Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Thursday, February 25, 2010

Setahun sudah anak ku!

img



Hari ni 25.02.2010 genap la usia Zulfadhli SETAHUN!

Yer..sudah setahun rupanya... cepat sungguh masa berlalu.. sudah membesar si kecik ini yek..

img



Gamba rini ketikaberusia 9 hari.. masa ni aku dh pulan g ke rumah.. my IR yang mandi kan dia.. aku tukang jirus jer..hehehe

Ingat lagi aku ketika ia di lahirkan.. kecil jer... comel jer. dan masih kemerah-merahan lagi..

Oh ya..anak aku di lahirkan secara pemedahan, sbb di asongsang dalam kandungan.. kiranya 25.02.2009 tu, aku dtg ke Hospital Kajang menyerah diri la..hehehe

img



Gambar ni pula ketika berusia 2 bulan 14 hari..

Masa nie dia dh celik dn mula lasak... comel jer bila di bedung..tp sekejap jer..pas tu meronta2 nak bebaskan tangan..hehehe

sebaik aku menyambung cuti lagi 30 hari kerana nak bersama lebih lama ngan Zulfadhli..hehehe

img



Gambar ni ketika berusia 11 bulan...

tgk..tgk..cepatkan dia membesar.. x sangka betul..

geram aku nengok gelagat nya.. dan alhamdulilah..sehingga sekarang.. masih lagi menyusu badan.. aku harap dapat teruskan penyusuan untuk anak aku nie..

img



Semoga anak aku akan membesar...membesar dan memebsesar serta menjadi anak yang dapat membantu ibu dan ayahnya ketika dewasa kelak.

Semoga menjadi anak yang berguna dan di sayangi oleh semua org...

Ibu sentiasa mendoakan yan gterbaik untuk anak2 ibu... semoga ceria dan sihat selalu serta di panjang kan usia wahai anak aku..

img




Selamat Hari Jadi Zulfadhli yang Pertama!



p/s : Oh ya..hari ni aku bercuti, sbb bawa Zulfadhli Check Up SETAHUN. Hadiah di hari jadi adalah SUNTIKAN SETAHUN...hehehehe

Friday, February 19, 2010

Cutest Baby Contest by My Little Diva Boutique

Sedang asyik berblog walking...tetiba terjumpa la pulak peraduan yg amat senang ni..hehehe nak la mencuba...

Sempena pembukaan rasmi My Little Diva Boutique yg dh mula mendapat sambutan ini..tuan umah telah menganjurkan Cutest Baby Contest!!

Syarat2nya.. sgtlah mudah:
1. Be a MyLittleDiva Boutique Follower <done!>
2.Place official banner for this contest kt side bar anda <done!>
3.Buat entry pasal contest ini beserta pic baby comel anda, berapa byk pic u all nk upload pun ikut suka la, berapa panjang story pasal keletah baby u all pun up to u, setelah selesai sila tinggalkan link kepada ruang komen di bwh entry ni. <done!>
4.Pic tu tk kisah ape jenis pun, edit ke tak ke, tk kisah.. photo shoot kt studio pun tk kisah. Byk mana korg nk wat dlm entry korg pun tk kisah. <done!>
5.Penyertaan terbuka kepada newborn baby till 2thn sahaja. <done!>
6.Contest bermula sbln dr skrg, so ibu2,bapak2 cepatlah start membuat photo shoot utk anak anda skrg... <done!>
7.Jgn menipu guna gambo anak org lain mengaku anak korg. I will check whole blog korg make sure tu betul2 anak korg. Kalau diragui, aku mintak pengesahan surat beranak. <done!>
8.I will choose the winner myself. Base on the cutest!! Okay!! Selamat Berjaya to all!!!
9. War2kan pd member2 also k... <done!>

So...dengan ini aku sertakan entry untuk peraduan ini.


Smile


Nama : Muhammad Zulfadhli b Mohd Zaire


D.O.B : 25.02.2009 - 1 tahun



Anak yang amat senang di jaga kerana masih menyusu badan sepenuhnya walaupun sudah hampir 1 tahun usianya yg bakal menjelma pada 25.02.2010 ini. Sangat comel dan cute sehingga di buli oleh abang2 nya dan ibunya sekali. Ibu harap, anak ibu ini akan menjadi anak yang berguna, berjaya dan di sayangi ramai.

Hadiah : RM100.00 voucher dr MyLittleDiva Boutique!!!
Shoppingler baju utk sicomel tu puas2!!! Gud Luck You All!!! ---> Bak kata penganjur....hehehe

Contest end 1st April 2010.

And winner will be announce 1week after!!!

So pada sesiapa yang nak masuk contest nie...meh meh joint...

sila layari : MyLittle Diva Boutique Cutest Baby Contest untuk keterangan lanjut!

Monday, February 08, 2010

Menangi Sambutan Hari Jadi

Wah....bestnya...

Drypers wee wee dry  menganjurkan perduan yang perlu di rebut oleh para ibu bapa kat luar tu...

sapa yang memakai kan anakya lampin Drypers wajib masuk ni...

Hadiah pun amat luamayan ko..........




Kami amat menghargai sokongan anda selama ini, justeru kami membuat keputusan untuk menganjurkan 100 Parti Hari Jadi untuk anda!



Dari sekarang hingga 15 Nov 2010, hantarkan seberapa banyak gambar si manja comel anda memakai Drypers Wee Wee DRY dan anda berpeluang memenangi Parti Hari Jadi untuk jemputan 30 orang yang hendaklah diraikan pada tahun 2010 di KFC terdekat anda.

Segalanya akan diatur rapi - termasuk kad jemputan, perhiasan, makanan lazat sehingga menjilat jari, permainan dan juga beg hadiah - kerana andalah yang menjadikan kami jenama lampin bayi No.1 di Malaysia.

Untuk pertanyaan, sila hubungi agensi terpilih kami di 03-5635 1391 (Isnin - Jumaat, 10 pagi – 5 petang, kecuali hari cuti umum) atau Talian Khidmat Pelanggan Drypers di 1-800-88-9988

1. Tangkap gambar si manja comel anda yang memakai lampin Drypers Wee Wee DRY.

2. Hantarkan gambarnya kepada kami melalui cara-cara berikut:

a) MMS :

1. Ambil gambar,
2. sertakan maklumat dengan format berikut: Drypers <,> nama penuh ibu atau bapa <,> No. KP ibu atau bapa <,> nama penuh anak <,> No. MyKid anak
3. hantarkan ke 016-3399950.

b) Pos :

1. Ambil gambar,
2. sertakan maklumat berikut: Nama penuh ibu atau bapa,No. KP ibu atau bapa, nama penuh anak & No. MyKid anak.
3. Hantarkan ke Alamat di bawah:

Peraduan “Snap, Send & Win” Drypers Wee Wee DRY,
Peti Surat 3030,
47509 Subang Jaya,
Selangor.


3. Kami akan menelefon anda jika anda memenangi Parti Hari Jadi!

Wah...sonokla kalu pakai Drypers... tp anak aku pakai Huggies..huhu..  x der chance la nak masuk..

tp apa salahnya sebarkan kebaikan bersama untuk mereka yang ingin menyertai nya..hehehe

Pada yang pemakai lampin Drypers nie..wajib masuk..untung seh.. nanti dh menang, jgn lupa jemput aku yek.. leh gak hadiri parti hari jadi tu..hehehe

Good luck!

Saturday, January 23, 2010

Anda kagum dgn diri sendiri? Tunjukkan...

zul


zul


zul


zul




Ibu...muker Zulfadhli masuk blog la...


Terima kasih la pada sumer uncle2 ngan auntie2 kat luar sana, sbb sudi jengah blog Ibu Zul dan terima kasih juga sbb sudi tgk gambar Zul tgh tersengih... :)


Anda kagum dgn diri sendiri? Tunjukkan...

zul


zul


zul


zul




Ibu...muker Zulfadhli masuk blog la...


Terima kasih la pada sumer uncle2 ngan auntie2 kat luar sana, sbb sudi jengah blog Ibu Zul dan terima kasih juga sbb sudi tgk gambar Zul tgh tersengih... :)


Wednesday, November 25, 2009

Zulfadhli - 9 bulan

Yer hari nie 25.11.2009 genapla umur Zulfadhli 9 bulan.. sekejap jer kan.. dh besar dah anak bongu aku nie err....bongsu ker?? kehkehkeh... :)

Still lagi menyusu badan... dan skrg kuat meragam...asyik nak berkelek jer.. sebaik ada mak su nya.. leh gak tolong jagakan.. kalu nak harap my IR.. kejap2 kang pass kat aku gak.. hahahaha :)

zul



Semoga anak aku semakin sihat dan montel.... sekarang dh pandai panjat tangga, selongkar beg.. kutip barang mainan...

Dan sekarang mulut x habis2 bercakap entah apa2 ntah... bising jer...tp sonok tgk reaksi wajah dia kalu bercakap2 tu....

zul



Oh...cepat sungguh anak ibu dah besar... nanti dah besar jangan nakal2 yek... harap aku dapat menyusukan Zulfadhli setakat yang mampu.. kalu dapat 2 tahun sepenuhnya.. aku amat bersyukur...... :D

Tuesday, November 24, 2009

Bertambah lagi anak buah ku!

baby


Pada 23.11.2009 lahirkan seorang bayi perempuan di HUKM oleh kakak ipar ku. Anak yang ke tiga selepas kelahiran pada tahun 2004.


baby


Sebelum nie abang sulung aku mempunyai 2 orang anak perempuan, Diana dan Qaisara. Rezeki kali nie perempuan juga. x perla, x der rezeki nak dapat lelaki. emm... mcm mana la pulak aku yek nanti kalu aku ngandung anak ke 4..dapatkah anak perempuan?? :)


K..k...lupakan kisah aku nak mengandung yek.. lambat lagi tau..


baby


Baby comel ni di lahirkan di HUKM secara normal. Beratnya hanya 2.80kg sahaja...kecik kan... comel jer ....


Tadi petang aku singgah umah mak aku kat PI g jenguk kakak ipar aku. Dia dah balik dr HUKM, jadi better g umah mak aku kan..dpt makan. lama x makan masakan mak aku.. hehehehe


baby


Sekarang Qaisara x leh panggil kakak lagi, kene panggil Kak Ngah @ kakak Qaisara.. aku lupa la pulak apa nama anak buah aku nie...


Dengan kelahiran kali ini maka genaplah 12 orang cucu mak aku... Tahun depan kakak aku lak akan beersalin untuk anak yang ke - 6... bertambah lagi....hehehe..


ishk..ishk..dh nak masuk 6 org dah kau kak Ida.. hehe..sebaik aku ada gak yang bedah... kalu tidak, semendang jer ngandung salin, ngandung salin.. ishk..ishk..ishkk... :)


baby


Ohw....itu bukan ibunya yek.. kalu aku yang bersalin confrim korang lebih awal dah tahu kan?? ...itu adalah mak teh nya yang comel lagi cun yek...hehehe :)


Selamat berpantang la pada kakak ipar ku... :love:

Tuesday, November 17, 2009

Berusaha di tangga membuah kejayaan

Erkk..aku malas nak wat entry pepanjang..

korang tgk gambar, korang nilaila sendiri yek ... :)

Ditanggalah segala usaha tercapai!

usaha

usaha

usaha

usaha

usaha

usaha

usaha

Akhirnya, sampai jua ke menara tangga...

sebaik ada palang.. kalu tidak mau kat tingkat atas aku rasa...... :)

Sambungan semangat tadi!

Yer..td entry aku pasal semangat tuk kawan aku tu sampai kul 3.00 ptg jer kan.. Jadi nie sambungan nya..kiranya stock aku tuk hari ini di opis la..

Kul 3.30 ptg td aku sambung pam untuk kali yang ke -3 ... maka

pam



hasil tuk pam yang ke 3 ialah 4 oz..

maka jumlah untuk hari ini 5oz + 3.5 oz + 4 oz = 12.5 oz

pam



ini lah hasil di dalam peti ais kat opis.. akan ku bawa balik dan di simpan di peti ais umah aku untuk di beri pada pengasuh pada keesokan harinya.. perghh..panjang tul.. :)

Bekalan kat rumah masih ada 4 botol lagi.. ada rezeki aku leh dpt banyak, kekadang sedikit.. ikut nasib jugak tu..

Sebenarnya aku x mengamalkan sebarang petua pun.. makan, minum aku x pernah jaga..sumer makan.. ais pun aku minum ko tp alhamdulilah anak aku x der pulak sakit perut @ alahan lain..

pernah aku mencuba minum air menambah susu badan, tp x pernah berhasil.. malah makin kurang adalah..bila aku stop dari minum air tu.. x der pulak kesan lain, malah susu aku macam biasa banyak juga.. malah banyak pun ada gak..

Mungkin sesetengah org perlukan makanan tambahan @ mengamalkan jamu untuk menambah susu badan. Terpulang pada masing2..nak cuba silakan.. x nak cuba pun boleh.. selagi x memudaratkan boleh aja..tp kalu ada effect, baik hentikan sebelum melarat..

K.. entry tuk susu badan sudah habis.. nanti ada lagi perkembangan terbaru, akan ku kemaskinikan.. :)

Pada kawan ku yang lain.. cuba selagi boleh, kerana susu badan sekali tuk seseorang anak..selepas 2 tahun x akan ada lagi susu untuk anak itu. :love:

Wednesday, November 11, 2009

Hari yang indah sekali

Wah indah ker hari nie??hahahaha... maunya x indah... hari nie aku x kerja la.. cuti kecemasan. Anak ke-3 aku, Zulfadhli x berapa sihat. Semalam pun aku pulang wal dari biasa, sbb pengasuh msg kata ada buih2 kat mulut Zulfadhli...=(

Buih-buih?? siap tulih perkataan SAWAN lagi...:choler:

Aku dh panik...cepat2 call... rupanya bukan buih2 tp, putih2 kat bibir dia.. ULSER

perghhhhhhh...suuspen kan?? so..semalam gak aku g klinik.. nak pastikan apakah itu..

Disebabkan dia x berapa nak menyusu, maka aku ambikla cuti.. nak kasi ilangkan mlut yg ada ulser tu. kasi buh ubat..kasi minum air..kasi dia kasih sayang yg kurangsebab ibunya sibuk berbelogging jer...:)

Maka hari nie amat la sssssssssiiibuk di pagi hari. Menghantar anak ke sekolah, menghantar adik aku ke tempat kerja, pas tu basuh baju,sidai baju,  tidurkan Zul...dan sekarang baru jer mengadap komputer, selepas menejemoput adik aku dr kerja.

Maka hari ni akan kekurangan sikit ENTRY kerana kesibukan menjaga si kecik...8)

x per...x per... esok aku kasi hot2 sikit entry yekkk.. ceh..hot sgt la.. mcm la pandai sungguh mereka ayat yg selalu aku taip salah memanjang...:)

K...nak kena sudahkan entry ini... si kecil dok tarik2 baju aku... ada lah tu yg x kene...

harap2 dia sudah sihat di bibirnya...esok leh  la ku bekerja dengan tenang sikit...

K...jumpa lagi yek...

Di sebalik langsir

Aku selalu perhatikan anak aku si Zulfadhli nie..

suker nor main langsir aku nie... ishk..kang kalu koyak kang... x der maknanya ibu ko nie nak g beli lagi...

dia kalu dapat langsir nie..habis di sapu2 kat muker dia, pas tu buat muker comel.. leh lak gelak2 kat citu..mcm aku yg agah dia :love:

Padahal...dia main sendiri, gelak sendiri.. :)

IMG



Tengah leka bermain ngan langsir tu... x pasan aku snap gambar...

IMG



Pas flash pertama, baru pasan aku snap..

duk cari mana la dtg flash tu... pas tu wat muker tercengang..

IMG



Bila aku panggil suh kuar... baru nak cari jalan kuar..

dah la tu..kuar ngan muker tersengih2...

geram tol anak aku nie... :)

Ko wat la muker hensem-hensem Zul...nanti ramai yg nak ngorat... jenuh ibu nak pilih yg bersesuaian... hahahaha...... :)

Thursday, October 29, 2009

Check-up 8 bulan

Oh ya... semalam aku pulang awal dari biasa.. hehehe... kul 1.00 ptg aku dah balik yer... sebabnya nak bawa si kecik g check up... Anak yek check u... bukan ibunya yek! sila paham dengan betul...

Maaf kali nie x der gambar lak... sebbnya.. terlampau banyak barang nak di pegang.. maka beg aku tinggalkan pada adik aku..

Berat masa 8 bulan : 7.4kg..

Berat masa 6 bulan : 6.74kg..

oh..makin naik lagu rupanya... alhamdulilah.. makin sihat dan cergas anak aku nie...

zul


hehehe...gambar lama jer aku tempek.. sbb malas nak upload gmbr baru...

Wednesday, October 21, 2009

Takziah Ayu!

Ayu



ya...kenal x sepupu ku ini...? Ayu..

Dalam entry nie rasanya banyak kali aku sebut2 nama dia.. x terkira rasanya..huhuhu...

Iya..dia lah sepupu aku paling rapat sekali.. tapi ingin ku khabarkan pada korang.. ada berita yang amat tidak sedap tuk dikhabarkan..

Sebenarnya, sepupu aku ni tengah mengandung tuk anak yang ke-3.. yup..sebelum ni 2 puteri..maka usaha untuk mendapat putera la pulak kan.. kan macam aku nie..3 hero k... (ceh..sempat lagi mencelah!)

nak di jadikan cerita..dia mengalami turun darah pada hari sabtu yang lepas... dan ahad (keesokan nya) baby dalam kandungan x dapat di selamatkan lagi..

Dia baru sahaja mengandung 4 bulan.. Tuhan itu maha kaya dan pengasih.. dari DIA kita datang..kepada DIA jua kita kembali...

Anak nya telah pergi dahulu sebelum tiba masanya.. x mengapalah.. asalkan IBUnya sihat walafiat.. semoga sepupuku tabah menghadapinya!

Aku pun nak terangkan apa masalah pada kandungan nya pun x reti... apa kata korang g tengok dalam BLOG dia.. dia ada wat satu ENTRY KHAS mengenai baby yang di beri nama Azmeer Bin Azlan.

Aku pun sehingga hari ni lum jenguk lagi sepupu aku..padahal belakang umah jer.. x berkesempatan.. dua menjak ni aku lak x berapa sihat.. maka x elok lakan g ziarah org x sihat.. manakala kita pun x sihat pulakkan..

Pada sepupu ku Ayu.. semoga ko tabah menghadapi masa akan datang. x per..mungkin ada hikmah nya di sebalik kejadian itu. kita hanya merancang, tapi ALLAH yang menentukan..

Al-Fatihah juga pada baby yang belum sempat menjengah ke muka bumi ini.

Rasa-rasa nak tahu keseluruhan cerita ini.. meh g baca ENTRY KHAS ini.

Thursday, October 08, 2009

Gigi Pertamanya Sudah Tumbuh!

Semalam, baru aku pasan.... Zulfadhli dah tumbuh gigi la..!!!

Wah... x caya aku ...dah tumbuh gigi anak aku...merangkak pun belum, gigi tumbuh dulu. Sekarang nie, dia sedang berusaha nak berdiri lak. Sikit2 dia panjat tepi katil, tepi tangga tepi walker....

Adess...nampaknya anak aku nie x leh duk sensorang dalam baby coat tu... bahaya..takut dia berdiri leh jatuh lak ke bawah....

gigi



punya la payah aku nak suh dia nganga mulut,,,, dah gelak2 kan pun payah...

aku pegang dagu Zul... sebab nak snap gambar gigi nya tu...

gigi



Aku tolak dagu Zul sampai dia marah...tu ngah menangis tu... hahaha...teruk tul aku....

gigi



setelah bersnap2 gambar...hanya 1-2 keping jer nampak clear cikit...tu pun kabur2 gak..dah bergerak2..cam ner nak snap kan?? x perla..janjji nampak putih... tapi tu memang GIGI dia yek..

habis aku...pas nie kene gigit lak.. hahahaha.......

Wednesday, September 30, 2009

Sumer KLINIK tutup!!!

huhu...tension ko..
sebaik aku x g malam raya tu hari..
sumer klinik TUTUP ko...ada ker yang bukak, kalu ada pun org bukan islam yg bukak kot. orang melayu banyak chuti kan...

img


memula ok lagi si Zulfadhli


img


kendian dia meragam balik...



dah anak aku raya pertama hari tu demam..
sampai kan aku beraya x habis lagi..
tp demi anak, aku pulang juga..

Tuesday, September 29, 2009

Demam raya

demam raya??
hehehe....bukan demam pasal raya..
tapi demam di hari raya..
anak aku si Zulfadhli, malam raya dh x sihat..
hari raya pertama baru aku pasan..
badan ada bintik2 merah...
rupanya kene demam campak kecil..
patut la moody sepanjang hari raya..
muntah berkali2..
last2 sekali..kul 4.00ptg aku balik dahulu..
kesian ngan si kecik meragam x sudah..

sangat x seronok kalu beraya, sedangkan anak tgh demam..
sebaik seorang sahaja...
kalu 3 sekali..mau x kuar beraya aku..
demi kesihatan anak..
aku rela duk kat umah...

zul demam

Monday, September 14, 2009

My Lovely Family

FAMILY



kenal siapa itu??
hehehe....itu lah sumijelly...
k...lama berblog, tp x pernah nak kenal kan diri dan keluarga kan??kan??
ala...aku nie sapa..kan pemes macam org lain..
blog aku nie pun blog peribadi...
hanya suka suki jer...

FAMILY



inilah permata hatiku yang pertama...
Nama : Muhammad Danial
DOB : 15.12.2004

Berat lahir : 2.84 kg

Keterangan lanjut :

Dilahirkan secara PEMBEDAHAN kerana aku ketika itu nadi Danial makin merosot..so doc takut anak lemas, maka emergency pembedahan di lakukan. Aku lahirkan dia kat HUKM sebab masa tu aku dr opis terus ke HUKM. Masa kat opis aku bledding (hanya sedikit shj). Kawan2 aku suggwst g jumpa doc takut itu tanda nak bersalin. Sampai HUKM, terus check CTG dan kebetulan bukaan masa tu dh 3 cm, tp doc x leh tunggu, terus g OT room. Aku bersalin kan Danial 2 minggu lebih awal.

FAMILY



ini lak anak kedua aku..
Nama : Muhammad Iskandar
DOB : 28.01.2007
Berat lahir : 3.54 kg

Keterangan lanjut :
Dilahirkan secara NORMAL. Masa ni aku genap 40 minggu mengandungkan Iskandar. Sangat2 enjoy tuk kandungan yang ke-2. aku sakit bersalin kul 5.30pg, berbalas2 sms ngan akak aku, dlm kul 10.30 pg shoot ke HUKM, sebab sakit perut sgt. before tu aku dh membuang sebanyak 2 kali..nak kali ke-3 aku x berani, takut lain yang jadi. Sampai jer HUKM, bukaan dah 9 cm, terus sorong ke Bilik bersalin dan terus bersalin. Aku rasa sangat-sangat senang bersalin ketika ini.

FAMILY



ini anak aku yang ke-3
Nama : Muhammad Zulfadhli
DOB : 25.02.2009
Berat lahir : 2.60kg

Keterangan lanjut:
Dilahirkan secara PEMBEDAHAN kerana SONGSANG. Aku dapat tahu masa kandungan 30 minggu. Aku pun x tahu mcm mana leh songsang.. Aku lahirkan dia kat HOSPITAL KAJANG. Di sebabkan 2-2 dh bersalin KL, aku nak merasa lahirkan kat Kajang pulak. Lagi pun umah aku dekat sikit nak ulang-alik spital ke rumah. Pada 25.02.2009 aku memang dtg tuk admit. Bila doc check kandungan, bukaan aku dh 4 cm. Baby still songsang, jadi terus kene sorong ke OT room. My IR masa ni dh pergi kerja, trs call my IR suh dtg balik..hehehe... Segalanya berjalan lancar walaupun secara mengejut ttuk bersalin.hehehe

fAMILY


ohh...ini adalah pasangan bahagia..


Sumijelly & IR nya..hehehe...


Tarikh Nikah : 14.02.2004


Keterangan lanjut :


Berkenalan dalam masa3 bulan,3 bulan kemudian merisik, 3 bulan kemudian bertunang dan dalam masa 2 bulan terus menikah..


huhuhu...sangat pantas dan cepat..




to my IR, I love u ever & forever until death...


Thursday, August 27, 2009

Giliran Zulfdhli pulak x sihat...

alahai...cian tul anak aku yang bongsu nie??
bongsu...?? iyerla bongsu..
dah aku lom nak bersalin lagi..kira dia bongsu la..
memula si Danial yang x sihat, kendian si Iskandar lak kena..
sekarang nie Si Zulfadhli...

zul 1



memula mcm panas2 suam...lepas tu start batuk..
sekali malam ahad panas giler...
tp sebaik masa tu dh g klinik...
doc Shamsiah bekalkan ubat demam + batuk..

zul



selalunya anak2 aku suhu panas nya naik waktu malam..
siang sumer sihat dan cergas...
cuma malam jer aku kene lebih take care..
x perla cayang...skrg ibu jaga kamu..
esok ibu dh tua, kamu pula jaga ibu dan ayah yek..
hhuhuhuh.......
sayang anak ibu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...