Monday, October 18, 2021

Dah boleh rentas negeri? Jom bercuti

Halooo semua,

lama tak bersiaran.. seiring ngan pkp.. blog pun pkp gak wakakaka..... Macam-macam perkara dah berlaku kan. Perdana Menteri pun dah bertukar baru. Dari Tans Sri Muhyiddin Yassin kini Dato' Sri Ismail Sabri pula.... Tahniah menjadi PM yang ke 9.

11 Oktober 2021 yang lalu, PM kita telah pun bersetuju memberi kebenaran kepada Keluarga Malaysia yang sudah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri. Pergerakan itu boleh dilakukan tanpa memerlukan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Rakyat juga dibenarkan untuk melakukan aktiviti pelancongan ke mana-mana negeri, selain bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang sudah lama berpisah dan sebagainya.

Kalau balik kampung tu... saya memang tak ada kampung la.. tapi kalau bab aktiviti pelancongan... haaa itu yang di tunggu-tunggu sekian lamanyaa....

Memandangkan jenis yang tak ada kampung, dan tak perlu nak pening kepala untuk mencari tempat percutian.... apa kata korang check it out hotel in Kuala Lumpur dulu.... ialah dah nama pun duk di lembah klang... tempat paling dekat of course la kuala lumpur kan?

Ok... jom tengok harga hotel kat kuala lumpur...

Wah... semua hotel berdekatan dengan pusat bandar... senang sikit sebab banyak mall kiri kanan.. tak perlu pening kepala. Yang penting ada kolam renang. Harga pun berpatutan juga....

Ialah kesian kat anak-anak la… setiap hari kelas online.. penat pun ia jug aka.n. Kerja sekolah tetap kene buat, kerja kat rumah untuk bantu ibibapa pun kene juga buat… jadi apa salah kita bawa anak bercuti kan?

Tapi kalau tak nak area lembah klang... boleh la jalan jauh sikit... ala jauh sikit je... macam kat Port Dickson ke. kan? Situ banyak sikit pantai... syok sikit kalau nak mandi pantai kan?

Agak lama juga saya tak pe Port Dickson. Pergi pun tak silap saya tahun 2014. Masa tu pun Huzaiman masih kecik lagi… baru 3 tahun hehehehe


Best wei g pantai… bina-bina istana.. main pasir… pasir kat pantai halus, lembut je.. best sikit tak kasar…lembut jeeee.....

Tapi pas mandi pantai tu.. ha ko.. legam la masing-masing kan.. kene panas matahari hahaha… dah pakai losyen pun tak mau nya.. tapi setakat ni kulit jadi hitam jela.. mengelupas tu kurang sikit la.. sbb pakai losyen kan..

Jadi kalau nak jauh sikit moh la kita ke PD pula, Nak syok... apa kata kita survey Lexis Port Dickson jap...


Tudia... resort atas air ko... menarik sungguh.. leh tangkap ikan terus ni..hehehe

Kalau port dickson ni menarik juga kan? malam-malam boleh makan ikan bakar ni..sedappp...tak jauh dari KL pun... dekat je kalau lalu ikut highway kan?

PD ni macam-macam ada.. Teluk Kemang, Masjid Sendayan, Rumah APi Tanjung Tuan., Pantai Tanjung Tuan.... sekitar situ juga terdapat geria-gerai yang menjual pelbagai makanan, minuman serta cenderahati untuk pengunjung beli untuk kenangan.

Jadi macam mana korang? dah plan ke nak ke mana hujung minggu nanti? Apa salah nya kan bawa anak jalan-jalan sambil release tension kan? Anak-anak pun setiap hari mengadap kelas online kan.... ni la masanya bawa anak-anak berjalan sambil menikmati keindahan alam.

Jadi jangan lupa. untuk yang lengkap dua dos vaksin, dibenarkan merentas negeri namun sentiasalah menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat kita.

Thursday, July 08, 2021

Harga terkini Mc'Donalds 2021

 Agak lama tak makan Mc'Donalds....

Tiba-tiba Mcd'Donalds bagi pamplet untuk tatapan di rumah..hahaha

Apa salahnya kita share sini untuk rujukan di masa hadapan kan?





Tengok tu, Mc'Donalds pun suh simpan risalah ni.... jadi kita simpan je sini hahahaa


Monday, July 05, 2021

Oximeter Oxygen

Hallo...........

Agak lama tak bersiaran... kali ni nak share gadget yang di perlukan di rumah....

OXIMETER OXYGEN


Oximeter adalah sebuah alat yang mampu mengenal pasti peningkatan oksigen di dalam darah manusia tanpa menimbulkan rasa sakit.

Biasanya oximeter ini di gunakan bila ada masalah penafasan yang di sebut hypoxia.

Hypoxia berpunca daripada pelbagai penyakit terutama paru-paru dan jantung yang menyebabkan kerosakan otak, paru-paru dan organ dalaman badan sekali gus membawa maut jika tidak dirawat segera. Katanya, keadaan itu berlaku apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan kurang daripada 95 peratus.

Tahap pernafasan pesakit Hypoxia boleh menjangkau sehingga 40 hingga 50 kali seminit berbanding kadar pernafasan normal antara 12 hingga 20 kali seminit.

Jadi amat digalakkan membeli 'Pulse Oximeter' di farmasi bagi memantau tahap oksigen mereka & segeralah ke hospital jika tahap bacaan oksigen kurang daripada 95%.


Jangan lupa jika beli oximeter tu, beli la sekali bekas simpan juga supaya terjaga dan mudah di bawa ke mana dan di simpan dengan baik.

Jadi jika korang nak beli.. boleh cari di shopee dengan pelbagai harga dan jenis...

Oximeter Oxygen -->> https://shp.ee/25cm8i5
Oximeter Oxygen -->> https://shp.ee/25cm8i5
Oximeter Oxygen -->> https://shp.ee/25cm8i5

Beg Oximeter -->> https://shp.ee/4gmmzfd
Beg Oximeter -->> https://shp.ee/4gmmzfd
Beg Oximeter -->> https://shp.ee/4gmmzfd

Pastikan setiap rumah memilikinya

Thursday, April 15, 2021

Buffet Dinner di Marriot Putrajaya

Salam Ramadan ...........

Sedar tak sedar dah masuk hari ke 3 kita berpuasa di bulan Ramadan....

Biasanya awal-awal ni ramai yang memilih untuk berbuka di rumah dan memasak.... tunggu la lagi seminggu dua ni.. mesti dah pening tak tahu nak masak apa dan nak makan apa kan?

Ok.. jangan risau... jika mencari tempat berbuka ... boleh la ke Marriot Putrajaya...

Putrajaya masih di kira kawasan PKPP jadi di bolehkan untuk mengadakan makan malam secara buffet tetapi mengikut SOP yang telah di tetapkan oleh kerajaan.

Penjarakan 1 meter, memakai pelitup muka serta memakai sarung tangan ketika mengambil makanan...dan kehadirian pengunjung mestilah mengikut saiz ruang makan.

Jadi jika kita amalkan SOP, kita dapat sekat penularan covid-19.

Di Marriot Putrajaya, terdapat pelbagai menu makanan yang di hidangkan... untuk pembuka selera boleh la mencuba...




Banyak betul buah-buahan serta kek yang manis untuk di cuba...

Namun apa yang pasti, buah kurma tetap akan menjadi makanan wajib setiap kali tibanya Ramadan kerana ia bukan sahaja enak tetapi mempunyai pelbagai khasiat.


Kurma kaya dengan nutrisi yang baik untuk tubuh anda, malah ia mengandungi lebih banyak kalori dan karbohidrat.

Ia juga mengandungi vitamin, mineral dan serat serta antioksidan yang dapat menjauhkan anda daripada pelbagai penyakit berbahaya.

Jadi makan lah sebiji dua kurma untuk mendapatkan khasiat nya...




Biasanya ada orang bila berpuasa tak boleh makan berat-berat...

Mungkin makan yang ringgan-ringgan dulu macam PASTA ke, Rojak ke, atau Pizza... sebelum mengambil makanan berat.





Jangan risau... di Marriot, NASI semestinya ada bersama lauk pauk yang menyelerakan... atau lebih di kenali 7 kawah.

7 kawah di namakan sempena memasak lauk pauk menggunakan kawah... seperti Gulai Ayam, Gulai Daging, Gulai Kambing, Gulai Udang, Gulai Ikan, Gulai Sayur.


Sedap pula di makan bersama ulam-ulaman...

Sebenarnya lebih daripada 120 ulam-ulaman tradisional terdapat di Malaysia sama ada ulam-ulaman kecil yang tumbuh melata seperti pegaga, pokok-pokok renek dan sehinggalah pokok-pokok besar seperti petai dan jering.

Sesungguhnya khasiat ulam-ulaman sememangnya mampu memberikan faedah kepada mereka yang mengamalkannya. kandungannya yang bebas dari sisa toksid yang tercemar telah memberikannya kelebihan yang tersendiri. Kandungannya yang kaya dengan pelbagai khasiat mampu memberikan 1001 faedah orang yang mengamalkannya


Untuk hidangan sup ... boleh cuba pelbagai sup di sini...



Sebenarnya banyak menu makanan yang di hidangkan di Marriot Putrajaya ni... hendak di sebut kesemuan susah...semua sedap-sedap belaka 



Dari makanan laut, itali, masakan thai malah masakan dari utara pun di bawakan di Marriot Putrajaya...

Jadi pilihan untuk menjamah makanan banyak...



Yang penting, kambing golej tetap tidak dilupakan sepanjang Ramdan ini... 

Untuk mereka tang ingin menncuba pelbagai menu  makanan di Marrio Putrajay boleh la buat tempahan seperti tertea di poster...


Dengan hanya RM145.00 nett bagi dewasa dan RM72.00 nett untuk kanak-kanak, pengunjung dapat menikmati nya bermula 13 April 2021 sehingga 12 Mei 2021 dari 6.30 petang sehingga 10.00 malam.

Jangan risau, surau ada di sediakan di ARAS 2 untuk umat Islam bersolat maghrib.

Jadi kalau dah tak tahu nak kemana boleh la menikmati BUFFET DINNER di Marriot Putrajaya.

Untuk sebarang maklumat boleh hubungi :

Hotline : 03-8949 8922/8761/8655
WhatSapp : 012-3930172

NO ONE LEFT BEHIND,
LET'S DINE TOGETHER!


Saturday, January 30, 2021

Langkawi destinasi yang ingin dilawati lagi

Hai everything.... hahahah.. salam PKP 2.0... sedar tak sedar kita dah masuk PKP 2.0 kan? Sekarang ni kita kira hidup bersama dengan COVID-19.. nak buat apa2 pun tak boleh...

Hari tu masa PKPP dapat la kita berkumpul dengan keluarga, rakan serta sanak saudara... lepas tu PKPB balik... kini terus PKP balik gara-gara kes semakin meningkat... paling tinggi 4,000 gaisss.. tinggi tu...

Tapi kita kene juga lihat kes sembuh juga... kes sembuh pun meningkat gak 3,000 - 4,000 kes juga kan?  jadi sama rata la... sembuh pun sama banyak dengan kes berjangkit.. semoga kita terhindar dari wabak ni..

Sebut pasal PKP la, PKPB la... kita mesti dah rancang macam-macam plan untuk diri, keluarga atau dengan kawan -kawan.. nak bercuti la, nak jalan-jalan cari makan la...


Hari tu saya dah plan nak ke Langkawi gaisss.... nak naik kapal terbang la.. makluml  la tiket penerbangan murah giler tauuu... boleh la time ni nak bawa anak-anak merasa naik kapal terbang sambil-sambil tu boleh la meningkat ekonomi neagara.. kali terakhir pergi pada tahun 2014... nampak tak anak-anak saya kat huruf K tu...heheheheh

Tahun 2014 masa tu anak-anak saya kecik lagi.. yang bongsu pun baru umur 4 tahun.. jadi kenangan tu mungkin dia kurang sikit.. 4 tahun mana la paham sangat kan.. masih perlu di pimpin ke sana sini ....

Itu ingat kalau dapat bawa mereka ketika mereka masih lagi bersama kita ni... nanti masing-masing makin membesar akan meninggal kan saya kerana belajar la, bekerja la.. mana tahu kahwin muda pula.. hehehe



Tiba-tiba teringat bulan Disember 2020 hari tu, yang ramai dapat bercuti ke Langkawi... sampai habis coklat diborong oleh pengunjung ke Langkawi.... nampak tak.. bila dapat peluang bercuti, rakyat Malaysia tak pernah ketinggalan untuk memriahkan sesuatu tempat tu... Coklat sapa tak gemar, saya pun gemar.. kalau ke Langkawi memang akan menuju ke tempat coklat dan pingan mangkuk tau...

Jadi bila dah ada perancangan tu..tiba-tiba PKP balik.. punah harapan... tapi tak perla   sambil-sambil tu saya survey la juga hotel sekitar Langkawi tu... mencari la promo-promo yang berpatutan.. maklum la kita ni ramai anak-anak... mereka pun dah besar... yang sulung je dah berusia 17 tahun... 

Bila survey hotel in Langkawi tu, ada la juga jumpa yang berkenan di hati... mestila saya akan cari dekat dengan Pantai Cenang... sebab situ aktivi banyak.. kedai-kedai pun banyak sekitar situ.. yang paling penting dekat dengan pantai.. tak perlu la nak bawa kereta kan?

Kebanyakan hotel in Langkawi harga nya sangat berpatutan.... kita boleh pilih mengikut jarak di anatara sesuatu tempat.. antara lapangan terbang ke hotel ke, antara terminal ferry ke hotel ke... ialah bila bawa anak-anak mestila mencari yang dekat, cepat dan tak jauh perjalanan nya..

Bila dah dapat hotel atau rumah penginapan yang di idamkan... boleh la kita book.. nanti lepas habis PKP atau boleh merentas negeri.. senang sikit.. sebab hotel dah tempah awal-awal kan? Hanya packing barang dan terus pergi...

Cepatla wabak ini berakhirkan.. banyak perkara tak dapat kita lakukan seperti dulu... semoga Negara kita bebas cepat dari wabak ni.

Jangan lupa... kalau nak ke Langkawi, cepat-cepat tempah hotel tu,..nanti penuh melepas pula...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...