Showing posts with label Suka-suka. Show all posts
Showing posts with label Suka-suka. Show all posts

Sunday, February 28, 2010

Penipuan utama dalam internet

Banyak terdapat unsur dan kejadian penipuan dalam Internet. Seperti mana di dunia nyata ini, dunia siber dalam internet juga mempunyai penjahat-penjahat yang bersedia menipu sesiapa sahaja. Malah penipuan dalam internet nampaknya lebih licik lagi. Di sini disenaraikan beberapa teknik penipuan yang sedang berleluasa dalam internet. Saya kira, sebagai pengguna internet yang aktif, kemungkinan ada antara kita yang menjumpai e-mel atau jemputan seumpama ini.

Penipuan Barang Antik

- Anda diberitahu bahawa anda telah memenangi lelongan terhadap gitar lama kepunyaan Rolling Stones (khusus kepada peminat kumpulan ini). Apabila and menghantat cek, tetapi gitar entah ke mana. Walaupun gitar mungkin sampai, tetapi yang dihantar adalah gitar rosak!

Capaian Internet

- Penyedia perkhidmatan internet semalam sahaja. Ia menawarkan lebar jalur yang amat perlahan atau tiada sambungan langsung. Anda bayar yuran pendaftaran, tetapi tiada akaun yang dihantar. Kalau hantarpun, akaun tidak sah. Sudah ramai pengguna yang tertipu dengan cara ini.

Penipuan Jualan Komputer

- Banyak kategori di sini. Namun yang paling popular ialah penawaran peralatan komputer canggih seperti PC multimedia, alat pengimbas dan sebagainya secara percuma. Akhirnya andapun tidak memperolehi apa-apa.

Lain-lain Penipuan Jualan

- Laman web e-dagang yang menawarkan pelbagai penjimatan pembelian dari set televisyen, pemain cakera padat hingga kepada rekod-rekod lama, tetapi tidak pernah ada penghantaran.

Pembangunan Laman Web

- Anda baru memutuskan untuk memulakan laman web di Internet. Atau anda sudah mempunyai laman web, tetapi tidak berapa menarik, mungkin anda lakukan sebegini sebagai permulaan. Berhati-hati dengan pihak-pihak yang ingin 'membantu' anda membaiki atau mendirikan laman web yang menarik kepada anda. Jangan terkejut jika ianya diberikan secara percuma. Jangan percaya!

Laman Lucah

- Mungkin anda secara tidak sengaja meluncuri laman-laman yang digolongkan sebagai laman web untuk orang dewasa, berunsur lucah atau menyediakan bahan-bahan yang memualkan. Jangan anda terkejut bila mana kemungkinan bil telefon anda dibilkan tanpa pengetahuan anda untuk panggilan jauh yang tidak dibuat.

Skim Cepat Kaya

- Aha… paling menarik untuk golongan yang ingin cepat kaya tanpa usaha lebih. Bukan setakat dalam dunia nyata sahaja, kemajuan teknologi juga boleh digunakan dalam menjalankan aktiviti ini dalam dunia siber. Pelbagai skim dari berbentuk piramid, mencari ahli, rujukan e-mel malah sampai kepada pujukan memasukkan sejumlah wang dalam akaun tertentu. Siap dengan nombor akaun bank sekali. Jangan percaya. Sekali terkena, menyesal tidak sudah. Dalam internet, lagi sukar untuk dikesan.

Bekerja Di Rumah

- Banyak tawaran menambah pendapatan dengan melaksanakan kerja di rumah. Nampak mudah dan menarik. Memang anda lakukan kerja tersebut dengan siap, tetapi bayaran hanyalah dalam bentuk e-mel atau cek siber. Tidak laku di mana-mana pun.

Pelancongan Dan Percutian

- Anda dikatakan akan memenangi atau telah memenangi pakej percutian menarik. Selalunya di tempat-tempat yang menjadi idaman anda, sepert kawasan pulau peranginan eksklusif. Anda dibayangkan dengan fantasi menyeronokkan. Akhirnya anda membayar melalui kad kredit sebagai yuran pendaftaran, tetapi itulah sahaja yang anda dapat. Angan-angan fantasi umpama mimpi.

E-mel Rujukan

- Skim ini berbentuk rantaian rujukan e-mel. Dikatakan apabila anda panjangkan kandungan yang mengandungi laman web tertentu, anda akan diberikan wang setiap kali rakan-rakan anda pergi ke laman tersebut. Siap dengan kenyataan orang-orang yang telah memperoleh wang dengan cara ini. Suka dinasihatkan, jangan hiraukan e-mel sebegini. Anda akan berakhir dengan sia-sia. Pihak yang untung ialah tuan empunya laman tersebut kerana semakin ramai orang akan melawat ke situ, dan mereka akan mengatakan kepada pengiklan bahawa laman web mereka dikunjungi berjuta orang dalam seminggu. Apa yang anda dapat? Iklan percuma kepada laman tersebut.

Nota kaki : Maka berhati2 la dgn dunia INTERNET...ada yang benar ada yang palsu... sebelum melakukan apa2..sila rujuk pada org yang lebih arif dan mahir...

Cara-cara sembunyikan password anda!

Step 1: No one can see your passwords or whatever you're typing



Step 2: No one can see whatever you're typing or which website you're surfing




And the Ultimate is...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





No one knows who you are......


[]

Nota kaki : Sekadar suka-suka di hari ahad...hehehehe. Selamat berhujung minggu yek!

Wednesday, February 17, 2010

Pelajar yang lama hilang telah di temui semula

Aku x tahu la, mana derang nie dpt gmbr nie...

Aku terima emel dr minggu lepas... just nak share ngan pembaca semua...

img dewasa



Apa kah cerita di sebalik gambar ini?

Siapakah mereka??

Ada ker yg sudi menjawab persoalan aku?? hehehe... kot2 tuan punya gambar nie ternampak, nak terangkan pun boleh gak..hehehehe

Thursday, November 19, 2009

Resepi Bebola Daging yang mudah!

Hari Ahad yang lepas aku masak SPAGGETHI DAGING. Konon nak wat bebola daging, tp x tahu.. eh..bukan x tahu, tp x tahu resepi nya.. (erk..x sama ker??hehehe)

Jadi, hari ni aku surf internet cr resepi tu... at least, kalu aku nak makan kang, leh la cr dlm BLOG sendiri jerkan.. hehehe..

?Bebola Daging - Bakso™






Bebola_daging

Sesuai dibubuh dlm mi, sup atau dimasak lauk.



Bahan-bahan ( 600 g )

  • 600 g daging cincang -cuci dan tos (saya haluskan lagi jadi pes)
  • 3 sb tepung jagung
  • 1/2 sb lada putih serbuk
  • 1 sb ketumbar serbuk
  • 1 sk jintan manis serbuk
  • 1 sk jintan putih serbuk
  • 2 hiris halia - ditumbuk halus
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 1 biji telur
  • garam secukup rasa

Cara-cara


  • Gaul rata semua bahan2 dan perap sebentar
  • Bulat2kan adunan menjadi bebola kecil.
  • Panaskan air hingga mendidih dan rebus bebola.Angkat dan toskan.

Siap utk digunakan dlm apa saja masakan.Juga sedap dimakan begitu saja dan cicah sos.

Wah.... mcm senangkan?? hehehe.. leh la cuba nanti..

korang nak cuba, meh ambik jer resepi ni.. ni aku ambil dari sumber My Resepi. Kat citu memacam resepi ada ko...

Selamat mencuba yek!

Tuesday, November 17, 2009

Bosan kah hari ini?

wah..tajuk...kemain lagi.. hari nie memang terasa sikit kebosanan.. entah aku pun x tahu..

Entry nak wat pun x der, sampaikan gambar anak aku naik tangga aku jadikan bahan..

Dahla pepagi td FLASH CARD aku tertinggal dalam kete, my IR lak..x moh pusing balik..dia pun dh lambat... hai nasib la..

Maka...hari nie ku lalui dengan masa yang sungguh bosan.. buat tu x kena, buat ini x kena..

wei..cuba bagi idea cikit.. apa nak buat..

Ingat nak wat teka teki teka tekuk.. tp x der idea lak..

Jadi..entry yg ini pun kuar secara tetiba pasal aku dh x tahu nak buat apa..hahahaha... padahal atas meja aku nie. invoice punya la berlambak nak wat.. tapi mood nak keje x der...

Oh..mood..mari la dikau.. aku sudah bosan.. :)

bosan

Friday, November 13, 2009

Membayar TAG dr Mamibizi

1. Adakah anda rasa anda hot?
- Hot? dah x hot, sejak HOTFM x der fafau... :)

2.Upload gambar kegemaran anda

anakku



3. Tak ada soalan pun... so i guess kena citer pasal gambor tu ler kot...
- Sumi suker gmbr ini sebab gambar nie nampak 3 beradik nie erat sekali dan sungguh hensem sekali.. hehehe... Sayang anak ibu! :love:

4.Bila kali terakhir makan pizza?
- Jumaat lepas, masa tu tgh berbroadband di sana...wah.. kenjang makan, kenyang berblog.... :)

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
- Lagu ?? emm... apa yek..dh lupa la.. kat opis x pasang mp3.

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
- Baru jer lepas bertani di ladang ygn x berapa besar di FB... :)

7. Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa?
- Sumi, sumijelly


8. Tag lagi 6 orang
1. Mila
2. TIADA
3. Ayu
4. MaMaSyAzA
5. H4ni3
6. Nizaa


9. Siapakah orang No.1 pada anda?
- Mila, Kawan sekerja aku yang duk sebelah aku jer..hahaha... x dtg keje sms, lmbt smp sms, nak beli makanan pun sms... hehehe :)

11.Kata sesuatu mengenai orang no 5
- H4ni3, walaupun kita x berapa kenal secara nyata...tp terima kasih kerana sudi menjadi kawan di cyber ini.

10. No.3 ada hubungan dengan siapa?
- Ayu, Sepupu aku yg terrrrrrraaaaaaapat sekali.

12. Bagaimana pula orang no.4?
- MaMaSyAzA, aku kenal melalui MBP, dan sering meninggalkan komen di BLOG aku ni.. :) Terima kasih kerana sudi berkawan ngan sumi yek kak!

13. Pesanan kepada orang no 6.
- Nizaa, Sila la kuarkan gambar abgEncem anda.. nak kenal la..hehehehe :) dan terima kasih kerana sudi berkawan ngan kak sumi.

Huhuhuh...aku baru pasan... dia x der soklan tuk org nombor 2, maka aku x der siapa la nak di TAG kan...hehehe 8)

* Sila siapkan laporan TAG anda.. jika tidak berkesempatan, sila tinggalkan pesanan di bawah utntuk memberitahu anda MALAS nak buat..... :)

Tuesday, November 10, 2009

Mari main mata

Apa yang korang nampak dari gambarajah ini??? 8)

main mata



A : Wajah

B : Gelas

C : Kedua2nya...

Jom...main teka2...ni x der hadiah yek..

sesaja main mata dan minda.... :)

Friday, November 06, 2009

Bersiaran di PIZZA HUT

muahaha...ingin ku maklumkan..

aku berada di PIZZA HUT...

perghh.lunch-lunch yg panjang nie...

maka kaki ku pun panjang...

mari bersantap kengkawan sambil ber blogging! :)

Teka Gambar di Pagi Jumaat

Ini adalah STICKY MODE, sampai kul 4.00 ptg jer!
Sempena nak bagi HADIAH jap.. seperti biasa, entry terbaru sila scroll ke bawah!


ewah..... teka gambar konon... yer.. aku x tipu.. meh sini.. aku nak bagi TOP UP RM 10.00 FREE! Korang x moh ker?? meh..meh..baca entry nie sampai habis... aku tgh baik hati nie....

Teka gmbr



Cuba teka gambar apakah itu??


Jika dapat, anda akan mendapat TOP UP RM 10.00 FREE.

X kisah la kalu korang bukan pakai prepaid pun, top up nie boleh di berikan pada sesiapa jer,kawan ker, keluarga ker, jiran korang ker...janjji dia pengguna PREPAID sahaja!

Cepat..! cepat! ... tawaran terhad... JAWAPAN akan di umumkan pada pukul 4.00 ptg...

so selepas JAWAPAN di publish... aku akan memilih org yang PERTAMA jawab betul @ terhampir sahaja!

Jawapan akan di adili oleh kengkawan aku yek! mereka akan pilih pemenang nya!

CEPAT!!!!! G sebarkan kat sumer org... benda FREE wei.. x moh ker?? Sumer orang layak masuk!

KLU :

1)BENDA

2) LELAKI & PEREMPUAN TAHU GUNA.

3) BERWARNA WARNI

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Yer di sebabkan dah ada pemenang.... COMMENT ditutup..

sila cuba di lain entry yek!

Jawapanya :

jawapannya

Tahniah pada :

Cik Fathiha Zainal

Sila emel NO HP yg nak di top up yek ke admin@sumijelly.com atau isi jer di sini.

Terima Kasih!!

Tuesday, November 03, 2009

Keyboardkah yang bersalah?

Korang perasan x sejak aku berblog... terllllllllllllaaaallllllluuuuu banyak typo??

yup......baaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnnyaaaaaaaaaakkkkkk yek..bukan cikit.. klau korang x caya..korang leh baca balik entry aku yang lama.

x pun mana2 blog yang aku komen sure ada...

x caya?? hahahaha sila la percaya.. x caya korang leh tanya kawan group aku.. (ceh macam kenal kan?) derang amat cepat menangkap kesilapan keyboard aku nie..

aku selalu salah kan keyboard ini. bukan keyboard di opis sahaja.... malah keyboard di umah sekali aku patut persalahkan.. sebab keyboardla aku salah taip. cuba suh tulis tangan...confirm betul..muahahaha...

k... sebenarnya aku tiada entry menarik nak kongsi dengan korang..hanya sekadar luahan kebosanan aku menunggu masa untuk pulang kerumah..

so..terimakasih kerana sudi membaca entry aku..hehehe...

sok ada entry terbaru.. sila lawat kembali blog ini yek! cau!

Monday, November 02, 2009

Jangan mudah terpedaya!

Pernah x korang terima emel seperti berikut dari mana-mana bank??

mbank palsu



Pernah...?? dan pernah clik x link yang di beri??

Pada yang pernah tahu kewujudan bank2 palsu pasti akan berhati2 kalu nak klik link yang diberikan...

Tapi pada yang x tahu kewujudan bank2 palsu nie.. meh sini aku nak tunjuk perbezaan bank2 palsu ngan bank2 betul yek...

Kalu korang terima emel tu, then klik likn nya.. link tu akan meng'forward' kan korang ke link penipuan.

mbank palsu



Bila korang isi jer username ngan password, secara automatik derang leh trace username ngan password korang dan terus menggunakan untuk pemindahkan wang ke bank lain..

Jadi..jangan mudah tertipu.. memang nampak sama, cuma yg x sama adalah URL LINK nya yek!

Link yang tidak betul adalah seperti berikut :

mbank palsu



http://0x463b7d41/o/?https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login/

Manakala, link yang betul adalah seperti berikut :

mbank real



https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login

tgk..tgk... ada perbezaan kan?? kan??

mbank real



Jadi...jika nak masuk ke Maybank2u tu...pastikan URL link nya betul yek.. beringat sebelum terkena... mencegah sebelum terlewat..

cewah..dh macam iklan sebabak lak.. :)

Monday, October 12, 2009

SMS Raya 1430H yang kuterima

wah....punya la lama raya..nak masuk raya ke 23 dah.. baru hari nie aku nak kuar entrty nie.. ikutkan nak wat masa raya minggu pertama... sekali lupa lak..hehehehe... maklumla...sonok berhair raya...hahah

seperti tahun lepas, aku dah wat entry tuk koleksi raya yang aku terima.. aku wat netry nie supaya mudah aku ingat koleksi2 sms yang aku terima.. tapi tahun nie x banyak seperti2 tahun2 sudah... agaknya ekonomi meleset kot..hehehe

so...ini adalah sebahagian SMS untuk tahun 2009 yang aku terima...

Dari Mimi (kwn SMPB) :
Melati putih indah berseri, jadi hiasan di aidil fitri,sms hadir pengganti diri, tanda ingatan kekal di hati, sèlämät härì räýå àíðíl fìtrí.
MAAF ZAHIR & BATIN.
Drp:Mimi sekeluarga

Dari En Mat (MEIAS) :
Ucapan Selama Hari Raya & Maaf Zahir Batin ini dibawakan terus dari En Mat & Family..serta MEIAS Groups.Kalau ada duit raya lebih2 tu jgn lupa bagi. : )

Dari Izat (kwn TM) :
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin Dari Iezat Sekeluarga:-P

Dari Tulip (kwn MH) :
Dalam perjalanan hidup ini, kita sempat bertemu kemudian berpisah seiring dengan waktu, jika ada siang pasti ada malam,jika ada hitam pasti ada putih dan jika ada kesalahan pasti ada kemaafan..
Mohon maaf zahir & batin. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Semoga ALLAH sentiasa merahmatimu..
Amin..
-TuLiP-

Dari Farid (kwn TALAM) :
SMS dikirim salam dipinta.
Buat teman di mana berada.
Mohon maaf salah & dosa.
Moga lebaran sentiasa ceria. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
(TAN SRI FARID SABRI)

Dari Jo (kwn MH) :
TùÑgGù-tùÑGgù RÄyö dÄH dökek,
BÄKÄ löMÄÑg Röbùh ketùpek,
ÑÄk ÄÑtÄ kÄd rÄyö dÄ tÄk söMpek,
ÄÑtÄ sMs Jö yÄNg cöpek. :)
'SöLÄmÄT ÄRIe RÄyö MÄÄF ZÄHIR BÄTIÑ'

Dari Ganesh :
Selamat Hari Raya Aidil Fitri. From Ganesh

*opss...aku x kenal pun siapa @ aku x cukup memori tuk ingat kwan2 aku nie....emm.. tp aku dapat sms dia.. Terima kasih yek..

Dari Kak Ani (MEIAS):
ISNIN cari SELASA,nak tanye nampak x RABU?agar ingatkan KHAMIS bgtau JUMAAT supaya xlupe..msj kat SABTU yg AHAD dah nk RAYE!!!..selamat menyambut hari raye maaf zhir n btin.. Dr Ani n family..

Dari Wai Ching (Kwn TALAM) :
Selamat hari raya aidilfitri!

Dari Mas (Jiran lama) :
Tiada Kata Seindah Zikir , Tiada Ibadah Seindah Puasa , Tiada Hari Seindah Jumaat , Tiada Bulan Seindah Ramadhan . Untuk Itu Izinkan Kedua Tapak Tangan Bertangkup Memohon Maaf Untuk Lisan Yg Terlanjur, Janji Yg Terabai , Hati Yg BerPrasangka Dan Semua Sikap Yg Menyakitkan Dan Menyinggung Perasaan Secara Sedar Ataupun Semasa Lalai.... SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN . DARI : mas n family- Amin.

Dari Nadia (kwn TALAM) :
Tiada tali yg paling erat selain tali silaturrahim, Tiada pintu yg paling kukuh selain pintu hati, Tiada hutang yg paling berat selain hutang budi, Tiada pemberian yg paling brharga selain memberi maaf. Sempena Aidilfitri mnjelang, Kita eratkn Silaturrahim, kita buka pintu Hati sambil mngenang Budi dan mmberi Kemaafan. Selamat Hari Raya MAAF ZAHIR BATIN.
Drpd: Azman, Nadia, Zara Adlina & Zara Arissa

Dari Norza (MEIAS) :
" Biar renggang di fana dunia, biar jauh di dpn mata,biar semangat di mamah usia, biar akal seakan tua,biar kata di tutur bahasa, asal psahabtan kekal slamanya, asal silaturahim tidak ternoda.."
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"
MAAF ZAHIR & BATIN drp ZAHA @ FAMILY

Dari Mila (kwn TM) :
Jika kesilapan yg lalu belum terampun, "MAAFKANLAH"
Jika kesilapan hari ini menyakitkan hati, "LUPAKANLAH",
Jika kesilapan esok mendatang, janganlah di bawa ke AKHIRAT, ku susun sepuluh jari mohon ampun dan maaf. SALAM ÄDILFITRI -mî£a-

Dari Balqis (kwn SMPB) :
????? ???? ??? ?????????.
???? ????? ??? ?????.
Drpd:Balqis & kluarga di KL.

*actually SMS yang aku terima adalah berbebentuk tulisan ARAB, jadi WP x leh baca..maka kuar la tanda soal.....sayang kan x dapat kongsi bersama

Dari Suet Ling (kwn SMPB) :
Hi! Selamat hari raya..

Dari Lai Mun (kwn SMPB) :
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN. MAY YOU BE HAPPY, GOOD HEALTH N BAHAGIA. JUNE :)
____________________________________________________________

Terima kasih pada kengkawan aku yang sudi melayangkan sepotong SMS kepada aku sempena HARI RAYA AIDILFITRI 1430 H ini. x kira bangsa yang mengirim kat aku. Maaf la pada yang x dapat SMS dari aku.. mungkin aku terlupa atau x sempat nak balas.. maaf di pinta..

Sempena Hari Raya yang akan berakhir pada 19.10.2009 ini... aku mengambil kesempatan lagi sekali mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, Maaf Zahir Batin... Sayang korang..

Wednesday, October 07, 2009

Sudah besar si Nandik ini

azalea



Nandik?? ayo.. apa nama la ibu ko letak..hahaha,, tu kene tanya si Ibunya yek, kenapa dia panggil anak nya dengan nama Nandik. Ini anak sepupu aku Ayu. Nama sebenarnya Azzalea binti Azlan

Mesti x camkan rupanya... aku pun x cam, sedang belek2 gambar lama, tertiba terjumpa lak dalam satu folder nie.. baru pasan, masa nie kami sekeluarga bersama2 makan di Johnny Steamboat kat Putrajaya. Masa tu kebetulan tengahari, dan my IR sangat free untuk banjer orang makan.

maka dengan membuat satu panggilan aja, terus jer Ayu datang bersama anak2 nya.. kebetulan ada maid nya, dia bawa la sekali..

Tarikh Kejadian : 12.07.2008


Tempat : Johnny Steamboat, Putrajaya


azalea



masa nie umurnya sekitar 6-7 bulan kot.. x pasti la. kene tanya ibu yang melahirkan nya. Masa nie aku ngan mengandung anak ke-3. baru-baru lagi.. kira tengah mabuk2 nie..hahaha.... tekak lak nak makan cam sedap jer...so Johnny steamboat tu la jadi mangsanya...hehehehe

Azalea



Ni zambar sekarang, dah berumur 1 tahun 8 bulan kot.. aku kurang pasti.. Nanti suh ibunya komen yek.. kasi betulkan umurnya.. aku pun x hingat baper haribulan tarikh lahirnya

zulfadhli



Ingat lagi kes anak aku kene gigit dek nandik nie..habis dahi Zulfadhli. Sampai berbekas ko. Jenuh aku nak explain kat orang kenapa kesan pada dahi tu. Kalu ku leh rakam kejadian tu, confirm cam x caya kan? dari nak cium dahi terus di gigit dek kerana geram atas kehenseman anak aku tu..hahaha

K.. pada Nandik nie, sila jangan cium2 lagik yek.. sok2 awak akan bakal menerima adik baru. Sayang2 jer, gigit2 x moh yek...

Tuesday, October 06, 2009

You're Invited to the XBerry Party!

Win 2 BlackBerry Curves from Xpax??


wah...gah nya bunyi.. hari tu saja try luck hantar slogan kat Nuffnang pasal nak menang Blacberry. Pass tu tetiba aku telah di invite pergi party tu oleh Xpax yek..bukan dari NUFFNANG..... tiket dari Nuffnang hanya ada 40 keping jer... kira aku pun bertuah la kan? walaupun dari Xpax.

macam x percaya jer kan??

XPAX



pass tu aku ter'click' RSVP tu....

tetiba kuar...............



Thank you for the RSVP and see you at the XBerry Party on 10 OCT 2009!


** Please bring along your identity card for proof of RSVP.



adess...........habis aku... kalu x g x per kan??kan?? huhuhuhu Macam la aku leh kuar memalam buta tu kan.. nak pulak kat Sunway Piramid... adess...cam no nak buek ni?? ada sesiapa yang g sana?? sila angkat key board... *wink*wink*wink kot2 leh bergumbira bersama2...

Kepada sesiapa yang nak datang, sila sebarkan pasal party yang sedang hangat diperkatakan di seluruh bandar ini dan menerima eskelusif pakage yang HANYA boleh di dapati di party itu sahaja!

1. BlackBerry Curve 8520 Smartphone at RM888 (RRP: RM1188)
2. PERCUMA 1 bulan laluan pepraid BlackBerry
3. PERCUMA edisi terhad designer skin (ekseklusif designed oleh Lapsap, TAG, Black Fryday, Yayawoo & Bangkit)
4. PERCUMA leather holster or car charger
5. Hadiah cabutan bertuah
6. Percuma kupon minuman

Jadi, sesiapa yang nak jemputan dari XPAX nie, sila layari, pra-pendaftaran untuk Xpax BlackBerry Curve 8520 Smartphone @ http://www.xpax.com.my/blackberry/reg_file/order.php

Monday, October 05, 2009

Kenny Rogers with Lily & Tulip

Kenny rogers?? wah....sonoknya bunyi.. lama gak x makan ko. kalu nak makan g pun mahal la.. kene tunggu gaji ko. hahaha.. nak makan pun tunggu gaji ker.. teruk tul aku nie kan..

hari jumaat lepas aku ada date ngan Lilo dan Tulip.. ni kawan cyber alam aku yek.. kita org kenal melalui Group MH. Pernah dengar MH atau x pernah?? x pernah dgr, duk dendiam..baca jer entry aku yek..kui..kui..kui...

kr



inilah si bunga Tulip. Wah..sekarang dh insaf sikit..jahat lagi aku nie kan.. dulu free hair... skrg dh bertudung litup. Ayu jelita cikit kawan aku nie.. tunggu seru duk panggil nak berdua jer.. cepat lip..jangan tunggu lelama tau..hehehehe

aku pun dh lupa (maklumla dh tua) dia bertudung.. lama x jumpa..hahaha.. lama ker Lip, sebelum raya kan kita last jumpa.. tu pun htr gelang tangan kat aku.. Aiyok..citer pasal gelang, lupa lak nak bawa lagi.. hehehe..sorry lupa lagi la lip...

kr



ini pulah si bunga Lily.. opss...maaf yek.. sudah berpunya. Baru jer mengikat tali pertunangan bersama jejaka idaman melaya... hahaha

Bulan November nie bernikah sanding la yek.. pak pong..pak pong.. ramai lak kawan2 aku kawen tahun nie.. pass kawen, mengandung, pas tu bersalin.. mcm aku nie.. tup tap tup tap..dh 3 org..hehehe.. x per.. x per.. rezeki tu...

Insya allah, nanti aku g Penang aku singgah yek Ly... kene tnya my IR dulu la yek..

Thursday, October 01, 2009

Meh main mata jap

Hallo... hari nie hari minggu yek.. x g ke MATIC ker.. kan ada KL Sunday 1 Malaysia kat citu.. x g sana ker??

ah..aku nie, pandai jer tanya org.. mcm la aku g kan??

k.. x per..meh kita main mata jap...

Kalu korang pandai... apa yang korang nampak bila pandang tuk pertama kali??

apa tu?



A : FACE (wajah la)

B : CUP (cawan tuk minum tu)

atau

C : BOTH (kedua-duanya sekali)

kalu aku la...emmm... jawapanya C..

korang lak? apa jawapanya? meh kita bermain ngan mata jap 8)

Monday, September 28, 2009

Menjadi gak akhirnya

rendang



wah...menjadi ko rendang ku..

aku masak hari Jumaat 2 hari sebelum raya...

untuk pertama kali nya aku memasak...sebelum nie engharapkan mak ku memasak...kali nie aku dh pandai masak..

yes...yes... pas nie leh arr masak lagi..

yang ini rendang Daging, raya ke 3 aku masak rendang ayam lak....

nanti akan ku tunjukkan bahan2 dan cara2 nya yek...

Friday, September 18, 2009

Tertunailah Hasrat Di Hati

Tertunailah Hasrat Di Hati..
wah....mcm pernah dgr kan TAGLINE ni..
ni TAGLINE kak Ina KL.. (marah kak Ina)
pinjam sat yek..huhuhuhu.....

kan hari tu nak saaaaaaaannnnnngaaaaattt makan PIZZA HUT..
tapi x dapat makan kan??sebab FULLY BOOKING..
Pizza Hut x dapat, tp dapat KFC
maka kene gak la makan sebelum nak raya nie kan..
hahahaha.....

pizza



ni Pizza Hut kat Warta Bangi...
hari tu kan kene book sebelum dtg...so aku sepakat g lepas berbuka
so..dlm kul 8.15 mlm sampai arrr....
sekali lom leh masuk lagi..so kitaorang order dulu..
Pizza Hut ini di sponsor oleh adik aku, Nopa la..
tau arr dpt gaji...eksyen tul banjer aku kat PIZZA..muahahah

Thursday, September 17, 2009

Mom Bloggers Planet - Openning

MBP



okey...Pernah dengar Mom Bloggers Planet??
atau singgkatan nya MBP..yg di miliki oleh Little MAMA aka Pn Ros Ibrahim
ini Blog MBP amat..amat la pemes..
aku pun dulu pernah dengar, tp x ambik pusing..
aku ingat blog nie cam blog2 biasa...

MBP

opppppsssss...sekali salah tekaan aku..
jangan memandang dr luaran..
bacalah isi kandungan nya..
yup..itu la yg aku lakukan..
aku baca, baca, dan baca...
hingga la aku pasan...banyakkkkkkkkkk tul informasi ko..

mcm2 la...kira blog melayu yg pemes la nie..
dah aku rasa bertuah kerana aku menjadi salah sorang pembacanya..
wah..wah..wah... puji melangit kan..
mcm la dpt hadiah kan dr Little Mama..

LMD

Selain MBP, Little Mama pun ada blog personal jugak..
LittleMamaDiary, itu pun aku baru pasan..
selama nie asyik skodeng kat MBP jer..
ghupa2 nya ada lagi satu blog..kehkehkeh..

ok..ini adalah openning tuk mempromosikan blog MBP..
so..tuk part2 berikut nya..
nantikan setiap bulan..
tgk apa pulak yg akan aku review..

k..pada sesiapa yang tingin nak joint in MBP..
sila la clik kat BANNER sebelah aku atau kat SINI
macam2 ada ko...nak pulak tuk ibu2 di luar sana..
k...stay tuned tuk cerita berikutnya yek..

SMS, MMS, 3G dah boleh kuterima

haaaa........sempena nak raya nie kan..
aku ter'paksa' mengeluarkan gak duit dr mulut rimau tu..
sebabnya...aku nak baiki telepon aku yang rosak..

sedey kan..nanti kalu time raya kengkawan htr mms,sms ngan nak ber 3G
tetiba aku x leh terima sumer tu...
x kan pakai tepon basic jer kan??kan??
so..nak x nak..aku kene gak baiki..

HP



tgk la hp aku nie..
sudah ku tukar WALLPAPER tu..
selalu si Danial ngan Iskandar jer..
kali nie Zulfadhli pun ada gak...
hehehe....

so...ingin ku khabarkan pada kengkawan ku...
meh..meh...SMS, MMS ngan ber 3G yek..
kita calling2 time raya nanti..
hehehe....

"SELAMAT HARI RAYA YEK"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...