Thursday, April 15, 2021

Buffet Dinner di Marriot Putrajaya

Salam Ramadan ...........

Sedar tak sedar dah masuk hari ke 3 kita berpuasa di bulan Ramadan....

Biasanya awal-awal ni ramai yang memilih untuk berbuka di rumah dan memasak.... tunggu la lagi seminggu dua ni.. mesti dah pening tak tahu nak masak apa dan nak makan apa kan?

Ok.. jangan risau... jika mencari tempat berbuka ... boleh la ke Marriot Putrajaya...

Putrajaya masih di kira kawasan PKPP jadi di bolehkan untuk mengadakan makan malam secara buffet tetapi mengikut SOP yang telah di tetapkan oleh kerajaan.

Penjarakan 1 meter, memakai pelitup muka serta memakai sarung tangan ketika mengambil makanan...dan kehadirian pengunjung mestilah mengikut saiz ruang makan.

Jadi jika kita amalkan SOP, kita dapat sekat penularan covid-19.

Di Marriot Putrajaya, terdapat pelbagai menu makanan yang di hidangkan... untuk pembuka selera boleh la mencuba...




Banyak betul buah-buahan serta kek yang manis untuk di cuba...

Namun apa yang pasti, buah kurma tetap akan menjadi makanan wajib setiap kali tibanya Ramadan kerana ia bukan sahaja enak tetapi mempunyai pelbagai khasiat.


Kurma kaya dengan nutrisi yang baik untuk tubuh anda, malah ia mengandungi lebih banyak kalori dan karbohidrat.

Ia juga mengandungi vitamin, mineral dan serat serta antioksidan yang dapat menjauhkan anda daripada pelbagai penyakit berbahaya.

Jadi makan lah sebiji dua kurma untuk mendapatkan khasiat nya...




Biasanya ada orang bila berpuasa tak boleh makan berat-berat...

Mungkin makan yang ringgan-ringgan dulu macam PASTA ke, Rojak ke, atau Pizza... sebelum mengambil makanan berat.





Jangan risau... di Marriot, NASI semestinya ada bersama lauk pauk yang menyelerakan... atau lebih di kenali 7 kawah.

7 kawah di namakan sempena memasak lauk pauk menggunakan kawah... seperti Gulai Ayam, Gulai Daging, Gulai Kambing, Gulai Udang, Gulai Ikan, Gulai Sayur.


Sedap pula di makan bersama ulam-ulaman...

Sebenarnya lebih daripada 120 ulam-ulaman tradisional terdapat di Malaysia sama ada ulam-ulaman kecil yang tumbuh melata seperti pegaga, pokok-pokok renek dan sehinggalah pokok-pokok besar seperti petai dan jering.

Sesungguhnya khasiat ulam-ulaman sememangnya mampu memberikan faedah kepada mereka yang mengamalkannya. kandungannya yang bebas dari sisa toksid yang tercemar telah memberikannya kelebihan yang tersendiri. Kandungannya yang kaya dengan pelbagai khasiat mampu memberikan 1001 faedah orang yang mengamalkannya


Untuk hidangan sup ... boleh cuba pelbagai sup di sini...



Sebenarnya banyak menu makanan yang di hidangkan di Marriot Putrajaya ni... hendak di sebut kesemuan susah...semua sedap-sedap belaka 



Dari makanan laut, itali, masakan thai malah masakan dari utara pun di bawakan di Marriot Putrajaya...

Jadi pilihan untuk menjamah makanan banyak...



Yang penting, kambing golej tetap tidak dilupakan sepanjang Ramdan ini... 

Untuk mereka tang ingin menncuba pelbagai menu  makanan di Marrio Putrajay boleh la buat tempahan seperti tertea di poster...


Dengan hanya RM145.00 nett bagi dewasa dan RM72.00 nett untuk kanak-kanak, pengunjung dapat menikmati nya bermula 13 April 2021 sehingga 12 Mei 2021 dari 6.30 petang sehingga 10.00 malam.

Jangan risau, surau ada di sediakan di ARAS 2 untuk umat Islam bersolat maghrib.

Jadi kalau dah tak tahu nak kemana boleh la menikmati BUFFET DINNER di Marriot Putrajaya.

Untuk sebarang maklumat boleh hubungi :

Hotline : 03-8949 8922/8761/8655
WhatSapp : 012-3930172

NO ONE LEFT BEHIND,
LET'S DINE TOGETHER!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...