Showing posts with label Orang awam. Show all posts
Showing posts with label Orang awam. Show all posts

Sunday, February 28, 2010

Penipuan utama dalam internet

Banyak terdapat unsur dan kejadian penipuan dalam Internet. Seperti mana di dunia nyata ini, dunia siber dalam internet juga mempunyai penjahat-penjahat yang bersedia menipu sesiapa sahaja. Malah penipuan dalam internet nampaknya lebih licik lagi. Di sini disenaraikan beberapa teknik penipuan yang sedang berleluasa dalam internet. Saya kira, sebagai pengguna internet yang aktif, kemungkinan ada antara kita yang menjumpai e-mel atau jemputan seumpama ini.

Penipuan Barang Antik

- Anda diberitahu bahawa anda telah memenangi lelongan terhadap gitar lama kepunyaan Rolling Stones (khusus kepada peminat kumpulan ini). Apabila and menghantat cek, tetapi gitar entah ke mana. Walaupun gitar mungkin sampai, tetapi yang dihantar adalah gitar rosak!

Capaian Internet

- Penyedia perkhidmatan internet semalam sahaja. Ia menawarkan lebar jalur yang amat perlahan atau tiada sambungan langsung. Anda bayar yuran pendaftaran, tetapi tiada akaun yang dihantar. Kalau hantarpun, akaun tidak sah. Sudah ramai pengguna yang tertipu dengan cara ini.

Penipuan Jualan Komputer

- Banyak kategori di sini. Namun yang paling popular ialah penawaran peralatan komputer canggih seperti PC multimedia, alat pengimbas dan sebagainya secara percuma. Akhirnya andapun tidak memperolehi apa-apa.

Lain-lain Penipuan Jualan

- Laman web e-dagang yang menawarkan pelbagai penjimatan pembelian dari set televisyen, pemain cakera padat hingga kepada rekod-rekod lama, tetapi tidak pernah ada penghantaran.

Pembangunan Laman Web

- Anda baru memutuskan untuk memulakan laman web di Internet. Atau anda sudah mempunyai laman web, tetapi tidak berapa menarik, mungkin anda lakukan sebegini sebagai permulaan. Berhati-hati dengan pihak-pihak yang ingin 'membantu' anda membaiki atau mendirikan laman web yang menarik kepada anda. Jangan terkejut jika ianya diberikan secara percuma. Jangan percaya!

Laman Lucah

- Mungkin anda secara tidak sengaja meluncuri laman-laman yang digolongkan sebagai laman web untuk orang dewasa, berunsur lucah atau menyediakan bahan-bahan yang memualkan. Jangan anda terkejut bila mana kemungkinan bil telefon anda dibilkan tanpa pengetahuan anda untuk panggilan jauh yang tidak dibuat.

Skim Cepat Kaya

- Aha… paling menarik untuk golongan yang ingin cepat kaya tanpa usaha lebih. Bukan setakat dalam dunia nyata sahaja, kemajuan teknologi juga boleh digunakan dalam menjalankan aktiviti ini dalam dunia siber. Pelbagai skim dari berbentuk piramid, mencari ahli, rujukan e-mel malah sampai kepada pujukan memasukkan sejumlah wang dalam akaun tertentu. Siap dengan nombor akaun bank sekali. Jangan percaya. Sekali terkena, menyesal tidak sudah. Dalam internet, lagi sukar untuk dikesan.

Bekerja Di Rumah

- Banyak tawaran menambah pendapatan dengan melaksanakan kerja di rumah. Nampak mudah dan menarik. Memang anda lakukan kerja tersebut dengan siap, tetapi bayaran hanyalah dalam bentuk e-mel atau cek siber. Tidak laku di mana-mana pun.

Pelancongan Dan Percutian

- Anda dikatakan akan memenangi atau telah memenangi pakej percutian menarik. Selalunya di tempat-tempat yang menjadi idaman anda, sepert kawasan pulau peranginan eksklusif. Anda dibayangkan dengan fantasi menyeronokkan. Akhirnya anda membayar melalui kad kredit sebagai yuran pendaftaran, tetapi itulah sahaja yang anda dapat. Angan-angan fantasi umpama mimpi.

E-mel Rujukan

- Skim ini berbentuk rantaian rujukan e-mel. Dikatakan apabila anda panjangkan kandungan yang mengandungi laman web tertentu, anda akan diberikan wang setiap kali rakan-rakan anda pergi ke laman tersebut. Siap dengan kenyataan orang-orang yang telah memperoleh wang dengan cara ini. Suka dinasihatkan, jangan hiraukan e-mel sebegini. Anda akan berakhir dengan sia-sia. Pihak yang untung ialah tuan empunya laman tersebut kerana semakin ramai orang akan melawat ke situ, dan mereka akan mengatakan kepada pengiklan bahawa laman web mereka dikunjungi berjuta orang dalam seminggu. Apa yang anda dapat? Iklan percuma kepada laman tersebut.

Nota kaki : Maka berhati2 la dgn dunia INTERNET...ada yang benar ada yang palsu... sebelum melakukan apa2..sila rujuk pada org yang lebih arif dan mahir...

Cara-cara sembunyikan password anda!

Step 1: No one can see your passwords or whatever you're typing



Step 2: No one can see whatever you're typing or which website you're surfing




And the Ultimate is...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





No one knows who you are......


[]

Nota kaki : Sekadar suka-suka di hari ahad...hehehehe. Selamat berhujung minggu yek!

Saturday, February 27, 2010

Tips menjaga kesuburan

Wanita berada dalam masa kesuburan terbaik di usia 23 hingga 25 tahun.Setelah usia 35 tahun,wanita akan mengalami penurunan tingkat kesuburan.Tidak salah dan tidak terlalu lambat mula memerhatikan kesuburan sekali pun jika anda tidak memiliki rancangan memiliki anak 10 tahun kemudian,berikut tip bagaimana memelihara dan menjaga kesuburan... ...

Menangani Stress

- Stress akan membuatkan adrenalin anda terkawal,ini akan menghalang progesterone melakukan pekerjaannya menunda ovulasi atau lebih buruk,menghentikan sirkulasi secara menyeluruh.

Kafein

- Penelitian menunjukkan wanita yang minum lebih dari empat cawan kopi atau enam cawan teh per hari memiliki risiko tiga kali lebih lama mengurangkan kehamilan berbanding mereka yang tidak meminumnya.Keadaan ini disebabkan kafein boleh memperlambat penyerapan nutrisi yang diperlukan dan menghasilkan adrenalin yang dapat mempengaruhi sirkulasi menstruasi dan ovulasi.

Gunakan kondom sebagai alat cegah hamil

- Pil dan Intra Devices(IUD) dapat membentuk ketidakseimbangan mineral dalam tubuh yang dapat mempengaruhi kesuburan.Kondom adalah alat kontrasepsi bebas kimia dan melindungi dari STD sebagai penyebab lain menurunnya kesuburan.

Lakukan Rawatan Berkala

- Mengesan gejala-gejala STD seperti Chlamydia,penyebab utama ketidaksuburan dengan smear secara berkala.Dapatkan rawatan daripada pakar sakit puan sekali gus untuk mengungkap masalah lain saperti Pelvic Inflammatory Disease atau Polycystics Ovaries.

Berhenti Merokok

- Penelitian menunjukkan perokok memiliki risiko tiga kali keguguran berbanding bukan perokok dan mereka sukar mengalami kehamilan melalui bantuan teknik reproduktif. Anak-anak yang dilahirkan pula memiliki kemungkinan menopaus awal.

Perhatikan berat badan.

- Obesiti sebenarnya boleh memberikan tekanan pada ovari dan tiub falopio yang membuatkan sukar melahirkan.Obesiti juga dapat mengubah keseimbangan hormon dalam tubuh...

Nota kaki : Jadi jagalah kesihatan wahai kaum Wanita sebelum usia meningkat...hehehee

Wednesday, February 17, 2010

Valentine, Facebook dan arak

NAMAKAN apa sahaja - Ops Cumbu, Ops Valentine atau Operasi Maksiat Hari Kekasih, kesemuanya itu merujuk kepada tindakan operasi besar-besaran yang dijalankan oleh para petugas jabatan agama Islam di negeri-negeri seluruh negara pada malam 14 Februari lalu.

Dalam operasi itu, banyaklah yang ditahan termasuk pelajar, suami dan isteri orang, janda dan duda, pekerja kolar biru dan remaja belasan tahun. Setiap tahun, inilah yang berlaku.

Dalam Ops Valentine pada kira-kira pukul 6 pagi, 14 Februari lalu, seorang anggota tentera dicekup oleh petugas Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kerana berkhalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Kuantan. Hotel-hotel bajet di sekitar Klang, Gombak, Kajang dan Shah Alam di Selangor dan sekitar Putrajaya turut diserbu. Selain hotel, kawasan taman rekreasi dan pusat-pusat hiburan turut menjadi tempat lokasi serbuan.

Menyaksikan apa yang berlaku, tentu sekali maruah seorang suami, isteri, anak- anak atau ibu bapa dan seluruh keluarga tercalar dan terpaksa menanggung malu untuk berhadapan dengan rakan-rakan, guru sekolah, sanak saudara dan jiran tetangga.

Perasaan malu dan marah silih berganti di dalam diri. Namun, ke manakah amarah dan perasaan kesal terhadap apa yang berlaku itu boleh disalurkan? Perihal sambutan Hari Kekasih terus menjadi bual bicara menjelang tarikh 14 Februari setiap tahun.

Pelbagai ingatan dan nasihat dipaparkan di media-media tempatan mengenai sambutan yang bukan sahaja tidak memberi manfaat, malah golongan ulama di negara kita sepakat telah mengharamkannya untuk diraikan oleh umat Islam. Nampaknya, larangan dan nasihat langsung tidak berbekas di dalam hati mereka, sebaliknya ia terus membudaya di dalam masyarakat hari ini.

Lebih memualkan apabila terdapat segelintir pasangan kekasih berbangga memaparkan gambar mereka berpeluk dan 'berkepit' dengan pasangan masing-masing di dalam laman sosial Facebook.

Mungkin sudah tiba masanya, pihak jabatan agama Islam negeri-negeri mengambil pendekatan baru dalam menangani gejala rosak akhlak masyarakat Islam hari ini. Kaedah lama seperti mengintip, menyerbu dan menahan pasangan bukan muhrim dalam operasi-operasi yang dijalankan boleh diteruskan, tetapi tambah satu lagi kaedah iaitu menahan pasangan yang 'berkhalwat' di dalam Facebook.

Bukti yang boleh dikumpul adalah gambar-gambar ghairah mereka yang dipos ke dalam laman sosial itu untuk tatapan ramai. Rasanya, ia sudah cukup untuk mengheret pasangan terbabit ke muka pengadilan di bawah undang-undang syariah.

Selain gambar-gambar berpelukan, terdapat juga gambar-gambar mereka yang sedang menikmati minuman keras. Kenalan penulis tidak terkecuali mengepos gambar-gambar mereka di dalam laman Facebook masing-masing.

Keberanian mereka itu adalah kerana mereka menganggap apa yang dilakukan itu bukanlah satu kesalahan dan memalukan. Lebih merosakkan apabila ada komen-komen yang mengajak rakan-rakan Facebook lain untuk turut sama meneguk arak pada majlis yang bakal diadakan.

Nampaknya, pencipta laman sosial Facebook berjaya dalam misinya untuk merosakkan umat Islam. Seiring dengan perkembangan zaman, pelbagai cara telah dan akan dilakukan oleh pihak Barat untuk melemahkan umat Islam.

Dalam menepis cabaran ummah hari ini, apakah daya kita untuk menyelamatkan ummah agar tidak terus hanyut ke dalam kancah maksiat yang diimport dari Barat. Lebih memburukkan keadaan apabila nasihat dan peringatan yang disampaikan melalui akhbar tidak sampai kepada mereka kerana mereka tidak membaca akhbar!

Nota kaki : Ishk...takut la pulak aku bila baca keratan akhbar ni... menjadi2 lak.. dh la aku ni pengguna Facebook... aku buka akaun pun sekadar nak mencari kawan sekolah..tidak lebih dari itu..huhuhu

Sunday, February 14, 2010

Happy Chinese New Year 2010

Yer.. di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada kengkawan aku yang menyambutnya.

Tahun ini adalah tahun HARIMAU

Harimau ialah bintang haiwan yang ketiga dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Bintang harimau dilambangkan oleh dahan duniawi.



CNY

Tahun-tahun dan Lima Unsur

Sesiapa yang lahir dalam mana-mana lingkungan tarikh berikut boleh dikatakan lahir pada "Tahun Harimau," serta juga membawa lambang unsur yang berikut:

  • 8 Februari 1902 - 28 Januari 1903: Harimau Air

  • 26 Januari 1914 - 13 Februari 1915: Harimau Kayu

  • 13 Februari 1926 - 1 Februari 1927: Harimau Api

  • 31 Januari 1938 - 18 Februari 1939: Harimau Tanah

  • 17 Februari 1950 - 5 Februari 1951: Harimau Logam

  • 5 Februari 1962 - 24 Januari 1963: Harimau Air

  • 23 Januari 1974 - 10 Februari 1975: Harimau Kayu

  • 9 Februari 1986 - 28 Januari 1987: Harimau Api

  • 28 Januari 1998 - 15 Februari 1999: Harimau Tanah

  • 15 Februari 2010 - 3 Februari 2011: Harimau Logam

  • 2022 - 2023: Harimau Air


Siapa yang melahirkan anak pada tahun ini , di kategori HARIMAU LOGAM. hehehe...

Cuti selama 3 hari ni akan terasa panjang... maka manfaat kan la cuti dengan sebaiknya... aku juga sudah lama x dpt limau sekotak..dulu masa kerja tempat lama dpt berkotak2.. hehehe

apa2 pun semoga sumer bergembira di hari cuti yg panjang ini.. pada yang berjalan jauh.. utamakan keselamatan.. pada yang lain, selamat bercuti yek.....!!

SELAMAT TAHU BARU CINA!


Monday, February 01, 2010

Selamat Hari Wilayah yang ke 36

Hari Wilayah disambut di Kuala Lumpur pada setiap 1 Februari setiap tahun sempena meraikan Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia.

Negeri yang bercuti umum pada hari ini ialah Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur , Labuan dan Putrajaya.

Selain dari Negeri tersebut akan bekerja seperti biasa la yek..hehehehe..

bendera



Hari Wilayah telah berusia 36 tahun... ada ker yang tahu...hehehe.. aku pun baru tahu.. selama ni bukan kisah dh berapa tahun.. tapi sejak mula mengumpul ilmu nie..sumer benda kena tahu kan?

Menurut kenyataan AKhbar, hari ini, Jalan Raja akan ditutup untuk Festival Hari Wilayah Persekutuan dari pukul 6 pagi hingga 7 malam.

Pada yang bercuti... marilah memeriahkan lagi Karnival Hari Wilayah yek..

Selamat Hari Wilayah kepada sumer pembaca sumijelly.com.


Saturday, January 30, 2010

Selamat Hari Thaipusam 2010

Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.

hari thaipusam



Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.

Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.

Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.

Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.

Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.

Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belalang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.

Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar kerana telah menggunakan bahan-bahan tertentu .

Lokasi Sambutan Thaipusam di Malaysia
Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut secara besar-besaran dan meriah di Malaysia.

Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves
, Selangor merupakan kuil tumpuan utama penganut India . Sambutan perayaan Thaipusam bermula dengan perarakan arca Dewa Murugan dan dua isterinya Dewi Valli serta Devi Theivanai di atas pedati perak setinggi 7 meter dari Kuil Mahamariaman di Jalan Tun Hs Lee. Susu abishegam disiram kepada Dewa Murugan.

Di Ipoh, Perak, perayaan Thaipusam disambut di Kuil Sri Subramaniar Gunung Cheroh . Ia bermula dengan perarakan pedati termasuk pedati mini mini ratham untuk Dewa Murugan dari Kuil Maha Mahamariaman di Buntong , Ipoh.

Di Kuching , Sarawak ia disambut di Kuil Nivasagar , bandar Kuching.

Di Pulau Pinang, ia disambut di Kuil Arulmigu Balathandayuthabani , Georgetown.

Di Johor, ia disambut di Kuil Sri Muniswarar di Tampoi serta Kuil Sri Bubramaniar di Jalan Kolam Air dan Kuil Arulmigu Thendayuthapani di Jalan Kuel.

Di Malaysia, hari Thaipusam merupakan cuti umum di beberapa buah negeri seperti di Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Pulau Pinang. Pada 20 Januari 2008, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bercuti umum sempena hari Thaipusam. Negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah , Sarawak dan Melaka belum menjadikan Thaipusam sebagau cuti umum.

Pada yang menyambut terutama Kaum India, Selamat Hari Thaipusam!


Thursday, January 21, 2010

Bahana 'kemaruk' laman sosial

LAMAN web rangkaian sosial telah menjadi satu trend dalam kehidupan masyarakat masa kini. Semua lapisan masyarakat baik golongan pemimpin, golongan profesional sehinggalah peringkat kanak-kanak boleh dikatakan majoriti mempunyai laman web rangkaian sosial sendiri. Antara yang paling popular adalah laman sosial Facebook dengan catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung. Manakala laman Friendster mencatatkan pengguna seramai 4.2 juta orang, diikuti oleh laman Myspace 2.1 juta orang dan laman Twitter seramai kira-kira 750,000 pengunjung.

Statistik ini menunjukkan 'kegilaan' terhadap aktiviti melayari laman web sosial semakin diminati dan menjadi satu 'rutin' dalam kehidupan 'pencinta' laman web rangkaian sosial ini. Ia seolah-olah menjadi satu 'ketagihan' bagi pengikut fanatik laman web sosial ini sehingga ada yang sanggup berjaga sampai larut malam bersengkang mata demi untuk berkomunikasi secara maya.

Lebih mengasyikkan apabila laman web sosial ini menyediakan 'permainan' interaktif seperti Farmville. Ia cukup untuk membuat pengikutnya terus 'melekat'. Pantang ada masa terluang, pasti mereka akan memanfaatkan laman kegemaran mereka. Terdapat juga segelintir yang memastikan anak-anak dan si suami atau isteri tidur terlebih dahulu sebelum melayari laman web sosial itu.

Tidak hairanlah seramai 350 juta pengguna telah mendaftar laman web sosial Facebook di peringkat global dan seramai 6.2 juta pengunjung telah mengunjungi laman ini di Malaysia.

Fenomena 'kegilaan' terhadap aktiviti ini memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan masyarakat sehingga ada yang menjadikan membuka laman web sosial ini sebagai 'sarapan pagi' sebelum melakukan aktiviti harian yang lain. Tidak cukup dengan akses melalui Internet, kini 'pencinta' laman web sosial boleh mengakses, mengemas kini informasi dan memuat turun gambar melalui aplikasi telefon bimbit.

Kecanggihan teknologi dan perkhidmatan yang disediakan menambahkan lagi 'keghairahan' pengikut setia laman web sosial ini untuk terus berhubung. Tidak dinafikan kewujudan laman web sosial seperti Friendster, Myspace, Facebook, Twitter, ekawan dan sebagainya dapat mengeratkan tali silaturahim sesama kita, mempertemukan sahabat yang telah lama terpisah, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin, bertanya khabar dengan cara yang paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua serta banyak lagi kebaikan yang mampu dimanfaatkan oleh pengguna laman web rangkaian sosial ini.

Di sebalik kebaikan yang dinikmati, terselit kesan buruk laman web rangkaian sosial ini. Terdapat segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab menggunakan laman ini untuk memerangkap gadis-gadis yang mudah dipujuk rayu.

Bermula dengan sembang secara maya, lama kelamaan kemesraan yang terjalin membangkitkan 'keinginan' untuk bersua muka bagi mengeratkan lagi hubungan. Natijahnya, ibarat habis madu sepah dibuang, lelaki yang tidak bertanggungjawab meninggalkan gadis yang terpaksa mengandung anak hasil daripada keterlanjuran.

Dengan angka pengguna Internet di Malaysia menjangkau 16 juta orang dan angka tersebut dijangka terus meningkat, pastinya tindakan sewajarnya perlu dilakukan sebelum lebih ramai lagi wanita-wanita Malaysia akan menjadi 'korban'.

Kita juga khuatir jika 'kegilaan' laman web sosial ini membantu meningkatkan kes perceraian. Apa yang lebih membimbangkan jika anak-anak yang masih di bangku sekolah turut terpalit hasil kecanggihan teknologi maklumat ini.

Fenomena ini perlu dikawal agar tidak ada lagi gadis Malaysia yang terperangkap dengan jerat 'cinta ekspres' maya.

Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Perlis

- Di petik dari Utusan Malaysia

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ishk...ishk...terasa sungguh aku....

Lebih mengasyikkan apabila laman web sosial ini menyediakan 'permainan' interaktif seperti Farmville. Ia cukup untuk membuat pengikutnya terus 'melekat'. Pantang ada masa terluang, pasti mereka akan memanfaatkan laman kegemaran mereka. Terdapat juga segelintir yang memastikan anak-anak dan si suami atau isteri tidur terlebih dahulu sebelum melayari laman web sosial itu.



Skrg nie dh lama x berladang... sbb x der masa nak ngadap komputer bila balik kerja...huhuhu....

Sunday, January 17, 2010

[SUSULAN] Tunangku isteri orang

Ini adalah susulan jawapan dari Nurr Famy atas dakwaan bapa 'tunang' nya mengenai pernikahan mereka.

BUKIT MERTAJAM: Keluarga Inspektor Nurr Fahmy Abu Samah, 28, bakal pengantin yang mendakwa ditipu bakal isteri masih berstatus isteri orang sehingga menyebabkan majlis perkahwinannya dibatalkan, menafikan dakwaan keluarga 'pengantin perempuan' mereka tidak pernah menemuinya.

"Pada hari raya kedua, dua tahun lalu, saya bersama emak, Nurr Fahmy, dua adik perempuan dan dua anak saya mengunjungi keluarga Wan Azura di rumah mereka di Kampung Gial, Perlis untuk merisik.

"Malah, sebelum kunjungan itu saya ada beritahu Wan Azura mengenai tujuan berkenaan dan dia berkata akan memaklumkan kepada ibu bapanya.

"Kami menemui sendiri ibu bapanya, namun saya tidak pasti sama ada Wan Azura ada beritahu atau tidak tujuan kami menemui orang tuanya," katanya ketika dihubungi, semalam.

Harian Metro semalam melaporkan bakal pengantin yang juga seorang pegawai polis berpangkat inspektor, Nurr Fahmy Abu Samah, bukan saja berhabis RM25,000 tetapi mendakwa ditipu bakal isteri apabila majlis pernikahan yang ditetapkan pada 1 Januari lalu terpaksa dibatalkan.

Ia kerana ketika tiba di rumah Wan Azura yang juga seorang anggota polis berpangkat lans koperal, hanya dia yang menyambut rombongan pengantin lelaki dengan hanya berkain batik dan baju-T manakala tiada sebarang persiapan di rumah berkenaan.

Zainuha berkata, dalam pertemuan itu tiada kata putus mengenai majlis yang dirancang, namun pada Ogos lalu, Wan Azura mendesak diadakan majlis pertunangan dengan Nurr Fahmy sebelum ia ditetapkan 28 November lalu.

"Kami tidak tahu mengapa Wan Azura beria-ia mahu bertunang segera, namun pada hari pertunangan, bukan diadakan di rumahnya tetapi di Masjid Alor Merah, Alor Star berdekatan Kedah Medical Centre (KMC) kerana menurutnya keluarganya ada di KMC berikutan datuknya sakit.

"Pada mulanya dia meminta majlis diadakan di surau, tetapi kami memutuskan untuk mengadakannya di masjid berdekatan dan peliknya ketika itu hanya ada Azura, adik perempuannya dan seorang wanita yang didakwa mak ciknya," katanya.

Zainuha berkata menjelang hari perkahwinan, Wan Azura bertegas mahu menguruskan semua urusan termasuk menetapkan tarikh akad nikah dan bersanding bersendirian.

"Dia bersungguh-sungguh mahu melakukannya sendiri dan menyatakan semuanya berjalan lancar termasuk memberitahu hasrat bapanya hendak membeli tiga lembu untuk majlis persandingan nanti," katanya.

Sementara itu Zainuha berkata, Nurr Fahmy sudah membuat laporan di Balai Polis Seberang Perai Tengah semalam untuk menuntut hantaran yang diberikan selain penipuan status.

"Beberapa hari sebelum majlis pernikahan, Wan Azura ada datang rumah Nurr Fahmy dan meminta duit hantaran RM8,008 dan mas kahwin, RM1,331 untuk digubah.

"Sebelum itu, Nurr Fahmy memberinya wang tunai kira-kira RM10,000 untuk membeli tiga lembu dan menempah hotel pada majlis persandingan yang dirancang diadakan di Sungai Petani 10 Januari lalu," katanya

Di petik dari Harian Metro

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalu baca kenyataan Nurr Fahmy tu kan :

"Pada mulanya dia meminta majlis diadakan di surau, tetapi kami memutuskan untuk mengadakannya di masjid berdekatan dan peliknya ketika itu hanya ada Azura, adik perempuannya dan seorang wanita yang didakwa mak ciknya," katanya.



Aku jadi pelik la...mcmmana la pulak nak bertunang dn merisik buat kat masjid yek?? x logik la... umahkan ada.. sekurang2 nya pun,derang mesti buatkat umah mak ciknya..

Boleh lak cakap 'seorang wanita yang didakwa mak ciknya'. Nampak sangat x mengenali keluarga si prempuan secara mendalam...ishk..ishk..ishk...

Dulu aku nak kahwin ngan my IR pun...aku kenal sumer ahli keluarga pihak lelaki...pelik..pelik..pelik...

Saturday, January 09, 2010

Flea Market Carboot Sale

Pernah dengar PASAR TEBUKA @ FLA MARKET CARBOOT SALE? Ha..jangan korang x tahu... tahun lepas (mcm la dh bertahun yek..hehehe) aku pernah berniaga kat FLEA MARKET nie tau.

Tapi aku x pernah nak war2kan sangat...sbb aku bukan meniaga besar2 an pun. Sekadar CLOTH DIAPER (CD) dan Kerongsang aja.

PT



Sekarang nie Flea Market dah beroperasi Sabtu dan Ahad lak. Dulu sabtu jer.

Jadi mari ramai2 pergi ker Flea Market........

Kalu nak datang, datang la..tp tuk makluman..walaupun kat Banner tulih samapi kul 2 pagi..tp sebenarnya sampai 11.30 malam jer...

Mereka belum berkuatkuasakan lagi tuk kul 2 pg tu yek...

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.pasarterbuka.com untuk lebih detail.

Monday, November 30, 2009

Mari menggunakan IMAGE SHACK

ha..ni nak ajar cam ner nak tempek gambar guna IMAGE SHACK... kenapa aku sibuk nak ajar yek?? emmm...sebab ada orang x tahu guna rupanya... hahahahah gelak reramai... hahahahaha (sungguh jahat gelak aku!) :p

Korang tahu ke sapa yang aku nak gelakkan ni... yer...korang nie pun satu, main gelak jer kan... yang korang gelakkan tu adik aku tau.. baik korang mintaa maap kat dia...hahaha :)

Dia x reti pakai IMAGE SHACK, korang g tgk kat BLOG dia...ishk..ishk.. dia copy img code tu, jadi lain.. ishk..ishk..ishk.. x per.. x per.. ni akak ko dtg mengajar..meh..meh..baca sampai habis yek!

Dah beli domain sendiri, nak upload gabar pun x reti..ishk..ishk..ishk.... Meh reramai g serbu blog adik aku yg baru kat http://sekilass.com

K, memula g bukak dulu laman web IMAGE SHACK yek...

img shack



bila dh bukakkan..akan nampak tempat nak upload gambar ngan nak resize gambar tu..

Korang nak size AVATAR, THUMBNAIL, WEBSITE @ apa-apa jenis la..

korang tukar jer size nya yek... tapi biasanya aku pakai MESSAGE BOARD tu... kira nampak ngam2 jer aku nyer blog kan? hehehehe

img shack



Pas tu...korang BROWSE apa gambar nak upload... nak upload satu boleh..nak upload banyak pun boleh

terpulang pada kehendak masing2..chewah!

img shack



tunggu sehingga upload habis yek...

tu...tgk warna biru tu...tgh loading...sabau..sabau...

img shack



Dah siap dia loading...kuarla gambar nya.. korang cuma copy paste jer link di bawah setiap gambar tu...

nak copy satu2 boleh.... nak copy sumer sekali pun boleh..

oh..nak kcopy sumer yek.... meh..meh..baca lagik...........

img shack



ha...korang scroll ke bawah cikit... ada nampak x GET LINKS AND CODES FO ALL IMAGES... yer..itu la link itu...

korang copy sumer pas tu paste jer kat entry yg korang nak post...

emm..haruskan aku ajar mcm mana nak masukkan gambar itu wahai Cik Norfa??? huhuhuhu

img shack



Kenapa yek nak susah2 pakai IMAGE SHACK nie... haaaaaa..tu la kalu dh beli domain sendiri, hosting sumer kene control la kan..

maka untuk tidak memenuhkan hosting aku, maka aku harusla menggunakan sebaik mungkin.. jadi bila paste url mcm nie, save sikit space tu..nak pulak pakai berdua..huhuhu..maka akan besar spacenya bila kita upload direct menggunakan WP tu... huhuhu..

maka siap sudah pelajaran hari ini.. esok2 Cikgu Sumi ajar lain lak yek...

Anak murid nak belajar apa lagi?? kehkehkeh......

Saturday, November 28, 2009

Sejarah Nabi Ibrahim a.s

Nabi Ibrahim a.s. (sekitar 2013 SM-?) merupakan nabi yang sangat penting dalam agama Islam, dan juga agama lain seperti Kristian dan Yahudi. Beliau telah diberi gelaran Khalil Ullah, atau Sahabat Allah. Selain itu beliau bersama anaknya nabi Ismail a.s. terkenal sebagai pengasas Kaabah.

Sejarah awal Nabi Ibrahim a.s.


Nabi Ibrahim adalah putera Aaazar {Tarih} bin Tahur bin Saruj bin Rau' bin Falij bin Aaabir bin Syalih bin Arfakhsyad bin Saam bin Nuh A.S.. Ia dilahirkan di sebuah tempat bernama "Faddam A'ram" dalam kerajaan "Babylon" yang pada waktu itu diperintah oleh seorang raja zalim bernama "Namrud bin Kan'aan." Sebelum itu keadaan tempat kelahirannya berada dalam kucar-kacir. Ini adalah kerana Raja Namrud mendapat petanda bahawa seorang bayi akan dilahirkan disana dan bayi ini akan membesar dan merampas takhtanya. Antara sifat insan yang akan menentangnya ini ialah dia akan membawa agama yang mempercayai satu tuhan dan akan menjadi pemusnah batu berhala. Insan ini juga akan menjadi penyebab Raja Namrud mati dengan cara yang dahsyat. Oleh itu Raja Namrud telah mengarahkan semua bayi yang dilahirkan di tempat ini dibunuh, manakala golongan lelaki dan wanita pula telah dipisahkan selama setahun.

Walaupun begitu dalam keadaan cemas ini, kehendak Allah tetap terjadi. Isteri Aazar telah mengandung namun tidak menunjukkan tanda-tanda kehamilan. Pada suatu hari dia terasa seperti telah tiba waktunya untuk melahirkan anak dan sedar sekiranya diketahui Raja Namrud yang zalim pasti dia serta anaknya akan dibunuh. Dalam ketakutan, ibu nabi Ibrahim telah bersembunyi dan melahirkan anaknya di dalam sebuah gua yang berhampiran. Selepas itu, dia memasuki batu-batu kecil dalam mulut bayinya itu dan meninggalkannya keseorangan. Seminggu kemudian, dia bersama suaminya telah pulang ke gua tersebut dan terkejut melihat nabi Ibrahim a.s masih hidup. Selama seminggu, bayi itu menghisap celah jarinya yang mengandungi susu dan makanan lain yang berkhasiat. Semasa berusia 15 bulan tubuh Nabi Ibrahim telah membesar dengan cepatnya seperti kanak-kanak berusia dua tahun. Maka kedua ibubapanya berani membawanya pulang kerumah mereka.

Nabi Ibrahim a.s mencari Tuhan yang sebenarnya


Pada masa Nabi Ibrahim, kebanyakan rakyat di Mesopotamia beragama politeisme iaitu menyembah lebih dari satu Tuhan. Dewa Bulan atau Sin merupakan salah satu berhala yang paling penting. Bintang, bulan dan matahari menjadi objek utama penyembahan dan karenanya, astronomi merupakan bidang yang sangat penting. Sewaktu kecil lagi nabi Ibrahim a.s. sering melihat ayahnya membuat patung-patung tersebut, lalu dia cuba mencari kebenaran agama yang dianuti oleh keluarganya itu.

Dalam al-Quran Surah al-Anaam (ayat 76-78) menceritakan tentang pencariannya dengan kebenaran. Pada waktu malam yang gelap, beliau melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang". Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat". Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya). Inilah daya logik yang dianugerah kepada beliau dalam menolak agama penyembahan langit yang dipercayai kaumnya serta menerima tuhan yang sebenarnya.

Nabi Ibrahim a.s. sewaktu remaja


Semasa remajanya Nabi Ibrahim sering disuruh ayahnya keliling kota menjajakan patung-patung buatannya namun karena iman dan tauhid yang telah diilhamkan oleh Tuhan kepadanya ia tidak bersemangat untuk menjajakan barang-barang itu bahkan secara mengejek ia menawarkan patung-patung ayahnya kepada calun pembeli dengan kata-kata:" Siapakah yang akan membeli patung-patung yang tidak berguna ini? "

Nabi Ibrahim Ingin Melihat Bagaimana Makhluk Yang Sudah Mati Dihidupkan Kembali Oleh Allah


Nabi Ibrahim yang sudah berketetapan hati hendak memerangi syirik dan persembahan berhala yang berlaku dalam masyarakat kaumnya ingin lebih dahulu mempertebalkan iman dan keyakinannya, menenteramkan hatinya serta membersihkannya dari keragu-raguan yang mungkin sekali mangganggu fikirannya dengan memohon kepada Allah agar diperlihatkan kepadanya bagaimana Dia menghidupkan kembali makhluk-makhluk yang sudah mati.Berserulah ia kepada Allah: "Ya Tuhanku! Tunjukkanlah kepadaku bagaimana engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang sudah mati." Allah menjawab seruannya dengan berfirman: Tidakkah engkau beriman dan percaya kepada kekuasaan-Ku?." Nabi Ibrahim menjawab:"Betul, wahai Tuhanku, aku telah beriman dan percaya kepada-Mu dan kepada kekuasaan-Mu, namun aku ingin sekali melihat itu dengan mata kepala ku sendiri, agar aku mendapat ketenteraman dan ketenangan dan hatiku dan agar makin menjadi tebal dan kukuh keyakinanku kepada-Mu dan kepada kekuasaan-Mu."

Allah memperkenankan permohonan Nabi Ibrahim lalu diperintahkanlah ia menangkap empat ekor burung lalu setelah memperhatikan dan meneliti bahagian tubuh-tubuh burung itu, memotongnya menjadi berkeping-keping mencampur-baurkan kemudian tubuh burung yang sudak hancur-luluh dan bercampur-baur itu diletakkan di atas puncak setiap bukit dari empat bukit yang letaknya berjauhan satu dari yang lain. Setelah dikerjakan apa yang telah diisyaratkan oleh Allah itu, diperintahnyalah Nabi Ibrahim memanggil burung-burung yang sudah terkoyak-koyak tubuhnya dan terpisah jauh tiap-tiap bahagian tubuh burung dari bahagian yang lain.

Dengan izin Allah dan kuasa-Nya datanglah berterbangan empat ekor burung itu dalam keadaan utuh bernyawa seperti sedia kala begitu mendengar seruan dan panggilan Nabi Ibrahim kepadanya lalu hinggaplah empat burung yang hidup kembali itu di depannya, dilihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana Allah Yang Maha Berkuasa dapat menghidupkan kembali makhluk-Nya yang sudah mati sebagaimana Dia menciptakannya dari sesuatu yang tidak ada. Dan dengan demikian tercapailah apa yang diinginkan oleh Nabi Ibrahim untuk mententeramkan hatinya dan menghilangkan kemungkinan ada keraguan di dalam iman dan keyakinannya, bahwa kekuasaan dan kehendak Allah tidak ada sesuatu pun di langit atau di bumi yang dapat menghalangi atau menentangnya dan hanya kata "Kun" yang difirmankan Oleh-Nya maka terjadilah akan apa yang dikehendaki "Fayakun".

Nabi Ibrahim Berdakwah Kepada Ayah Kandungnya


Aazar, ayah Nabi Ibrahim tidak terkecuali sebagaimana kaumnya yang lain, bertuhan dan menyembah berhala bah ia adalah pedagang dari patung-patung yang dibuat dan dipahatnya sendiri dan daripadanya orang membeli patung-patung yang dijadikan persembahan. Nabi Ibrahim merasa bahwa kewajiban pertama yang harus ia lakukan sebelum berdakwah kepada orang lain ialah menyedarkan ayah kandungnya dulu orang yang terdekat kepadanya bahwa kepercayaan dan persembahannya kepada berhala-berhala itu adalah perbuatan yang sesat dan bodoh.Beliau merasakan bahawa kebaktian kepada ayahnya mewajibkannya memberi penerangan kepadanya agar melepaskan kepercayaan yang sesat itu dan mengikutinya beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa.

Dengan sikap yang sopan dan adab yang patut ditunjukkan oleh seorang anak terhadap orang tuanya dan dengan kata-kata yang halus ia datang kepada ayahnya menyampaikan bahwa ia diutuskan oleh Allah sebagai nabi dan rasul dan bahawa ia telah diilhamkan dengan pengetahuan dan ilmu yang tidak dimiliki oleh ayahnya. Ia bertanya kepada ayahnya dengan lemah lembut gerangan apakah yang mendorongnya untuk menyembah berhala seperti lain-lain kaumnya padahal ia mengetahui bahwa berhala-berhala itu tidak berguna sedikit pun tidak dpt mendtgkan keuntungan bagi penyembahnya atau mencegah kerugian atau musibah. Diterangkan pula kepada ayahnya bahwa penyembahan kepada berhala-berhala itu adalah semata-mata ajaran syaitan yang memang menjadi musuh kepada manusia sejak Adam diturunkan ke bumi lagi. Ia berseru kepada ayahnya agar merenungkan dan memikirkan nasihat dan ajakannya berpaling dari berhala-berhala dan kembali menyembah kepada Allah yang menciptakan manusia dan semua makhluk yang dihidupkan memberi mereka rezeki dan kenikmatan hidup serta menguasakan bumi dengan segala isinya kepada manusia.

Aazar menjadi merah mukanya dan melotot matanya mendengar kata-kata seruan puteranya Nabi Ibrahim yyang ditanggapinya sebagai dosa dan hal yang kurang patut bahwa puteranya telah berani mengecam dan menghina kepercayaan ayahnya bahkan mengajakkannya untuk meninggalkan kepercayaan itu dan menganut kepercayaan dan agama yang ia bawa. Ia tidak menyembunyikan murka dan marahnya tetapi dinyatakannya dalam kata-kata yang kasar dan dalam maki hamun seakan-akan tidak ada hubungan diantara mereka. Ia berkata kepada Nabi Ibrahim dengan nada gusar: "Hai Ibrahim! Berpalingkah engkau dari kepercayaan dan persembahanku ? Dan kepercayaan apakah yang engkau berikan kepadaku yang menganjurkan agar aku mengikutinya? Janganlah engkau membangkitkan amarahku dan cuba mendurhakaiku. Jika engkau tidak menghentikan penyelewenganmu dari agama ayahmu tidak engkau hentikan usahamu mengecam dan memburuk-burukkan persembahanku, maka keluarlah engkau dari rumahku ini. Aku tidak sudi bercampur denganmu didalam suatu rumah di bawah suatu atap. Pergilah engkau dari mukaku sebelum aku menimpamu dengan batu dan mencelakakan engkau."

Nabi Ibrahim menerima kemarahan ayahnya, pengusirannya dan kata-kata kasarnya dengan sikap tenang, normal selaku anak terhadap ayah seraya berkata: "Wahai ayahku! Semoga engkau selamat, aku akan tetap memohonkan ampun bagimu dari Allah dan akan tinggalkan kamu dengan persembahan selain kepada Allah. Mudah-mudahan aku tidak menjadi orang yang celaka dan malang dengan doaku untukmu." Lalu keluarlah Nabi Ibrahim meninggalkan rumah ayahnya dalam keadaan sedih karena gagal mengangkatkan ayahnya dari lembah syirik dan kufur.

Nabi Ibrahim Menghancurkan Berhala-berhala


Kegagalan Nabi Ibrahim dalam usahanya menyedarkan ayahnya yang tersesat itu sangat menusuk hatinya kerana ia sebagai putera yang baik ingin sekali melihat ayahnya berada dalam jalan yang benar terangkat dari lembah kesesatan dan syirik namun ia sedar bahwa hidayah itu adalah di tangan Allah dan bagaimana pun ia ingin dengan sepenuh hatinya agar ayahnya mendpt hidayah ,bila belum dikehendaki oleh Allah maka sia-sialah keinginan dan usahanya. Penolakan ayahnya terhadap dakwahnya dengan cara yang kasar dan kejam itu tidak sedikit pun mempengaruhi ketetapan hatinya dan melemahkan semangatnya untuk berjalan terus memberi penerangan kepada kaumnya untuk menyapu bersih persembahan-persembahan yang bathil dan kepercayaan-kepercayaan yang bertentangan dengan tauhid dan iman kepada Allah dan Rasul-Nya

Nabi Ibrahim tidak henti-henti dalam setiap kesempatan mengajak kaumnya berdialog dan bermujadalah tentang kepercayaan yang mereka anuti dan ajaran yang ia bawa. Dan ternyata bahawa apabila mereka sudah tidak berdaya menolak dan menyanggah alasan-alasan dan dalil-dalil yang dikemukakan oleh Nabi Ibrahim tentang kebenaran ajarannya dan kebatilan kepercayaan mereka maka dalil dan alasan yang usanglah yang mereka kemukakan iaitu bahwa mereka hanya meneruskan apa yang bapa-bapa dan nenek moyang mereka lakukan sejak turun-temurun dan sesekali mereka tidak akan melepaskan kepercayaan dan agama yang telah mereka warisi.

Nabi Ibrahim pada akhirnya merasa tidak bermanfaat lagi untuk berdebat dan bermujadalah dengan kaumnya yang keras kepala dan yang tidak mahu menerima keterangan dan bukti-bukti nyata yang dikemukakan oleh beliau dan selalu berpegang pada satu-satunya alasan bahawa mereka tidak akan menyimpang daripada cara persembahan nenek moyang mereka, walaupun telah Nabi Ibrahim menasihati mereka berkali-kali bahawa mereka dan bapa-bapa mereka keliru dan tersesat mengikuti jejak syaitan dan iblis. Nabi Ibrahim kemudian merancang akan membuktikan kepada kaumnya dengan perbuatan yang nyata yang dapat mereka lihat dengan mata kepala mereka sendiri bahwa berhala-berhala dan patung-patung mereka betul-betul tidak berguna bagi mereka dan bahkan tidak dapat menyelamatkan dirinya sendiri.

Adalah sudah menjadi tradisi dan kebiasaan penduduk kerajaan Babylon bahwa setiap tahun mereka keluar kota beramai-ramai pada suatu hari raya yang mereka anggap sebagai keramat. Berhari-hari mereka tinggal di luar kota di suatu padang terbuka, berkhemah dengan membawa bekalan makanan dan minuman yang cukup. Mereka bersuka ria dan bersenang-senang sambil meninggalkan kota-kota mereka kosong dan sunyi. Mereka berseru dan mengajak semua penduduk agar keluar meninggalkan rumah dan turut beramai -ramai menghormati hari-hari suci itu. Nabi Ibrahim yang juga turut diajak turut serta berlagak berpura-pura sakit dan diizinkanlah ia tinggal di rumah apalagi mereka merasa khuatir bahwa penyakit Nabi Ibrahim yang dibuat-buat itu akan menular dan menjalar di kalangan mereka bila ia turut serta.

"Inilah dia kesempatan yang ku nantikan." kata hati Nabi Ibrahim tatkala melihat kota sudah kosong dari penduduknya, sunyi senyap tidak terdengar kecuali suara burung-burung yang berkicau, suara daun-daun pohon yang gemerisik ditiup angin kencang. Dengan membawa sebuah kapak ditangannya ia pergi menuju tempat beribadatan kaumnya yang sudah ditinggalkan tanpa penjaga, tanpa juru kunci dan hanya deretan patung-patung yang terlihat diserambi tempat peribadatan itu. Sambil menunjuk kepada semahan bunga-bunga dan makanan yang berada di setiap kaki patung berkata Nabi Ibrahim, mengejek:"Mengapa kamu tidak makan makanan yang lazat yang disaljikan bagi kamu ini? Jawablah aku dan berkata-katalah kamu." Kemudian disepak, ditamparlah patung-patung itu dan dihancurkannya berpotong-potong dengan kapak yang berada di tangannya. Patung yang besar ditinggalkannya utuh, tidak diganggu yang pada lehernya dikalungkanlah kapak Nabi Ibrahim itu.

Terperanjat dan terkejutlah para penduduk, tatkala pulang dari berpesta ria di luar kota dan melihat keadaan patung-patung, tuhan-tuhan mereka hancur berantakan dan menjadi potongan-potongan terserak-serak di atas lantai. Bertanyalah satu kepada yang lain dengan nada hairan dan takjub: "Gerangan siapakah yang telah berani melakukan perbuatan yang jahat dan keji ini terhadap tuhan-tuhan persembahan mrk ini?" Berkata salah seorang diantara mrk:"Ada kemungkinan bahwa orang yang selalu mengolok-olok dan mengejek persembahan kami yang bernama Ibrahim itulah yang melakukan perbuatan yang berani ini." Seorang yang lain menambah keterangan dengan berkata:"Bahkan dialah yang pasti berbuat, karena ia adalah satu-satunya orang yang tinggal di kota sewaktu kami semua berada di luar merayakan hari suci dan keramat itu." Selidik punya selidik, akhirnya terdpt kepastian yyang tidak diragukan lagi bahwa Ibrahimlah yang merusakkan dan memusnahkan patung-patung itu. Rakyat kota beramai-ramai membicarakan kejadian yang dianggap suatu kejadian atau penghinaan yang tidak dpt diampuni terhadap kepercayaan dan persembahan mrk. Suara marah, jengkel dan kutukan terdengar dari segala penjuru, yang menuntut agar si pelaku diminta bertanggungjawab dalam suatu pengadilan terbuka, di mana seluruh rakyat penduduk kota dapat turut serta menyaksikannya.

Dan memang itulah yang diharapkan oleh Nabi Ibrahim agar pengadilannya dilakukan secara terbuka di mana semua warga masyarakat dapat turut menyaksikannya. Karena dengan cara demikian beliau dapat secara terselubung berdakwah menyerang kepercayaan mrk yang bathil dan sesat itu, seraya menerangkan kebenaran agama dan kepercayaan yang ia bawa, kalau diantara yang hadir ada yang masih boleh diharapkan terbuka hatinya bagi iman dari tauhid yang ia ajarkan dan dakwahkan. Hari pengadilan ditentukan dan datang rakyat dari segala pelosok berduyung-duyung mengujungi padang terbuka yang disediakan bagi sidang pengadilan itu.

Ketika Nabi Ibrahim datang menghadap Raja Namrud yang akan mengadili ia disambut oleh para hadirin dengan teriakan kutukan dan cercaan, menandakan sangat gusarnya para penyembah berhala terhadap beliau yang telah berani menghancurkan persembahan mereka. Ditanyalah Nabi Ibrahim oleh Raja Namrud:"Apakah engkau yang melakukan penghancuran dan merosakkan tuhan-tuhan kami?" Dengan tenang dan sikap dingin, Nabi Ibrahim menjawab:"Patung besar yang berkalungkan kapak di lehernya itulah yang melakukannya. Cuba tanya saja kepada patung-patung itu siapakah yang menghancurkannya." Raja Namrudpun terdiam sejenak. Kemudian beliau berkata:" Engkaukan tahu bahwa patung-patung itu tidak dapat bercakap dan berkata mengapa engkau minta kami bertanya kepadanya?" Tibalah masanya yang memang dinantikan oleh Nabi Ibrahim, maka sebagai jawapan atas pertanyaan yang terakhir itu beliau berpidato membentangkan kebathilan persembahan mereka, yang mereka pertahankan mati-matian, semata-mata hanya karena adat itu adalah warisan nenek-moyang. Berkata Nabi Ibrahim kepada Raja Namrud itu:"Jika demikian halnya, mengapa kamu sembah patung-patung itu, yang tidak dapat berkata, tidak dapat melihat dan tidak dapat mendengar, tidak dapat membawa manfaat atau menolak mudharat, bahkan tidak dapat menolong dirinya dari kehancuran dan kebinasaan? Alangkah bodohnya kamu dengan kepercayaan dan persembahan kamu itu! Tidakkah dapat kamu berfikir dengan akal yang sihat bahwa persembahan kamu adalah perbuatan yang keliru yang hanya difahami oleh syaitan. Mengapa kamu tidak menyembah Tuhan yang menciptakan kamu, menciptakan alam sekeliling kamu dan menguasakan kamu di atas bumi dengan segala isi dan kekayaan. Alangkah hina dinanya kamu dengan persembahan kamu itu."

Setelah selesai Nabi Ibrahim menguraikan pidatonya itu, Raja Namrud mencetuskan keputusan bahawa Nabi Ibrahim harus dibakar hidup-hidup sebagai hukuman atas perbuatannya menghina dan menghancurkan tuhan-tuhan mrk, maka berserulah para hakim kepada rakyat yang hadir menyaksikan pengadilan itu:"Bakarlah ia dan belalah tuhan-tuhanmu, jika kamu benar-benar setia kepadanya."

Nabi Ibrahim Dibakar Hidup-hidup


Keputusan mahkamah telah dijatuhkan. Nabi Ibrahim harus dihukum dengan membakar hidup-hidup dalam api yang besar sebesar dosa yang telah dilakukan. Persiapan bagi upacara pembakaran yang akan disaksikan oleh seluruh rakyat sedang diaturkan. Tanah lapang bagi tempat pembakaran disediakan dan diadakan pengumpulan kayu bakar dengan banyaknya dimana tiap penduduk secara gotong-royong harus mengambil bahagian membawa kayu bakar sebanyak yang ia dapat sebagai tanda bakti kepada tuhan-tuhan persembahan mereka yang telah dihancurkan oleh Nabi Ibrahim.

Berduyun-duyunlah para penduduk dari segala penjuru kota membawa kayu bakar sebagai sumbangan dan tanda bakti kepada tuhan mereka. Di antara terdapat para wanita yang hamil dan orang yang sakit yang membawa sumbangan kayu bakarnya dengan harapan memperolehi barakah dari tuhan-tuhan mereka dengan menyembuhkan penyakit mereka atau melindungi yang hamil di kala bersalin. Setelah terkumpul kayu bakar di lapangan yang disediakan untuk upacara pembakaran dan tertumpuk serta tersusun laksana sebuah bukit, berduyun-duyunlah orang datang untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman atas diri Nabi Ibrahim. Kayu lalu dibakar dan terbentuklah gunung berapi yang dahsyat yang sedang berterbangan di atasnya berjatuhan terbakar oleh panasnya wap yang ditimbulkan oleh api yang menggunung itu. Kemudian dalam keadaan terbelenggu, Nabi Ibrahim diangkat ke atas sebuah gedung yang tinggi lalu dilemparkan ia kedalam tumpukan kayu yang menyala-nyala itu dengan iringan firman Allah:"Hai api, menjadilah engkau dingin dan keselamatan bagi Ibrahim."

Sejak keputusan hukuman dijatuhkan sampai saat ia dilemparkan ke dalam bukit api yang menyala-nyala itu, Nabi Ibrahim tetap menunjukkan sikap tenang dan tawakkal karena iman dan keyakinannya bahwa Allah tidak akan rela melepaskan hamba pesuruhnya menjadi makanan api dan korban keganasan orang-orang kafir musuh Allah. Dan memang demikianlah apa yang terjadi tatkala ia berada dalam perut bukit api yang dahsyat itu ia merasa dingin sesuai dengan seruan Allah Pelindungnya dan hanya tali temali dan rantai yang mengikat tangan dan kakinya yang terbakar hangus, sedang tubuh dan pakaian yang terlekat pada tubuhnya tetap utuh, tidak sedikit pun tersentuh oleh api, hal mana merupakan suatu mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada hamba pilihannya, Nabi Ibrahim, agar dapat melanjutkan penyampaian risalah yang ditugaskan kepadanya kepada hamba-hamba Allah yang tersesat itu.

Orang ramai tercengang dengan keajaiban ini dan mula mempersoalkan kepercayaan kepada Raja Namrud. Malah anak perempuan Raja Namrud sendiri iaitu Puteri Razia mula mempercayai agama yang dibawa oleh beliau. Lalu Puteri itupun mengaku di hadapan khalayak ramai bahawa tuhan nabi Ibrahim a.s. adalah tuhan yang sebenarnya. Ini telah menaikkan kemarahan beliau yang mengarahkan tenteranya untuk membunuh puterinya itu. Puteri itupun meluru ke arah api yang besar itu lalu berkata "Tuhan Nabi Ibrahim selamatkanlah aku". Puteri Razia pun turut terselamat daripada terbakar dan dalam api yang membara itu kedengaran dia mengucap kalimah syahadah. Tindakan derhaka puterinya menjadikan Raja Namrud semakin murka. Sebaik sahaja puteri Razia keluar daripada api tersebut beliau serta tenteranya telah mengejarnya kedalam hutan. Ini memberi peluang kepada Nabi Ibrahim serta adik tirinya Sarah, bapanya Azaar serta anak saudaranya Nabi Luth a.s. untuk melarikan diri. Raja Namrud dan tenteranya puas mencari Puteri Razia tetapi puteri itu telah hilang. Selepas sekian lama, merekapun pulang dan mendapati bahawa Nabi Ibrahim turut terlepas. Setelah peristiwa ini, Raja Namrud kian gelisah kerana rakyatnya mula hilang kepercayaan dengan kekuasaannya. Oleh itu, beliau berazam pula untuk membunuh Tuhan nabi Ibrahim.

Mukjizat yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Ibrahim sebagai bukti nyata akan kebenaran dakwahnya, telah menimbulkan kegoncangan dalam kepercayaan sebahagian penduduk terhadap persembahan dan patung-patung mereka dan membuka mata hati banyak daripada mereka untuk memikirkan kembali ajakan Nabi Ibrahim dan dakwahnya, bahkan tidak kurang daripada mereka yang ingin menyatakan imannya kepada Nabi Ibrahim, namun khuatir akan mendapat kesukaran dalam penghidupannya akibat kemarahan dan balas dendam para pemuka dan para pembesarnya yang mungkin akan menjadi hilang akal bila merasakan bahwa pengaruhnya telah beralih ke pihak Nabi Ibrahim.

Agama Nabi Ibrahim


Sebelum kedatangan Islam dengan membawa Al-Quran, kaum Yahudi dan Kristian sering bertelingkar mengenai status agama Nabi Ibrahim a.s. yang sebenarnya.Namun begitu turunnya ayat Allah untuk menerangkan perihal agama Nabi Ibrahim serta pegangan Akidah Tauhidnya:

Firman Allah SWT yang bermaksud:

  • "Wahai Ahli Kitab!(Yahudi dan Kristian) Mengapa kamu berani mempertengkarkan tentang(agama)Nabi Ibrahim,padahal Taurat(Torah) dan Injil (Gospel) tidak diturunkan melainkan kemudian(lewat)daripada (zaman)Ibrahim;patutkah(kamu berdegil sehingga)kamu tidak mahu menggunakan akal?"



  • "Ingatlah!Kamu ini orang-orang(bodoh),kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya(yang diterangkan perihalnya dalam Kitab Taurat),maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengan nya? Dan (ingatlah),Allah mengetahui(hakikat yang sebenarnya)sedang kamu tidak mengetahuinya."



  • "Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi,dan bukanlah ia seorang pemeluk agama Kristian,tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar tauhid sebagai seorang Muslim (Hanif)(yang mendengar dan patuh/taat serta berserah bulat-bulat kepada Allah),dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik(golongan yang menyekutukan Allah)."



  • "Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi agamanya)ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi(Muhammad)ini serta orang-orang yang beriman(umatya umat Islam).Dan (ingatlah),Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang yang beriman."


Surah Ali-Imran(ayat 65-68)Al-Quran.

di petik dari : Wikipedia

Tuesday, November 24, 2009

Ibu kemaruk makan buah kedondong

Korang ada baca x paper semalam... pasal seorang ibu kemaruk makan buah kedondong sehingga melahirkan anak seberat 6.15kg!

Gulp! giler seh... 6.15kg, secara normal yek.. bukan pembedahan.. dasyat giler la... aku pun bersalin kan Iskandar seberat 3.45 kg jer... tu pun habis napas aku teran..hehehehe

Aku tempek lagi sekali berita tu dr sumber Harian Metro semalam...

Ibu kemaruk makan buah kedondong


Oleh Ridzuan Ahmad
am@hmetro.com.my












GEMBIRA...Aishah memangku anak kelimanya yang dilahirkan <br>seberat 6.15 kg, pagi kelmarin.
GEMBIRA...Aishah memangku anak kelimanya yang dilahirkan
seberat 6.15 kg, pagi kelmarin.

ALOR STAR: Ibu kepada bayi lelaki seberat 6.15 kilogram (kg) yang selamat dilahirkan di sebuah pusat perubatan swasta, di Jalan Putera di sini, awal pagi kelmarin, mampu menghabiskan satu kilogram kedondong sehari sepanjang mengandung bayi berkenaan.

Suri rumah, Aishah Yasin, 35, dari Taman Sri Changlon, Jitra, dekat sini, melahirkan anak kelimanya secara normal kira-kira jam 2 pagi mencipta sejarah sebagai bayi terbesar di negeri ini selain mengatasi rekod kelahiran bayi seberat 4.65 kilogram yang dicatatkan hospital itu pada Jun lalu.

Bayi berkenaan dipercayai kedua paling berat di negara ini kerana mengikut catatan Malaysia Books of Record, bayi terberat yang pernah dilahirkan mencecah hampir sembilan kilogram kira-kira empat tahun lalu.

Sebelum ini, bayi lelaki seberat 5.32 kg yang dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) diiktiraf sebagai bayi terbesar di negeri ini.


Aishah yang ditemani suaminya Mohd Ali Khan Ghazali, 41, berkata, sepanjang mengandungkan anak lelaki itu, dia kurang selera makan tetapi gemar makan buah kedondong dan minum susu serta teh ais.

Katanya, setiap hari dia makan hampir satu kilogram buah kedondong sehingga memaksa suaminya pergi mencari di merata tempat untuk mendapatkan buah terbabit.

“Setiap hari saya terlalu ingin makan buah kedondong dan saya mengambilnya dalam jumlah yang banyak mencecah satu kilogram sehari dan nasib baik suami memahami serta memenuhi kehendak saya ini.

“Saya memang tidak menyangka akan melahirkan anak seberat ini kerana sebelum ini iaitu ketika ujian pengesanan, bayi ini dilaporkan seberat 4.5 kg saja.

“Walaupun berasa agak letih selepas dimasukkan ke dewan pembedahan jam 10 malam, keletihan itu berbalas apabila dimaklumkan bahawa anak saya sihat dan beratnya 6.15 kg,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dia bersyukur kerana melahirkan anak kelimanya itu dengan selamat tanpa perlu menerusi kaedah caesarian (pembedahan) walaupun saiznya anaknya agak besar berbanding bayi lain.


Katanya, kemampuan doktor yang menguruskan kelahiran itu mendorongnya untuk kuatkan semangat untuk melahirkan melalui kaedah normal.

“Kelima-lima anak saya mempunyai berat badan yang istimewa iaitu anak sulung seberat 3.9kg, kedua 4kg, anak ketiga empat kg dan keempat lima kg,” katanya.


Tapi tula namanya rezeki... walaupun anak2 nya yg terdahulu ada yang mencecah ke 5 kg... x sangka dia leh dpt lagi besau... emmm.... tp alhamdulilah kan.. x perlu bedah.. normal.. memang hebat wanita itu... :)

Monday, November 23, 2009

Mari ber FB sampai lebam!

Sapa pasan sejak dua menjak nie aku ber FB menggunakan SMS sahaja?? sapa? sapa?? sila angkat keyboard.. yg nyata tiada hadiah tuk korang kerana menjawab dgn pantas yek..hahahaha :)

ni petikan dari Naib Presiden Celcom

Naib Presiden Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, dengan hanya bayaran RM1 seminggu, pelanggan Celcom boleh mendapatkan kemudahan itu.

"Ramai pengguna Facebook sentiasa ingin mengemaskinikan maklumatnya tetapi tidak dapat melakukannya kerana berada di luar dan tidak mempunyai akses Internet."

"Bagaimanapun, kini mereka boleh mengemaskini status, menghantar nota, menghantar pesanan dan sebagainya dengan telefon bimbit mereka," katanya pada majlis sidang akhbar mengenai perkhidmatan tersebut di Kuala Lumpur, hari ini.

FB



Yer...skrg ni aku x perlu lagi nak online kalu nak update status.. dan aku juga x perlukan BLACKBERRY yg aku idamkan untuk update status jugak...

ha...ni nak citer cikit kat korang..mcm mana aku leh ber FB dgn sesuker hati... sampai ada yg pasan aku asyik update status jerkan... siap ada yang  sound2 aku..hahahaha :)

Best ko... leh membalas2 komen kengkawan, pastu aku lek hai..hai..bye..bye kat wall kawan aku.... terror kan aku??

Sejak aku dh tahu guna... ada juga yg tanya cam ner ko wat? ko beli hp baru ker?? uish....aku beli hp baru?? mampus kalu IR aku tahu wei...hahahaha. tidak ler sampai harus membeli HP baru la wei...

FB



Senang jer nak melanggan.. hanya RM1/seminggu korang leh ber FB sampai lebam yek.. x der charge tambahan tau... memang murah giler la..

Tp aku x tahu la telco yg lain, baper hinggit.....

Caranya senang aja...

Taip F dan hantar ke 32665

Selepas dapat confirmation code, korang masuk ke FB korang, kendian masukkan kode pengesahan yg korang terim dn aktifkan.

Kendian guna la sepuas nya selama seminggu. Pas seminggu, charge RM 1 akan di potong...

Untuk melanggan perkhidmatan ini, pelanggan yang telah mempunyai akaun Facebook hanya perlu menaip "F" dan menghantarnya ke 32665 dan mereka akan menerima kod pengesahan.

Kemudian, mereka perlu memasuki laman web facebook dan klik pada bahagian 'SETTING' dan kemudiannya memilih 'MOBILE' dan masukkan kod pengesahan itu.

Maklumat lanjut lawati laman web www.channelx.com.my

Amacam?? x teringin ker??

FB



Nak hantar kat FB pun mesti ada caranya...ni aku bg yg biasa aku pakai la...

UPDATE STATUS - aku terus taip jer dan hantar ke 32665

WALL FRIEND - Taip WALL SUHAILA ZAIRE oit...buat apa tu?? (kene ingat la usernae kengkawan yek..kalu tidak x samapi la...)

MSG FRIEND - Taip MESSAGE SUHAILA ZAIRE hari ni ada perjumpaan tau! (msg ni akan masuk inbox korang, x akan dipaparkan di WALL korang.)

rasanya itu jer kot yg aku biasa wat.yang lain lom pernah cuba la..

nanti ada yg terbaru, aku updatekan yek...

So apa lagi, meh kita ber FB samapi lebam!! yehaaa :)

Sunday, November 08, 2009

Hargailah nyawa anda!

Setiap pagi, aku mesti lalu laluan nie. Lebuhraya BESRAYA yang menghubungkan aku untuk menuju ke KL yek.

Selalu aku perhatikan derang nie tiap2 pagi...

Tiap2 pagi gak aku dok bebel kat my IR nie..

Kenapa derang nie? x sayang nyawa ker

Kenapa derang sanggup lintas jalan yang sesak nie?

Kenapa derna gmalas nak u-turn?

Kenapa bal..bla..bla...

sampai my IR dh malas nak dengar... hikhikhikhik

nyawa



1) Pejalan kaki yang nak melintas jalan.

- Selalu main lintas walaupun kete tgh zuppppp.......... zapppppp...... cam nak racing...

- bukan lelaki aja..malah perempuan pun ada.. x kira dh kawen @ belum.. yg kendong anak pun ada yek!

nyawa



2) Pembonceng motosikal

- Buan u-turn yek...dia nak cross jalan

- tanpa helmet lagik.........

- kekadang lalu jalanraya menentang arus pun ada!

Kesimpulan nya :

- Derang nie x sayang nyawa ker?

- Mungkin derang nak cepat...malas nak jalan jejauh...

- x der tempat u-turn yang terdekat...

tapi.... aku x sanggup la..andai la kata ada kemalangan yg melibatkan nyawa...

masa tu sapa yek nak di persalahkan?? Pengguna @ pemandu??

x terfikir ker keluarga, kengkawan nanti.. sok2 dh terkene baru nak tergadah ker?

nyawa



Jambatan nak menyeberangi jalan memang ada.........

tapi jjjjjjjjjjjjaaaaaaaaaaauuuuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sangat....

mungkin itu sebabnya derang lagi sanggup melintas dr berjalan kaki, kendian patah balik..

nyawa



U-turn pun sama gak.... punnnnnnnn...... jauh yek..

maka derang sanggup menentang arus dr menghabiskan duit minyak untuk wat pusingan yang amat jjjjjjjjjjaaaaaaauuuuuhhhhh..................

Kalu korang la..sanggup ker tiap2 pagi nak wat macam tu??

Kesimpulan nya :

Pilihla tempat tinggal yang amat menyenangkan, selesa dan mudah. (tp x sumer leh dapatkan?) terpulang la pada masing2

Tepuk dada tanya selera.

Tuesday, November 03, 2009

Tiket Konsesi Negeri Melaka

Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah melancarkan Tiket Konsesi yang bertujuan untuk menggalakkan serta memberikan peluang kepada para pengunjung tempatan dan antarabangsa untuk mengunjungi muzium - muzium serta galeri yang terdapat di Negeri Melaka.

Tiket Konsesi ini boleh didapati di semua kaunter tiket muzium dengan kadar harga RM 3.00 bagi pelajar / kanak - kanak dan RM 10.00 seorang bagi dewasa di mana para pemegang tiket konsesi ini boleh mengunjungi 9 buah muzium dan 3 buah galeri seperti berikut :

a) Kompleks Muzium Stadthuys :

  • Muzium Sejarah dan Ethnografi

  • Muzium Sastera

  • Muzium Pendidikan Melaka

  • Muzium Tuan Yang Terutama Negeri Melaka

  • Muzium Pemerintahan Demokrasi

  • Galeri Laksaman Cheng Ho


b) Kompleks Muzium Samudera :

  • Muzium TLDM

  • Muzium Fasa I (Kapal Flor De La Mar)

  • Muzium Fasa II


c) Muzium Istana Kesultanan Melaka

d) Galeri Melaka

e) Galeri Ketua Menteri Melaka

Bagi memberi kesempatan kepada para pengunjung mengunjungi ke semua muzium dan galeri ini, PERZIM menawarkan kunjungan selama 2 hari bagi membolehkan mereka menghabiskan lawatan ke muzium dan galeri tersebut. Tempoh promosi Tiket Konsesi ini diteruskan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, bolehlah menghubungi Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) di talian 06 - 2827464.

Sekian, terima kasih.

Saturday, October 31, 2009

Koleksi Majalah Karangkraf

Korang pernah dengar karangkraf??Aku rasa korang mesti biasa dengar... sebab karangkraf nie populer mengeluarkan berbagai2 majalah kan? korang mesti ingat.. mak aih..rajin nyer aku membaca majalah.. hahaha... korang jangan terpedaya... sebelum kawen YA! tapi pas kawen TIDAK! :)

Majalah yang rajin aku baca adalah majalah keibubapaan la yek... aku sudah lama tinggalkan majalah REMAJA, URTV, HAI dan macam2 lagi... (rindu lak nak baca urtv) hehehe

Sekarang nie more pada PA&MA atau majalah yang ke arah ibubapaan la yek..

karangkraf



sekali 5 buah buku aku dah ada tuk wat koleksi... koleksi ni kuar tiap tahun bermula pada tahun 2005 yek...

Aku kawen 2004, anak pertama lahir pun ujung tahun 2004 kiranya pass aku bersalin baru aku dapat kumpul buku mini pertama dari karangkraf.. :)

karangkraf



Buku 40 MINGGU NAN INDAH ini memamaparkan kisah kehamilan dan kelahiran. Kat dalam majalah nie memacam petua yang diturunkan.

Petua cam ner nak tahu waktu subur, macmamana nak dpt jantina anak apa kakedah nya. Tp aku x der la ikut.. pasal tahu2 dh pregnant jer.. :)

Tapi kat dalam nie pun ada gambar ibu bersalin normal dan pembedahan. Pada yang x tahu mcm mana bayi tu dilahirkan.. haa.. kat dalam ni ada gambar rajah yek.. yang fresh tau.. maksudnya snap dari perut ibu tau..

Majalah aku nie dh teruk dah..hampir nak koyak dh muker depan nie.. pasal tiap kali mengandung, baru aku g cari dan dalam masa 8 bulan duk pegang jerr buku ni..

Buku ni pun ada panduan dari awal kehamilan hingga la kelahiran. kira lengakp la 40 minggu kehamilan. Bayi besar mana, berat ibu pulak macam mana.. dan apa simptom2 nya..

Tapi buku ini bukan lah 100% apa yang di alami oleh ibu2 yang hamil. Ada sebahagian mungkin YA ada yang mingkin TIDAK.. ini adalah panduan sahaja... pepandai la korang menilainya yek!

karangkraf



Buku ini diterbitkan pada tahun 2006. kira selepas 40 minggu nan indah kuar pulak edisi PANDUAN PEMAKANAN ANAN SIHAT & PINTAR.

Dalam buku ini sumer resepi makanan ada kat dalam nie. Dari yg korang rasa remeh hingga yg simple. Sumer ada..

Lebih kurang dalam 70++ resepi dalam nie khas untuk anak2 yang berumur 6 tahun kebawah. kira kalu rajin leh la cuba.

Aku??emmm... ada lah cuba beberapa resepi.. nak cuba sumer hehehe.. x reti.. tapi aku tetap simpan majalah nie..

Korang nak wat tuk makanan korang sekali pun boleh.. at least apa korang makan, sure anak2 pun makan kan?

Buku nie kiranya mengajar kita makanan yang sesuai tuk anak2 kita la.. x derla more pada kolestrol.. tapi banyak kepada sayur, kaborhidrat, vitamin dam memacam lagi la..

karangkraf.



ini pulak buku yang ke-3 Majalah RAHSIA ANAK CERDAS & CERGAS. yang dikeluarkan pada tahun 2007 selepas pemakanan tu kan..Masa ni aku dah bersalin anak yang ke -2, Iskandar.... hehehe

Buku ini menerangkan mengenai anak yang berumur dari 0-6 tahun. Kiranya selepas kelahiran mesti kita nak tahu perkembangan anak2 pulak kan. Dah 40 minggu dalam perut, bila kuar kene tahu langkah demi langkah anak2 pulak.

Dari menangis, mengensot, merangkak, memanjat dan mula belajar sesuatu yang baru. Buku ini amat sesuai pada ibu2 yang baru mempunyai anak pertama dalam ahli keluarga.

Buku ni x menerangkan 100% yek.. tapi boleh dijadikan panduan. Ada sesetengah bayi tumbuh gigi dahulu baru boleh berjalan, ada sesetengah bayi pulak berjalan dulu baru tumbuh gigi.

Sebenarnya ikut pada perkembangan bayi... kalu x sama. jangan gusar.. ia akan mengambil masa jugak.

karangkraf



Ini buku yang ke 4. dikeluarkan pada tahun 2008. Selepas majalah RAHSIA ANAK CERDAS & CERGAS kuar pula SEDIA MELANGKAH KE ALAM BARU.

Buku ini adalah pelengkap kepada 40 minggu yang indah. kira para ibu sudah bersedia menuju ke alam baru di mana antara ibu dan anak yang dikandung.

Maka tercipta la SEDIA MELANGKAH KE ALAM BARU. kandungan ini amat sesuai pada para ibu yang ingin mencari penjagaan diri sendiri sepanjang kehamilan.

karangkraf



dan buku yang terakhir buku yang ke-5 (buat masa ini la) yang diterbitkan pada tahun 2009. PENJAGAAN IBU & BAYI. Masa ni aku sudah melahirkan anak yang ke 3..Zulfadhli. :love:

Yer..selepas si ibu melahirkan anak. sure nak tahu penjagaan ibu dan anak nya kan? Buku ini memberikan panduan korang nak jaga bayi yang sekecil tu. Mesti pada ibu2 yang baru mendapat anak pertama pasti terpinga2.. sebab masih baru

kat dalam buku ini ada cara nak bedung, mandi, pegang dan tidurkan sekali. so.. rasa2 nak buat simpanan buku ini. aku rasa amatlah digalakakan.

Ok..setelah menceceh pasal buku ni (entah korang baca @ tidak..hehehe) kat mana yek nak dapatkan?

Aku selalu order melalui KARANGKRAF ONLINE aja. Kalu ada kat kedai buku yang berhampiran, baik korang beli jer.. setiap bukku berharga RM 11.90 sahaja.

Selalu buku ini aku suker hadiahkan pada pengantin baru. buku ini pun persediaan bagi mereka yang ingin menimang cahayamata gak.

So..pada korang yang x tahu nak bagi hadiah apa.. apa kat akorang hadiah kan buku ini. Pasti kengkawan korang suker.. sekurang2nya kita memberi ilmu yang x ternilai pada kawan kita. Betul x?

Have a good day!

Wednesday, October 28, 2009

KL Sunday 1Malaysia Family Fair

KL 2



Mana korang nak g pada hujun gminggu ini?? meh cini aku nak bagi tahu. Ada satu tempat baru di buka ko, kat Jalan Ampang. KL Sunday 1Malaysia Family Fair. Pernah dengar x?? emm...korang mesti x pernah dengar kan?

haaa..... g la hari ahad ni. Acara ni dah bermula pada 25 Oktober yang lepas. Kiranya, ahad nie korang sempat la g lagi...ala..bukan jauh pun, kat MaTiC je Acara ini akan diadakan pada setiap hari Ahad pada jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang.

Terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai jenis barangan kraftangan. (chewah....mcm wat iklan promosi lak..hahahaha) So..kalu korang nak dapatkan barangan cenderamata... leh lah g ke sana.. leh dapat dengna harga yang berpatutan yek!

Nak ke sana mcm mana??

Wei..kete leh park sana... bas pun leh berhenti depan MATIC tu.. ada MONORAIL lagi.. so... x kan tu pun susah gak nak g kan?? bawa la keluarga, ajak la kawan... sebarkan sekali kepada jiran tetangga...

KL 1



ni aku attach sekali peta tempat tu.. x tahu gak.. memang la korang..

nama jer duk KL.. hahaha...

ingat...sepanjang 25.10.2009 - 27.12.2009...setiap hari Ahad pukul 8.30pg - 3.00 ptg...

K..selamat berhibur bersama keluarga di hujung minggu yek!

Tuesday, October 27, 2009

40 Tips mudah untuk dapat 3K

Ingin berkongsi 40 tip mudah untuk mendapatkan kebahagiaan, ketenangan dan kedamaian.

KESIHATAN

1 Minum banyak air; sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

2 Bersarapan bagaikan seorang Raja, makan tengah hari seperti seorang Putera dan makan malam umpama seorang pengemis. Maskudnya, utamakan sarapan, berserdehana ketika  makan tengah hari dan makan sedikit ketika makan malam.

3 Lebihkan makanan daripada tumbuh-tumbuhan dan kurangkan ambil makanan yang diproses.

4 Hidup dengan prinsip 3E (energy, enthusiasm dan empthy)

5 Peruntukan masa untuk bersolat.

6 Lebihkan permainan yang membina minda.

7 Banyak membaca (lebih banyak berbanding tahun lalu)

8 Duduk diam dan bertenang sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari

9 Ambil masa 10 sehingg 30 minit untuk berjalan setiap hari. Pastikan anda tersenyum ketika berjalan.

10 Tidur selama 7 jam.
PERSONALITI

11 Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Anda sebenarnya tidak tahu mengenai kehidupan orang lain.

12 Jangan buat anggapan negatif mengenai perkara yang berada di luar kawalan. Sebaliknya jana tenaga dalam kehidupan sekarang.

13 Jangan melakukan sesuatu berlebih-lebihan; ketahui had anda.

14 Jangan terlalu memberikan tekanan pada diri sendiri.

15 Jangan bazirkan masa berharga anda untuk bergosip.

16 Bina impian ketika anda sedang berjaga; maka anda akan berusaha untuk merealisasikannya.

17Cemburu adalah perbuatan buang masa. Sedarlah bahawa anda sudah ada apa yang anda perlukan.

18 Lupakan kisah silam yang menyakitkan. Jangan ungkit kesilapan yang telah dilakukan oleh pasangan. Itu akan memusnahkan kebahagian anda sekarang.

19 Hidup ini terlalu singkat untuk anda bazirkan dengan menyakitkan hati orang lain. Jadi jangan membenci sesiapapun.

20 Berdamailah dengan masa lalu anda, jadi anda tidak merosakkan masa sekarang anda.

21Tidak ada orang yang boleh menggugat kebahagian anda kecuali diri anda sendiri.

22 Ingatlah bahawa kehidupan ini adalah ‘sekolah’ untuk anda dan di sini anda harus belajar. Masalah adalah sebahagian daripada kurikulum pembelajaran yang akan datang dan pergi, tetapi proses pembelajarannya berlangsung sepanjang hayat.

23 Banyakkan senyuman dan tertawa.

24 Anda tidak perlu memenangi semua perdebatan. Bersetujulah untuk tidak bersetuju.

KOMUNITI

25 Selalulah berhubungan dengan keluarga anda.

26 Berikan sesuatu yang baik pada orang lain setiap hari.

27 Maafkan semua orang di atas segala kesalahan.

28 Luangkan masa bersama orang yang berusia lebih 70 tahun dan  yang berusia bawah enam tahun (ibu bapa, orang tua dan anak-anak yang masih kecil)

29 Setiap hari cubalah untuk membuatkan sekurang-kurangnya tiga orang tersenyum.

30 Apa yang orang lain fikirkan mengenai anda, itu bukan masalah anda.

31 Kerjaya anda tidak akan menjaga anda ketika anda sakit. Sebaliknya keluarga dan rakan-rakan yang akan menjaga anda. Oleh itu, selalunya ingat mereka.

HIDUP

32 Lakukan perkara yang betul.

33 Singkirkan semua yang tidak berguna, yang tidak cantik dan yang tidak mengembirakan.

34 Ingatlah bahawa Allah akan menyembuhkan segala-galanya.

35 Apa pun, sama ada perkara baik atau jahat ia akan berubah.

36 Tidak kira apapun perasaan anda bagunlah, bersiap dan bersedia.

37 Yakinlah perkara yang baik pasti akan datang.

38 Apabila anda bangun pagi dan anda masih hidup, maka ungkapkanlah

Alhamdullilah (bersyukur kepada Allah).

39 Suara hati anda sentiasa inginkan kegembiraan, kebahagian dan kedamaian. Maka bergembiralah, carilah kebahagiaan dan ungkaplah kedamaian.

40 Akhir sekali; Sampaikan kebaikan (termasuk tip yang anda perolehi ini) kepada orang yang anda sayang).

Sunday, October 25, 2009

Kandungan Budget 2010

Berikut ialah kandungan Bajet 2010 ‘1Malaysia, Kemakmuran Bersama’:

1. Peruntukan wang berjumlah RM191.5 bilion yang meliputi RM138.3 bilion (72.2 peratus) untuk belanja mengurus dan RM53.2 bilion (27.8 peratus) untuk belanja pembangunan.

2. Bayaran khas RM500 kepada penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada bulan Disember ini.

3. Peningkatan pengecualian cukai pendapatan kepada penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus sebagai galakan untuk menarik lebih ramai pelancong kesihatan.

4. Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

5. Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.

6. Subsidi, insentif dan bantuan hampir RM2 bilion untuk membela nasib golongan petani dan nelayan.

7. Peruntukan lebih RM9 bilion untuk projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut serta projek lapangan terbang.

8. Peruntukan tambahan RM20 juta di bawah Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk usahawan kecil kaum India (Peruntukan sedia ada RM15 juta).

9. Peruntukan RM3 juta sebagai geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian.

10. Peruntukan tambahan RM20 juta untuk memberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan sasaran 20 buah sekolah pada 2010.

11. Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.

12. Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.

13. Diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar bermula 1 Jan, 2010.

14. Pakej “netbook”, termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.

15. Peruntukan RM100 juta bagi pelaksanaan Program PERMATA, yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara bersepadu dan terancang.

16. Perlindungan insurans dan takaful mikro untuk peniaga kecil-kecilan mendapat manfaat perlindungan dalam lingkungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

17. Menubuhkan 14 lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah.

18. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010.

19. Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya.

20. Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa tahun taksiran 2010.

21. Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.

22. Hampir 50,000 isi rumah miskin tegar yang berdaftar di bawah program eKasih dan 4,000 isi rumah Orang Asli yang telah dikenal pasti akan dibantu untuk mencapai matlamat sifar kemiskinan tegar. Peruntukan RM41 juta untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.

23. Peruntukan RM48 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan bandar meliputi bantuan kebajikan dan program bayaran sewa rumah dan Kementerian Wilayah Persekutuan ditukarkan nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
24. Penyediaan 74,000 rumah kos rendah oleh Jabatan Perumahan Negara untuk disewa pada tahun 2010.

25. Pelancaran skim KWSP pada Januari 2010 bagi membolehkan pencarum mendapatkan jumlah pembiayaan lebih besar bagi pembelian rumah yang bernilai lebih tinggi atau bagi pembelian rumah tambahan.

26. Peruntukan RM224 juta kepada OKU untuk bantuan, melaksanakan Program Pemulihan Dalam Komuniti dan peruntukan RM174 juta untuk warga emas.

27. Kadar elaun kanak-kanak OKU di sekolah pendidikan khas kelolaan NGO dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap orang mulai 1 Jan 2010.

28. Penubuhan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diuruskan oleh KWSP.

29. Potongan caruman pekerja KWSP dinaikkan semula ke kadar 11 peratus secara sukarela berkuat kuasa serta-merta.

30. Membina jalan luar bandar sepanjang 510km dan jalan kampung sepanjang 316km dengan peruntukan RM857 juta termasuk jalan di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah.

Di petik dari : BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...