Showing posts with label Surat Khabar. Show all posts
Showing posts with label Surat Khabar. Show all posts

Wednesday, January 27, 2010

Fahrin Menangis

Fahrin bengang!

Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my
2010/01/26



SERI KEMBANGAN: “Apa perasaan anda apabila orang bertanyakan pada ibu anda yang sedang sakit, adakah anak anda kaki pukul?” keluh pelakon popular, Fahrin Ahmad yang tidak dapat menyembunyi perasaan sedih sehingga menitiskan air mata ketika mengumumkan tindakan undang-undang yang diambilnya pada sidang media di sini, semalam.

Kejadian itu, kata Fahrin, 30, mendorongnya mengambil tindakan undang-undang terhadap penyampai radio, Linda Onn selepas bekas kekasihnya itu mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, menerusi laporan dua akhbar, baru-baru ini.

Menerusi firma guaman, Tengku Naufal & Co, pelakon berkenaan mengemukakan notis tuntutan yang mengandungi empat perkara iaitu kenyataan maaf terbuka Linda menerusi akhbar, penarikan balik kenyataan penyampai radio itu terhadap Fahrin yang dibuat sebelum ini, surat aku janji secara bertulis agar dia tidak mengulangi perbuatan itu dan surat tuntutan ganti rugi.

Fahrin yang ditemani peguam Tengku Naufal Tengku Mansor dan Ahmad Hafez Zaidi, menyatakan kenyataan yang dikeluarkan Linda menerusi dua akhbar berlainan pada 19 Januari dan 20 Januari lalu, mendakwa dirinya seorang kaki pukul dan tidak menghormati wanita.

“Ini bukan keputusan mudah dan saya ambil masa panjang untuk ambil tindakan undang-undang ini. Sebelum ini, saya hanya berdiam diri tetapi kini keadaan tidak terkawal, menyebabkan saya tertekan dari aspek psikologi dan mencalar maruah saya.

“Biarpun pada mula saya anggap perkara sebegini remeh, sebaliknya apa yang dilaporkan menerusi dua akhbar ini menjadi bukti kukuh untuk saya ambil tindakan undang-undang. Kedua-dua artikel ini mewujudkan keraguan yang menjurus persoalan saya berperangai macam itu.

“Sebelum ini, saya terima banyak panggilan (telefon) yang bertanya sama ada benar saya ini kaki pukul. Saya sedih dengar perkara ini kerana sikap sebenar saya bukan macam itu. Saya seorang yang ceria dan suka senyum pada orang lain,” katanya.

Fahrin berkata, tindakan undang-undang diambil bukan kerana marah, tetapi terlalu kecewa dengan sikap Linda yang melemparkan tohmahan terhadapnya.

Pelakon filem baru, 2 Hati 1 Jiwa ini juga mengakui pernah menjalinkan hubungan cinta dua tahun dengan penyampai radio berkenaan walaupun mereka menafikan hubungan sebenar dan sekadar menyatakan status ‘teman tapi mesra’. “Cinta saya ikhlas dan ia tidak seharusnya berakhir begini. Bila habis bercinta, saya bercakap perkara yang baik dan tidak reka sesuatu yang boleh membuat orang lain berprasangka buruk.

“Sebelum ini, apabila saya putus cinta dengan Linda dan Scha Al-Yahya, saya cuma berdiam diri. Saya tahu risiko bercinta dengan selebriti, tetapi saya bersyukur dan tidak kesal dengan mereka,” katanya.

Fahrin juga menyatakan ketika kenyataan Linda hangat diperkatakan banyak pihak, dia bimbang kariernya terjejas apatah lagi dirinya mewakili tiga jenama produk ‘besar’. Bagaimanapun, katanya dia bersyukur kerana masih mendapat kepercayaan pihak yang melantiknya sebagai duta produk manakala anggota keluarganya turut memberikan sokongan.

Pun begitu, sejak kedua-dua artikel berkenaan disiarkan akhbar, dia tidak pernah berhubung dengan Linda.

Pelakon itu menegaskan, walau apapun yang berlaku, dia tidak berdendam dengan Linda, malah mendoakan kejayaannya.

“Saya bukan berkomplot dengannya untuk mengadakan cerita sebegini. Apa yang saya lihat, perkara ini boleh merugikan kedua-dua pihak dan memecahbelahkan peminat,” katanya.

Tengku Naufal pula menyatakan, notis tuntutan itu menjelaskan Fahrin memberi masa tujuh hari sehingga Isnin depan untuk mendapatkan maklum balas daripada Linda.

Katanya, analisis terhadap laporan kedua-dua akhbar memberi maksud jelas berita berkenaan bertujuan menghasut masyarakat agar memberi persepsi buruk pada Fahrin.

Notis bertarikh 22 Januari lalu dihantar kepada Linda dan kedua-dua akhbar berkenaan.

“Jika Linda gagal memberi respons kepada notis tuntutan ini, writ saman dan permohonan sewajarnya akan dibuat di mahkamah tinggi pada minggu depan. Bagaimanapun, jika sebaliknya, saman ini tidak dibuat,” katanya.

Mengenai jumlah writ saman yang ingin dikemukakan, Tengku Naufal berkata, ia akan ditetapkan kemudian selepas notis tuntutan selama tujuh hari itu berakhir.

Monday, January 25, 2010

Bagaimana online dengan Tuhan

AKIBAT laju mengetuk papan kekunci, maka kesilapan ejaan sering terjadi. Pada mulanya kita hendak mengakses "Online" (Utusan Online misalnya) yang terjadi: "Onlie", sedang menipu!

Justeru tajuk ini buku terus memberikan sedikit tamparan; jangan sesekali "onlie" ketika ber -'online' dengan tuhan, tuhan tidak bisa dibohongi, berterus terang sahaja malah sebenarnya tuhan lebih tahu apa yang terjadi!









Tajuk Buku: Online Dengan Tuhan - Berhubung Dengan Tuhan Melalui Talian Tanpa Wayar
Penulis: Zulkifli Khair
Penerbit: PTS Islamika Sdn. Bhd.
Halaman: 114 muka surat
Harga: RM13.00



Penulis buku ini merupakan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang juga merupakan seorang jurulatih sambilan penulisan kreatif.

Mungkin nama beliau kurang dikenali selain pernah juga menghasilkan buku, 501 Soal Jawab Tentang Haji dan Umrah dan Yang OK dan KO Dalam Ibadah Haji bersama PTS.

Namun beliau mempunyai pendekatan penulis yang ternyata berbeza namun sangat menarik.

Tanpa perlu ulasan dan hujahan fakta yang panjang lebar, seolah-olah menyedari bahawa pembaca hari ini sudah tidak mempunyai masa untuk itu semua. Kecuali mahukan bacaan yang santai dan straight to the point maka buku ini sangat memenuhi cita rasa itu.

Jika secara mudahnya online dengan Tuhan itu boleh dimaknakan sebagai satu kaedah komunikasi antara seorang hamba dengan Maha Pencipta tanpa sebarang halangan, tanpa perantaraan, tanpa wakil; sangat bersemuka antara satu sama lain.

Walaupun ada yang menyifatkan hubungan atau komunikasi dengan tuhan itu bersifat komunikasi sepihak (sehala) namun yang jelas secanggih manapun ciptaan manusia untuk berkomunikasi dengan segala macam peralatan dan teknologi tetapi sedarilah sejak zaman nabi Adam, online bersama tuhan itu telah berlaku sehingga tiada titik tamatnya.

Zulkifli berjaya membuka satu ruang lingkup yang luas, yang tidak tertumpu kepada kupasan hubungan tersebut tetapi beliau kaitkan dengan pelbagai situasi dan fenomena. Dari topik wahyu (tanpa wayar), Al-Quran merupakan browser, bukan semua yahudi adalah jahat, kejahatan zionis melancarkan perang siber, apa yang patut diterima (accept) dan patut ditolak (delete), blog dan laman web yang mengeratkan lagu hubungan manusia dan tuhannya sehinggalah klik connect untuk cinta. Iaitu terdapat 33 bab yang kesemua mempunyai huraian dalam bahasa yang naratif, mudah dan penuh dengan motivasi. Di tambah lagi dengan pelbagai kutipan kata-kata dan kotak-kotak fakta menjadikan keseluruhan buku ini sangat menarik dan begitu meninggalkan kesan kepada pembaca!

Sementelah dengan harga yang sangat kompetitif murah, berbanding apa yang anda bakal peroleh, maka penulis ini bukanlah seorang yang hendak meraih untung.

"Sembahyang dan doa adalah contoh komunikasi dengan tuhan tanpa wayar, malah jauh lebih hebat berbanding jalur lebar (broadband). Manusia tidak perlu mempunyai modem dan router serta tidak perlu membayar bil untuk berkomunikasi dengan tuhan.

"Hanya dengan mendirikan sembahyang dan memanjatkan doa di mana sahaja di muka bumi ini, kita dapat berhubung terus dengan Tuhan," (M/S 80)

Walaupun ada menyifatkan komunikasi yang berlaku merupakan sehala (one way communication) iaitu kononnya tidak mendapat sebarang tindak balas dan jawapan daripada tuhan secara mutlak namun saya percaya keberadaan Allah itu dapat kita rasakan berada di sisi dan itu sudah cukup bermakna kepada seorang hamba-NYA.

Tidak sahaja percaya bahawa Allah sedia mendengarkan, namun yang jelas Allah tidak akan pernah jemu, berbanding andai kita berkomunikasi dengan manusia!

Di petik dari Utusan Malaysia

Thursday, January 21, 2010

Bahana 'kemaruk' laman sosial

LAMAN web rangkaian sosial telah menjadi satu trend dalam kehidupan masyarakat masa kini. Semua lapisan masyarakat baik golongan pemimpin, golongan profesional sehinggalah peringkat kanak-kanak boleh dikatakan majoriti mempunyai laman web rangkaian sosial sendiri. Antara yang paling popular adalah laman sosial Facebook dengan catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung. Manakala laman Friendster mencatatkan pengguna seramai 4.2 juta orang, diikuti oleh laman Myspace 2.1 juta orang dan laman Twitter seramai kira-kira 750,000 pengunjung.

Statistik ini menunjukkan 'kegilaan' terhadap aktiviti melayari laman web sosial semakin diminati dan menjadi satu 'rutin' dalam kehidupan 'pencinta' laman web rangkaian sosial ini. Ia seolah-olah menjadi satu 'ketagihan' bagi pengikut fanatik laman web sosial ini sehingga ada yang sanggup berjaga sampai larut malam bersengkang mata demi untuk berkomunikasi secara maya.

Lebih mengasyikkan apabila laman web sosial ini menyediakan 'permainan' interaktif seperti Farmville. Ia cukup untuk membuat pengikutnya terus 'melekat'. Pantang ada masa terluang, pasti mereka akan memanfaatkan laman kegemaran mereka. Terdapat juga segelintir yang memastikan anak-anak dan si suami atau isteri tidur terlebih dahulu sebelum melayari laman web sosial itu.

Tidak hairanlah seramai 350 juta pengguna telah mendaftar laman web sosial Facebook di peringkat global dan seramai 6.2 juta pengunjung telah mengunjungi laman ini di Malaysia.

Fenomena 'kegilaan' terhadap aktiviti ini memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan masyarakat sehingga ada yang menjadikan membuka laman web sosial ini sebagai 'sarapan pagi' sebelum melakukan aktiviti harian yang lain. Tidak cukup dengan akses melalui Internet, kini 'pencinta' laman web sosial boleh mengakses, mengemas kini informasi dan memuat turun gambar melalui aplikasi telefon bimbit.

Kecanggihan teknologi dan perkhidmatan yang disediakan menambahkan lagi 'keghairahan' pengikut setia laman web sosial ini untuk terus berhubung. Tidak dinafikan kewujudan laman web sosial seperti Friendster, Myspace, Facebook, Twitter, ekawan dan sebagainya dapat mengeratkan tali silaturahim sesama kita, mempertemukan sahabat yang telah lama terpisah, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin, bertanya khabar dengan cara yang paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua serta banyak lagi kebaikan yang mampu dimanfaatkan oleh pengguna laman web rangkaian sosial ini.

Di sebalik kebaikan yang dinikmati, terselit kesan buruk laman web rangkaian sosial ini. Terdapat segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab menggunakan laman ini untuk memerangkap gadis-gadis yang mudah dipujuk rayu.

Bermula dengan sembang secara maya, lama kelamaan kemesraan yang terjalin membangkitkan 'keinginan' untuk bersua muka bagi mengeratkan lagi hubungan. Natijahnya, ibarat habis madu sepah dibuang, lelaki yang tidak bertanggungjawab meninggalkan gadis yang terpaksa mengandung anak hasil daripada keterlanjuran.

Dengan angka pengguna Internet di Malaysia menjangkau 16 juta orang dan angka tersebut dijangka terus meningkat, pastinya tindakan sewajarnya perlu dilakukan sebelum lebih ramai lagi wanita-wanita Malaysia akan menjadi 'korban'.

Kita juga khuatir jika 'kegilaan' laman web sosial ini membantu meningkatkan kes perceraian. Apa yang lebih membimbangkan jika anak-anak yang masih di bangku sekolah turut terpalit hasil kecanggihan teknologi maklumat ini.

Fenomena ini perlu dikawal agar tidak ada lagi gadis Malaysia yang terperangkap dengan jerat 'cinta ekspres' maya.

Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Perlis

- Di petik dari Utusan Malaysia

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ishk...ishk...terasa sungguh aku....

Lebih mengasyikkan apabila laman web sosial ini menyediakan 'permainan' interaktif seperti Farmville. Ia cukup untuk membuat pengikutnya terus 'melekat'. Pantang ada masa terluang, pasti mereka akan memanfaatkan laman kegemaran mereka. Terdapat juga segelintir yang memastikan anak-anak dan si suami atau isteri tidur terlebih dahulu sebelum melayari laman web sosial itu.



Skrg nie dh lama x berladang... sbb x der masa nak ngadap komputer bila balik kerja...huhuhu....

Sunday, January 17, 2010

[SUSULAN] Tunangku isteri orang

Ini adalah susulan jawapan dari Nurr Famy atas dakwaan bapa 'tunang' nya mengenai pernikahan mereka.

BUKIT MERTAJAM: Keluarga Inspektor Nurr Fahmy Abu Samah, 28, bakal pengantin yang mendakwa ditipu bakal isteri masih berstatus isteri orang sehingga menyebabkan majlis perkahwinannya dibatalkan, menafikan dakwaan keluarga 'pengantin perempuan' mereka tidak pernah menemuinya.

"Pada hari raya kedua, dua tahun lalu, saya bersama emak, Nurr Fahmy, dua adik perempuan dan dua anak saya mengunjungi keluarga Wan Azura di rumah mereka di Kampung Gial, Perlis untuk merisik.

"Malah, sebelum kunjungan itu saya ada beritahu Wan Azura mengenai tujuan berkenaan dan dia berkata akan memaklumkan kepada ibu bapanya.

"Kami menemui sendiri ibu bapanya, namun saya tidak pasti sama ada Wan Azura ada beritahu atau tidak tujuan kami menemui orang tuanya," katanya ketika dihubungi, semalam.

Harian Metro semalam melaporkan bakal pengantin yang juga seorang pegawai polis berpangkat inspektor, Nurr Fahmy Abu Samah, bukan saja berhabis RM25,000 tetapi mendakwa ditipu bakal isteri apabila majlis pernikahan yang ditetapkan pada 1 Januari lalu terpaksa dibatalkan.

Ia kerana ketika tiba di rumah Wan Azura yang juga seorang anggota polis berpangkat lans koperal, hanya dia yang menyambut rombongan pengantin lelaki dengan hanya berkain batik dan baju-T manakala tiada sebarang persiapan di rumah berkenaan.

Zainuha berkata, dalam pertemuan itu tiada kata putus mengenai majlis yang dirancang, namun pada Ogos lalu, Wan Azura mendesak diadakan majlis pertunangan dengan Nurr Fahmy sebelum ia ditetapkan 28 November lalu.

"Kami tidak tahu mengapa Wan Azura beria-ia mahu bertunang segera, namun pada hari pertunangan, bukan diadakan di rumahnya tetapi di Masjid Alor Merah, Alor Star berdekatan Kedah Medical Centre (KMC) kerana menurutnya keluarganya ada di KMC berikutan datuknya sakit.

"Pada mulanya dia meminta majlis diadakan di surau, tetapi kami memutuskan untuk mengadakannya di masjid berdekatan dan peliknya ketika itu hanya ada Azura, adik perempuannya dan seorang wanita yang didakwa mak ciknya," katanya.

Zainuha berkata menjelang hari perkahwinan, Wan Azura bertegas mahu menguruskan semua urusan termasuk menetapkan tarikh akad nikah dan bersanding bersendirian.

"Dia bersungguh-sungguh mahu melakukannya sendiri dan menyatakan semuanya berjalan lancar termasuk memberitahu hasrat bapanya hendak membeli tiga lembu untuk majlis persandingan nanti," katanya.

Sementara itu Zainuha berkata, Nurr Fahmy sudah membuat laporan di Balai Polis Seberang Perai Tengah semalam untuk menuntut hantaran yang diberikan selain penipuan status.

"Beberapa hari sebelum majlis pernikahan, Wan Azura ada datang rumah Nurr Fahmy dan meminta duit hantaran RM8,008 dan mas kahwin, RM1,331 untuk digubah.

"Sebelum itu, Nurr Fahmy memberinya wang tunai kira-kira RM10,000 untuk membeli tiga lembu dan menempah hotel pada majlis persandingan yang dirancang diadakan di Sungai Petani 10 Januari lalu," katanya

Di petik dari Harian Metro

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalu baca kenyataan Nurr Fahmy tu kan :

"Pada mulanya dia meminta majlis diadakan di surau, tetapi kami memutuskan untuk mengadakannya di masjid berdekatan dan peliknya ketika itu hanya ada Azura, adik perempuannya dan seorang wanita yang didakwa mak ciknya," katanya.



Aku jadi pelik la...mcmmana la pulak nak bertunang dn merisik buat kat masjid yek?? x logik la... umahkan ada.. sekurang2 nya pun,derang mesti buatkat umah mak ciknya..

Boleh lak cakap 'seorang wanita yang didakwa mak ciknya'. Nampak sangat x mengenali keluarga si prempuan secara mendalam...ishk..ishk..ishk...

Dulu aku nak kahwin ngan my IR pun...aku kenal sumer ahli keluarga pihak lelaki...pelik..pelik..pelik...

Tuesday, November 24, 2009

Ibu kemaruk makan buah kedondong

Korang ada baca x paper semalam... pasal seorang ibu kemaruk makan buah kedondong sehingga melahirkan anak seberat 6.15kg!

Gulp! giler seh... 6.15kg, secara normal yek.. bukan pembedahan.. dasyat giler la... aku pun bersalin kan Iskandar seberat 3.45 kg jer... tu pun habis napas aku teran..hehehehe

Aku tempek lagi sekali berita tu dr sumber Harian Metro semalam...

Ibu kemaruk makan buah kedondong


Oleh Ridzuan Ahmad
am@hmetro.com.my












GEMBIRA...Aishah memangku anak kelimanya yang dilahirkan <br>seberat 6.15 kg, pagi kelmarin.
GEMBIRA...Aishah memangku anak kelimanya yang dilahirkan
seberat 6.15 kg, pagi kelmarin.

ALOR STAR: Ibu kepada bayi lelaki seberat 6.15 kilogram (kg) yang selamat dilahirkan di sebuah pusat perubatan swasta, di Jalan Putera di sini, awal pagi kelmarin, mampu menghabiskan satu kilogram kedondong sehari sepanjang mengandung bayi berkenaan.

Suri rumah, Aishah Yasin, 35, dari Taman Sri Changlon, Jitra, dekat sini, melahirkan anak kelimanya secara normal kira-kira jam 2 pagi mencipta sejarah sebagai bayi terbesar di negeri ini selain mengatasi rekod kelahiran bayi seberat 4.65 kilogram yang dicatatkan hospital itu pada Jun lalu.

Bayi berkenaan dipercayai kedua paling berat di negara ini kerana mengikut catatan Malaysia Books of Record, bayi terberat yang pernah dilahirkan mencecah hampir sembilan kilogram kira-kira empat tahun lalu.

Sebelum ini, bayi lelaki seberat 5.32 kg yang dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) diiktiraf sebagai bayi terbesar di negeri ini.


Aishah yang ditemani suaminya Mohd Ali Khan Ghazali, 41, berkata, sepanjang mengandungkan anak lelaki itu, dia kurang selera makan tetapi gemar makan buah kedondong dan minum susu serta teh ais.

Katanya, setiap hari dia makan hampir satu kilogram buah kedondong sehingga memaksa suaminya pergi mencari di merata tempat untuk mendapatkan buah terbabit.

“Setiap hari saya terlalu ingin makan buah kedondong dan saya mengambilnya dalam jumlah yang banyak mencecah satu kilogram sehari dan nasib baik suami memahami serta memenuhi kehendak saya ini.

“Saya memang tidak menyangka akan melahirkan anak seberat ini kerana sebelum ini iaitu ketika ujian pengesanan, bayi ini dilaporkan seberat 4.5 kg saja.

“Walaupun berasa agak letih selepas dimasukkan ke dewan pembedahan jam 10 malam, keletihan itu berbalas apabila dimaklumkan bahawa anak saya sihat dan beratnya 6.15 kg,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dia bersyukur kerana melahirkan anak kelimanya itu dengan selamat tanpa perlu menerusi kaedah caesarian (pembedahan) walaupun saiznya anaknya agak besar berbanding bayi lain.


Katanya, kemampuan doktor yang menguruskan kelahiran itu mendorongnya untuk kuatkan semangat untuk melahirkan melalui kaedah normal.

“Kelima-lima anak saya mempunyai berat badan yang istimewa iaitu anak sulung seberat 3.9kg, kedua 4kg, anak ketiga empat kg dan keempat lima kg,” katanya.


Tapi tula namanya rezeki... walaupun anak2 nya yg terdahulu ada yang mencecah ke 5 kg... x sangka dia leh dpt lagi besau... emmm.... tp alhamdulilah kan.. x perlu bedah.. normal.. memang hebat wanita itu... :)

Tuesday, September 01, 2009

Minyak naik lagik??

[caption id="" align="aligncenter" width="300" caption="ISMAIL Sabri Yaakob (kanan) mengisi minyak kereta pada Majlis Pelancaran Penjualan Petrol RON95 di Stesen Minyak Petronas Lebuh Raya Sprint, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Tan Lian Hoe (kiri) dan Mohd. Zain Mohd. Dom (tengah)."]Minyak[/caption]

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Harga petrol RON95 yang akan dijual bermula esok ditetapkan pada RM1.80 seliter dan boleh diperoleh di semua stesen minyak di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, petrol RON97 pula dijadikan petrol premium dengan harga ditetapkan RM2.05 sen seliter.

''Penetapan RON95 pada RM1.80 dan RON97 pada RM2.05 adalah berikutan purata kos produk bagi petrol telah meningkat daripada US$40.75 (RM142.63) pada Disember 2008 kepada US$82.30 (RM288.05) pada Ogos 2009.

''Dengan jangkaan jualan RON95 sebanyak 95 peratus daripada keseluruhan jualan petrol di Malaysia, kerajaan dianggarkan masih membayar subsidi sebanyak 33.81 sen seliter atau RM304 juta sebulan untuk rakyat negara ini manakala subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi RON97 ialah 42.72 sen seliter,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Penjualan Petrol RON95 di seluruh negara bermula esok di Stesen Minyak Petronas Lebuh Raya Sprint di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe; Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Mohd. Sabaruddin Mohd. Amin.

Ismail Sabri memberitahu, berdasarkan pada harga produk petroleum dunia, kementerian yakin harga RON95 dan RON97 dapat dikekalkan sehingga akhir tahun ini.

Katanya, RON95 merupakan bahan bakar yang mematuhi spesifikasi Euro2M di mana ia dapat mengurangkan pencemaran yang berpunca daripada pengeluaran asap kenderaan.

''Spesifikasi Euro2M adalah merupakan standard baru bagi petrol dan diesel yang akan mengurangkan kandungan sulfur daripada 3,000 bahagian perjuta (ppm) kepada 500ppm yang akan mengurangkan pelepasan asap kenderaan di udara,'' katanya.

Beliau memberitahu, 80 peratus pengguna telah bertukar menggunakan RON95 berbanding RON97 sejak penjualan RON95 di beberapa stesen minyak terpilih di sekitar kawasan Lembah Klang dan Putrajaya pada 12 Mei 2009.

Tambahnya, sehingga kini tiada rungutan ataupun aduan diterima daripada pengguna mengenai prestasi enjin kenderaan akibat daripada penggunaan RON95.

Jelas beliau, kebanyakan enjin kenderaan ketika ini menggunakan teknologi yang direka bentuk sesuai dengan penggunaan petrol RON95.

''Negara-negara pengeluar kenderaan utama dunia masa kini seperti Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat juga menggunakan petrol RON95,'' katanya.

Ismail Sabri juga mengumumkan bermula esok petrol RON92 akan dikeluarkan daripada pasaran memandangkan penggunaan petrol tersebut adalah begitu kecil iaitu sekitar lima peratus sahaja daripada keseluruhan penjualan petrol di negara ini.

Friday, June 12, 2009

PENDAPAT: Padah pukul anak

tiba2 rasa cam aku nak bagi pendapat pasal berita padah pukul anak ni..
bukan apa... bila aku baca isi kandungan nya...
terpanggil2 lak hati nie nak bagi pendapat....
ni pendapat aku yek..bukan pendapat orang lain..
lain orang lain pendapatnya... so..jangan korang samakan yek...

cuba korang bayangkan...sekarang nie..
nak pukul anak pun x leh...
bukan pukul je, cubit, rotan dah dikira dera....
habis tu....mcm mana nak didik anak...
kalu x usik anak tu...

kes nie aku rasa bukan satu dua tau...tp banyak...
cuma ada kalanya sampai ke pihak 'polis' atau tidak jer...
laporan polis diterima setelah nenek mangsa buat laporan
sebab nenek si mangsa x tahan melihat cucunya di'dera'...
tapi bak kata bapanya 'dia memukul belakang badan anaknya dengan rotan untuk mengajarnya supaya berlakuan baik'..
.

jadi...korang rasa mana yang betul mana yang salah??

yer...x salah mengajar anak dan x salah mengadu jika terlampau...
tapi kalu dh pukul anak untuk mengajar dh dianggap dera....
nampaknya susah la nak mengajar anak dimasa hadapan...

aku?? korang ingat x pernah ker pukul anak guna rotan...
kekadang hilang kesabaran aku bila anak2 berkelakuan 'luar biasa'
tapi aku masih waras la, x der la sampai 'mengila' pukul...
masih ada sifat penyayang, cuma garang bila anak 'menganas'

pernah x korang dengar orang bercakap :-

"asal anak dia nakal tol, x reti jaga anak ker?"
"kenapa anak dia nie x dgr cakap..mesti mak bapak x pernah marah"
"aku kalu marah anak, tunjuk jer rotan, terus diam"
"anak2 aku nie, kalu sehari x kene rotan x leh"
"ala...budak2.. kan paham pun kalu kene marah, biarkan jerla..."

aku dulu...mak aku pernah pukul aku ngan rotan gak..
mulut pernah kene cili gak sebab sebut benda x elok...
pernah gak kena cubit pasal x dengar kata....
adakala sampai tinggal kesan...
x derla samapi parut2...cuma seminggu dua jerla pas tu ilang...
adakah masa kecil aku dikategorikan 'didera'???

wah kalu itu dikategori dera..
confirm2 mak aku dah kene soal siasat ngan polis...
confirm2 muker keluarga aku terpampang dalam surat khabar..
mesti aku dh pemes dan x perlu duk depan pc nulis blog....
hahahaaaaaaa...........

korang mesti pernah kene pukul kan??
mesti pernah kene cubit kan??
ada x jiran @ mak cik @ kengkawan korang g ngadu kat polis??
x der kan?? x pernah pulak kan??

sekarang zaman dah berubah..
x sama macam dulu lagi...

dulu, nak kuar umah x risau...
nak main kat depan umah pun x kisah..
nak jalan memalam pun x kisah...

sekarang, nak kuar umah takut org dtg menyamun..
nak main depan umah takut orang culik...
nak jalan memalam takut kene rompak @ rogol

akan-akan datang, x tahula pulak..
kes apakah yang akan dipaparkan pula...
mungkin marah anak pun esok2 pun leh kene saman...
nak cakap ngan anak pun dengan nada yang rendah..
x leh tengking, x leh menjerit, x leh marah..
takut silap haribulan kene kuar masuk mahkamah pulak..
sebab "PADAH MARAH ANAK"

wallahualam................

so..apa pulak pendapat korang???


Padah pukul anak

Padah pukul anak


Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my










SAKIT...kesan birat di belakang badan mangsa akibat <Br>dipukul bapanya, kelmarin.
SAKIT...kesan birat di belakang badan mangsa akibat
dipukul bapanya, kelmarin.

ALOR STAR: Akibat tertekan dengan sikap anak lelakinya yang terlalu aktif, seorang bapa yang dikatakan hilang sabar bertindak memukul belakang badan anaknya dengan rotan untuk mengajarnya supaya berlakuan baik.

Namun, tindakan bapa kanak-kanak berusia enam tahun itu akhirnya mengundang padah apabila dia ditahan polis kerana disyaki mendera dan memukul mangsa selepas keluarganya membuat laporan berhubung kejadian itu, kelmarin.

Kejadian itu hanya disedari neneknya yang berusia 53 tahun pada malam Isnin lalu kira-kira jam 9 malam selepas mendapati belakang cucunya berbirat dan mangsa mengadu dipukul bapanya dengan rotan sehingga meninggalkan kesan.

Ketika kejadian, ibu mangsa berusia 30-an dan anak lelaki bongsunya yang berusia empat tahun turut berada di rumah mereka di kawasan perumahan di Kota Sarang Semut dan hanya mampu menyaksikan kejadian itu di depan mata mereka.

Nenek mangsa yang enggan dikenali berkata, bapa mangsa pernah memukulnya beberapa kali sebelum ini kerana tidak tahan dengan perangai anak sulung daripada dua beradik itu yang terlalu nakal tetapi kesan pukulan itu tidak seteruk pada kali ini.

“Kami pernah menasihatkan bapanya supaya jangan memukul sehingga mencederakan mangsa kerana dia masih kecil tetapi kali ini kami sudah hilang sabar apabila melihat kesan birat akibat kesan dirotan di belakang badan cucu kami.

“Berikutan itu, kami terpaksa membuat laporan di Balai Polis Kota Sarang Semut untuk memaklumkan kejadian itu kelmarin dan biar polis yang menyiasat kejadian itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Kanak-kanak itu kemudian dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan dan ditempatkan di wad kanak-kanak hospital itu sejak malam kejadian.

Menurut neneknya, keadaan cucunya kini sudah beransur pulih dan dijangka dibenarkan keluar wad tidak lama lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan setakat ini pihaknya sudah menahan bapa mangsa yang berusia 30-an untuk membantu siasatan kes berkenaan.

“Kami sudah menahan suspek pagi semalam untuk membantu siasatan dan setakat ini kanak-kanak masih dirawat di HSB,” katanya.

Dipetik dari : Harian Metro

Monday, June 08, 2009

Erra tempuh pengalaman berharga

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my













BELUM pernah ada dalam sejarah penerbitan tempatan, kehidupan artis wanita popular yang baru bergelar ibu dirakamkan dan disiarkan untuk tatapan umum.



Apabila Fazira Wan Chek (Erra Fazira), 35, membenarkan kehidupan sehariannya bersama suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin dan anak sulungnya, Engku Aleesya dirakam dan disiarkan dalam rancangan bercorak realiti Gu Gu Gaga Erra, ia pasti menimbulkan pelbagai persepsi.

Gu Gu Gaga Erra akan mula ditayangkan di Astro Ria bermula 9 Jun ini pada jam 9 malam dan ulangannya setiap Ahad jam 1.30 petang

Sebelum ini Engku Emran pernah memberitahu dia tidak membenarkan anaknya berlakon dalam mana-mana drama atau filem. Pembabitan Aleesya dalam Gu Gu Gaga Erra sudah tentu menimbulkan pertikaian.

Pada waktu sama pastinya ada yang membuat andaian pembabitan Erra sekeluarga dalam rancangan diterbitkan Box Lite Film Sdn Bhd itu turut membabitkan bayaran besar. Apatah lagi, ia turut ditaja pengeluar barangan penjagaan bayi Johnson & Johnson Sdn Bhd.

Menjelaskan perkara itu, ketika majlis pelancaran Gu Gu Gaga Erra di Bangsar Village, Kuala Lumpur kelmarin, Erra berkata, dia dan Emran memang tidak membenarkan Aleesya muncul dalam mana-mana drama mahupun filem.

"Bagaimanapun, berbeza dengan rancangan realiti TV ini kerana ia membabitkan kami sekeluarga. Hendak menggunakan anak orang lain rasanya kurang manis kerana konsep Gu Gu Gaga memaparkan pengalaman saya dan Emran pertama kali menjadi ibu serta ayah.

"Dalam menjayakan rancangan ini memang ada sejumlah bayaran diterima, tetapi itu bukanlah soal utamanya. Lebih penting banyak perkara baik yang saya pelajari sepanjang rakaman dijalankan apatah lagi Johnson & Johnson menyediakan pakar penjagaan bayi.

Di petik dari : Metro Online

Friday, June 05, 2009

Tengok hantu tetapi ketawa













SALAH satu adegan seram dan kelakar dalam filem Jangan Pandang Belakang Congkak lakonan Mazlan Pet Pet dan Azlee Jaafar.



AHMAD Idham Ahmad Nazri boleh dikategorikan sebagai pengarah yang versatil kerana mengarahkan pelbagai genre filem seperti cinta, komedi, aksi, seram dan fantasi selepas hampir sedekad melibatkan diri dalam bidang tersebut.

Sebagai contohnya, filem terbaru arahan beliau berjudul Jangan Pandang Belakang Congkak (JPBC) yang ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara mulai 4 Jun (hari ini) pula bergenrekan komedi seram.

Menurut Ahmad Idham, JPBC bukan sahaja tiada kena mengena dengan filem seram arahannya bertajuk Jangan Pandang Belakang atau Congkak, tetapi ia juga suatu genre yang jarang diketengahkan oleh pengarah filem di negara ini.

Justeru, beliau menganggap JPBC sebagai suatu cabaran baru buatnya dalam usaha menarik para penonton ke pawagam bagi menyaksikan karya arahan terbarunya itu yang diterbitkan oleh MIG Production Sdn. Bhd . (MIG).

"Ini merupakan antara filem arahan saya yang memberi tekanan kepada saya. Ini kerana, bukannya mudah untuk menghasilkan sebuah filem seram. Saya terpaksa memerah idea bagai mana mahu membuatkan orang ketawa apabila melihat hantu dalam filem ini.

"Sebelum ini apabila saya arahkan filem hantu, orang kata saya mahu menyesatkan akidah para penonton. Saya harap tidak timbul lagi isu seperti itu. Saya mahu para penonton ketawa menonton filem ini," katanya ketika ditemui Hits selepas pratonton JPBC di Cineleisure, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Ahmad Idham turut menjelaskan, filem yang diterbitkan dengan kos sebanyak RM1.85 juta itu bukanlah berteraskan genre spoof (olok-olok).

Rasional beliau ialah, jalan ceritanya berlandaskan kepada suatu cerita baru dan tiada kaitan dengan filem-filem lain.

Tambah Ahmad Idham lagi, beliau sengaja meletakkan JPBC sebagai judul filem itu kerana sambutan hangat atas filem Jangan Pandang Belakang dan Congkak yang diarahkannya sebelum ini.

"Kalau mahu buat filem spoof, kita kena ada banyak filem untuk dirangkumkan menjadi satu. Sedangkan JPBC merupakan sebuah filem baru. Tetapi saya sengaja menggunakan JPBC sebagai judul filem ini untuk menarik perhatian penonton.

"Mungkin dengan menggunakan judul JPBC orang akan lebih mudah mengingatinya berdasarkan sambutan terhadap dua filem itu sebelum ini. Saya belajar formula ini pun daripada penerbit Mohd. Noor Kadir sewaktu berkerja dengannya dulu. Judul filem memang memainkan peranan amat penting," ujarnya.

JPBC menampilkan ramai pelakon popular seperti Mazlan Pet Pet, Cat Farish, Sam Shaheizy, Lisa Surihani, Azlee Jaafar, Piee, Dina (Malaysian Idol), Zarina (Akademi Fantasia), Mas Muharni, Den Wahab, Bob Kuman serta penerbit MIG sendiri iaitu David Teo.

Biarpun bergelar penerbit, namun David tiada masalah untuk mengikut segala arahan Ahmad Idham demi melakonkan watak pelakon tambahan sebagai seorang remaja berimej hip hop dalam JPBC.

"Walaupun saya penerbit filem ini, tetapi sebagai pelakon saya harus mengikut arahan Idham. Saya sengaja mencuba bakat berlakon dalam filem ini untuk merasai sendiri pengalaman sebagai pelakon. Daripada situlah saya tahu apakah masalah yang dihadapi oleh para pelakon.

"Contohnya, kalau pelakon datang lambat di lokasi penggambaran, maka saya dapat memahami tentang masalah itu. Mereka (pelakon) pun mungkin susah mahu tipu saya. Sebagai pelakon, saya tidak pilih watak dan saya juga akan cuba melakonkannya dengan sebaik mungkin," ujarnya.

JPBC bukanlah filem pertama lakonan David, sebaliknya, penerbit berasal dari Segamat, Johor ini juga pernah berlakon dalam filem seperti Kala Malam Bulan Mengambang, Remp-It 2, I'm Not Single dan Jin Notti.

Mazlan Pet Pet (Lan) yang melakonkan watak Punai dalam JPBC juga tiada masalah untuk bekerjasama dengan Ahmad Idham bagi memastikan gaya lakonannya dalam filem itu tidak sama seperti dalam filem Senario.

Kata Lan, kalau boleh dia mahu lari daripada gaya lakonan atau lawak stereotaip yang biasa dilakonkannya bersama kumpulan Senario dalam filem-filem lakonannya sebelum ini.

"Idham banyak ajar saya melakonkan watak Punai dalam filem ini. Saya sentiasa memberi kerjasama kepada Idham sepanjang penggambaran filem ini dijalankan. Misalnya, watak Orang Minyak lakonan saya memerlukan saya disolek hampir dua jam lamanya.

"Saya cuma minta pada Idham kalau mahu solek saya biarlah waktunya lepas waktu Maghrib supaya senang saya mahu ambil wuduk solat. Selepas itu shooting sampai tengah malam pun saya tidak kisah," katanya dalam nada bergurau.

Kelainan watak Punai lakonan Lan dalam JPBC begitu ketara kerana tidak banyak gaya slapstik yang ditonjolkannya dalam filem itu.

Sebaliknya, Lan lebih banyak memperlihatkan kreativiti tersendiri beliau ketika melakonkan watak tersebut.

"Dalam filem ini, saya melakonkan watak orang lain (Punai) dan bukannya Lan Pet Pet dalam filem-filem Senario sebelum ini. Saya harap para penonton akan dapat melihat perbezaan gaya lakonan saya itu," jelasnya lagi.

Dipetik dari : Utusan Malaysia



Thursday, June 04, 2009

Bahaya minum air pada bayi

PARA ahli kesehatan di Baltimore Amerika Serikat memperingatkan para orang tua untuk tidak memberi minum air kepada bayi di bawah usia enam bulan. Menurut hasil penelitian mereka, bayi di bawah 6 bulan akan terancam mengalami intoksikasi atau keracunan jika terlalu sering meminum air.

Sudah menjadi standar baku bahwa bayi di bawah usia 6 bulan seharusnya hanya mendapatkan makanan dari Air Susu Ibu (ASI). Selain steril, ASI adalah makanan alami yang padat nutrisi dan tidak mungkin diimbangi oleh susu formula atau makanan buatan lainnya.

Menurut para ahli, memberikan air kepada bayi dikhawatiran dapat memicu refleks haus sehingga mereka akan kelebihan cairan.

“Bahkan ketika masih sangat mungil, bayi memiliki refleks akan rasa haus atau keinginan untuk minum. Ketika bayi kehausan dan ingin minum, cairan yang mereka butuhkan nantinya akan melebihi kebutuhan ASI atau susu formula.

Oleh karena organ ginjal bayi belum sempurna, memberi terlalu banyak air kepada bayi akan mengakibatkan tubuh mereka mengeluarkan sodium dan air buangan dalam jumlah banyak. Kehilangan sodium akan mempengaruhi aktivitas otak, oleh karena itu gejala awal keracunan dapat berwujud seperti irritabilitas, mengantuk dan perubahan mental lainnya.

Gejala lainnya dapat berupa rendahnya temperatur atau suhu tubuh (secara umum 97 derajat Fahrenheit), pembengkakan pada muka dan kejang-kejang. “Ini merupakan kondisi yang tidak terang-terangan”.

Gejala-gejala awal keracunan ini tidaklah tampak, oleh karena itu kejang-kejang mungkin gejala pertama yang harus diwaspadai orang tua . Namun bila seorang anak mendapatkan penanganan medis sejak dini, kejang yang dialami anak kemungkinan tidak akan menimbulkan efek jangka panjang, tambahnya.

Air putih sebagai minuman seharusnya dihindari oleh bayi usia enam bulan atau usia di bawahnya. Para orang tua juga harus mencegah penggunaan susu formula yang terlalu encer, atau minuman bayi yang mengandung elektrolit.

Anders juga menambahkan, pada beberapa kasus tertentu pemberian air pada bayi mungkin tepat. Misalnya, bayi yang usianya lebih tua diperbolehkan mendapat sedikit air untuk membantu mengatasi kesulitan buang air besar (konstipasi) atau saat cuaca sangat panas. Tetapi para orang tua seharusnya selalu berkonsultasi dahulu dengan dokter anak sebelum melakukannya, sertaa hanya boleh memberi bayi satu atau dua ons air .

Jika orang tua mencurigai bayi mereka mengalami intoksifikasi, atau bayi mengalami kejang-kejang, sebaiknya segera mencari pertolongan medis.

Dipetik dari : tymask.wordpress.com

Wednesday, June 03, 2009

Biarkan Anak Itu Bersama Ibunya

Tatkala si anak masih kecil dan di bawah jagaan orang tua dia tidak ditaklifkan dengan apa-apa tanggungjawab. Dia hanya mahu dijaga dan diberikan kasih sayang. Dia tidak akan faham kenapa dia direbut dan dipisahkan dari ibunya. Yang dia rasai ialah kesedihan dan kedukaan akibat kehilangan kasih sayang seorang ibu.

Bagi si ibu pula, sudahlah dia berpisah dengan suami, kini dia berdepan kemungkinan anak-anaknya pula dirampas darinya. Apakah tanggapannya terhadap agama yang ‘membenarkan' perbuatan sedemikian? Apakah pula tanggapan kaum keluarganya, sahabat handai dan masyarakat sekeliling terhadap agama berkenaan melihat apa yang berlaku ini?


Soal ‘mengislamkan' anak kecil tidak sepatutnya dipermasalahkan dan diperbesar-besarkan sehingga kita lari dari soal sebenar yakni soal hak penjagaan (hadanah). Tidak kiralah apa yang menjadi punca perceraian berkenaan, hak seorang ibu ke atas anaknya tidak seharusnya dipersoalkan. Malangnya masalah ini tidak dilihat sebagai masalah penjagaan tetapi lebih sebagai masalah hak untuk ‘mengislamkan' anak-anak yang tidak mengerti apa-apa itu.


Ada pihak yang memberi alasan bahawa mereka khuatir tentang nasib dan masa depan anak berkenaan jika tidak dibesarkan secara Islam. Kekhuatiran ini tidak berasas kerana berapa ramai anak-anak yang dilahir dan dibesarkan oleh ibubapa Muslim sedangkan keislaman mereka amatlah menyedihkan.


Syarat untuk seseorang itu dipertanggungjawabkan (taklif) dengan tanggungjawab agama ialah akal. Kanak-kanak masih belum sempurna akalnya, justeru belum dibebankan dengan sebarang tanggungjawab. Sehubungan dengan ini, hadith yang sering dipetik bahawa setiap anak dilahirkan dalam keadaaan fitrah dan kedua ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi, hendaklah diperincikan maknanya agar tidak disalahfahami.


Hadith ini hanya menyatakan secara umum apa yang biasanya berlaku, yakni agama biasanya diwarisi dari orang tua. Ia tidak bermaksud bahawa setiap anak pasti kekal menganuti agama yang diwarisinya, jika tidak apa gunanya dakwah.


Suatu perkara yang menarik untuk diamati tentang hadith ialah bagaimana dalam kes agama-agama Yahudi, Nasrani dan Majusi digunakan perkataan-perkataan ‘meyahudikan (yuhawwidan), ‘menasranikan' (yunassiran), dan ‘memajusikan' (yumajjisan) tetapi tiada perkataan bagi ‘mengislamkan'. Sebabnya ialah kerana tiada sesiapapun pada hakikatnya yang boleh ‘diislamkan' oleh orang lain.


Islam adalah agama fitrah. Ia agama yang sejajar dengan bawaan semulajadi setiap insan. Ia tidak boleh dipaksakan dari luar sebaliknya datang dari kehendak dan kesedaran sendiri. Justeru, perkataan ‘mengislamkan' pada hakikatnya mengelirukan. Tiada sesiapapun yang boleh ‘diislamkan' yakni dijadikan Muslim tanpa keinginan dan kerelaan sendiri.


Hadith ini juga memberi maksud agama-agama yang lain itu bukan agama fitrah, ertinya tidak sejajar dengan bawaan semulajadi manusia, justeru hanya diterima secara ikut-ikutan lantaran kejahilan, ataupun secara paksaan. Hanya dalam Islam fitrah itu ditemui. Tidak kiralah dengan agama apa seseorang itu dibesarkan apabila dia mengenali dan memahami risalah Islam pasti ditemui apa yang dicari selama ini. Dengan sebab itulah hanya dalam Islam menuntut ilmu adalah kewajiban agama yang terutama dan tiada noktahnya. Hanya dengan ilmu yang cukup risalah Islam dapat disampaikan dengan sempurna dan nyata. Sememangnya, yang menjadi tanggungjawab kita hanyalah menyampaikan, sedangkan petunjuk dan hidayah datang dari Allah.


Kalau dipandang dari sudut maslahah kita sebenarnya telah melanggar satu prinsip yang amat penting bahawa kemudaratan hendaklah dihindar atau dihapuskan. Yang kita lakukan sebaliknya adalah membuka pintu kemudaratan yang besar apabila mendedahkan agama kepada fitnah gara-gara perbuatan sendiri yang tidak berhemah.


Persoalan ini mesti ditangani dengan penuh kebijaksanaan dengan mengambilkira keadaan semasa masyarakat di negara kita. Jangan kerana keghairahan nak ‘mengislamkan' seorang dua kanak-kanak ribuan orang yang mula berjinak-jinak dengan Islam menjauhkan diri atau ditakut-takutkan oleh pihak-pihak tertentu agar menjauhkan diri.


Sekiranya soal-soal yang berkaitan dengan perpisahan akibat dari pertukaran agama itu diurus secara berhemah, contohnya secara rundingan tentang siapa yang layak dan sepatutnya menjaga dan hak lawatan pihak yang satu lagi, lebih terbuka kemungkinan kedua-dua pihak dapat berdamai dan tidak bermusuh demi kebaikan anak-anak mereka. Siapa tahu akan terbuka hati pasangan yang belum memeluk Islam itu untuk turut sama memeluk Islam.


Andaikata si bapa memeluk Islam manakala anak-anak di bawah jagaan ibu hubungan antara bapa dengan anak tetap tidak akan putus. Bahkan dia masih wajib menanggung nafkah anak-anaknya. Inilah yang perlu dituntut, ditekankan dan dipertahankan. Sekiranya tanggungjawab sebagai bapa masih diteruskan walaupun sudah bertukar agama anak-anak pasti akan dapat melihat sendiri dan membuat perbandingan dan akhirnya membuat pilihan agama mana yang mahu dianuti. Tiada gunanya memaksakan sesuatu sebelum masanya.


Petunjuk Allah boleh datang dari berbagai jurusan dan dengan berbagai cara. Kita bagaimanapun diajar untuk berlembut dan tidak bersikap kasar terhadap orang-orang bukan Muslim kerana itu akan menyebabkan mereka menjauhkan diri.


Kita berada pada suatu zaman di mana fitnah terhadap agama itu begitu berleluasa. Walaupun kita mungkin tidak boleh menghentikan semua fitnah itu, sekurang-kurangnya kita tidak turut sama menyumbang dalam erti kata menambahkan lagi kegawatan yang sedia ada.




Dipetik dari : Laman Web Rasmi IKIM

Wednesday, March 25, 2009

INFO Lanjutan : G6PD

Ini adalah lanjutan dari Entry aku yang bertajuk APAKAH ITU G6PD??

Ia merupakan sejenis penyakit yang jarang berlaku. Ia juga dikenali sebagai favism atau kekurangan enzim glucose-6-phospate dehydrogenase (glucose-6-phospate dehydrogenase deficiency).

Penyakit ini adalah penyakit yang paling kerap melibatkan kekurangan enzim (pemangkin) sel darah merah.

Enzim ini penting dalam pembinaan tenaga kepada sel darah merah. Bila berlaku kekurangan enzim ini, tenaga yang dapat dijana daripada glukosa (glucose) adalah kurang. Oleh itu, sel darah merah, terutamanya sel telah tua yang telah mula kehilangan nukleus, lebih cenderung untuk mati.

Penyakit ini adalah penyakit keturunan yang melibatkan kromosom X. Oleh kerana ia melibatkan kromosom X, ia lebih kerap berlaku kepada orang lelaki berbanding perempuan.

 

Tanda-tanda

Contoh tanda-tanda yang berlaku bila pesakit menghadapi hemolisis (sel darah merah menjadi rosak) kesan daripada penyakit ini adalah:

- lemah badan
- pucat
- susah bernafas
- jaundis (kulit menjadi kuning)
- air kencing menjadi gelap atau merah
 

Penyebab

Antara faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya hemolisi itu ialah:

- jangkitan
- ubat gegat
- pengambilan ubat-ubatan atau sesetengah makanan seperti kekacang tertentu. Antara ubat yang perlu dijauhi atau diambil dengan berhati-hati adalah aspirin, ubat malaria dan sesetengah anti-biotik.

 
Senarai lengkap ubat-ubatan yang mungkin merbahaya untuk pesakit G6PD ialah:

- Dapsone dan sulphones
- Methylthioninium chloride (methylene blue)
- Niridazole
- Nitrofurantoin
- Pamaquin
- Primaquine
- Quinolones termasuk ciprofloxacin, moxifloxacin, nalidixic acid, norfloxacin, dan ofloxacin
- Sulphonamides, termasuk co-trimoxazole. Beberapa sulphonamides seperti sulfadiazine, telah diuji dan didapati tidak menyebabkan sebarang masalah kepada pesakit
- Aspirin
- Chloroquine
- Menadione, atau yang diformulasi dari menadione seperti menadiol sodium phosphate
- Probenecid
- Quinidine
- Quinine
- Naphthalene (dalam ubat gegat)
 

Antara langkah-langkah yang mungkin membantu ialah:

- Menjauhkan diri daripada faktor penyebab seperti pengambilan ubat-ubatan tertentu
- Pengambilan anti-oksidan, seperti Vitamin E mungkin membantu. Walaubagaimanapun, anti-oksidan seperti Vitamin C tidak boleh diambil dalam dos yang tinggi kerana vitamin C boleh menyebabkan hemolisis
- Pengambilan asid folic yang berterusan
- Beritahu doktor anda sekiranya anda menghidap penyakit ini sebelum mula memakan ubat-ubatan yang anda belum pernah ambil sebelum ini
 

Perkara-perkara lain

- Pesakit mungkin lebih cenderung kepada jangkitan. Ini mungkin kerana fungsi leukocyste (sel darah putih) yang menurun.
- Selalunya hemolisi yang terjadi adalah terkawal (self-limiting). Ini kerana sel darah merah yang baru sentiasa sahaja menggantikan sel-sel yang lama.

Sila rujuk kepada doktor anda untuk keterangan lanjut sekiranya anda ingin penjelasan lanjut.



 

sumber rujukan : Anispharmacy

Monday, November 24, 2008

Gergasi timang anak










PERTEMUAN dengan lelaki paling tinggi di dunia, Bao Xishun boleh menyebabkan seseorang tergambar dia sudah berada di puncak pokok kekacang dan melangkah masuk ke istana gergasi, seperti di dalam buku cerita rakyat Inggeris, Jack and The Beanstalk.Bao yang setinggi 2.36 meter melayani tetamu yang bertandang ke rumahnya dengan duduk di atas kerusi besar yang dibuat khas untuknya. Tidak berapa lama lagi, dia akan berpindah ke rumah baru di Zunhua, bandar kecil berhampiran Beijing. Rumah yang lebih besar itu akan juga dilengkapi tandas saiz gergasi.

Jaket hitam yang dipakai lelaki yang diiktiraf oleh Buku Rekod Dunia Guinness sebagai orang paling tinggi di dunia itu sebesar kain langsir, dan impiannya untuk menimang anak akhirnya tercapai bulan lalu, walaupun pada usia yang sudah lanjut.“Keadaan saya kini lebih baik. Saya sudah mempunyai anak dan sudah pasti kehidupan saya lebih menggembirakan,” kata Bao dengan suaranya yang garau.

Tuesday, November 11, 2008

Tinta: Kemelut rumah tangga

Tinta: Kemelut rumah tangga


Oleh Fadzlena Jafar
fadzlena@bharian.com.my


Setiap masalah perlu diselesaikan melalui perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian

SEPANJANG minggu lalu, kemelut rumah tangga beberapa pasangan selebriti menjadi tajuk perbualan hangat masyarakat sehingga menjadi pilihan muka depan akhbar tempatan. Tetapi, berita yang paling menyentap emosi masyarakat, tentunya berita tangkap khalwat pelakon berstatus suami dengan seorang pelakon muda, apatah pula ketika itu si isteri yang juga pelakon terkenal masih lagi berpantang selepas melahirkan anak ketiganya.

Sana-sini masyarakat menghentam si gadis yang dikatakan menjadi punca kepada keretakan rumah tangga pasangan berkenaan. Malah, si suami turut dihentam hebat berikutan adegan drama yang dilakukan sebelum itu terutama apabila menafikan gosip cinta tiga seginya dengan pelakon yang seksi itu.

Malah, sehingga ke hari ini, masyarakat masih lagi memberi tumpuan kepada kemelut rumah tangga berkenaan dan ramai yang ingin tahu penyudah kepada adegan drama itu. Adakah bakal berakhir dengan perceraian atau mungkinkah si isteri akan menerima nasib malang apabila si suami mengambil keputusan untuk berkahwin dengan teman wanitanya demi menjaga maruah gadis berkenaan?

Hakikatnya, rumah tangga mana yang tidak berantakan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Ada kalanya punca yang menjadi masalah itu begitu kecil, tetapi tiada perbincangan antara kedua-dua belah pihak boleh menyebabkan masalah yang kecil menjadi besar.

Lebih-lebih lagi jika ada pula orang ketiga yang mencelah dalam keadaan bergelora itu. Daripada pasangan yang bergaduh itu boleh berbaik kembali, kehadiran orang ketiga mengeruhkan suasana apabila si suami merasakan dirinya lebih dihargai orang lain daripada isteri sendiri.

Justeru, tiada kesungguhan daripada dirinya untuk menjernihkan masalah kerana berasakan lebih selesa apabila berada di samping si teman baru itu. Maklum hubungan orang bercinta tidak sama dengan hubungan suami isteri yang terpaksa berkongsi tanggungjawab, apatah pula apabila sudah beranak-pinak.

Malah, kenyataan si suami bahawa kehadiran gadis berkenaan dalam hidupnya sedikit sebanyak memberi ketenangan terutama apabila berhadapan dengan masalah rumah tangga, sebenarnya dialog biasa yang sudah sering kali diungkapkan lelaki lain apabila berhadapan masalah sama, walaupun situasi berbeza.

Orang kata bila bercinta semuanya indah belaka, kata-kata dan layanan teman baru itu dilihat lebih baik daripada si isteri. Pendek kata, ketika itu teman baru itu jauh lebih baik daripada isteri yang terpaksa melakukan kerja rumah dan menjaga anak daripada pagi hari hingga ke tengah malam.

Semua pengorbanan isteri yang mengabadikan diri untuk kesenangan keluarganya dipandang sepi, sebaliknya perbuatan isteri yang sering membebel kerana kepenatan menguruskan rumah tangga, dianggap memualkan. Isteri mana yang tidak membebel jika suami selalu balik lambat dan tidak mengendahkan rumah tangga khususnya anak yang masih kecil.

Bagi kebanyakan lelaki, status suami bagaikan memberi lesen bagi mereka melakukan apa saja yang diimpikan dan menyerahkan tanggungjawab menguruskan rumah tangga dan anak-anak sepenuhnya kepada isteri. Mereka boleh pergi memancing setiap malam, atau berkaraoke dengan rakan atau minum di kedai kopi sehingga lewat pagi, hanya kerana mereka adalah suami.

Apa yang mereka tahu, tugas isteri ialah menjaga anak dan menyediakan keperluan suami termasuk pakaian dan makan minum. Ringkasnya, apabila balik ke rumah, makanan sudah siap dihidangkan dan baju sudah siap digosok. Masalah lain khususnya berkaitan anak, tidak perlu ambil tahu asalkan mereka sudah memberikan wang untuk urusan rumah.

Lelaki perlu sedar, sebagai ketua keluarga, mereka adalah khalifah kecil yang memimpin keluarganya ke jalan yang diredai. Tanggungjawab sebagai suami begitu besar bukan sekadar memberikan wang untuk keperluan keluarga, sebaliknya mereka perlu memastikan segala keperluan rumah termasuk perkembangan anak dipantau sepenuhnya.

Tindakan keluar dari rumah atau melarikan diri kononnya untuk mencari ketenangan bukan jalan terbaik, sebaliknya anda hanya akan menimbulkan pelbagai masalah lain seperti apa yang sudah berlaku kepada pasangan selebriti yang sedang hangat diperkatakan.

Cara terbaik, hadapi masalah dengan bijak dan jangan lari daripada masalah. Perbincangan dihadiri orang lain khususnya yang mempunyai latar belakang agama dapat mungkin dapat merungkaikan masalah di hadapi. Kepada pasangan yang menghadapi kemelut rumah tangga, apabila berkahwin tumpuan kita ialah untuk membina keluarga yang bahagia hingga ke anak cucu, bukan keluarga yang berantakan hanya kerana ingin memuaskan hati sendiri. - fadzlena@bharian.com.my

Artikel dari : BERITA HARIAN (11/11/2008)

Thursday, November 06, 2008

Abby tidak rela bermadu

Abby tidak rela bermadu


Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my









Suasana dramatik pelakon ini nekad menuntut cerai daripada Norman di saksikan wartawan dan krew penggambaran drama Gerak Khas

"CERAIKAN saya di sini juga, di depan wartawan sekarang ini juga," jerit Abby dalam nada tegas penuh emosi kepada Norman Hakim sewaktu mencelah temu bual yang dilakukan sekumpulan pihak media di lokasi penggambaran drama Gerak Khas berdekatan Carrefour, Wangsa Maju pada 3 November lalu.

Bagaimanapun, Norman cuba untuk tidak mengeruhkan keadaan dan berlalu seketika daripada penglihatan rakan media, tanpa berkata apa-apa. Cukup dramatik sekali melihat adegan yang membabitkan mereka ini, apatah lagi Abby secara tegas mempersoalkan apakah hubungan yang terjalin antara Norman dengan Memey? Tidak berjawab, soalan itu terus tergantung dan meninggalkan tanda tanya.

Ironinya, lokasi penggambaran drama ini juga menjadi saksi di mana Abby menuntut cerai kepada Norman Hakim pada dua tahun lalu. Bezanya waktu itu ia berlaku di Jalan Chow Kit menjadi lokasinya dan terbaru pada 3 November lalu di Wangsa Maju.

Penggambaran drama ini juga terganggu seketika gara-gara ‘ketegangan’ yang tidak disangka-sangka ini.

Bagaikan melihat adegan drama sebenarnya melihat watak realiti yang dipegang Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaeyah Abdul Manan, 30, begitu nekad untuk menuntut perceraian buat kali keduanya terhadap si suami bernama Nurhakim Zaidon (Norman Hakim), 32. Pasangan ini pernah dilanda badai gara-gara wujud orang ketiga hingga terjadi kes perceraian singkat pada 5 Mei 2006 selepas tiga tahun berkahwin. Bagaimanapun mereka kembali rujuk pada 12 Mei 2006.










ABBY dan Norman dikerumuni wartawan yang ingin mengetahui kisah mereka.

Tetapi kali ini, Abby sudah nekad ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk memfailkan tuntutan perceraiannya. Bagaimanapun, ia gagal kerana Abby perlu mendapatkan beberapa salinan dokumen dan maklumat berkaitan suaminya.

Menurut Abby, hasratnya untuk menuntut cerai sudah dimaklumkan kepada Norman. Atas alasan untuk mempercepatkan urusan perceraiannya, Abby tanpa teragak-agak bergegas menemui Norman di lokasi penggambaran Gerak Khas.

“Memang sudah lama berniat untuk menuntut cerai kerana sudah terlalu lama saya menunggu dan terus menunggu. Saya sudah tidak nampak ruang terus memperbetulkan keadaan yang sedia keruh. Keadaan yang membuatkan saya buat begini.

“Usaha saya kali ini gagal kerana dokumen membabitkan dia (Norman) belum lengkap. Saya hanya perlu kerjasama dia untuk memudahkan hal ini. Ingatkan mudah nak uruskan hal ini, nampaknya banyak yang perlu dilakukan dulu,” kata Abby yang hadir seorang diri tanpa ditemani siapa-siapa.










YUSOF HASLAM menasihati Abby.

Kata Abby lagi, anak-anak masih terlalu muda untuk diperjelaskan situasi ini.

Mengenai kehadirannya menemani Norman sebagai tanda sokongan sewaktu kes penangkapan khalwat Norman dan Memey pada 30 Oktober lalu, Abby berkata, dia berasa ralat apabila Norman meminta bantuannya untuk menyelamatkannya dan Memey pada masa yang sama, hingga menimbulkan rasa sangsi Abby terhadap suaminya.

Dia mengakui menghubungi Memey dan ia bersambut. Dalam nada tegas, Abby bersedia bersemuka dengan gadis yang dikaitkan Norman itu.

Katanya lagi, jika benar gosip bertiup kencang mengatakan suaminya dan Memey sudah berkahwin, dia tidak rela untuk dimadukan.

“Saya masih boleh terima kalau dia (Norman) meminta untuk saya menyelamatkan dirinya. Yang pelik, dia meminta saya menyelamatkan Memey juga dan saya rasa macam ada sesuatu antara mereka.

“Saya pun tak sangka dia (Memey) akan mengangkat panggilan telefon yang saya buat. Cara jawabnya memang sangat menyakitkan hati apabila diingat kembali. Dia boleh cakap apa yang sudah terjadi itu sudah terjadi. Jika saya berada di tempat dia sekalipun, saya mungkin tidak angkat mengangkat panggilan itu.

“Tidak timbul soal bermadu di sini, kerana saya memang sudah nekad untuk bercerai dengannya. Kalau mereka kahwin sekalipun, saya akan pastikan yang saya bukan madu dia (Memey),” ungkap Abby yang bersedia untuk bertemu Memey biarpun hakikatnya dia jelek melihat pelakon baru itu.

Menurut Abby lagi, dia rasa tidak mungkin Norman akan datang merayu kepadanya lagi untuk menyelamatkan rumah tangga mereka seperti perceraian yang terdahulu. Kata Abby, sayangnya masih ada kepada Norman, cuma dia bimbang kasih sayang itu terus dipersiakan kembali.

Gugurnya air mata Norman

Ketika hadir di lokasi penggambaran drama Gerak Khas dengan membawa borang permohonan perceraiannya, kelihatan Abby cuba menepis tangan Norman yang mahu memegangnya. Suasana agak tegang tetapi kedua-duanya masih dapat berbincang secara baik. Sesekali terjatuh air mata Norman mengenangkan hala tuju rumah tangganya.

Memahami keadaan ini, ‘aksi’ mereka dibiarkan oleh media dan jurukamera yang hadir supaya kedua-duanya dapat berbincang secara baik di sudut lain.

Menurut Norman, dia bersedia memberi kerjasama kepada Abby memenuhi hasratnya untuk bercerai. Bagaimanapun dalam nada sedih, dia tetap berharap rumah tangga mereka dapat diselamatkan.

“Saya akan pertahankan rumah tangga kami demi anak-anak. Anak-anak harta dunia akhirat saya. Saya terima dengan reda setiap dugaan dan cabaran (termasuk merujuk kepada kes penangkapan khalwatnya dengan Memey) ini, sama ada ia dirancang atau sebaliknya. Setiap hari, saya berdoa semoga diberi petunjuk.

“Saya sedih sangat jika rumah tangga kami berakhir dengan perceraian. Dalam apa juga situasi dan keadaan, banyak hati yang perlu saya jaga. Abby masih isteri saya yang sah,” kata Norman yang bersedia untuk mendengar nasihat mana-mana pihak termasuklah pihak wartawan.

Norman juga sanggup menghadiri sebarang rundingan kaunseling jika ia menjadi alternatif terbaik untuk meredakan ‘masalah’nya dengan Abby.

Ditanya mengenai Memey, Norman seperti kenyataannya sebelum ini menafikan sebarang hubungan cinta terjalin antara mereka. Dia mengaku menyuruh Memey supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan dan bercanggah.

“Jika dia (Memey) bukan artis, mungkin ia tidak seteruk sekarang. Dia masih naif. Dia masih ada ibu bapa,” kata Norman sebelum Abby mencelah hingga tercetusnya kisah seperti di atas.

Berbuih bagi nasihat

Hip juga mendapatkan komen Datuk Yusof Haslam mengenai kisah Abby dan Norman yang kebetulan berada di tempat kejadian. Menurut pengarah tersohor ini, mereka perlu tenang berdepan dan menangani situasi yang sedang dihadapi mereka.

Katanya, bukan tidak beliau menasihati mereka, sebaliknya sebagai orang yang lebih tua, sudah berbuih mulutnya memberi kata nasihat.

“Saya harap mereka akan menyelesaikan masalah ini dengan baik. Apa sekalipun yang bakal berlaku, ia adalah satu proses kehidupan. Biarpun hal ini bersifat peribadi, ia juga membabitkan imej drama kepolisian yang dilakonkannya kini,” katanya ringkas.

Sempat menenangkan dan memahami keadaan Abby yang cukup bercampur baur, Yusof memberitahu Abby supaya membuat keputusan dan bertindak secara rasional. Katanya kepada Abby, berilah masa kepada Norman untuk membuat keputusan berhubungan isu perceraian ini dan yang paling penting, fikirkanlah soal ketiga-tiga anak mereka iaitu Mohamed Danish, Marissa Dania dan Maria Danisha Hakim.

dipetik dari : BERITA HARIAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...