Thursday, January 31, 2019

Cuti sekolah kemana? Moh ke Singapore Zoo..........

Adeh..lemaunya.. esok 01.02.2019.. cuti sempena hari Wilayah..... maklumla.. saya bekerja kat WP Putrajaya.. tapi menetap di Selangor...hahahaha.. Jadi cuti panjang la kannnnnnnnnnn sebab sekali cuti CNY dengan cuti sekolah kan.......

Haaaaa, saya dengar dengar raaaamai kat luar sana yang mati kutu nak bawak anak gi mana setiap kali cuti sekolah kan?! Alasannya sebab dah habis pusing satu Malaysia! Ajet-ajet je la kan korang ni. Pastu dok berangan nak fly oversea la kononnya. Hahahaha, aduihh apacer lah korang ni… Dah... Dah… Dah… Campak je angan-angan korang tu masuk tong sampah, nanti dah sampai cuti lagi satu baru recycle eh.

Kali ni punya, saya nak cerita saaatu lagi tempat yang best untuk korang enjoy dengan anak-anak. Dannn yang awesomenya adalah dia pun kat oversea jugak! Sooo, it is none other than the most-celebrated Singapore Zooooo!!! And yesssz, it is also considered as over the sea jugak la kan??!! Hahahaha, ooooppsss… Tapi don’t worry lah, sebab anak-anak korang memang akan enjoy and have fun gila-gila punyalah kat sini! kan dah terspeking lak...hahahaha


So, apalah yang menarik sangat dengan zoo ni kan? Hahaha, jangan pandang rendah eh korang. Zoo ni merupakan salah satu Top 5 Zoos in the World pada tahun 2017 tau! Haaa, amacam hebat tak hebat zoo ni? Siap dapat First Ranked lagi dalam kategori Asia! Uniknya, Singapore Zoo ni adalah designnya yang menerapkan ‘open concept’, di mana korang berpeluang untuk merasai sendiri keajaiban dan keindahan alam semula jadi serta hidupan liar yang menjadi penghuninya.

Memang punyalah surreal, sampai seolah-olah korang betul-betuuulll berada di habitat mereka sendiri! Seronak kan? Jap, aku nak tanya korang something. Education dan entertainment, dua-duanya sama pentingkan dalam proses pembelajaran anak-anak? Dan bila korang campur dua-dua… jadilah edutainment!!! Jadi, dengan adanya edutainment ni baru lah sel-sel otak anak akan berkembang!



Overall, Singapore Zoo yang seluas 26 hektar ini merupakan rumah kepada 300 species, 2.400 haiwan dan yang paling penting 34% species hidupan liar yang terancam. Zoo ini turut menjadi conservation centre for endangered species, misalnya white Rhino, polar bear, white tiger dan gajah-gajah Asia.

Pada tahun 2014 sahaja, zoo ini telah berjaya melahirkan lebih 100 haiwan. Sangat mengagumkan, bukan? Selain itu, Singapore Zoo ni jugak menawarkan pelbagai program pembelajaran, kem-kem dan tour sehinggalah workshop kraf tangan yang menarik pada harga yang amat berpatutan.

Tapi, ni untuk yang pergi secara rombongan besarlah, macam budak-budak sekolah. Korang yang datang dengan family kecik-kecik ni, walk in beli tiket macam biasa jer dekat entrance pun dah okay.


Zoo ni memang luas giler dan banyak showtimes jugak. Nak cover satu hari boleh jer, even kalau nak include River Safari dan Night Safari pun. Cuma korang kena plan beforehand betul-betul lah. Jangan main terjah jer kay! Dan korang kena ingat korang bawak anak-anak kan, so kena ada flexibility jugak. Takut dieorang cepat bosan, penat or moody, nanti tak enjoy pulak kan?

Korang bolehlah check out https://www.traveloka.com/en-my/activities sekarang untuk maklumat lebih lanjut! Zoo ni terbahagi pada beberapa zone, antaranya ialah Treetops Trail, Zoo-rassic Park, Frozen Tundra, Wild Africa, Great Rift Valley of Ethiopia, Australasia, Wild Africa, Orangutan Island, Cat Country, Reptile Garden, Tortoise Shell-ten, Fragile Forest, Tropical Crops, Elephants of Asia, Primate Garden, Splash Safari, Sungei Buaya dan Rainforest Kidzworld.

Hahaaaa, banyak tak?


Attractions kat sini memang banyak. So, saya ceritakan mana jer yang memang selalu jadi tumpuan tourist. First of all ialah Ah Meng Restaurant, sebab kat sini korang bole breakfast dengan orang utan. Memang jinak-jinak lah, siap bole amek gambar lagi dengan dieorang!

Next, benda yang paling rare dan gempak jeng jeng jeng…. Ialah Inuka, si polar bear. Selalu kita, orang Asia jumpa polar bear busuk-busuk pun dalam buku or encyclopedia, tak pun moden sikit dalam tenet kan? Hahaha, ni real life punya beb!


Pergh pergh perghhh… Lagi yang rare, komodo dragon yang menggerunkan serta African atau jackass penguin, tree kangaroo dan pygmy hippopptamus yang comel!

Ada lagi lah macam-macam, contohnya wolverine, white rhinos, puma, cheetah, leopard, singa, zebra, zirafah, ular, lemur, babirusa, pelanduk, butterfly, serangga, kambing arnab dan ponies. Banyak lagi lah! Hahaha, kang saya senaraikan satu-satu in detail, sampai kesudah tak habis nya.

Image result for touch animal in singapore zoo

What makes Singapore Zoo even more interesting, anak-anak boleh bagi makan dan pegang haiwan-haiwan dekat sini tapi according to feeding sessions dia la eh! Korang boleh rujuk map zoo untuk timing and venues setiap feeding sessions. Next up, shows dekat zoo ni aku guarantee akan buat anak-anak korang happy punya lah!

Contohnya ialah Rainforest Fights Back, Elephants at Work and Play, Splash Safari dan Animal Friends Show. Shows ni bukan jer korang boleh tengok dalam map eh, bahkan pihak zoo siap buat announcements dalam park lagi on showtimes and venue, kot kot korang terlupa atau terlepas pandang supaya korang tak miss. Rugi beb kalau tak gi tengok!

Last attraction yang aku nak share ialah Rainforest Kidzworld. Sini, memang saya ingatkan siap-siap bawak baju extra sebab ada wet play area yang siap dengan water-shooting rings, sprinklers dan water playground. Perghhh, memang lencun la beb anak-anak korang, hahaha! Selain tu, zone ni pun ada pony ride tau!

Private-Buggy

Kemudahan-kemudahan dekat sini, macam toilet, locker, nursing room, shelter, water dispenser, first aid station dan banyak lagi, sangat well-maintained. Kalau korang yang ada baby atau anak kecil, korang boleh sewa tram.

Great news untuk sapa yang memang avid Instagrammers, ada free Wi-FI untuk korang upload gambar-gambar korang tu. Zoo ni pun ada sediakan beberapa restoran termasuklah KFC, tapi korang boleh bawak jer makanan sendiri untuk picnic kat sini. Derang benarkan jer.


Okay, untuk sampai sini tak complicated mana pun sebab banyak public transports seperti MRT North South Line, Mandai Khatib Shuttle, Mandai Express, teksi dan direct buses dari bandar.

Nak tahu lebih, korang boleh baca dekat website official dieorang, termasuklah harga tambang. Soooo, what are you waiting for??? Rebut peluang ni, untuk dapatkan Singapore Zoo ticket promo sekarang sebelum korang menyesal! Hahaha…

Monday, January 28, 2019

Kerja tetap pertama selepas SPM

Emm.. agak lama kita tak berblog.... tahun 2019 lagi la..hahaha

Sebenarnya banyak nak citer... nanti la ad amasa nak gak citer walaupun citer tu tahun lepas...hahahaha

Ok ... kali ni nak citer pasal kerja pertama selepas SPM.......ikutkan kerja part time tu banyak dah buat.. tak perla.. x yah citer yang tu..hahaha

Kita citer yang kerja tetap jerla ok!

ISETAN LOT 10


Isetan Lot 10 tempat pertama saya bekerja dulu.... penhujung tahun 1997..

Masa apply keje ni tengok dalam suratkhabar.. ada jawatan kosong untuk sementara.. jadi kami kawan-kawan sekolah apply la...



Kerja pertama .. kerja tetap selepas SPM.... tapi sebelum tu percubaan 3 bulan selepas tu baru di serap menjadi pekerja tetap..

RM550.00 sebulan tu... kerja pula ikut shift.. pagi petang.. lepas tu dapat cuti antara hari Isnin - Jumaat.. sabtu ahad pula kerja akan ada kerja seharian.. kemudian br dapat cuti 2 minggu sekali....

Seronok kerja di Isetan KL ni.. memula percubaan di LOT 10.. kemudian KLCC di bina dan menjadi batch pertama di Isetan KLCC pula...

Dari KLCC tu baru naik tapak hingga sekarang berdiri megah.. dah tengok perubahan nya... dari tak aada bas lalu lalang situ.. sekarang macam-macam perkhidmatan awam ada...

Kemudian.. berbagai pekerjaan saya cuba... sehinggala berjaya mendapat kerja di perkhidmatan awam tahun 2006... ketika mengandungkan anak ke 2....


Alhamdulilah..... sehingga kini masih kekal di perkhidmatan awam.. hampir memasuki tahun ke 12... semoga di panjangkan umur dan masih dapat berbakti pada negara dan bangsa..hehehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...