kan??

wedding



Ni acara bergambar bersama pengantin pula.. Pelamin x der, dia buat sempoi jer.. x per, yg penting nikah dulu.. sanding2 x der pun x per..

Dah wat majlis macam nie pun cukup meriah juga..

K..k... susun atur diri memasing.. tu tgh cari port nak berdiri...

wedding



Standbyy... bersedia... ada lagi yg belum bersedia..

Apa lagi la pengantin duk bercakap tu??

wedding



Senyum!................

wedding



Acara menembak pengantin dengan acara gaya bebas.. hahahahaaha

wedding



Apa2 pun..sumer dah selamat...

Nikah sudah, majlis pun sudah..

Selamat la berbahagia hingga akhir hayat...

Selamat Pengantin Baru dari sumijelly sekeluarga..

Monday, October 12, 2009

SMS Raya 1430H yang kuterima

wah....punya la lama raya..nak masuk raya ke 23 dah.. baru hari nie aku nak kuar entrty nie.. ikutkan nak wat masa raya minggu pertama... sekali lupa lak..hehehehe... maklumla...sonok berhair raya...hahah

seperti tahun lepas, aku dah wat entry tuk koleksi raya yang aku terima.. aku wat netry nie supaya mudah aku ingat koleksi2 sms yang aku terima.. tapi tahun nie x banyak seperti2 tahun2 sudah... agaknya ekonomi meleset kot..hehehe

so...ini adalah sebahagian SMS untuk tahun 2009 yang aku terima...

Dari Mimi (kwn SMPB) :
Melati putih indah berseri, jadi hiasan di aidil fitri,sms hadir pengganti diri, tanda ingatan kekal di hati, sèlämät härì räýå àíðíl fìtrí.
MAAF ZAHIR & BATIN.
Drp:Mimi sekeluarga

Dari En Mat (MEIAS) :
Ucapan Selama Hari Raya & Maaf Zahir Batin ini dibawakan terus dari En Mat & Family..serta MEIAS Groups.Kalau ada duit raya lebih2 tu jgn lupa bagi. : )

Dari Izat (kwn TM) :
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin Dari Iezat Sekeluarga:-P

Dari Tulip (kwn MH) :
Dalam perjalanan hidup ini, kita sempat bertemu kemudian berpisah seiring dengan waktu, jika ada siang pasti ada malam,jika ada hitam pasti ada putih dan jika ada kesalahan pasti ada kemaafan..
Mohon maaf zahir & batin. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Semoga ALLAH sentiasa merahmatimu..
Amin..
-TuLiP-

Dari Farid (kwn TALAM) :
SMS dikirim salam dipinta.
Buat teman di mana berada.
Mohon maaf salah & dosa.
Moga lebaran sentiasa ceria. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
(TAN SRI FARID SABRI)

Dari Jo (kwn MH) :
TùÑgGù-tùÑGgù RÄyö dÄH dökek,
BÄKÄ löMÄÑg Röbùh ketùpek,
ÑÄk ÄÑtÄ kÄd rÄyö dÄ tÄk söMpek,
ÄÑtÄ sMs Jö yÄNg cöpek. :)
'SöLÄmÄT ÄRIe RÄyö MÄÄF ZÄHIR BÄTIÑ'

Dari Ganesh :
Selamat Hari Raya Aidil Fitri. From Ganesh

*opss...aku x kenal pun siapa @ aku x cukup memori tuk ingat kwan2 aku nie....emm.. tp aku dapat sms dia.. Terima kasih yek..

Dari Kak Ani (MEIAS):
ISNIN cari SELASA,nak tanye nampak x RABU?agar ingatkan KHAMIS bgtau JUMAAT supaya xlupe..msj kat SABTU yg AHAD dah nk RAYE!!!..selamat menyambut hari raye maaf zhir n btin.. Dr Ani n family..

Dari Wai Ching (Kwn TALAM) :
Selamat hari raya aidilfitri!

Dari Mas (Jiran lama) :
Tiada Kata Seindah Zikir , Tiada Ibadah Seindah Puasa , Tiada Hari Seindah Jumaat , Tiada Bulan Seindah Ramadhan . Untuk Itu Izinkan Kedua Tapak Tangan Bertangkup Memohon Maaf Untuk Lisan Yg Terlanjur, Janji Yg Terabai , Hati Yg BerPrasangka Dan Semua Sikap Yg Menyakitkan Dan Menyinggung Perasaan Secara Sedar Ataupun Semasa Lalai.... SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN . DARI : mas n family- Amin.

Dari Nadia (kwn TALAM) :
Tiada tali yg paling erat selain tali silaturrahim, Tiada pintu yg paling kukuh selain pintu hati, Tiada hutang yg paling berat selain hutang budi, Tiada pemberian yg paling brharga selain memberi maaf. Sempena Aidilfitri mnjelang, Kita eratkn Silaturrahim, kita buka pintu Hati sambil mngenang Budi dan mmberi Kemaafan. Selamat Hari Raya MAAF ZAHIR BATIN.
Drpd: Azman, Nadia, Zara Adlina & Zara Arissa

Dari Norza (MEIAS) :
" Biar renggang di fana dunia, biar jauh di dpn mata,biar semangat di mamah usia, biar akal seakan tua,biar kata di tutur bahasa, asal psahabtan kekal slamanya, asal silaturahim tidak ternoda.."
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"
MAAF ZAHIR & BATIN drp ZAHA @ FAMILY

Dari Mila (kwn TM) :
Jika kesilapan yg lalu belum terampun, "MAAFKANLAH"
Jika kesilapan hari ini menyakitkan hati, "LUPAKANLAH",
Jika kesilapan esok mendatang, janganlah di bawa ke AKHIRAT, ku susun sepuluh jari mohon ampun dan maaf. SALAM ÄDILFITRI -mî£a-

Dari Balqis (kwn SMPB) :
????? ???? ??? ?????????.
???? ????? ??? ?????.
Drpd:Balqis & kluarga di KL.

*actually SMS yang aku terima adalah berbebentuk tulisan ARAB, jadi WP x leh baca..maka kuar la tanda soal.....sayang kan x dapat kongsi bersama

Dari Suet Ling (kwn SMPB) :
Hi! Selamat hari raya..

Dari Lai Mun (kwn SMPB) :
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN. MAY YOU BE HAPPY, GOOD HEALTH N BAHAGIA. JUNE :)
____________________________________________________________

Terima kasih pada kengkawan aku yang sudi melayangkan sepotong SMS kepada aku sempena HARI RAYA AIDILFITRI 1430 H ini. x kira bangsa yang mengirim kat aku. Maaf la pada yang x dapat SMS dari aku.. mungkin aku terlupa atau x sempat nak balas.. maaf di pinta..

Sempena Hari Raya yang akan berakhir pada 19.10.2009 ini... aku mengambil kesempatan lagi sekali mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, Maaf Zahir Batin... Sayang korang..

Tuesday, October 06, 2009

You're Invited to the XBerry Party!

Win 2 BlackBerry Curves from Xpax??


wah...gah nya bunyi.. hari tu saja try luck hantar slogan kat Nuffnang pasal nak menang Blacberry. Pass tu tetiba aku telah di invite pergi party tu oleh Xpax yek..bukan dari NUFFNANG..... tiket dari Nuffnang hanya ada 40 keping jer... kira aku pun bertuah la kan? walaupun dari Xpax.

macam x percaya jer kan??

XPAX



pass tu aku ter'click' RSVP tu....

tetiba kuar...............



Thank you for the RSVP and see you at the XBerry Party on 10 OCT 2009!


** Please bring along your identity card for proof of RSVP.



adess...........habis aku... kalu x g x per kan??kan?? huhuhuhu Macam la aku leh kuar memalam buta tu kan.. nak pulak kat Sunway Piramid... adess...cam no nak buek ni?? ada sesiapa yang g sana?? sila angkat key board... *wink*wink*wink kot2 leh bergumbira bersama2...

Kepada sesiapa yang nak datang, sila sebarkan pasal party yang sedang hangat diperkatakan di seluruh bandar ini dan menerima eskelusif pakage yang HANYA boleh di dapati di party itu sahaja!

1. BlackBerry Curve 8520 Smartphone at RM888 (RRP: RM1188)
2. PERCUMA 1 bulan laluan pepraid BlackBerry
3. PERCUMA edisi terhad designer skin (ekseklusif designed oleh Lapsap, TAG, Black Fryday, Yayawoo & Bangkit)
4. PERCUMA leather holster or car charger
5. Hadiah cabutan bertuah
6. Percuma kupon minuman

Jadi, sesiapa yang nak jemputan dari XPAX nie, sila layari, pra-pendaftaran untuk Xpax BlackBerry Curve 8520 Smartphone @ http://www.xpax.com.my/blackberry/reg_file/order.php

Sunday, September 20, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1430H

ohw...tak sangaka yek..
hari ni kita dah berhari raya...
"selamat Hari Raya" pada semua yek..

so..ingin di maklumkan,
pemilik blog sedang berhari raya yek...
jadi...entry tuk raya akan di update nanti..

nanti mesti banyak gmbr nak publishkan..
gambar raya, gmbr bersalam, gmbr mcm2 la..
so...sekarang, meh kita berhari raya dulu..
entry2 tuk raya nanti akan di buat..

k...nak g berhari raya umah saudara mara lak..
so...selamat berhari raya yek kengkawan..
maaf zahir dan batin...

Saturday, September 19, 2009

Yahuuuuuuu.....esok hari raya!

Wah..sumer mesti tertunggu2 hari esok kan..
kenapa ngan hari esok??
oppss.....x kan x tahu...
ESOK HARI RAYA!!!!!!!

raya



yeaaa.......setelah sebulan berpuasa..
hari ni adalah penamat RAMADHAN..
esok bakal menjelma SYAWAL..
mari lah kita menyambutnya dengan penuh kesyukuran...
dengan itu..
terima lah lirik lagu ini sempena nak raya..

Lagu : Esok Hari Raya
Penyanyi : Dr Sam


Pagi-pagi Lagi Dah Ribut
Nak Ke Pasar Berebut-rebut
Lipat Beras Ketupat Pulut
Serta Memasak Cepat Merungut


Anak Bulan Belumlah Nampak
Esok Raya Atau Tidak
Lodeh Rendang Sudah Di Masak
Depanlah Rumah Masih Berselerak


Gembiranya Bila Mendengar Berita
Jika Terlupa Hendak Berbuka Puasa
Esok Hari Raya
Esok Hari Raya
Esok Hari Raya
Esok Hari Raya
Esok Hari Raya


Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya
Hari Raya !

Wednesday, September 09, 2009

Ada apa pada no 9??

no 9



Apa yek ada pada no 9??
korang belek kalender skrg gak!!!!!!

Soalan :
hari ni baper haribulan??
kalendar islam lak baper ramadhan?
tahun berapakah sekarang...??

Jawapannya:
09.09.2009
19 Ramadhan 2009 1430 <---sekali salah taip la..huhuhuhu
Tahun 2009

see....see.... sumer bermain ngan no 9..
so...just nak bagi tahu..
alangkah bertuah nya kalu dapat

~ lahir pada tarikh ini
~ menikah pada tarikh ini
~ bersalin pada waktu ini
~ meninggal dunia pada tarikh ini...

erk....kematian?? dari kelahiran hingga kematian...
yang last sumer org takut kan??

emm...so...selagi hidup boleh diteruskan..
maka nikmatilah kehidupan ini dengan sebaik2 nya..
hidup hanya sekali...selepas kehidupan, kematian tetap menjelma..

oh..maaf..tetiba emosi la pulak..

Selamat berpuasa yek!!

Tuesday, September 08, 2009

Nak kad raya? Sila baca entry ini...

Opps...lupa lak... ini adalah sitcky post...
new entry...sila croll kat bawha yekk...TQ


kad raya



wah..wah..wah...lagi 11 hari jer kita nak beraya kan??
hah...aku ada satu benda nak kasi kat korang-korang la..
tapi....LIMITED EDITION jer..tau..
kiranya sapa cepat dia dapat la..

pada yang baca entry aku kat FACEBOOK tu,
sila baca sepenuhnya kat blog aku yek...
segala komen di FB tuk entry ini tidak akan dilayan yek..
hehehe....

nak tau apa dia??
ha...sila baca sampai habis yek entry nie..
klau idak..x der arr aku nak kasi tau..
hints2 pun x dapek ko nak hidu yek...

Jamuan Berbuker Poser Family..

tarikkkk naaaappppassssss...........leeepppppaaasssss......
huhuhu...wat senaman dulu...
sebelum tu nak minta maaf kan sepupu aku UKA..
kerana telah mengkhabarkan berita ini di last minute..
kul 8.00 pagi Atam dah remind aku, kul 6.30ptg baru aku remind ko..
huhuh,,,betapa kejam nya aku padamu...
sorryy....raya nanti la ko ganti balik yek.. :)

k...actually..my mak Tam la..yang buat..
wat makan2 bersama keluarga Haji Idris..
kira family reunion la ..
baper org jer yg tinggal adik beradik mak aku nie..
Mak aku, Atam, Ateh, Acik Ah.. emmm 4 beradik jer tinggal..
yang lain sumer dh meninggal dunia.. (Al-Fatihah)

acara berbuka poser nie berlangsung pada 31.08.2009..
sempena Hari Kemerdekaan la sekali..
kira ramai juga yang hadir..
kalu nak detail ceritanya..
korang leh semak kat sini...
korang g la baca dari entry sepupu aku yekk...
aku x der idea nak nulih lak tetiba..
so...meh..kita menatap gambar...

jamuan
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Terawih


jamuan


jamuan


jamuan


jamuan



huhuh...malas sunguh aku ni kan..
aku tempek gambar jer..
nak tau citer selanjutnya korang g la jenguk kat sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...